Di kala aku berada di kelas tercorot masa sekolah, dia adalah
antara guru yang realize aku bukanlah budak lembam (bukanlah pandai sangat pun.
Huhuhu….) Dia beri peluang pada aku untuk jadi pengawas pusat sumber bagi tiga
tahun berturut-turut, dari darjah 4-6, sampaikan beratus buku kat pusat sumber
skolah masa tu aku baca. Kemuncak kepercayaan dia terhadap aku bila dia lantik
aku jadi ketua pengawas pusat sumber skolah masa darjah 6 dan sedikit sebanyak
jawatan tu membina kemahiran kepimpinan aku.
Malangnya masa dia mengajar BI aku
selalu tak berminat. Bukan sebab dia ajar tak best. Tapi sebab masa tu aku rasa
BI tu mcm complicated. Tapi itu tak bermakna takde langsung knowledge yang aku
dapat dari pengajaran dia. Cuma aku tak dapat pencapaian optimum.
Masa aku
darjah enam, cikgu-cikgu lain sibuk memilih debaters utk wakil persatuan
masing-masing, takde sorang pon yang nak bagi peluang pd aku. Masa tu aku rasa
sedih la jugak tapi takdelah pulak aku cakap pada cikgu-cikgu atau kawan-kawan
yang aku nak cuba debate competition tu. Ketika ramai kawan-kawan sekelas dah
dipilih, teacher Noriah skali lagi bagi peluang pada aku as a debater utk mewakili Persatuan Pusat Sumber. Aku tak sia-siakan
peluang yang telah diberi dan bagi 2 pusingan pertandingan daripada 3 pusingan
aku telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik termasuk di pusingan final,
sampai ada cikgu yang nampak terkilan tak pilih aku awal-awal lagi. Hahaha….
Kumpulan aku jugak juara peringkat akhir pertandingan, antara kenangan terindah
dalam hidup aku.
Inilah teacher Noriah
Teacher Noriah jugak banyak memberi galakan pada aku.
Antaranya, dia suruh aku menyertai pertandingan bercerita bahasa Inggeris,
pertandingan bersajak bahasa Inggeris, pertandingan ulasan buku terbanyak dan
macam-macam lagi pertandingan. Dia bukan sekadar memberi galakan tetapi juga
bimbingan dan segalanya tak sia-sia sebab most competitions aku berjaya dapat
tempat pertama, kedua atau ketiga.
Lepas aku tamat sekolah rendah, sekolah
menengah, universiti n few years telah bekerja aku sangka teacher Noriah telah
lupa aku sebab dah 17 tahun kami tak jumpa. Rupanya dia masih ingat aku.
Sungguh aku terharu sebab dia menyatakan keinginan dia utk berjumpa dengan aku
semasa dia datang kenduri kawin sedara aku di Bagan Serai. Tertunai juga hajat
aku untuk berjumpa dengan teacher Noriah setelah sekian lama tak jumpa. Indeed,
jasa teacher Noriah hanya Allah yang dapat membalasnya.
SELAMAT
HARI GURU KEPADA SEMUA GURU
P/S: Terima
kasih jugak kepada Kak Yung (kakak aku), Norsina, yg telah membimbing dan bantu
aku jadi a good debater, pilih n ajar aku baca poem bahasa Inggeris sampai
boleh menang masa tu. Siap berlatih depan cermin tu….hahaha…Now she’s also a
teacher.