Tuesday, February 28, 2017

Homemade Baby Puree

Skarang ni Iedris dah berusia 6 bulan. So, dia dah mula boleh makan makanan pejal. Oleh kerana harga ready made puree yang ada jual kat supermarket bapaklah mahal, aku pon dengan gigihnya buatlah sendiri puree untuk Iedris. Lagi pon dikatakan homemade puree lebih berkhasiat sebab kalau yg ready made tu penyediaannya dibuat pada suhu yang tinggi supaya tahan lama, jadinya tu yang bertambah gigih. Actually masa zaman Ismael n Ielyas dulu aku tak pernah pon buat puree untuk depa sebab aku takde kesedaran masa tu. Huhuhu....Tapi bila gi UK dan ada banyak dijual buku baby food kat carboot sale tu yang tau rupanya boleh bagi baby makan puree daripada buah dan sayur atau campuran kedua-duanya  

Sbenarnya senang sangat nak buat puree. Takde buku resepi pon takpe, Google je. Last weekend aku try buat tiga jenis: apple puree, pear puree n honey dew puree. Meh nak citer cara-cara nak buat baby puree:

Langkah 1: Mula2 potong kecik2 isi buah. Of course kulit honey dew kena la buang. Untuk buah epal n pear pon aku buang jugak. Ada sources yang aku rujuk depa tak buang sebab katanya kulit dia pon ada zat yang bagus. Tapi sebab aku khuatir buah tu disembur-sembur dengan racun yang tidak diketahui sebelum dipetik jadinya aku pilih untuk buang jugak kulitnya. Pastu untuk honey dew kena pastikan isinya masak ranum ye.



Langkah 2: Oleh kerana isi buah epal dan pear tu keras, kena la stimkan dulu isi yang dipotong kecik tadi. Kita tak rebus supaya zat buahnya dapat dikekalkan sebaik mungkin. Agak-agak bila buah dah boleh dicucuk mudah dengan garfu berhentikanlah proses stim buah tu. Buah honey dew tak perlu stimkan tau sebab isi honey dew yang ranum dah cukup lembut untuk dikisar.

Langkah 3: Next, masukkan potongan buah tadi ke dalam mesin kisar dan kisar sampai lumat. Sebelum kisar tambah air untuk buah epal dan pear. Honey dew tak perlu tambah air sbb boleh dia dah sangat berair. Aku kisar pakai Nutribullet. Lebih mudah n hasil kisaran lebih baik compared to blender biasa. 



Langkah 4: Dah kalau sebijik honey dew jadi puree sah le banyak kuantitinya. Tak larat baby nak melantak semua sekali pada satu masa kan. So, bolehlah simpan dalam bekas mangkuk-mangkuk kecik atau boleh simpan dalam bekas kiub ais. Jangan lupa labelkan jenis puree dan tarikh disediakan. Simpanan boleh dibuat untuk maximum 3 bulan. Lama tu. Jimat masa mak macam aku yang sokmo sibuk.  


Bila nak bagi makan baby kita boleh campurkan jenis puree berbeza untuk dapat lebih variasi.