Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Kuih Akok Mudah dan Sedap

Sebelum datang UK tak pernah terjangkau dalam fikiran yang aku boleh buat kuih akok. Mana taknya, aku membayangkan kalau nak buat kuih akok kena masak pakai dapur kayu dengan bara api kat bahagian atas kuih supaya kuihnya sedap. Lagi pon kat Malaysia semua boleh beli dan memang tak buatlah dengan andaian nak buat kuihnya susah, ditambah lagi dengan takde fasiliti untuk membakar kuih. Rupanya tak pakai dapur kayu pon boleh buat kuih akok sedap. Pakai oven pon boleh n in fact jauh lebih mudah.

Tak perlu pakai acuan tradisional pon. Aku pakai muffin tray. Aku ikut resepi kuih akok dari sini. Sukatan yang diberi dalam resepi tu just nice. Kalau yang biasa aku beli di Malaysia too oily, yang aku buat guna resepi tu kurang sikit kandungan minyaknya. I like it that way!

Ismael n Ielyas excited nak tolong. Aku kasi chance depa sapu minyak kat muffin tray. Oh ye, yang carpet dekat lantai itu bukan lap kaki ye. Itu semua adalah carpet tak ajaib untuk melindungi lantai dapur yang sangatlah sejuk. Tragis sikit carpet kami. Macam-macam saiz dan rupa. Huhuhu....

Aku ratakan sapuan minyak yang dah anak-anak buat.

Tadaa.....Inilah rupa kuih akok aku yang dah siap dimasak

Wednesday, February 11, 2015

Resepi Terung Balado

Aku ada beli sebijik terung. Maybe korang terfikir, ala.....sebijik je ke? Terung kat sini rupa dan saiznya bukan macam terung yang biasa jual kat Malaysia tu. Terung yang jual kat sini rupanya macam terung yang jual kat Cameron Highland tu. Besar...sebab tu aku beli sebijik je. Dan orang sini tak panggil dia brinjal tapi aubergine. Allahuakbar, terkeluar tajuk lagi karangan aku. Patut citer pasal resepi terung balado. Ni dah citer hal ehwal terung plak dah. Sorry.....


Asalnya terung nan sebijik yang aku beli tu aku ingat nak buat sambal terung. Tetiba teringat plak sambal terung yang kami makan di satu restoren Indonesia masa gi Turki dulu. Sedap sangat. Aku pon try google cari resepinya. Rupanya sambal terung indonesia yang kami makan tu dipanggil 'terong balado', satu masakan tradisi yang popular di indonesia. 
  
Aku google sana-sini dan aku improvise resepi-resepi yang ada supaya kena dengan selera aku. Saja aku nak share kat sini supaya resepinya tak hilang selain korang pon boleh cuba. Hasben aku kata sedap sampai teringat kenangan kami makan di restoren Wong Solo di Malaysia. 


Bahan-bahan ( 1-2 orang makan)
  • 1-2 Terung panjang (potong dan goreng sehingga warna keperangan dan lembik skit)
  • 1 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 2-4 helai daun salam (omputih panggil bay leaves, aku pakai yang jenis kering je)
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1 biji limau kasturi/suku biji limau nipis
  • 1 sudu besar udang kering kisar
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan kena blend/tumbuk:
  • 1/2 biji bawang merah saiz besar / 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah besar
  • 1 biji  buah tomato
  • Sedikit belacan bakar (tak bakar pon takpe)

Cara-cara 
  1. Tumis bahan blend/tumbuk dan cili kisar/cili boh sampai naik minyak. 
  2. Masukkan asam keping dan udang kering kisar.
  3. Masukkan daun salam dan daun limau purut (koyak-koyakkan atau hiriskan dulu). 
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan terung dan kacau hingga sekata sekejap saja. Angkat dan masukan dalam bekas hidangan.
  6. Perahkan limau kasturi di atas terung.

