Aku rasa ini antara resepi yang termudah nak buat, simple dan sedap. Cuma masalahnya kalau nak buat kat Malaysia a bit costly sebab cheese mahal. Tapi sekali sekala boleh je kan. Di Malaysia cheese bukan makanan harian kita. Kat sini mat salleh almost every day makan cheese. Segala mak nenek jenis cheese ada n to be honest aku hanya pernah cuba tak sampai lima jenis dari bermacam jenis cheese yang ada. Aku rasa ada berpuluh jenis dengan pelbagai rasa, rupa dan warna.
Ok, berbalik to main topic, macam mana nak buat cheese role tu? Actually ada banyak orang share kat FB. Saja nak share kat sini kot-kot boleh recall idea apa nak masak esok lusa bagi sesapa yang membaca post ni dan jugak sebagai reference untuk aku in future sebab kat FB tak senang nak trace balik. Kat bawah ni adalah resepinya.
Bahan-bahan:
Cheese
Roti keping
Butter/marjerin
Cara buat:
- Potong bahagian tepi roti yang kaler coklat tu. Bagi roti dibeli memang dah takde tepi roti tu lagi senang.
- Gelek roti dengan penggelek supaya jadi kepingan nipis dan mampat.
- Letak kepingan cheese hampir dengan salah satu hujung roti. Ini supaya kita dapat gulungan yang melekat. Buat jarak cheese dengan hujung roti dalam 5-7mm. Kena ada jarak skit sebab masa gulung tu cheese akan bergerak menghampuri hujung kepingan roti. Pastikan jugak kepingan cheese tak lebih dari kepingan roti sebab kalau tidak nanti cheese akan meleleh kat kuali. Sayanglah kalau cheese meleleh. Mahal cheese tu....
- Mulakan menggulung di hujung bertentangan.
- Letak roti atas non stick pan yang telah dipanaskan dengan api perlahan bersama sapuan butter/marjerin. Jangan biar lama butter/marjerin kepanasan. Nanti hangit tak sedap. Kalau sapu butter terus atas gulungan roti rasanya lebih baik untuk kurangkan risiko kehangitan. Sapulah pakai berus nak sapu telur buat biskut raya tu. Jangan pakai penyapu rumah sudah. Masa masak tu maybe nak kena pegang sikit roti tu takut gulungan terbuka. Bila dibalikkan gulungan untuk masak sebelah yang lain, cheese pada gulungan roti yang tak kena pan akan mula beku balik. So, sepatutnya gulungan dah melekat betul.
Ini rupa penggelek, Mana lah tahu kot-kot ada yang tak kenal. |
Nota kaki:
Kat sini kami boleh beli cheese slice 10 keping brand biasa-biasa yang aku kira lebih kurang je sedapnya ngan brand Cheesedale dengan harga less than 50 pence. Serius murah.