Saturday, November 24, 2012

Chatsworth House

Satu weekend yang dah sangat lama lepas (20 Oktober 2012 - ini kes tak berkesempatan nak update blog), kami ke Chatsworth House yang terletak lebih kurang 30 minit dari rumah kami. Tapi aku tak boleh le nak kata ianya satu lawatan yang sangat best sebab kami tak masuk pon ke "house" tu kerana bayaran masuk dia mahal le jugak - lebih 10 pound utk sorang dewasa. Di kala baru saja memulakan kehidupan baru di negara orang dengan currency rate yang sangat tinggi, kami just telan air masak n jalan-jalan tengok pemandangan di kawasan sekitar. Itu pon dah cukup melegakan minda lepas penat ke sana ke mari mencari barang perkakas rumah dan baju sejuk untuk kami dan juga pengasuh. 



Apa yang menarik tentang Chatsworth House tu? Chatsworth ni adalah kediaman Duke and Duchess of Devonshire. Kiranya boleh le dikatakan rumah tu sebagai istana. Tapi tak payah le tanya aku apa yang menarik kat dalam tu sbb kami tak masuk kan....Dia punya garden  tu memang nampak lawa la dari jauh (nampak skit je) n pemandangan depan istana dia nampak familiar untuk beberapa citer pasal putera/puteri raja inggeris yang aku pernah tengok kat dalam beberapa filem. Kawan aku kata memang kat situ ada orang buat penggambaran filem. Dia kata la... 

Walaupun kami tak masuk, pemandangan kat luar pun dah cukup menakjubkan. Ramai yang datang ke sini utk hiking. Ada yang hiking berkeluarga, berpasang-pasangan dan juga bersama kawan-kawan. Ramai jugak orang yang datang ke situ bukan pun untuk berhiking dan tak masuk jugak pon ke istana tu macam kami. So, bukan kami jelah yang datang ke situ just untuk menikmati pemandangan. Pemandangannya, subhanallah, memang lawa sangat. Jom tengok gambar.

Saujana mata memandang. Ratusan biri-biri yang gemuk-gemuk belaka


Pokok macam lukisan






Friday, November 23, 2012

6th Anniversary Present

This post is a memory of our 6th anniversary:

Lepas gi melawat Old Trafford Sabtu lepas (10/10/2012) kami gi jalan-jalan jap di bandar Manchester. Kebetulan masa lalu satu deretan kedai aku ternampak butik Cath Kidston. Aku mula tau brand ni daripada satu gambar dalam FB kawan. Cath Kidston kira brand yg famous di UK. Produk dia bercirikan ala Inggeris.


Kami pon saja je le masuk butik Cath Kidston tu. Aku sbenarnya just nak cuci mata tengok koleksi handbag Cath Kidston dari dekat. Aku bukan le penggemar style ala Inggeris tapi ada beberapa design handbag dia memang sangat sweet. Then husband came outwith an idea for me to choose one as our 6th anniversary present. Oh....it took me not so long to agree with his suggestion. And here is the result:



Boleh le bawa gi kelas n jadi penaik semangat utk menghabiskan Phd cepat :)

Terima kasih suami tercinta....Luv u so much. Smoga kami terus bahagia melayari hidup bersama. 

Nota untuk suami (orang lain takyah baca): Errr....hadiah untuk abang blom bli lagi ni. Ke saya belikan pinggan portmerion je utk abg? Yang jugak bermakna hadiah saya. Huhuhu.....

Saturday, November 3, 2012

Jalan-Jalan Ke Sheffield City Centre

Weekend kedua selepas kami duduk di rumah kami sendiri, kami ambil peluang jalan-jalan ke Sheffield City Centre. Kami suami isteri dah gi sebelum tu lagi tapi masa tu kami just gi bank sebab nak buka akaun dan gi register utk masuk internet di rumah. 

So, petang 6/10/2012 (selepas sesi gotong-royong mengangkat barang ke kontena rakan Malaysia yang nak balik Malaysia pada sebelah pagi hingga ke tengah hari) kami bawa anak-anak dan helper melawat sekitar bandar Sheffield. So, layan jelah gambar-gambar di bawah.