Tuesday, December 30, 2014

Cheese Roll


Aku rasa ini antara resepi yang termudah nak buat, simple dan sedap. Cuma masalahnya kalau nak buat kat Malaysia a bit costly sebab cheese mahal. Tapi sekali sekala boleh je kan. Di Malaysia cheese bukan makanan harian kita. Kat sini mat salleh almost every day makan cheese. Segala mak nenek jenis cheese ada n to be honest aku hanya pernah cuba tak sampai lima jenis dari bermacam jenis cheese yang ada. Aku rasa ada berpuluh jenis dengan pelbagai rasa, rupa dan warna. 

Ok, berbalik to main topic, macam mana nak buat cheese role tu? Actually ada banyak orang share kat FB. Saja nak share kat sini kot-kot boleh recall idea apa nak masak esok lusa bagi sesapa yang membaca post ni dan jugak sebagai reference untuk aku in future sebab kat FB tak senang nak trace balik. Kat bawah ni adalah resepinya. 

Bahan-bahan:
Cheese
Roti keping
Butter/marjerin

Cara buat:
  1. Potong bahagian tepi roti yang kaler coklat tu. Bagi roti dibeli memang dah takde tepi roti tu lagi senang.
  2. Gelek roti dengan penggelek supaya jadi kepingan nipis dan mampat.
  3. Letak kepingan cheese hampir dengan salah satu hujung roti. Ini supaya kita dapat gulungan yang melekat. Buat jarak cheese dengan hujung roti dalam 5-7mm. Kena ada jarak skit sebab masa gulung tu cheese akan bergerak menghampuri hujung kepingan roti. Pastikan jugak kepingan cheese tak lebih dari kepingan roti sebab kalau tidak nanti cheese akan meleleh kat kuali. Sayanglah kalau cheese meleleh. Mahal cheese tu....
  4. Mulakan menggulung di hujung bertentangan. 
  5. Letak roti atas non stick pan yang telah dipanaskan dengan api perlahan bersama sapuan butter/marjerin. Jangan biar lama butter/marjerin kepanasan. Nanti hangit tak sedap. Kalau sapu butter terus atas gulungan roti rasanya lebih baik untuk kurangkan risiko kehangitan. Sapulah pakai berus nak sapu telur buat biskut raya tu. Jangan pakai penyapu rumah sudah. Masa masak tu maybe nak kena pegang sikit roti tu takut gulungan terbuka. Bila dibalikkan gulungan untuk masak sebelah yang lain, cheese pada gulungan roti yang tak kena pan akan mula beku balik. So, sepatutnya gulungan dah melekat betul. 
Ini rupa penggelek, Mana lah tahu kot-kot ada yang tak kenal. 

Nota kaki:
Kat sini kami boleh beli cheese slice 10 keping brand biasa-biasa yang aku kira lebih kurang je sedapnya ngan brand Cheesedale dengan harga less than 50 pence. Serius murah. 

Thursday, December 25, 2014

Roast Potatoes Ala Jamie Oliver

Resepi yang aku nak share kali ni sangat sesuai makan bersama dengan hidangan western yang lain macam chicken chop, lamb chop, coleslaw, yorkshire pudding, chips dan sebagainya. Roast patatoes ni bolehlah dianggap sebagai hidangan sampingan/tambahan/pelengkap kepada hidangan western yang lain. Cara nak buat dia simple je cuma makan masa nak tunggu masak je.

First time aku buat dulu tak berapa nak jadi. Second time aku buat, booommm!!! Jadi!!!!


Bahan-bahan:
Potatoes (ikut le korang nak berapa banyak)
Baby carrot (optional)
Extra virgin olive oil
Butter
Serbuk lada hitam
Bawang putih (ketuk sekali dengan kulit-kulit dia)
Garam
Herba:  Thyme, rosemary, bay leaves, italian seasoning (ini boleh campur pilih mana suka dan boleh guna herbs lain yang korang suka. Aku guna semua yang aku senarai tu n hasilnya tip top. Aku pakai herba jenis kering je. Kalau pakai yang fresh aku agak bau dia mesti lagi best.

