Tanggal 22 Mac yang lalu kami telah pulang ke Malaysia for good dan meninggalkan bumi ratu yang banyak menyimpan kenangan indah selama 3 tahun setengah kami menetap di sana, Berat rasa hati nak meninggalkan Sheffield tambahan pula dalam keadaan PhD aku masih belum selesai dan menyedari hakikat tanggungjawab aku akan bertambah sebab perlu kerja dan pada masa yang sama menyiapkan PhD. Terlalu banyak pengalaman manis di sana yang takkan aku lupakan. Tapi apakan daya. Kami perlu jugak kembali ke tanah air sebab tiada lagi sponsorship dan sebab utamanya tiada lagi perlanjutan cuti belajar diberi oleh universiti. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, aku dan suami antara yang bertuah dapat tempoh perlanjutan 6 bulan dengan sponsorship dalam keadaan ekonomi Malaysia sedang gawat ketika ini. Kesian rakan-rakan yang terpaksa pulang selepas cukup 3 tahun pengajian walaupun masih banyak kerja PhD berbaki.
Beberapa minggu sebelum balik tersangatlah banyak urusan yang perlu diselesaikan dari hal PhD, sekolah anak, segala jenis bil yang perlu terminate, mengosong dan membersih rumah sebelum serah semula pada landlord, packing barang (yang ni paling banyak nak kena buat), dengan nak masak lagi, entertain anak-anak lagi dan macam-macam perkara lagilah. Kalau orang lain yang spouse tak belajar mungkin boleh buat dalam keadaan relax sikit dan bersedia lebih awal. Tapi sebab kami dua-dua belajar, kepenatan dan rasa kelam-kabut tu terasa yang amat. Mujur suami aku dah selesai viva. Jadi kebanyakan urusan dialah yang buat. Aku masih bekerja dengan research aku hingga 2 hari sebelum proses mengangkut barang kami ke kontena (19/3/2016). Dua hari selepas angkut barang tu aku masih lagi ke universiti untuk jumpa dengan supervisor buat kali terakhir sebelum fly ke Malaysia keesokannya. Maybe korang boleh bayangkan terutamanya yang belajar kat oversea bagaimana sibuknya kami ke hulu ke hilir selesaikan macam-macam perkara. Dah le aku tengah pregnant. Mujur belum sarat lagi masa tu.
Alhamdulillah dalam tempoh kira-kira seminggu sebelum kami nak balik tu ada sahabat-sahabat yang sudi jemput kami ke rumah untuk makan-makan, sempena meraikan kepulangan kami ke tanah air. Jadinya, ringanlah jugak beban kami dalam bab memasak. Hehehe.....Kerana jemputan-jemputan tu jugak dapatlah kami berehat sekejap dari kesibukan dengan segala macam urusan.
|
Jemputan makan yang pertama kami dapat pada 13/3/2016 dari Kak Ina n Abang Adli. Keluarga Hyreil dijemput sama sebab Hyreil pon nak balik ke Malaysia for good. Keluarga Razif pon ada sekali kerana tuan rumah meraikan mereka yang bakal berpindah dari kampung Tinsley ke kampung Darnall. Depa berpindah ke rumah kami sebenarnya. |
|
Beberapa bulan sebelum balik Malaysia terutamanya pada 3 minggu terakhir banyak kali jugak kami makan di luar atau beli n tapau. Selain dari tak sempat nak masak, kami mahu nikmati sepuas-puasnya apa yang takkan kami dapat di Malaysia. Ni masa kami gi makan di restoren Red Sea di Bungrave - 15/3/2016 |
|
17/3/2016 - Kawan-kawan seperjuangan belanja aku makan di Gelato. |
|
17/3/2016 - Vicktor, rakan PhD satu department berasal dari Mexico yang telah bersungguh membantu packing dan angkut komputer beserta barang-barang kami yang lain di office masa malam terakhir aku bekerja di universiti. |
|
Vicktor siap bagi hadiah untuk Ismael n Ielyas. Dia pesan jangan biarkan anak jadi politician sebab kata dia dalam politik selalu main kotor. Hadiah yang dia bagi, educational solar kit, menggalakkan budak-budak jadi engineer, Hehehe.... |
|
20/3/2016 (Petang) - Ziarah Kak Raudhah yang baru dapat baby sambil ucap selamat tinggal. |
|
20/3/2016 (malam) - Jemputan makan di rumah Syahmir dan Eka. |
|
Thanx a lot to Syahmir n Eka sebab jamu char kuey tiaw, Tassimo coffee dan pizza yang sangat sedap. |
|
21/3/2016 - Jemputan makan dari Abang Zack n Kak Niza. Keluarga abang Zack antara keluarga yang kamceng dengan keluarga kami. Rumah kami di Sheffield tak jauh dari rumah depa. |
|
Suami mendapat jemputan makan-makan dari rakan-rakan sekampung di satu restoren di Rotherham beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia. |
Kami ambik penerbangan Manchester-Dubai-KLIA-Alor Setar. So, tiga kali tukar kapal terbang. Dari Sheffield, Abang Zam tolong hantar kami ke Manchester Airport. Kami transit lama di Dubai (19 jam). Kononnya nak ambik kesempatan jalan-jalan di Dubai. Tapi disebabkan kami tak sempat nak buat research nak jalan ke mana secara proper, kami ended up dengan stay di airport saja. Aku pulak seriously tak daya nak berjalan masa tu sebab dah rasa sakit sangat macam nak miscarriage. Sampaikan kat airport aku dok atas kerusi roda sebab dah tak mampu nak berjalan. Mujur dalam flight si dua beradik tak buat hal, Depa sibuk tengok movie, makan dan tido sepanjang dalam flight. Jadi dalam flight tu kami laki bini kira boleh berehat dengan aman jugak la. Kami sampai di Malaysia pada 24/3/2016 (Khamis) bila flight kami touch down KLIA. Di KLIA kami disambut oleh adik ipar aku Zeni sekeluarga dan jugak anak saudara suami, Izzati. Sempat lah kami mengeteh kat foodcourt di KLIA sambil berbual. Turun di Alor Star, mak n abah aku, ibu mertua aku dan sanak saudara terdekat bersedia menanti kami. Tapi cuaca di Malaysia (terutamanya Kedah dan Perlis) masa tu bapaklah panas! Terasa yang amat perbezaan suhu di Malaysia dengan UK. Masa kami balik tu UK sedang spring dengan suhu persekitaran adakalanya masih rasa macam winter.
