Sunday, November 30, 2014

Black Friday


Tahun pertama dok UK aku tak pernah tau atau dengar pasal Black Friday. Tahun kedua aku ada dengar tapi aku tak ambik kisah. Apa tu Black Friday? Ia adalah hari Jumaat selepas hari Thanksgiving iaitu hari Jumaat minggu keempat bulan November. Ada le sejarahnya kenapa dipanggil Black Friday tapi pada zaman skang ni Black Friday adalah hari yang disebut sebagai hari di mana banyak retailers buat sale sakan. Fenomena Black Friday bermula dan lebih popular di US. Hari tersebut dianggap hari terbaik untuk shopping hadiah krismas sebab banyak barang dijual dengan harga lebih rendah daripada biasa. Bagi yang tak bershopping untuk krismas, apa lagi....tumpang shopping hadiah untuk diri sendiri le. Di UK, Black Friday baru saja popular dalam beberapa tahun kebelakangan ni. 

Tahun ketiga dok UK oleh sebab mungkin ini adalah last Black Friday aku di sini sebelum balik for good (dalam hati berangan nak balik on time. Huhuhu....) aku pon sibuk le jugak nak ambik pengalaman merasai hari Jumaat yang hitam tu. Kat sini hanya Amazon saja yang mula buat Black Friday sale awal secara besar-besaran. Black Friday deal di Amazon mula hari Isnin sebelum Hari Jumaat yang dinanti-nanti berpuluh juta penduduk UK. Currys (banyak jual barang elektrik dan barangan komputer) mula sehari lebih awal. Yang lain-lain macam Argos, eBay, Debenhams, John Lewis, Mothercare, Asda, Tesco, Boots, mula hari Jumaat. Oleh kerana beli online lebih convenient, aku mengadap komputer je la. So, hari Jumaat tadi memang ralit la aku dok klik mouse sana sini. Tengok sana sini kot-kot ada barang dalam wishlist aku ada yang murah. Serius....banyak betul barang murah. Masa Boxing Day pon blom tentu boleh dapat harga semurah yang di offer. Ooopsss....tapi kalau korang tak aim benda-benda yang di offer maybe korang rasa takde la murah mana. In my opinion, kena tau harga asal dan harga paling murah pernah offer dalam market di sini dan berapa harga barang tu kat Malaysia baru boleh appreciate harga yang di offer masa Black Friday. 




Dahsyat tak dahsyat Black Friday tahun ni Amazon UK mencatat rekod hari paling sibuk bila lebih 5.5 juta barangan terjual dengan 64 barang terjual bagi setiap saat. Giler kaya Amazon! Oh, for FYI, Amazon ni adalah online retailer yang hanya jual barang secara online. Macam-macam ada jual kat Amazon: barang dapur, buku, segala macam gajet, aksesori, baju, toys dan banyak lagilah sampai tak tersenarai kat sini. Orang UK sangatlah ramai suka beli barang sama ada dari Amazon atau eBay. Kat beberapa supermarket Tesco plak orang bergaduh bertumbuk sebab berebut barang nak beli tv, xbox dan game CDs. Website Argos, Currys dan Tesco jem, siap kena queue untuk masuk website. 



Tu dia kena queue nak masuk website 

Tu dia suasana pekerja tengah packing barang di Amazon centre sempena Black Friday baru-baru ni. Gambar dari BBC News

Dan untuk memenuhkan tick pada wishlist aku, aku end up dengan beberapa parcel sampai ke umah yang semuanya dari Amazon kecuali satu John Lewis. Berapa banyak kotak jangan tanya. Huhuhu.....mana ada banyak, kan aku sebut beberapa je tadi. Ada jugak deal yang aku terlepas. Elok klik nak bayar barang dah out of stock. Tu la...pikir lama-lama lagi. Mujur jugak terlepas. Hahaha.....Kalau tak nanti boxing day cuci mata je la.

Antara parcel yang dah sampai. Kotak je nampak besar. Barang kat dalam kecik je.

Ini salah satu benda dalam parcel kat atas tadi. Tapi sebenarnya bukan termasuk dalam Black Friday deals. Cuma terperasan harga dia murah berbanding biasa. Dah lama berangan akhirnya dapat jugak. Boleh le masak ala-ala Nigella pasni. Ye ke???? Kat Malaysia periuk cast iron ni mahal beb....  Ini kira aku beli cap yang tak mahal sangat. Kalau cap mahal macam Le Cruset tu kat Malaysia seribu RM sebijik!