Cara buat:
  1. Kupas kulit potato dan belah 4 atau 6 atau sebesar mana yang rasa sesuai. 
  2. Rebus kentang yang dah dipotong dalam air panas bergaram (kalau ada baby carrot rebus sekali). Rebus selama 10 minit. Duration 10 minit ni dikira start daripada air mula mendidih.
  3. Lepas 10 minit toskan rebusan kentang (dan baby carrot jika ada) selama 2 minit. 
  4. Tuang satu layer nipis olive oil memenuhi roasting tin/bekas casserole yang boleh muat bahan rebusan tadi. Tapi lapisan tu bukan nipis sangat ye.
  5. Pastu bubuh ketulan butter kat serata bekas. Setiap satu ketulan tu besarnya lebih kurang besar hujung ruas jari telunjuk. Aku bubuh lebih kurang 5-7 ketulan untuk bekas aku. Butter ni akan buat roasted potato kita ada rasa dan bau sedikit creamy.
  6. Then letak potato yang dah ditoskan ke dalam bekas tadi dan tuang olive oil ke serata permukaan potato.
  7. Masukkan dalam oven dan bakar untuk setengah jam dengan suhu 180 degree/gas mark 3. Aku pakai setting grill, bukan fan oven sbb kalau pakai fan ikut pengalaman sebelum ni jadi kering sangat.
  8. Pastu keluarkan dari oven dan tekan potato pakai smasher (ala...pelenyek yang korang guna untuk buat cekodok tu). Step ni akan membuatkan potato tu dapat serap lebih baik rasa segala jenis perasa dan herba yang kita letak.
  9. Tabur garam skit, serbuk lada hitam, bawang putih dan herba yang ada. Pastu tuang sikit lagi olive oil sebab olive oil yang bubuh mula-mula tadi maybe dah tersejat.
  10. Masuk balik dalam oven dan bakar untuk setengah jam lagi atau sampai korang rasa "look good" kata Jamie. Lepas siap dah boleh hidang.  
Makan panas-panas rasa lebih sedap. It should taste crunchy from outside but fluffy from inside. Boleh le cuba buat sempena tak boleh gi universiti sebab cuti krismas ni bagi yang sedang belajar tu. Yang tak belajar pon boleh buat. Come on....dapur korang maybe dah lama dah tak berasap dengan masakan western (baca ayat ni gaya Jamie. Hahaha.....) Give it a try!

Kalau nak resepi yang betul-betul versi Jamie boleh le tengok kat sini.

Thursday, November 20, 2014

Mango Float


First time aku tau pasal wujudnya resepi mango float dari sorang kawan yang share di FB. Tapi masa tu taklah excited nak cuba sampailah aku dapat rasa di satu jamuan raya puasa lepas yang mana kawan yang share tu lah yang buat. Oleh kerana sempat merasa sikit jadi satu hari yang agak free aku pon cuba. Senang aje rupanya dan tak perlu asapkan dapur. Aku dah cuba buat dua kali untuk dijamu kepada tetamu: sekali di majlis raya haji lepas dan sekali lagi masa birthday party Ielyas. Aku buat dua bekas untuk setiap majlis dan this dessert adalah yang terlaris dan habis paling awal. Bukan nak cakap aku pandai masak. Bukan....tapi nak bagi pengaruh supaya korang cuba. Hahaha....

Bahan-bahan:
Buah mangga secukupnya (potong dadu)
Biskut rich tea/marie secukupnya 
1-2 keping biskut rich tea/marie yang dihancur kasar
Fresh milk secukupnya
200g soft cheese (kat Malaysia panggil cream cheese) 
280ml single cream (dipukul kental)
250-300g mango/vanilla yogurt (pandai-pandai kena adjust supaya adunan krim tak cair sangat)
1 cawan castor sugar

