Friday, August 18, 2017

Ceri Merah Homestay di Kuantan

Lamanya la hai tak update blog sebab bz yang amat. Ok.....i know it is cliche 😅

Post kali ni adalah post nak buat saving. Huhuhu.....Kalau tak buat terasa macam kurang pulak saving sbb gaji aku dah mula kena potongan tambahan since few months ago. Actually aku nak promote homestay kami yang baru saja launch awal Ogos tadi. Dah lama dah kami dapat kunci rumah kedua yang kami beli tapi dek kerana aku sibuk yg amat dan suami aku jugak sibuk dengan kerja dia jadi tertangguh lama baru boleh siapkan homestay kami.

Kalau ada sesapa nak mai berjalan atau ada urusan di Kuantan bolehlah try homestay kami: 

 Image may contain: text 
Image may contain: house, sky and outdoor 
Master bedroom dilengkapi dengan katil king size

Second bedroom dilengkapi katil queen size

Third bedroom - 2 single beds

Fourth bedroom - 2 single beds







---------------------------------------------
Short term rental Homestay
---------------------------------------------
★ RM180/day for Monday-Thursday
RM200/day for Friday-Sunday and public holidays
Fully furnished 4 bedrooms semi-detached house at Kempadang Jaya, Kuantan.
GPS: (3°44'47.5"N 103°19'06.9"E) or (3.746525, 103.318571)
Quiet and greenery location.


★ Near to:
Tanjung Lumpur - a food heaven
Bandar Kuantan - shop till you drop
Pantai Kempadang / Pantai Sepat - picnic and sun bathing
Teluk Cempedak - relax & facing the South Chinese Sea panoramic view.

★ Open early August 2017.
Now open for booking.
Just call/sms @ 0186652051 (Nafri) / 0186652058 (Lyn).
WhatsApp: www.wasap.my/60186652051 ~ www.wasap.my/60186652058
Telegram: https://t.me/Nafrizuan or https://t.me/CeriMerahHomestay

★ All rooms are fully equipped with air conditioner and ceiling fan
New furnitures, refrigerator, hot water shower in both bathrooms
Free Wifi and Njoi Astro TV
Towels are provided for 8 persons

★ Parking lot fit for two cars 🚗, ample space for roadside parking too 🚙🚙.

★ Must eat:
Breakfast --> Kemira
Lunch ---> Mabiq
Dinner ---> Ana ikan bakar
All just within 5 minutes drive.

-------------------------------------------------
 Homestay reservation process
-------------------------------------------------
  1. Contact us by phone/SMS/WhatsApp/Telegram/Facebook Messenger to check the availability of the homestay at the desired time.
  2. After agreeing with the date of check-in/check-out and rental rates, you must pay a deposit of RM50 through online/cash deposit machines to our MAYBANK account 158051426353 (Azlyna Senawi) with reference: 'CeriMerah deposit'. The deposit will only be refunded if cancellation is made at least (2) two days before the date of check-in.
  3. You need to send to our WhatsApp/Telegram/Facebook Messenger the payment slip picture, picture of your identity card and phone numbers after making payment.
  4. We will record your reservation. Your reservation will be confirmed when we receive the payment of the deposit.
  5. Full payment of the rental balance (minus deposit) should be done before check-in, whether through online/cash deposit machines (we prefered this method and please send picture of  payment slip) or by-hand (cash) before the delivery of homestay key.Check-in time is 2 pm, and check-out time is 12 pm.
-----------
 Notes
-----------

💡  Check-in time is 2 pm, and check-out time is 12 pm.
💡  Early entry depends upon the availability and readiness of the homestay.

Tuesday, February 28, 2017

Homemade Baby Puree

Skarang ni Iedris dah berusia 6 bulan. So, dia dah mula boleh makan makanan pejal. Oleh kerana harga ready made puree yang ada jual kat supermarket bapaklah mahal, aku pon dengan gigihnya buatlah sendiri puree untuk Iedris. Lagi pon dikatakan homemade puree lebih berkhasiat sebab kalau yg ready made tu penyediaannya dibuat pada suhu yang tinggi supaya tahan lama, jadinya tu yang bertambah gigih. Actually masa zaman Ismael n Ielyas dulu aku tak pernah pon buat puree untuk depa sebab aku takde kesedaran masa tu. Huhuhu....Tapi bila gi UK dan ada banyak dijual buku baby food kat carboot sale tu yang tau rupanya boleh bagi baby makan puree daripada buah dan sayur atau campuran kedua-duanya  