Ini pembelian mengada-ngada. Huhuhu.....Serius lawa, bagi aku la. Dalam gambar ni tak nampak lawa sangat kaler dia sebab gambar bawah cahaya lampu kuning. Warna sebenar adalah duck egg blue. 

Barang-barang lain yang aku beli barang biasa-biasa je. Tak menarik pon nak share. Tak boleh share jugak sebab takut nanti korang terpengaruh. Hahaha.....

Tuesday, November 25, 2014

Bakar Sate Dalam Rumah

Tetiba encik suami tercinta teringin nak makan sate. Sebelum misi membakar sate boleh dilaksanakan, hasben gi ke Currys nak gi beli family grill yang aku dah tolong survey spec yang aku berkenan. Dia ke sana lepas meeting ngan dia punya supervisor. Malangnya grill yang kami nak tu dah abis stok la pulak. Keesokannya dia gigih gi ke satu cawangan Currys yang lain jugak di Sheffield tapi jauh sikit dari rumah untuk beli grill yang kami dah aim dan akhirnya berjaya beli satu selepas sekian lama family grill dok dalam wishlist barang yang aku nak beli. 

Apa lagi....bersate lah kami di dalam rumah. Dah hujung musim luruh yang sejuk menyengat sampai ke tulang takkan nak bakar sate kat luar kan. Grill tu pon memang purposely kami beli supaya dapat bakar sate dalam rumah dengan jayanya. Hasben aku yang buat 100% semua benda dari memerap daging, mencucuk, buat kuah sate sehinggalah kepada membakar. Aku hanya duduk bersila makan je. Huhuhu....Aci le, sebab hari tu giliran dia masak. 

Sate yang dah siap dicucuk

Wajah riang melihatkan sate first time buat hampir siap untuk dimakan. Bakar dalam rumah je. Siap boleh duduk bersila lagi. Tapi awas, kalau area nak bakar tu ada fire alarm tak payahlah poyo sangat bakar dekat situ. Kat dapur umah kami ni takde fire alarm kat situ. 

Bagus grill ni. Nak cuci bersih pon senang je,

Saturday, November 22, 2014

Wii


Ahad 2 minggu lepas kami gi ke carboot sale di Doncaster sebab takdak apa-apa aktiviti nak buat buat. Kesian kat Ismael ngan Ielyas asyik terperap dalam umah tak keluar-keluar. Lagi pon dah lama sangat tak ke carboot. Kebetulan cuaca agak baik Ahad lepas, jadi masa yang eloklah untuk ke carboot. Tengah autumn dah nak masuk winter bukan mudah nak dapat cuaca yang elok nampak matahari. Kalau hujan jangan haraplah nak ada carboot sale. Bila dah masuk winter most carboot sales tutup. So, kena tunggu masuk spring baru nak ada balik carboot yang famous dan besar. 