Cara buat:
  1. Pukul cream cheese dengan castor sugar. Tambah yogurt dan gaul sebati.
  2. Tambah selepas tu single cream yang dah dipukul kental dan gaul sebati. Cuba rasa adunan. Kalau tak cukup manis, boleh tambah castor sugar dalam adunan krim. 
  3. Buat satu lapisan adunan krim tadi di dalam bekas casserole.
  4. Celup biskut marie beberapa saat dalam fresh milk (jangan sampai lembik, nak bagi lembap je) dan susun atas adunan krim.
  5. Lepas tu susun potongan buah mangga.
  6. Ulang langkah 3 sampai lapisan biskut marie + buah mangga tidak kelihatan.
  7. Ulang langkah 4.
  8. Ulang langkah 3 sekali lagi sampai biskut marie tidak kelihatan.
  9. Tabur biskut rich tea yang telah dihancur kasar.
  10. Akhir skali tabur potongan buah mangga.

Cuba la. Sangat sedap bagi yang suka cheese n yogurt.


Nota kaki: 

  • Mango float ni lebih sedap kalau dimakan lepas letak dalam peti sejuk beberapa jam. Kalau nak letak dalam peti sejuk seeloknya langkah 9 dan 10 dibuat masa hendak dihidangkan. 
  • Aku pernah cuba gantikan single cream dengan double cream tapi weksss.....tak sedap. Untuk tekak aku la....Rasa lemak dia jadi lain macam sebab fat content dalam double krim kan lebih banyak daripada single cream.

Friday, November 14, 2014

Steamboat Ala Johnnys

First time try steamboat kat Johnny's suatu masa dulu (ini citer restoren steamboat kat Malaysia ye...) aku tak le rasa gemar sangat. Pastu second time cuba lg sebab hasben teringin nak cuba lagi. Lepas kali kedua try aku rasa sedap bangat le pulak. Sejak tu restoren Johnny's jadi restoren faveret. Tapi kami berani pergi sekali atau dua kali je dalam tempoh dua bulan on average sebab kami kategorikan ia sebagai tempat makan mewah. Ye la....sekali makan untuk 2 orang kena ada at least RM40 untuk makan puas hati. 

Satu hari ada kawan kami telah spark a doubt pasal restoren tu. Dia kata, perasan tak sebelum ni ada logo halal Jakim kat restoren tu dan sekarang dah takde (pada masa tu, masa la ni tak tau le). Ye, aku memang perasan sebelum ni ada logo halal tu dan sebab tu kami berani masuk. Lepas kawan tu cakap macam tu satu hari kami lalu ke restoren tu dan sungguh logo tu dah takde. Jadi, kami pon dah tak berani nak ke restoren tu lagi. But seriously, steamboat dia sedap sangat-sangat, tak boleh lupa terutamanya sos pedas yang ada bijan tu. 

Kelmarin tetiba teringin plak nak makan yong tau fu sup sebab teringat satu entry dalam blog kawan yang masak yong tau fu style orang Johor, pakai kuah sup.  Sebab aku membayangkan yong tau fu sup tu adalah steamboat, pastu tetiba teringat plak sos steamboat kat Johnny's tu. Bila google dan cari-cari ada satu resepi yang di share kat sini nampak macam ada rasa dan rupa sos steamboat Johnny's. Aku cuba nasib. Pergh.....berjaya. Rasanya taklah exactly rasa macam kat Johnny's tu tapi aku bagi rating 9 daripada 10. Korang boleh cuba. Mujur smua bahan yang disenaraikan tu aku ada except sunquick orange. Jadi bolehlah follow resepi tu. Kalau korang nak cuba resepi tu aku suggest cuka tu bubuh 1 sudu besar je n jus limau tu letak setengah sudu besar je dulu sebab takut sos tu korang akan rasa masam. Kalau rasa tak cukup masam, boleh le pastu tambah lagi cuka/jus limau sebanyak mana yang korang suka. Mujur masa aku buat sos tu sunquick orange tu takde kalau tak aku rasa sos aku akan jadi terlebih masam.

