Last two weeks kami sekeluarga pegi JB. Saja jalan-jalan. Kebetulan cuti hari pekerja. Nak jalan-jalan jauh sikit. Ubah angin.
Nak jadi citer, dalam perjalanan tetiba ada bunyi letupan. Masa bunyi meletup tu kebetulan ada satu 4 wheel drive laju dari arah bertentangan dan aku terasa mcm dekat sgt dah dengan kereta kami. So, aku syak 4 wheel drive tu langgar side mirror walaupun takde lah tertanggal pon side mirror tu. So, hasben berenti tepi jalan n check. Dia kata takde apa-apa. Kami teruskan perjalanan. Lebih kurang setengah jam lepas tu aku mintak hasben berenti beli air sbb rasa dahaga. Bila aku keluar kereta je, brader yang jual air tunjuk-tunjuk ke kereta dan cakap sesuatu. Aku tak sedar apa yang jadi dan tak pulak dengar apa dia kata sebab bunyi kereta kat jalan raya mengatasi suara dia. Bila aku g dekat ngan dia baru aku dengar. Dia kata tayar kereta pecah! Syukur Alhamdulillah, workshop tak jauh dari situ. Alhamdulillah, nasib baik skali lagi, kami tak perlu tunggu lama tayar ditukar. Syukur jugak sport rim tak rosak sbb lama jugak hasben bawak kereta dalam keadaan agak laju dengan tayar pecah.
Sampai JB dah malam. Kami terus cari hotel sbb ingat nak mandi dulu. Malangnya, sume hotel yang ditanya penuh! Hasben tak buat reservation sbb ingat senang nak dapat hotel. Even kami cuba tanya sampai ke hotel-hotel 4 star pun sume penuh. Rupanya ramai orang jalan-jalan ke JB macam kami. Maybe Singaporean antara penyumbang hotel jadi penuh sbb cuti umum hari Isnin. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami bilik di satu hotel ni. Setelah lebih dari 10 hotel ditanya. Aku pon lupa apa nama hotel tu. Hotel tu baru. Bilik kira comfortable enough n even lebih selesa daripada hotel-hotel yang sama atau lebih rate di KL. TV pon LCD. Siap ada sofa + coffee table lagi.
Lepas kami sume mandi, kami cari tempat nak makan. Kami plan nak makan kat satu tempat di Dataran Bandaraya. Lama juga mencari simpang yang betul. Maklumlah, aku pernah makan kat situ pon skali je selama aku belajar. Mana nak ingat kat mana. Tapi keletihan mencari tu berbaloi sbb tauhu bakar gerai yang kami pilih tu sedap amat. Teringat-ingat kesedapannya sampai dah balik Kuantan. Kuah tauhu bakar tu cukup rasa pedas dan manisnya. Tauhunya plak dibakar sedang-sedang elok rangupnya. Selain tu kami makan yong taufu Johor style. Blh tahan sedap tapi sedap lagi tauhu bakar.
Esoknya, kami teruskan dengan next plan. Kami gi Jusco Taman U. Kuantan takde Jusco. Jadi jangan le pelik kami gi Jusco. Sempat le Ismael main mainan yang kena pakai token tu. Ada le shopping barang skit.
Ismael sempat main kejap. Tapi muka cam takde perasaan je. Huhuhu.....
Pastu tengah hari, hasben berbesar hati nak tour ke UTM. Tempat aku belajar selama 6 tahun dari degree sampai master. Oh, terubat kerinduan kepada zaman belajar kat sana.
Kami siap tour ke semua blok yang aku pernah duduk di kolej-kolej kediaman berbeza. Blok-blok asrama tu kebanyakannya tak jauh berbeza dari keadaan dulu. Kat bawah ni aku share sebahagian foto berlatar belakangkan blok-blok yang aku pernah duduk.