Sbenarnya senang sangat nak buat puree. Takde buku resepi pon takpe, Google je. Last weekend aku try buat tiga jenis: apple puree, pear puree n honey dew puree. Meh nak citer cara-cara nak buat baby puree:

Langkah 1: Mula2 potong kecik2 isi buah. Of course kulit honey dew kena la buang. Untuk buah epal n pear pon aku buang jugak. Ada sources yang aku rujuk depa tak buang sebab katanya kulit dia pon ada zat yang bagus. Tapi sebab aku khuatir buah tu disembur-sembur dengan racun yang tidak diketahui sebelum dipetik jadinya aku pilih untuk buang jugak kulitnya. Pastu untuk honey dew kena pastikan isinya masak ranum ye.



Langkah 2: Oleh kerana isi buah epal dan pear tu keras, kena la stimkan dulu isi yang dipotong kecik tadi. Kita tak rebus supaya zat buahnya dapat dikekalkan sebaik mungkin. Agak-agak bila buah dah boleh dicucuk mudah dengan garfu berhentikanlah proses stim buah tu. Buah honey dew tak perlu stimkan tau sebab isi honey dew yang ranum dah cukup lembut untuk dikisar.

Langkah 3: Next, masukkan potongan buah tadi ke dalam mesin kisar dan kisar sampai lumat. Sebelum kisar tambah air untuk buah epal dan pear. Honey dew tak perlu tambah air sbb boleh dia dah sangat berair. Aku kisar pakai Nutribullet. Lebih mudah n hasil kisaran lebih baik compared to blender biasa. 



Langkah 4: Dah kalau sebijik honey dew jadi puree sah le banyak kuantitinya. Tak larat baby nak melantak semua sekali pada satu masa kan. So, bolehlah simpan dalam bekas mangkuk-mangkuk kecik atau boleh simpan dalam bekas kiub ais. Jangan lupa labelkan jenis puree dan tarikh disediakan. Simpanan boleh dibuat untuk maximum 3 bulan. Lama tu. Jimat masa mak macam aku yang sokmo sibuk.  


Bila nak bagi makan baby kita boleh campurkan jenis puree berbeza untuk dapat lebih variasi. 

Tuesday, January 24, 2017

Cuci Baju Putih Jadi Bersih

Dulu sebelum aku gi UK aku loyal sangat dengan serbuk cuci baju Breeze. Boleh katakan semua jenis kotoran degil kat baju kami anak beranak baik daki di kolar, percikan kicap sampailah ke kuah kari, semua boleh hilang bila guna Breeze saja. Tapi lepas balik dari UK aku perasan Breeze tak lagi berkesan macam dulu.

Jadinya aku pon try le google2 apa orang lain pakai untuk basuh baju supaya jadi bersih. Ada la macam2 orang suggest. Ada yang suggest buat campuran beberapa perkara: cecair/serbuk pencuci + Vanish + parutan sabun mandi. Bab parutan sabun mandi tu aku rasa macam tak kuasa nak buat. Jadinya aku cuba solution yang paling mudah dulu. serbuk pencuci + Vanish.

Alhamdulillah. Kira menjadi le jugak. Ni nak tunjuk satu contoh.

Sebelum. Jubah Ismael ni kalau tengok betul-betul kena tumpahan air sirap merah n bertompok dengan kesan tanah. Entah apa la dia main sampai kotor sangat macam ni.  

Selepas. Dah bersih dah hasil campuran serbuk pencuci + Vanish


Vanish tu harga dia mahal skit. Satu bekas lebih RM20! Tak besar mana pon bekasnya. Mula-mula tengok harga dia macam tak sanggup nak beli. Tapi bila memikirkan malasnye la hai nak menyental baju kotor Ismael n Ielyas jadinya aku pejam mata jugak le beli. Aku takde le pakai Vanish tu setiap kali cuci baju. Bila perlu saja. Oleh kerana Vanish yang aku beli tu version sesuai untuk baju putih, so aku try Jumaat lepas sebab hari Jumaat ada banyak koleksi baju putih masuk laundry basket. Oleh kerana berkesan boleh le pasni cuba Vanish untuk cuci baju berwarna pulak.