Sos steamboat ala Johnny's aku terpekat sikit but Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan

Resepi untuk sup steamboat tu pulak aku follow resepi dari blog kawan aku kat sini sebab aku tengok itu yang paling mudah dan aku dah cuba, bukan setakat mudah nak buat supnya tapi jugak sedap. Combination resepi sup dan sos tu memang terangkat lah. 

Sedia untuk dimakan

Tuesday, November 11, 2014

Terlebih Rajin Memasak

Hujung bulan lepas aku terlebih rajin memasak dan hasilnya aku dapat macam tunjuk dalam gambar kat bawah. Aku improvise resepi roasted chicken tu dari dua sumber: satu dari tukang masak famous Jamie Oliver dan satu lagi dari sorang lagi Malaysian blogger yang tak kurang banyak follower dia di blog Amie's Little Kitchen.

Roast chicken with lemon n rosemary roast potatoes

Kek tu plak aku pakai ready made cake mix yang ada jual kat Lidl, perisa vanilla n cinnamon. Korang mesti ingat aku buat sendiri bancuhan kek tu. Mana ada masa wei.....rajin buat yang mudah-mudah je. Huhuhu.....


Thursday, October 23, 2014

Curry n Cheese Puff

Kali ni aku nak share resepi curry n cheese puff. Idea nak buat pastry ni tercetus dari buku memasak yang aku beli kat carboot sale few months ago. Tapi aku improvise sikit dari resepi asal untuk sesuaikan dengan tekak melayu dan bahan yang aku ada.

Resepi tercetus dari buku nan satu ni. Aku beli buku ni 50 p je or maybe lebih murah. Tak ingat harga dia tapi yang pasti aku takkan beli buku ni kalau harga dia lebih 50 p. 

Cara nak buatnya senang je dengan syarat kita dah ada ready made puff pastry dan inti karipap. Inti karipap boleh buat siap-siap dan simpan dalam freezer yang mana boleh diguna untuk buat karipap dan pelbagai jenis pastry. Kalau ikut cuaca di UK, aku akan keluarkan inti karipap tu pada malam sebelum tido dan letak dalam suhu bilik kalau aku nak buat puff tu untuk pagi esok. Ready made puff pastry tu korang boleh le beli kat supermarket. Tapi awas, kalau korang duduk oversea sila tengok ingredient kat packaging dia sebab takut terbeli yang ada alcohol. Kalau korang terlebih rajin boleh le buat sendiri puff pastry tu tapi aku gerenti 98% korang malas sebab giler renyah nak buat.

Bahan-Bahan:

Ready made puff pastry
Ready made inti karipap 
Grated cheese (aku pakai yang combination of cheddar and mozzarella)
Kuning telur (dipukul)
Serbuk oregano


Cara Buat:

Potong puff pastry sheet kepada rectangular shapes yang sama besar (berukuran lebih kurang 10-11 cm panjang x 6-7 cm lebar). Jumlah rectangular shapes yang korang akan dapat bergantung kepada saiz pastry sheet yang korang ada.

Ambil satu bahagian dan lipat dua macam gambar kat atas ni. 

Potong bahagian yang terlipat dengan pisau macam dalam gambar.

Bila dibuka lipatannya kita akan dapat macam ditunjukkan dalam gambar.

Then letak inti karipap kat atas satu bahagian yang lain dan tabur sikit grated cheese. And then sapu kuning telur kat sekeliling bahagian tepi.

Letak bahagian yang ada potongan tadi kat atas bahagian yang ada inti dan kelimkan untuk bagi kedua-dua bahagian bercantum.

Next, sapukan kuning telur kat atas puff yang telah siap dikelim dan tabur sikit serbuk oregano. Akhir sekali bakar dalam pre-heated oven selama 20-30 minit pada suhu 200 degrees untuk fan oven (atau ikut saja instruction nak pakai setting oven apa pada packaging ready made puff pastry yang dibeli). 

Masa penyediaan untuk buat puff ni dalam 15-20 minit je. Senang, simple dan sedap! Oh, ya, kesedapannya bergantung jugak kepada kesedapan inti karipap yang korang buat ye...Ismael ngan Ielyas makan sorang seketul dah cukup kenyang dah. Mama ngan papa makan sorang dua ketul. Tapi papa sebenarnya nak lagi la....

