Dulu sebelum aku gi UK aku loyal sangat dengan serbuk cuci baju Breeze. Boleh katakan semua jenis kotoran degil kat baju kami anak beranak baik daki di kolar, percikan kicap sampailah ke kuah kari, semua boleh hilang bila guna Breeze saja. Tapi lepas balik dari UK aku perasan Breeze tak lagi berkesan macam dulu.
Jadinya aku pon try le google2 apa orang lain pakai untuk basuh baju supaya jadi bersih. Ada la macam2 orang suggest. Ada yang suggest buat campuran beberapa perkara: cecair/serbuk pencuci + Vanish + parutan sabun mandi. Bab parutan sabun mandi tu aku rasa macam tak kuasa nak buat. Jadinya aku cuba solution yang paling mudah dulu. serbuk pencuci + Vanish.
Alhamdulillah. Kira menjadi le jugak. Ni nak tunjuk satu contoh.
Sebelum. Jubah Ismael ni kalau tengok betul-betul kena tumpahan air sirap merah n bertompok dengan kesan tanah. Entah apa la dia main sampai kotor sangat macam ni. |
Selepas. Dah bersih dah hasil campuran serbuk pencuci + Vanish |
Vanish tu harga dia mahal skit. Satu bekas lebih RM20! Tak besar mana pon bekasnya. Mula-mula tengok harga dia macam tak sanggup nak beli. Tapi bila memikirkan malasnye la hai nak menyental baju kotor Ismael n Ielyas jadinya aku pejam mata jugak le beli. Aku takde le pakai Vanish tu setiap kali cuci baju. Bila perlu saja. Oleh kerana Vanish yang aku beli tu version sesuai untuk baju putih, so aku try Jumaat lepas sebab hari Jumaat ada banyak koleksi baju putih masuk laundry basket. Oleh kerana berkesan boleh le pasni cuba Vanish untuk cuci baju berwarna pulak.
Kalau ada sesapa boleh share solution lebih murah with NO effort boleh le komen kat post ni. Maksud aku NO effort tu ialah tak perlu sental, tak perlu rendam, tak perlu sapu sabun pada kotoran, hanya masuk terus saja pada mesin n terus operate the machine. Aku takde banyak masa nak uruskan banyak benda-benda remeh. Serius aku berminat nak tahu.
Nota kaki: Dari pemerhatian aku, jenis mesin basuh jugak memainkan peranan kepada keberkesanan hasil cucian. Kalau sabun dah tip top tp mesin basuh tak canggih, tak bersih mana jugak baju yang dibasuh. Aku pernah test di 3 mesin basuh berbeza dengan sabun pencuci yang sama, hasilnya berbeza. Kalau korang nak beli mesin basuh aku suggest beli la orang gaji Korea atau Jepun (technology from Korea/Japan). Kat Malaysian ni memang banyak jual mesin basuh Jepun/Korea pon. But still buatan Korea/Jepun pon masih berbeza dari satu model ke satu model yang lain. Ada yang ok, ada jugak yang biasa-biasa saja. Normally lebih mahal lebih baguslah outcome dia. Di UK kami pernah pakai mesin basuh Cap Beko (serius yang jenis tak canggih) dan cap Hotpoint (aku kira canggih lagi dari yang cap Beko sebab masa tengok iklan rumah, tuan rumah siap emphasize dalam iklan yang dia bagi mesin basuh tu) yang mana dua-dua bukan tenknologi Korea/Jepun. Seriuosly, tak best. Kalau dilihat dalam reviews, orang UK rata-rata bagi rating lebih tinggi untuk mesin basuh cap Samsung dan kalau ada offer mesin basuh Samsung, pakat ramai lah like share offer tu di Hot UK Deals.