Biasanya bila ke universiti kami bawa bekal lunch sendiri untuk berjimat cermat. Kalau tak bawak bekal biasanya kami akan makan kebab+fries atau beli bakeries dari Lidl/Tesco/Sainsburry. Seingat aku selama kami belajar kat sini tak sampai lima kali kami lunch ikut style mat salleh di sini. Maksud aku, lunch makan sandwich/pasta/burrito/salad/wrap yang ready packed, jual di Tesco/Sainsburry/student union shops/mana-mana cafe di universiti.
Last week kami try lunch gaya mat salleh. Buat pertama kalinya kami cuba beli meal deal set of three: sandwich + drink + chips, beli di student union shop. Ada macam-macam pilihan sandwich, drink n chips. Pilih la mana-mana kombinasi yang termasuk dalam meal deal yang ditawarkan. Satu set dengan harga £3.29. Jangan darab ke RM. Kalau darab, kebulur kami kat sini. Huhuhu.....Dengan nilai duit di sini aku andaikan sebagai murah. Kalau beli nasi lemak lauk ayam seketul kecik saja pon kat sini dah £3.50, takde pakej dengan air minum ye...
Kedai dan cafe kat universiti kami ada jual sandwich halal. Jadi pilihan kami tidak hanya terhad kepada vegeterian options. Set ni hasben yang punya dan berharga £3.29. |
Ini plak aku punya, jugak berharga £3.29. Roti tu besar jugak saiznya. Panjangnya ada kot lebih kurang 20cm n lebar dalam 8cm cenggitu. Kalau untuk aku, makan ni semua dah sangat kenyang. |
Dan.....aku rasa macam menyesal plak tak pernah cuba sebelum ni sebab bukan saja murah, tetapi jugak sedap, kenyang dan berkhasiat (roti tu penu dengan sayur segar). Oh ya, chips (atau keropok) yang dijual dalam meal deal seumpama ni di mana-mana kedai/supermarket tidak mengandungi msg. So, keropok dalam option meal deal tu takde lah merapu sangat. Makanan tu tak mengeluarkan bau yang kuat. So, no wonderlah kat sini kita boleh makan dalam library. Kalau kat Malaysia memang tak sesuai nak allow orang makan dalam library sebab makanan kita banyak yang harum semerbak dan berkuah. Apa pon makanan Malaysia tetap dihatiku. Hehehe....
Nota kaki:
Tahun ni kami banyak cuba benda baru, menikmati bulan-bulan terakhir berada di bumi ratu.