Rupa curry n cheese puff yang telah siap masak. Sorry, kualiti gambar kureng skit sebab aku ambik gambar bawah lampu kuning, tak tukar setting apa-apa pada kamera sebab nak cepat.

Monday, June 23, 2014

Apam Beras


Lama giler dah aku teringin nak makan apam beras, dah dekat 2 tahun tak makan. Dah lama nak cuba buat tapi masa awal-awal dok UK dulu takde kelengkapan. Bila dah ada kelengkapan tak berkesempatan plak nak buat (alasan....huhuhu....) Malam kelmarin bila rasa nak buat aku pon mula cari resepi kat internet. Bila baca cara buat rupanya kena perap bancuhan selama 3 jam. Aku mula rasa macam terbantut plak nak try sebab kalau nak makan masa breakfast aku kena bangun seawal kol 5 pagi supaya lebih kurang sebelum kol 8.30 pagi dah ready untuk dimakan. Ismael memang akan request nak breakfast setiap hari sebab dia dah biasa macam tu. Tapi mengenangkan betapa teringinnya nak makan apam beras aku pon kuatkan semangat cuba buat jugak.

Kengkonon nak bangun kol 5 pagi tapi hampeh....Hari Sabtu kan. Ooopss...jangan kata aku tak smayang. Skang ni summer jadi subuh masuk awal. Kol 3.30 pagi aku dah solat subuh. Pastu tido balik. Akhirnya aku jejak dapur kol 6.30 pagi. Dalam resepi kata perap 3 jam, aku just perap tak sampai 2 jam setengah sebab nak cepat siap. Bila Ismael turun nak breakfast aku bagi dia makan cereal dulu. Akhirnya dalam kol 9.30 pagi macam tu projek apam beras aku pon selesai. Alhamdulillah menjadi dan hasilnya adalah dalam gambar kat atas tu. 

Mujur Aisyah ada beli acuan silicon ni. Aku pakai acuan ni. Mudah nak basuh sebab finishing acuan dia kemas dan takde tajam-tajam macam acuan plastik.

Ini rupa before dikukus

Resepinya aku rujuk dari sini. Link lain pon aku tengok pakai resepi yang sama je. Sukatan yang diberi kira boleh dapat banyak bijik jugak. Kira cukuplah nak makan pagi petang. Cuma aku pernah dengar ada orang kata kalau nak buat apam beras elok bubuh skit Eno yang kaler biru tu tapi tak pasti apa tujuan sbenarnya. Walaupun yang aku buat ni takde bubuh Eno, aku rasa dah ok dah.

Monday, July 8, 2013

Pasembor di Sheffield

Alhamdulillah. Hajat nak makan pasembor utara style tercapai Ahad 3 minggu lepas. Kalau kat Malaysia sah aku takkan buat tp sebab kat sini konpem tak boleh nak cari orang jual jadi aku berusaha keras berkungfu di dapur demi sesuap pasembor. Huhuhu.....Mujur banyak bahan membuat boleh dapat kat sini + berkat beberapa bahan membuat seperti cabai dan udang kering yang dikirim dengan rasa kasih dari my parents n parents in law, dapatlah kami merasa makan pasembor kat sini. Aku tiru resepi dari Mat Gebu kat sini cuma aku tambah skit udang kering tumbuk bagi bahan kuah untuk melengkapkan rasa kuah pasembor utara yang sebenar. Sedap lah aku kira sebab kami masing-masing tambah berkali-kali. Masuk bakul angkat sendiri. Huhuhu......

Tuesday, December 25, 2012

Jacket Potato

Setiap kali gi carboot mesti nampak ada gerai caravan mat salleh jual jacket potato dan bau cheese dan butternya semerbak sungguh sampai buat kami rasa lapar. Tapi oleh kerana diragui kehalalannya maka kami memang takkan beli le walaupun yang dijual hanyalah jacket potato semata-mata.