Kami takdelah cari something specific ke carboot sale kali ni. Aku cuma aim cari buku-buku untuk budak 4-12 tahun dan buku memasak. Dapatlah jugak beberapa buku cerita untuk Ismael ngan Ielyas. Alhamdulillah dapat jugak side table ikea brand new yang masih dalam packaging dia berharga GBP3, habuan untuk Ismael buat school homework. Memang nak beli satu meja untuk dia tapi tak plak bajet boleh dapat beli kat carboot. Then, jalan punya jalan tengok-tengok apa yang dijual tetiba ternampak ada dua perempuan mat salleh umur dalam lingkungan umur 40an jual Wii game. Kami saja tanya berapa depa nak jual. Depa kata depa nak jual GBP35 dan depa kata masa awal pagi bukak carboot depa letak harga GBP45. Dah lama hasben aku nak beli. Kami pernah le jumpa jual kat Oldcoat carboot sale sebelum ni tapi mahal. Bila tanya kat Oldcoat carboot sale tu orang yang nak jual tu dia nak GBP50. Hasben nak beli dah masa tu tapi aku tak setuju sebab aku rasa mahal dan aku sebenarnya tak tahu apa minatangnya Wii tu. Jadi bila dua minah salleh tu kata GBP35 aku tanya kat hasben berapa harga masa kami tengok kat Oldcoat carboot sale. Oleh kerana jauh beza GBP50 dengan GBP35 aku pon rasa macam nak consider. Kami try bargain ngan dua minah salleh tu untuk GBP25. Hahaha......mana dapat. Banyak beza tu dengan target asal depa nak jual GBP45. Lepas tu depa offer GBP30 dan depa kata kalau kami setuju, depa nak bagi surprise. Huhuhu.....beli barang kat carboot ada surprise la. Macam birthday je. Aku sebenarnya serius tak berapa kisah dengan surprise depa nak bagi tu. Aku bajet depa nak bagi beg untuk letak segala kotak n accesories Wii tu je. Masa depa sibuk dok packing Wii tu aku prasan depa masuk macam-macam accesories untuk Wii tu. Pergh.....itu dah jauh cukup baik. Tak sangka plak harga GBP30 tu termasuk segala macam accessories tu. Tiga gambar pertama kat bawah adalah antara accessories yang kami dapat. Tapi itu bukan surprise depa. Lepas depa dah siap packing salah sorang minah salleh tu keluarkan satu kotak dari carboot depa. Dan dalam kotak tu penuh dengan CD. Aku ingatkan CD movie. Rupanya CD untuk macam-macam game untuk Wii tu. Pergh....tak payah la kami sibuk cari game CD dia lagi. Dan hari ni masa gi Tesco beli barang dapur aku baru tau rupanya harga satu game CD tu aje giler mahal, GBP25! Mana tak mahal, ini UK beb....mana ada jual CD cetak rompak. Kiranya kami super duper bertuahlah sebab surprise yang depa bagi tu memang betul-betul surprise. Bukan 3,4 game CD tau dalam kotak yang depa bagi tu tapi ada berpuluh CD!





Inilah surprise tu

Wii set n accessories yang kami beli tu nampak macam brand new tak pernah guna. Takde tanda-tanda calar langsung pada accessories tu dan warna dia pon cantik bersih, takde unsur-unsur belacan. Cuma kotak je nampak macam pernah dibukak. 

Bila hasben balik dan siap pasang baru aku tau rupanya sronok main Wii. Kami laki bini siap berebut ngan anak-anak tunggu turn nak main. Patut le ada satu member kami yang balik dari UK dulu beria main Wii kat umah dia sampai ada orang lain terpengaruh beli satu set baru. Korang tau berapa harga satu set yang baru dengan segala macam accesories n game CDs dia? Ribu beb.....(kalau dalam RM).

Ismael paling suka tennis game

Bila main tenis game ni kita akan rasa macam real sebab ada bunyi bola, nampak bola pergi ke arah mana dan gegaran pada raket tenis tu.

Haa....tengok tu betapa syoknya Ismael

Thursday, November 20, 2014

Mango Float


First time aku tau pasal wujudnya resepi mango float dari sorang kawan yang share di FB. Tapi masa tu taklah excited nak cuba sampailah aku dapat rasa di satu jamuan raya puasa lepas yang mana kawan yang share tu lah yang buat. Oleh kerana sempat merasa sikit jadi satu hari yang agak free aku pon cuba. Senang aje rupanya dan tak perlu asapkan dapur. Aku dah cuba buat dua kali untuk dijamu kepada tetamu: sekali di majlis raya haji lepas dan sekali lagi masa birthday party Ielyas. Aku buat dua bekas untuk setiap majlis dan this dessert adalah yang terlaris dan habis paling awal. Bukan nak cakap aku pandai masak. Bukan....tapi nak bagi pengaruh supaya korang cuba. Hahaha....

Bahan-bahan:
Buah mangga secukupnya (potong dadu)
Biskut rich tea/marie secukupnya 
1-2 keping biskut rich tea/marie yang dihancur kasar
Fresh milk secukupnya
200g soft cheese (kat Malaysia panggil cream cheese) 
280ml single cream (dipukul kental)
250-300g mango/vanilla yogurt (pandai-pandai kena adjust supaya adunan krim tak cair sangat)
1 cawan castor sugar

Cara buat:
  1. Pukul cream cheese dengan castor sugar. Tambah yogurt dan gaul sebati.
  2. Tambah selepas tu single cream yang dah dipukul kental dan gaul sebati. Cuba rasa adunan. Kalau tak cukup manis, boleh tambah castor sugar dalam adunan krim. 
  3. Buat satu lapisan adunan krim tadi di dalam bekas casserole.
  4. Celup biskut marie beberapa saat dalam fresh milk (jangan sampai lembik, nak bagi lembap je) dan susun atas adunan krim.
  5. Lepas tu susun potongan buah mangga.
  6. Ulang langkah 3 sampai lapisan biskut marie + buah mangga tidak kelihatan.
  7. Ulang langkah 4.
  8. Ulang langkah 3 sekali lagi sampai biskut marie tidak kelihatan.
  9. Tabur biskut rich tea yang telah dihancur kasar.
  10. Akhir skali tabur potongan buah mangga.