Kalau ada sesapa boleh share solution lebih murah with NO effort boleh le komen kat post ni. Maksud aku NO effort tu ialah tak perlu sental, tak perlu rendam, tak perlu sapu sabun pada kotoran, hanya masuk terus saja pada mesin n terus operate the machine. Aku takde banyak masa nak uruskan banyak benda-benda remeh. Serius aku berminat nak tahu.

Nota kaki: Dari pemerhatian aku, jenis mesin basuh jugak memainkan peranan kepada keberkesanan hasil cucian. Kalau sabun dah tip top tp mesin basuh tak canggih, tak bersih mana jugak baju yang dibasuh. Aku pernah test di 3 mesin basuh berbeza dengan sabun pencuci yang sama, hasilnya berbeza. Kalau korang nak beli mesin basuh aku suggest beli la orang gaji Korea atau Jepun (technology from Korea/Japan). Kat Malaysian ni memang banyak jual mesin basuh Jepun/Korea pon. But still buatan Korea/Jepun pon masih berbeza dari satu model ke satu model yang lain. Ada yang ok, ada jugak yang biasa-biasa saja. Normally lebih mahal lebih baguslah outcome dia. Di UK kami pernah pakai mesin basuh Cap Beko (serius yang jenis tak canggih) dan cap Hotpoint (aku kira canggih lagi dari yang cap Beko sebab masa tengok iklan rumah, tuan rumah siap emphasize dalam iklan yang dia bagi mesin basuh tu) yang mana dua-dua bukan tenknologi Korea/Jepun. Seriuosly, tak best. Kalau dilihat dalam reviews, orang UK rata-rata bagi rating lebih tinggi untuk mesin basuh cap Samsung dan kalau ada offer mesin basuh Samsung, pakat ramai lah like share offer tu di Hot UK Deals.

Friday, January 13, 2017

Review: Dyson DC28C Musclehead Vacuum Cleaner

Post kali ni aku nak buat review pasal Dyson vacuum cleaner. Dyson ada macam-macam model vacuum cleaner. Yang aku nak review ni specific untuk model  DC28C Musclehead . Tak pasti model ni ada jual kat Malaysia ke tak. Tapi di UK masih ada lagi jual.  Kalau di UK vacuum cleaner is a must have item sebab semua rumah di UK ada pakai carpet. Macam bohong je kalau cakap tak pakai carpet sebab cuaca sana sejuk for most of the times in a year. 


Brand Dyson ni kira high end brand di UK. Syukur aku bertuah sebab masa aku beli dulu masa John Lewis tengah buat sale. Kalau tak silap masa Black Friday sale. Kalau tak sale tak sanggup rasanya nak beli sebab mahal sangat. Actually harga sale pon masih mahal tapi bila tengok harga untuk model yang lebih kurang sama di Ikano Power Center Damansara baru-baru ni, fuhhh....rasa memang berbaloi-baloi lah aku pejam mata beli di UK. Aku rasa berbaloi lah beli vacuum elok skit daripada beli gelang emas atau rantai emas (aku x berapa suka pakai barang kemas terutama emas. Bukan tak cantik tapi memang x minat).

Kalau korang tengok review di Amazon UK atau jualan online oleh rangkaian kedai ternama di UK, model yang aku beli ni dapat rating 5 star. Memang padan le 5 star. Jap lagi aku bagitau kenapa. Untuk pengetahuan, aku ni sebelum gi UK pernah pakai vaccum cap LG. Masa tu itu je la vacuum yang mampu nak beli dan masa tu pon dah rasa happy dah. Pergi UK kami beli versi downgrade dari yang LG. Cap Tesco je. Huhuhu...Nak jimat punya pasal sebab masa baru nak memulakan kehidpuan kat sana kan banyak pakai duit. Pastu vacuum cap Tesco tu problem, kami beli le brand Vac. Beli yang second je pon kat carboot sale. Performance dia not bad. Bunyi dia x bising sangat. Suction of course le lebih baik dari cap Tesco. And Vac lebih baik dari LG yang aku beli di Malaysia. Vac sebenarnya antara jenama yang popular jugak di UK sebab harga dia berpatutan n performance dia kira ok la.Vacuum Vac tu le kami pakai sampai kesudah sampai nazak le. Brand Dyson tu aku beli lebih kurang setahun sebelum nak balik.Walaupon Vac dah nazak aku simpan je. Performance Vac ok lagi cuma dia punya pemegang je problem skit. Lepas selit dengan batang aiskrim ok je. Huhuhu.....Dyson tu sayang nak pakai dulu. Aku berangan nak pakai bila balik Malaysia. Tapi bila balik Malaysia lepas beberapa bulan baru mula pakai. Itu pon selepas ada tempat nak simpan.