Selepas dah teringin sangat nak makan jacket potato versi masak dari oven dan rumah kami ada kemudahan oven jadi aku pon telah bertungkus lumus cuba buat jacket potato for our breakfast di suatu hari di hujung minggu. Sbenarnya senang je nak buat cuma kena tunggu lama skit utk proses membakar potato siap. So, kat bawah ni aku kongsikan resepi jacket potato.

Oopss...Ismael dah tak sabar nak makan dah
Bahan-bahan:
Russet/baked potato
Minyak zaitun
Butter
Garam
Mozarella cheese
Origano/Italian herbs

Cara membuat:
  1. Basuh potato bersih-bersih, tak perlu buang kulit. Then, lap kering kulit potato dengan kertas tisu.
  2. Sapukan setiap potato dengan minyak zaitun dan garam. Sapuan minyak zaitun dan garam akan membuatkan kulit potato rasa crunchy bila dimakan.
  3. Pastu bakar dalam oven selama sejam dengan suhu 200 degree.
  4. Lepas keluarkan dari oven potong bahagian atas potato kepada 4 belahan (bukan potong terus tau) supaya boleh disumbat bahan ke dalamnya.
  5. Sapu butter dan tabur mozarella cheese di celahan potato. Pastu tabur sedikit origano/italian herbs.
  6. Akhir skali masukkan balik dalam oven untuk lebih kurang 7-10 minit.
Makan masa panas-panas lagi best tau. Selamat mencuba bagi yang nak mencuba. Bagi yang tak nak mencuba atau malas nak mencuba sila jangan baca post ni. Ooopss...dah abis baca ye...Sori....Gulp!

Wednesday, June 27, 2012

Trifle

Post kali ni buat julung-julung kalinya aku nak share satu resepi. Nama masakannya adalah seperti tajuk post ni, trifle. Resepinya aku tiru dari satu blog yang aku follow. Aku sbenarnya nak mengisi dan memulangkan tupperware pengasuh anak yang telah bermurah hati berkongsi juadah lontong dia last few weeks. Di samping tu as a part of cooking traning masa merantau ke negara orang nanti. Aku ni tak pandai memasak sangat. Tu yang nak kena berlatih tu. Hehehe....

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:


BAHAN-BAHAN:


1st layer:
Kek (aku guna Apollo layer cake perasa strawberry)

2nd layer:
3 sudu besar tepung custard
2 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau rasa tak nak manis sebab layer kek tu dah manis)
500 ml susu segar

3rd layer:
1 tin fruit cocktail
1 kotak/paket serbuk jelly (aku guna brand nona, strawberry flavor sbb nak match ngan kek)
Air mengikut sukatan yang dicadangkan pada kotak/paket serbuk jelly


CARA MEMBUATNYA:


1st step:
Susun kek sebagai base dalam bekas yang sesuai

2nd step:
Campurkan tepung custard dengan air biasa. Panaskan susu segar dengan gula hingga sebati. Lepas tu campurkan campuran tepung kastard dengan air tadi ke dalam campuran susu segar degan gula perlahan-lahan. Kacau lagi hingga sebati.

3rd step:
Tuangkan campuran 2nd step ke atas cake base (1st base) dan biarkan sejuk.

4th step:
Susun fruit cocktail tanpa sirapnya di atas campuran 2nd layer.

5th step:
Masak jelly mengikut arahan pada kotak/paket. Tuang atas 2nd layer. Lepas tu biarkan sejuk sekejap sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Ini hasil akhirnya (pandangan atas). Nampak menarik kan?

Kalau korang nak serve utk tetamu sebaiknya buat dalam bekas-bekas kecil sebab susah sikit nak potong dan kekalkan potongan setiap slice - nampak comot - serius... Ada blog-blog lain yang aku baca, masa nak serve tu boleh letak topping yogurt. Bolehlah korang cuba. Hasben n anak aku Ismael like this :)