The very first blok asrama diduduki di Kolej Tun Fatimah (KTF), first year, 1999/2000. Blok ni nun hujung terletak di gate blakang utm. Student kat utm kata blok di kawasan lembah. Jauh juga dari kampus. Blok ni saiznya yang paling kecil ada di utm. For 36 students. So, kenal sume ahli blok. Advantage dok blok ni, antaranya dekat ngan klinik utm, quiet n peaceful. Best nak study dan boleh jadi best aje nak landing ke katil yang jauhnya tak sampai 3 jengkal dari meja study.
Ini blok ke-3 aku duduk masa 3rd year. Masih lagi tinggal di blok asrama di KTF. Aku duduk KTF dari 1st year sampai 3rd year. Fourth year aku kena tauk ke kolej nun atas bukit, Kolej Perdana.
Ha...ni blok asrama yang aku duduk di Kolej Perdana, blok yang ke-4. Bangunan dah nampak comot sbb warna cat dah luntur + kena lumut. Masa aku dok dulu aku antara penghuni sulung. Perabot pon tak masuk lagi masa minggu pertama duduk. Lif tak function dan aku dok tingkat 8! Masa ni la abah aku bermurah hati belikan motor sbb kedudukan kolej ni jauh dari kampus dan meletihkan kalau nak jalan kaki ditambahkan kedudukannya di atas bukit. Bas ada tapi tak cukup kerap.
Skali lagi tinggal di blok asrama di KTF, blok ke-5 aku duduk, masa master 2nd sem. Masa 1st sem aku menyewa ngan kawan-kawan di Taman Universiti. Bilik aku kat sini bilik berdua. Aku duduk ngan student degree. Mujur 2 orang kawan seperjuangan duduk di blok yang sama dan aras yang sama. So, aku tak keseorangan.
Blok asrama di Kolej Tun Hussin Onn, blok ke-6 aku duduk, masa master 3rd sem. Bilik ni utk seorang siap ada toilet sendiri, bersih sendiri. Makcik cleaner cuma tolong bersih koridor je. Masa aku duduk dulu aku adalah antara penghuni sulung. Kawan-kawan seperjuangan n searas masa di tinggal blok yang ke-5 masih tinggal di aras yang sama kat cni. Dua pokok depan blok tu masa tu kecik sgt sbb baru tanam. Di blok ni aku slalu jadi stunt woman kalu tertinggal kunci bilik. Memanjat dari balkoni ke balkoni. Cuba tengok kat gambar ni kat mana bilik aku. Jadi korang boleh bayangkan ketinggian bilik aku. Kalu nak tunggu amik kat pejabat asrama alamatnya kena tunggu keesokan pagi le bila opis hour bemula.
Masa final sem master (4th sem) aku duduk di Kolej 9, lebih jauh dari Kolej Perdana. Tapi kira ok le sbb dah ada motor n dok bilik seorang. Tak amik gambar kat sume blok. Cam poyo je. Segan sbenarnya sbb ada student lalu lalang nengok. Yang tolong amik hasben. Pastu siap ada baby. Cam sah-sah je bukan student dok kat situ. Yang sempat amik ni pon sbb kat blok-blok tu tak nampak student. Dah balik lepas exam rasanya.
Kami lunch di Arked Meranti, antara port makan favourite masa belajar dulu. Oh, sedap sungguh dapat makan ayam goreng madu yang takde di universiti aku bekerja skang ni. Dah le murah. Nasi putih + ayam goreng madu + sayur taugeh + air barli ais = RM 4.30 je. Hasben pon kata murah.
Lepas lunch kami pegi masjid utm, buat jamak takdim. Masjid utm, atau juga dikenali dengan nama Masjid Sultan Ismail (MSI) ada sikit perubahan. Depan MSI dah ada mini water feature n dalam masjid dah ada CCTV. So, takleh sesuka hati nak buka aurat even kawasan solat wanita. Yang dekat kawasan solat wanita tingkat atas tak pasti plak aku ada CCTV ke tak sbb aku sembahyang kat bawah.
