Wednesday, November 17, 2010
Umbro England Baby Jersey
Tuesday, November 16, 2010
Playgym for Ismael
Playgym ni ada musics, lights n rainforest sounds. Kita blh set plak supaya lights and musics respond to baby's movement. Ada extra 4 empty loops to hang toys around the gym. Kalu nanti Ismael suka main dengan playgym ni mama akan tambah toys lain plak. Kalu tak, mama simpan utk adik jelah. Huhuhu....
Amboi tajamnya jelingan anak mama. Tak puas hati ke mama tumpang baring kat playgym Ismael?
Monday, November 15, 2010
Lawatan Singkat Ke Luar Negeri...
Seronok dapat tengok berekar-ekar pokok anggur hidup subur. Takyah g luar negara nak tengok ladang anggur. Nak masuk ke ladang ni kena bayar RM2 per person. Budak2 bwh 7 tahun masuk free. Tapi visitors x dibenarkan mengutip buah anggur kat ladang tu.
Lawatan jugak terhad bagi laluan tertentu sahaja. Tapi kita tetap boleh nampak ladang tu sepenuhnya dr laluan yg ditetapkan. Pastu akan ada sorang pengiring yg akan mengiringi kita sepanjang lawatan. Dia akan jawab soalan-soalan kita tentang ladang anggur di situ. Yang menariknya, pemilik ladang tu adalah orang Melayu. Apa yg aku perasan, pokok2 anggur kat situ tak mcm ladang2 anggur kat negara omputih yg aku pernah tengok dlm tv. Kat situ daun & buah anggurnya smua ada atas kepala kita.
Sunday, November 14, 2010
Shopping n Shopping
FOS Kids n Teens di Mid Valley
Beli di FOS Kids n Teens di One Utama. Baju yang tulis "I love Check" tu skali ngan seluar just RM13
Masa shopping, kalu kena tukar lampin Ismael takde masalah. Jusco, Parkson, Metrojaya ada diaper changing room. Ibu menyusu pon x perlu risau sbb special area for breastfeeding pon ada. Aku siap mandikan Ismael lg ms kat Metrojaya sbb sian dia nampak tak selesa kalu x mandi petang. Ismael relax je mandi air sejuk. Nasib baik pengasuh dia dah biasakan dia mandi air sejuk. Masa di Ikea plak kami dok kat tempat pameran sofa di bahagian belakang2 skit supaya x nampak obvious sgt aku sedang tukar lampin dia. Ismael stay atas stroller masa tukar lampin. Masa tu maleh nak ke diaper changing room sbb aku rs ramai org kat situ dgn keadaan Ikea yg penuh sesak.
Mama dah lenguh kaki. Kita rehat jap ye...
Aktiviti shopping sakan ni xleh buat slalu sbb keletihannya cukup terasa. Bukan tu saje, duit pon keluar sakan b4 next salary. Nasib baik bln ni dapat gaji awal sbb nak raya haji :)