Apa beza ketara Dyson dengan vacuum lain yang aku pernah pakai? Banyak........beza. Paling berbeza suction dia. Super duper powerful. Rambut gugur kat lantai atau carpet habis dia boleh sedut dengan jayanya. Kira apa yang dia patut sedut habis disedut la: serpihan guntingan kertas, benang, butir nasik kering, pasir, habuk. Kalau vacuum Vac yang aku pernah pakai kira hebat jugak tu pon tak mampu nak sedut sekuat Dyson. Dengan rumah aku yang seminggu sekali aku vacuum dan setiap hari bersapu, tong tempat habuk tu kira 1/3 penuh dari maksimum level yang dicadangkan selepas aku vacuum satu rumah. Itu baru dengan suction level paling rendah aku guna. Blom cuba lagi dengan suction lebih tinggi. So boleh le korang bayangkan betapa dahsyatnya sedutan Dyson. Lepas vacuum gerenti puas hati. Itu dari segi kuasa sedutan dia.

Masa untuk vacuum berterusan lebih lama dari biasa termasuk kalau dibandingkan dengan Vac. Alhamdulillah setakat aku pakai dah beberapa bulan, tak pernah lagi tengah-tengah vacuum tetiba auto shut off. Kalau vacuum yang pernah aku pakai biasa jadi mcm tu. Jadi kena tunggu kejap sebelum boleh sambung vacuum lagi. Dari segi mobiliti plak, memang sangat smooth pergerakan vacuum tu. Senang je nak tarik ke sana sini. Tak pernah lagi main body dia terbalik bila aku tarik ke sana sini, tak macam vacuum lain. Tempat pemegang dia plak pada pendapat aku sangat ergonomik. Mudah dan selesa di pegang.

The downside is agak susah skit nak vacuum di high pile rug yang gebus gebas. Kalau low pile or high pile rug tapi tak gebus gebas (maksud aku bulu-bulu carpet tu tak padat) aku rasa ok. Aku syak sebab dia sedut kuat betul, tu yang susah skit untuk high pile rug. Lagi satu dekat button nak tukar mode lantai ke mode carpet tu agak liat skit. Tapi boleh diterima lagi kekurangan ni sebab bukan nak kena press button tu banyak kali pon bila vacuum satu rumah. Bunyi dia aku rasa kuat lagi berbanding Vac. Vac brand yang bunyinya paling light aku pernah pakai. Memang aku perasan model Vac lain (based on kawan-kawan lain pakai masa di UK) pon memang perlahan skit bunyi dia. Apa pon disebabkan suction power, ergonomic characteristic n convenience for mobility adalaah kriteria utama bagi aku untuk sebijik vacuum cleaner, aku tetap bagi 5 star untuk Dyson n of course Dyson adalah vacuum pilhan aku yang paling best .   


Made in Malaysia tapi tak popular di Malaysia sebab mahal rasanya

Inilah rupa sebenar aku punya Dyson vacuum

Nota kaki: 
Post ni bukan bertujuan nak show off. Kalau korang mampu beli boleh le menabung untuk bantu kemas rumah dengan kepuasan optimum. Aku pon tak kaya mana boleh beli gitu je. Lepas dekat 10 tahun berumahtangga baru boleh beli tau. Kalau korang kaya boleh beli je terus. Hehehe....Tapi post ni maybe bagi idea kat korang untuk demand hadiah anniversary or birthday korang this year. Hahaha... 

Monday, January 9, 2017

Ismael Masuk Darjah 1

Pejam celik pejam celik Ismael dah masuk darjah 1 dah pon. Kami pilih untuk masukkan dia di sekolah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Indera Sempurna (SRITIS), sekolah baru di perumahan kami duduk. Ismael dan 47 kawan dia yang lain adalah murid-murid batch pertama. Buat sementara waktu ni bangunan sekolah menyewa salah satu bangunan masjid. Jadinya sekolah terletak tak jauh dari rumah kami. Kalau naik motor tak sampai seminit dah sampai. Pihak sekolah sedang mencari tapak tetap dan dana untuk membina bangunan sekolah. 