Cuba la. Sangat sedap bagi yang suka cheese n yogurt.


Nota kaki: 

  • Mango float ni lebih sedap kalau dimakan lepas letak dalam peti sejuk beberapa jam. Kalau nak letak dalam peti sejuk seeloknya langkah 9 dan 10 dibuat masa hendak dihidangkan. 
  • Aku pernah cuba gantikan single cream dengan double cream tapi weksss.....tak sedap. Untuk tekak aku la....Rasa lemak dia jadi lain macam sebab fat content dalam double krim kan lebih banyak daripada single cream.

Wednesday, November 19, 2014

Ielyas's 3rd Birthday

Tahun ni kami ambik kesempatan untuk buat birthday party Ielyas  untuk bagi semangat kat Ielyas sempena nak mula gi nursery pada hari keesokannya. Di samping tu bolehlah berkenal-kenalan dengan keluarga Melayu yang baru datang dan jugak bertanya kabar kawan-kawan yang sesetengahnya dah lama sangat tak jumpa n of course melupakan skejap keserabutan hal study yang macam-macam. But before decision untuk mengadakan birthday party dibuat aku tanya pendapat hasben terlebih dulu n sama ada dia sanggup untuk tolong. Kalau aku kena buat semua memang takkan buat la. Kebetulan birthday Ielyas jatuh pada hari Ahad, 16 November, memang cantik sangat lah sebab tak ganggu hari bekerja kami.

Kami buat persiapan beli barang-barang untuk majlis tatkala barang dapur banyak dah abis serta fridge n freezer dah habis langsung stok ayam dan daging. Jadi gi beli barang untuk majlis dengan beli barang untuk guna hari-hari serentak.

Beberapa hari sebelum majlis si dua beradik tolong packing goodie bags untuk kawan-kawan yang akan datang

Lepas siap packing masing-masing dapat upah

Majlis mula lepas asar (Asar skang masuk sekitar kol 1.45 petang). Malam Sabtu, lepas aktiviti angkat barang rumah Mat Nor yang dah nak balik for good dan lepas selesai tennis lesson Ismael n Ielyas baru aku mula buat persiapan masak-memasak yang mana perlu untuk hari keesokannya dan jugak buat dua jenis dessert, kek batik dan mango float. Pada hari nak buat party tu lepas solat subuh kami laki bini pon sibuklah berkungfu kat dapur. Sume persiapan masak, backdrop, tiup belon dan kemas umah dibuat pagi tu sampailah ke saat akhir before tetamu mula datang. Oklah, jom tengok citer Ielyas 3rd birthday dekat gambar.

Bila Ielyas bangun pagi dan kami bagitau dia yang hari tu birthday dia, pandai pulak Ielyas request nak present. Ni gambar masa tak sabar tunggu hadiah. Kami berhenti sekejap daripada aktiviti memasak for this very special moment.

Tu dia muka ceria dapat hadiah lorry Transformer Optimus Prime

Muka senyum seronok yang buat mama n papa rasa seronok jugak

Ismael pon dapat hadiah lorry Transformers Optimus Prime jugak tapi lain jenis skit. Tiap kali hari jadi salah sorang dua-dua beradik akan dapat hadiah sebenarnya. Kalau dua-dua tak dapat hadiah mesti akan ada yang merajuk dan keriau. Huhuhu....

Kusyuk dah masing-masing belek hadiah masing-masing

Kerabu epal in the making, hasben punya task as sous chef. Aku jadi master chef pantau-pantau kerja sous chef skejap-skejap. Oh, abaikan kain yang blom berlipat tu ye....

Kari ayam hampir siap

Transformers theme party was ready for Ielyas's 3rd birthday bash. Transformers are Ielyas n Ismael favourite characters. 

Hidangan dah siap. Yang simple-simple je kami mampu buat. Kuih apam putih merah tu Kak Zu yang sumbangkan. Jeli merah belakang kek batik tu plak Azeqa yang buat. 