 Tempat ni tak jauh dr University of Sheffield. Kurang 10 minit jalan kaki dari department kami











  Persembahan jalanan. Kalau bermurah hati bolehlah sumbangkan duit kepada performer tu. Ada penonton yg bagi 10 pound kat org tu. Dia seronok betul :)

Friday, November 2, 2012

Kenduri Di Rumah Kami

Oleh kerana rumah yang kami sewa ni adalah rumah yg baru dibeli oleh landlord (Malaysian) kami, dia telah berhajat utk buat kenduri doa selamat dan bacaan yasin selepas hampir tiga minggu kami duduk. Kenduri tu diadakan dengan menu utama sponsored by them n kami just support dengan agar-agar laici (1st time buat n sedap. Hehehe....), buah strawberi + anggur dan popia goreng (resepi helper, juadah paling laris among kids n most adults x sempat merasa pon). 


Yg baju maroon tu tuan rumah n dua orang budak baju merah tu anak dia

Yang dukung baby tu isteri tuan rumah. Baby yg dia dukung tu anak bongsu depa yang kebetulan sama birthday dengan Ielyas

Kenduri dibuat pada hari Sabtu, 13/10/2012. Tetamu mula sampai kol 2 petang dan berakhir lebih kurang kol 7.30 malam. Tetamu jemputan ialah rakan-rakan yang dok sekitar Darnall dan beberapa keluarga yang bukan dari qariah Darnall tetapi pada masa tu akan pulang ke tanah air (jemputan khas oleh landlord).

Ini dia juadah utk tetamu. Banyak juga disokong dengan juadah rakan-rakan yang datang. Dua bekas casserole tu agar-agar laici aku.




Smoga Allah takdirkan kami aman damai, sejahtera dan gembira dok rumah ni selama kami duduk belajar di sini. Amin.

Thursday, November 1, 2012

How to Optimize Luggage Space

Masa aku sibuk mengemas beg baju yang nak dibawa sambung belajar, tetiba aku terfikir why not aku share this knowledge yang aku belajar dari makcik aku masa aku sekolah rendah. Tapi baru skang berkesempatan nak lengkapkan post ni yang sepatutnya dah lama publish.

Typical way of doing it kita akan lipat baju-baju kita macam yang kita biasa buat untuk disusun dalam almari tu kan. Then kita akan letak macam tu jugak dalam beg yang kita nak bawa.

Kat sini aku nak share satu cara yang telah lama aku praktikkan espcially bila nak balik kampung dan aku perlu bawa banyak baju. Korang mungkin dapat jimatkan luggage space hingga separuh ruang berbanding menggunakan cara biasa.

Ok...ini kain yang kita dah lipat macam biasa tu

Pastu gulung baju tu macam ni. Lebih kejap gulungan tu lebih baik sebab ia akan lebih menjimatkan ruang.


Pastu susun macam ni rapat-rapat. Kalau kena caranya baju-baju tu dimampatkan akan lebih banyak baju dapat diisi.

Lagi satu cara, korang boleh le gunakan beg plastik pemampat. Boleh beli kat supermarket/kedai tertentu. Beg plastik pemampat ni biasanya digunakan oleh orang Jepun utk simpan baju yang jarang nak dipakai dengan minimum storage space.

 Ini rupa packaging plastik pemampat baju yang aku beli dari Universal Traveller. Harga dia kalu tak silap RM9.90. Salesgirl kat kedai tu kata benda ni cepat sold out terutamanya musim student undergrad baru nak fly. Aku pernah jugak tengok menda ni jual kat Daiso (kedai yg jual mostly setiap barang RM5).


 Ini rupa sebenar plastik pemampat tu. Yg ni ukuran dia 60 X 60 cm


 Lepas dah isi baju ke dalam plastik tu, mampatkan plastik tu guna vacum cleaner. Boleh juga pakai tangan tapi kurang berkesan.
 
Bolehlah korang cuba untuk balik kampng atau travel nanti. Selamat mencuba!

Cerita sampingan:
Dulu sblm fly ke UK, kami dah start packing baju since July eventhough kami fly pertengahan September. Korang janganlah pelik awalnya kami start packing sebab kami sedar kami tak banyak masa free waktu tu. Ada macam2 nak kena kemas. Aku kena kemas 2 ofis aku lagi, satu di Gambang dan satu di Pekan. Nak kemas rumah lagi utk penyewa masuk bulan september. Tu yang dah start menyumbat apa yang patut ke dalam luggage awal-awal lagi. Buat sikit-sikit taklah letih sangat. Lagi pon kalau sepenuh tenaga nak dikerah yg masa tu juga bulan puasa mana larat dik ooi... Tambahan pulak masa di rumah pon perlu diluangkan untuk entertain anak-anak. Eh, panjang lebar le pulak cerita sampingan. Apa daa....