Sukatan pelajaran tetap mengikut KSSR seperti mana sekolah kerajaan. Cumanya ada matapelajaran diniyyah (berdasarkan kurikulum KAFA) dan juga menghafaz al-Quran. So, anak-anak SRITIS nanti bukanlah semuanya nanti disasarkan jadi ustaz saja. Huhuhu....Sebab ada orang membayangkan kalau masuk sekolah agama boleh jadi ustaz je. Depa tetap boleh jadi doktor, saintis, ahli perniagaan dan macam-macam kerja lagi lah. 

Ismael bersedia untuk ke hari orientasi, 1/1/2017.

Acara pembahagian pelajar mengikut kelas. Ismael diletakkan dalam kelas 1 Syartibi. Yang pakai baju batik hitam tu mudir sekolah.

Ismael tengah beratur menunggu untuk masuk ke kelas bagi ujian pengesanan.

Berjalan masuk ke kelas. Ada budak dah pakai uniform hari orientasi. Masih ramai jugak blom beruniform sebab baju belum siap.

Ismael tekun menyiapkan tugasan.

Alhamdulillah, kelas ada aircond.

Buat masa ni memang aku tak nafikan kemudahan sekolah memang serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain terutamanya sekolah kerajaan. Tapi keperluan asas pembelajaran semuanya aku nampak dah cukup baik. Takkan ada yang lebih baik kalau takde permulaan kan? 

Minggu ni Ismael dah dapat pakai uniform sebab mama dengan gigih telah bersengkang mata jahit kaki seluar yang labuh. Seluar tu sengaja beli labuh supaya boleh pakai lama skit. Nanti bila tinggi sikit boleh buka satu lipatan. Tinggi tambah lagi, buka lagi satu lipatan. Tinggi tambah lagi, ok masa untuk seluar baru. 

Pemandangan sisi lain bangunan sementara SRITIS.

Ni gambar pagi tadi. Ismael masuk ke kelas.

Hari jumaat budak lelaki kena pakai jubah putih dan berserban. Tapi Ismael masa ni blom ada jubah lagi. Jadinya dia pakai jubah pasti. Ismael pakai jubah kaler hijau yang beratur kat bahagian depan tu. Mujur bukan dia sorang je tak pakai jubah putih masa ni. Kalau tak serius aku rasa bersalah kat dia sebab ganjil untuk kali kedua. Gambar ambik dari FB Sritis Indera Sempurna.

Alhamdulillah, Ismael takde masalah menyesuaikan diri dengan sekolah baru. In fact, dia nampak lebih happy. Hehehe....Bila tanya kenapa dia kata sebab tak kena tido kat skolah. Hahaha....Dulu masa kat PASTI dia kena tido kejap lepas solat Zohor dan dia tak suka tido. Kawasan sekolah plak kawasan yang dia dah biasa sebab hari-hari ikut papa dia gi masjid. Kawan baik dia masa di PASTI plak sekolah sama, siap sekelas lagi. Syukur sangat kami takde dengar dia merungut apa-apa yang tak best pasal sekolah tu. Kalau dulu berebut mintak hantar ke PASTI selepas hantar Ielyas, skarang dia mintak dihantarkan dia dulu. Dan aku perasan Ismael sangat suka boleh berdikari bila dia mintak diberi duit belanja dan boleh pilih apa saja yang dia nak beli di kantin sekolah. So, papa dia bagi sehari RM2 supaya dia boleh membeli masa rehat. Alhamdulillah, nampaknya dia sangat positif. Masa hari pertama ke sekolah secara rasmi (bukan hari orientasi), kami tak tunggu dia pon kat sekolah. Hantar dia kat muka pintu je. Dia ok je. Siap pakai baju lain dari yang lain lagi sebab aku tak sempat nak jahit seluar sekolah dia yang labuh. Aku cuak jugak bila tengok semua budak pakai uniform lengkap n dia sorang je pakai baju PASTI lain dari yang lain. Aku cuak dia mengamuk atau menangis sebab dia ganjil tapi syukur dia relax je. Hehehe.....

Besar dah anak mama. Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan dapat memberi sumbangan kepada agama dan negara, Amin.