Water feature di depan MSI
Lepas sembahyang sambung tour ke Fakulti Sains, fakulti aku dulu. Nampak sikit berbeza kerana dah ada landscape berpokok bunga. Aku siap tunjuk kat hasben kat mana kelas master aku slalu dibuat.
Di hadapan Jabatan Matematik yang penuh nostalgia.
Landskap baru di Fakulti Sains. Bagi aku le...setelah hampir 6 tahun tak jejak utm.
Fakulti-fakulti yang ketara nampak perubahan: Fakulti Kej. Awam, Fakulti Alam Bina dan Fakulti Kej. Elektrik sebab masing-masing ada bangunan baru tersergam indah. Tapi yang sedih, keadaan Center Point, salah satu port makan masa belajar dulu sambil tengok drama cina kol 6 petang ngan kawan-kawan dah terbiar.
Destinasi terakhir tour kami adalah balai cerap. Dari sini boleh tengok pemandangan sebahagian besar utm.
Hujan renyai-renyai semasa di balai cerap.Pastu kami teruskan plan seterusnya. Jalan-jalan ke Plaza Angsana. Orang terlalu ramai. Tak seronok nak shopping. Keletihan sama. Tak beli apa-apa langsung. Masa di car park before ke destinasi seterusnya, aku bagi Ismael makan dulu.
Ismael tetap berselera walaupun makan di car park di atas stroller. Cian anak mama... Then, kami ke Danga Bay. Hasben bercita-cita nak bawak Ismael naik ketapi. Tercapai jugak cita-cita tu.
Ismael excited naik ketapiTengok...Ismael happy sangat lepas lepas naik ketapi. Sekarang ni dia dah pandai senyum bila kita nak amik gambarLepas Danga Bay, kami makan malam di Stulang. Kami tak makan apa-apa yang special pon sbb takde apa yang unik di menu. Aku makan kueytiaw goreng, hasben makan kerang bakar. Besides, kami order otak-otak. Tapi otak-otak kat cni memang murah. Baru 50 sen sebatang. Kalau yang slalu kami makan di Pahang atau KL, 60 sen sebatang.
Lepas makan, kami ke uptown yang terletak betul-betul tgh bandar JB. Dekat ngan City Square shopping Mall. Parking susah giler nak dapat! Mayb sbb cuti umum sama kot. Banyak jugak gerai kat cni.
Di uptown. Ismael nampak keletihan. Bezanya uptown ni berbanding yang kami pernah gi di KL, ada banyak gerai jual barang terpakai macam stroller, handbag, kasut, barang antik dan macam-macam lagi. Di sini aku cuma beli cekak rambut (unik n sweet, buat dari seashells) n home made cheese cake.
Tadi kat uptown dah nampak letih. Tup tup, balik hotel, Ismael masih nak main walaupun dah seharian berjalan. Bersemangatnya anak mama... Mama dah letih n nak tido. Huhuhu.... Esoknya, kami menghabiskan jalan-jalan di JB ke Jusco Tebrau City. Pastu kami gi kilang Apollo di Larkin nak beli souvenir utk jiran dan kawan-kawan. Malangnya, tutuplah pulak. Cuti umum kan...Takde rezki le. Pastu kami ke Pelangi Mall. Main objective nak cari termos utk bekalan bancuh susu Ismael. Hasben terpecahkan masa di hotel. Jadi kena beli yang baru. Tak jumpalah pulak. Terjumpa kedai Auntie Anne's. Terbelilah pretzel. Cari punya cari termos tu, last-last jumpa kat kedai jual barang plastik di Bandar Baru Uda.
After that terus balik ke Kuantan. Tak singgah mana-mana dah. Cuma berhenti sembahyang jamak dan mandikan Ismael di hentian plaza tol Ayer Itam. Kami sampai Kuantan dah tengah malam. Babai JB....Lama lagi kot baru nak gi lagi. Aku akan merindui JB lagi.