Kami sempat bergambar kenangan dengan jiran sebelah rumah, Jones dan suaminya yang sangatlah baik sebelum bertolak ke Manchester Airport.
|
Bergambar kenangan dengan antara Darnall hot mummies di dining room rumah kami buat kali terakhir kira-kira kurang setengah jam sebelum berangkat. |
|
Antara rakan-rakan sekampung yang datang mengucapkan selamat jalan kepada kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan masing-masing. Semoga jumpa lagi di Malaysia, insyaAllah. |
Khamis sampai Malaysia, hari Sabtu kami bertolak pulak ke Taiping, rumah mak n abah aku. Alhamdulillah, abang ipar bermurah hati pinjamkan Avanza dia. Jadi dapatlah kami mengangkut beg-beg kami yang besar-besar sekali harung. Ahad kami ke Kuantan sebab Isnin kami kena lapor diri di tempat kerja. Anak-anak kami tinggalkan sekejap dengan mak n abah aku memandangkan takde sesapa nak jaga depa bila kami gi kerja dan lagi pulak kami nak ke sana ke mari menguruskan hal-hal rumah dan peribadi. Antara perkara pertama yang kami buat bila balik ke Kuantan adalah mencari aircond. Ye, aircond! Sebab tak tahan panas. Huhuhu....So, dua aircond kami beli sekali gus. Satu untuk pasang kat bilik kami dan satu lagi untuk bilik anak-anak. Pastu kami cari sekolah untuk anak-anak. Oleh kerana Ismael n Ielyas dua-dua sekolah tadika jadi senanglah sikit kerja kami. Hajat di hati nak cari sekolah yang guna English as main communication language. Tapi masalahnya takde. Tak caya? Memang takde di area perumahan kami walaupon ramai mak bapak educated, kerja pensyarah dok kat kawasan perumahan kami. Akhirnya kami register depa di PASTI. Alhamdulillah, perancangan Allah itu lebih baik. Kami senang hati sebab dalam tempoh dua minggu Ismael n Ielyas dah boleh baca doa makan dengan maksudnya dan hafal beberapa bacaan dalam solat, yang rasanya takkan mampu kami nak ajar sendiri dalam masa yang singkat. In fact, selepas tu baru kami tahu yang PASTI kami hantar depa berdua tu is the best in Pahang dan kami bertuah sebab masa kami tengah mencari sekolah tu ada kekosongan. Yang bab English tu kami kami mengambil pendekatan dengan cuba communicate in English di rumah dengan depa sebanyak yang mungkin. Aku kira oleh kerana dua-dua beradik takde masalah communicate dalam bahasa Melayu, depa lebih cepat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. Next post kalau berkesempatan aku cerita pasal depa dan sekolah pulak.
|
Ismael n Ielyas skarang bersekolah di PASTI. Hari Jumaat kena pakai jubah. |
Mujur staf yang sambung belajar di luar negara dapat cuti seminggu selepas lapor diri. Jadi lepas dua hari bekerja kami masing-masing ambik cuti seminggu. Selasa dan Rabu kami selesaikan pelbagai urusan yang perlu. Khamis kami kembali ke Utara ambik anak, pulangkan kereta abang ipar dan berehat di kampung sebab kepenatan yang amat sangat. Isnin berikutnya kami kembali semula ke Kuantan bersama anak-anak dengan kereta Kancil comel aku nan satu. Itulah kenderaan kami untuk ke sana ke mari buat sementara waktu. Ielyas tanya aku: "Mama, mama punya kereta kecik sebab mama duit sikit ke?" Huhuhu.....Aku iyekan je la.