Kak Zu dan keluarga tetamu kami paling awal

Dua keluarga terawal datang adalah dari kampung sebelah, orang Tinsley. Orang Darnall gi majlis satu lagi dulu iaitu kenduri akikah yang dibuat oleh warga Darnall jugak. 

Tetamu dah mula ramai sebab waktu majlis kenduri akikah dah hampir tamat.

Ielyas n Ismael were so excited when they saw the birthday cake. Kek ni dibuat oleh Malaysian yang memang biasa terima tempahan kek kat sini. Obviously that was a custom made cake sebab follow the birthday theme. Jenis kek yang aku mintak adalah black forest chococolate cheese cake.  Sayangnya tauke buat kek dah nak balik Malaysia dah. So, pasni tak tau lah nak tuju ke sape kalau nak custom made cake lagi. Kalau balik Kuantan lagi tak tau kat sapa nak boleh tempah custom made cake tanpa was-was. 

Part tiup lilin ni lah part yang paling Ielyas suka. Kalau bukan hari jadi, asal nampak lilin pewangi rumah yang aku pasang mesti sibuk dua beradik kata nak "abebay baa tu yu"

Tak cukup ruang sampai ada tetamu yang duduk makan kat dapur. Maklumlah, umah kami kecik je.

Yang makan kat tangga pon ada. Huhuhu,,,,
Hmmm....nape la hasben aku dok gawang tangan panggil aku tu.


Baki kek yang tinggal. Lepas dua hari habis licin kami anak-beranak makan sebab memang sedap tambah lagi combination dengan black forest jam n cheese. Black forest filling tu siap ada buah ceri banyak ketul. Kira puas hatilah. Potongan terakhir siap berebut-rebut lagi antara aku dan anak-anak. 

Malam sehari lepas birthday party baru berkesempatan nak bukak birthday presents yang kawan-kawan bagi. Dan waktu ni je baru aku perasan yang gambar aku takde masa hari kejadian sebab sibuk jadi photographer n event manager. So, ni yang pulun enter frame balas dendam. 

Ielyas dah tak sabar nak bukak present. Abang Ismael pon tak sabar jugak macam tu semua hadiah dia jugak. But we always remind them to share the presents.

Inilah hadiah yang Ielyas dapat. Ismael tumpang suka sebab hadiah adik, hadiah abang jugak. Hehehe....

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang hadir. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang menyumbangkan hidangan. Memang meriah la makanan kat atas meja. Tak lupa jugak terima kasih pada yang bagi birthday present. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan. 

Sunday, November 16, 2014

Ismael's Artworks at School

Semenjak masuk Foundation Stage 2 (here FS2 is also known as reception) Ismael banyak buat artwork kat school. Some artworks boleh bawa balik umah and some are kept in his student file at school. Bila dapat bawa balik artwork ke umah Ismael akan balik dengan muka happy n excited nak tunjuk kat kami. Sebagai tanda kenang-kenangan before his artworks hilang entah ke mana aku abadikan dulu dalam foto-foto di bawah.

First time aku tengok hasil mewarna dia yang diwarnakan siap sepenuhnya. Tapi rupa monyet tu memang hampir tak nampak. hahaha.....

Ini kad ucapan raya haji lepas. Sengih-sengih Ismael tunjuk kad ni kat aku sebaik sampai umah dari school. 

Ini rupa kad dalam kad ucapan

Ini kalau tak silap artwork sempena raya haji jugak. Depa buat rupa sejadah.

Lagi artwork yang serupa macam foto atas tadi

Dan lagi...Biasa dalam satu hari his class teacher will prepare at least two types of artworks to make but it seems like he loves to do the same thing for three different days.  

Poppy flower. Ini sempena the annual Poppy Appeal. Poppy Appeal is a fundraising campaign for the Royal British Legion. Maybe satu hari nanti aku boleh buat satu post about the Poppy Appeal. 

First time tengok aku ingatkan ular. Tapi aku tanya dulu Ismael apa dia ni takut kalau salah sebut kang dia kecik hati. Ini train dia kata. Huhuhu....

Ini kat belakang train dia. Nampaknya Ismael masih lagi blom dapat tulis nama dia sepenuhnya. Kena practice lagi ni. 

 Cer korang teka apa dia ni? Jawapannya ialah......fish. Huhuhu....kiut je fish Ismael