Oleh kerana kami dah nak further study, kami telah buat keputusan untuk jual kereta Iswara kami. Masa kali terakhir aku tengok kereta tu berlalu pergi untuk jadi milik orang lain, air mata aku sempat bergenang. Kereta tu sungguh banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Bukan saja kepada kami sekeluarga bahkan kepada kawan2 kami yang memerlukan.
Kereta tu telah pergi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan perjalanan terjauh yang terakhir yang dilaluinya adalah masa kami ke Kota Bharu, ke rumah kakak aku baru-baru ni. Dengan Iswara tulah kami ulang-alik balik ke kampung di Taiping dan Sik. Dengan kereta tu jugalah kami mengangkut segala macam barang/perabot IKEA yang ada di rumah kami. Kereta tu sangat special di hati kami.
Bagi yang pernah membaca blog ni, maybe korang prasan aku pernah buat satu post pasal kami cat kereta tu. Boleh tengok post tu di sini. Masa nak cat tu sbenarnya kami dah expect yang tak lama lagi kami kena jual jugak kereta tu. Kalau ikutkan buat apa nak abis duit cat baru. Tapi sebab dengan kereta tu lah kami ke sana dan ke mari dan untuk memastikan jangka hayatnya lebih terjamin dan rupanya lebih elok kami cat jugak kereta tu. Masa tu bukan sahaja dicat baru bahkan tukar beberapa perkara yang perlu.
Masa husband aku gi Puspakom (sebahagian drpd urusan untuk tukar nama pemilik) dengan Ismael, Ismael nangis bila dia nampak kereta tu dibawa oleh staf Puspakom tu. Kalaulah dia faham kereta tu dah bukan milik kami mesti dia pun sedih.
Doa kami semoga kereta tu akan terus berjasa kepada tuan barunya. Walaupun buyernya orang Kuantan je, kami masih belum pernah terserempak dengan Iswara tu. Mesti kalau ternampak hati aku akan sayu...

Ismael tersenyum tanpa dia tau kereta tu telah jadi milik orang lain. Nama pemilik telah officially bertukar masa ni. Kereta tu akan beberapa minit lagi meninggalkan rumah kami masa gambar ni diambill.
Doa kami semoga kereta tu akan terus berjasa kepada tuan barunya. Walaupun buyernya orang Kuantan je, kami masih belum pernah terserempak dengan Iswara tu. Mesti kalau ternampak hati aku akan sayu...
3 comments:
owoh sedihnya baca...
xpa..nanti wat balik bmw or brabus
Hehehe...ada mana nak korek duit tu?
Post a Comment