Thursday, May 30, 2013

Family Day Masyarakat Melayu Sheffield

11 Mei yang lepas Persatuan Masyarakat Pelajar Melayu Sheffield telah menganjurkan family day bertempat di High Hazels Park, taman yang tak berapa jauh dari rumah kami (tempat kami main sledging masa winter lepas). Meriah la kawasan barbeque berbumbung yang disewa daripada council dengan puluhan keluarga Melayu yang tinggal di Sheffield. Hari keluarga ni tak terhad untuk Masyarakat Pelajar Melayu saja tapi jugak untuk keluarga melayu bukan pelajar yang menetap di Sheffield.

Agak malang skit hari tu cuaca sangatlah windy sehinggakan rasa macam dalam cuaca winter walhal tengah musim bunga. Sejuknya sampaikan aku request hasben balik umah amik baju sejuk lebih tebal untuk aku dan anak-anak beserta gloves. Berairlah hidung kami anak-branak sebab menahan kesejukan. Mujurlah hari tu kami kuat semangat dan bertahan tunggu sampailah event berakhir. Ismael kalau sejuk-sejuk biasanya dia mana mau lama-lama dok. Mesti nak ajak balik. Tapi hari tu tak plak dengar dia ajak balik. Aku mulanya nyaris-nyaris ajak hasben balik sebab sejuk bebenor.

Sebahagian daripada warga melayu Sheffield yang hadir. Ramai jugak yang dah balik sebab sesi bergambar ni acara terakhir.

Macam biasa, mestilah ada acara makan-makan. Penganjur buat barbeque ayam + kambing. Di UK ni bagi yang gemar makan kambing memang rasa nikmatlah sebab daging kambing kat sini senang nak dapat n fresh, mampu jugak le nak beli selalu. Di samping tu penganjur jugak tempah lunch dari restoren Palmyra, menu nasi dari Mediterranean (kalau tak silap) beserta beberapa hidangan sampingan penyedap nasi yang lain dengan kos yang sangat berpatutan (2.50 pound per person) dan sangatlah sedap. Selain tu ramai jugak kaum ibu yang telah sukarela dan bermurah hati menyediakan hidangan tambahan berupa dessert, kuih-muih dan buah-buah.

Tulisan conteng kat dinding tu sebab vandalism. Mencacatkan pemandangan plak.

Pada masa yang sama ada keluarga yang tumpang birthday anaknya disambut pada masa tu, jadi budak-budak sronoklah dapat makan birthday kek. Masa budak-budak berkumpul untuk acara potong kek, penganjur ambil kesempatan edarkan goodie bags untuk depa. 
 
Birthday girl yang pakai tudung kaler purple berjaket pink cerah. Tukang buat kek harijadinya yang pakai tudung pink cerah, coat hitam dan berkaca mata. Tauke kek paling berjaya. Almost smua keluarga Melayu yang nak beli kek akan beli dari dia. Masyuk....

Kalau dah nama family day, tak sahlah kalau takde acara sukaneka. So, penganjur buat pertandingan untuk beberapa kategori: untuk kaum ibu, kaum bapa, anak-anak dan acara berkeluarga. Aku masuk acara susun barang paling panjang. Mak-mak yang masuk pertandingan ni dikehendaki bawa bersama satu handbag/beg baby/atau apa juga beg yg dibawa. Aku bawa beg kamera sebab tak bawa handbag. Masing-masing kena susun barang yang ada dalam beg  dan yang ada pada diri termasuklah dengan beg tu boleh diguna untuk dapat susunan sepanjang yang mungkin. Pecah le rahsia mak-mak ni apa yang dibawa dalam bag masing-masing. Tak pernah plak aku ada experience orang buat pertandingan macam ni. Menarik n penganjur tak perlu keluar kos atau sedia alatan untuk pertandingan. Just sedia hadiah je. Tapi aku tak menang sebab tak banyak barang. Nampak sangat aku ni sempoikan diri dalam tengah menjadi researcher berjaya. Kuang3x....

Pertandingan susun barang paling panjang

Hasben plak masuk pertandingan limbo. Pon tak menang sebab tak boleh nak imbang perut yang boroi. Hahaha....Takpe, tahun depan kita cuba bagi menang laki bini ye abang.

Papa Ismael tengah berusaha keras mendapatkan kemenangan. Hahaha....

Sementara masing-masing sibuk menjamu selera dengan macam-macam hidangan, juri dilantik sibuk menilai dessert/kuih yang disediakan untuk pertandingan MasterChefField. Tak sure plak siapakah gerangan juaranya sebab masa hadiah disampaikan, tuan pemenang dah balik dah.

Juri MasterChefField lebih banyak dari bilangan penyertaan. Huhuhu....

Untuk acara berkeluarga plak penganjur buat pertandingan make-up bapa dengan tisu toilet sebagai bahan make-up utama. So, mak dan anak-anak make-up kan bapaknya dengan tema superhero.


Masa macam-macam acara dilangsungkan, budak-budak ada yang sibuk main kat playground/padang yang terletak bersebelahan je dengan tempat teduh event.

Ramainyer pakai baju kaler pink!

Mak pon nak main jugak :)

Ismael teringin sbenarnya nak join main bola. Tapi malu dan tak berapa pandai lagi nak bergaul

Ielyas ambik kesempatan jalan sana-sini dengan muka ceria. Dia jalan sorang-sorang sampai tengah padang, nampak dia sayup-sayup je dari tempat kami duduk-duduk dan makan-makan.

Lepas letih main, minum susu jap sambil duduk bersantai atas kerusi comel depa yang kami beli di carboot.

Ismael lebih banyak dok kat kerusi dia berbanding Ielyas sambil makan macam-macam.

Alhamdulillah, Ielyas tak meragam walaupon cuaca sejuk sangat masa ni

Oh, ini bukti utama aku attend the family day. Tak banyak gambar aku sebab sibuk jadi photographer.

AJK sibuk susun hadiah
Before acara terakhir (sesi bergambar) diadakan acara pengumuman barisan AJK baru persatuan. Surprisingly, hasben dilantik menjadi penghulu qariah Darnall sebab penghulu Darnall yang baru saja terpilih sbenarnya masa kami bercuti ke Wales aritu telah dilantik menjadi penghulu Sheffield pulak. Mujur aku tak kena.

Barisan AJK baru dan lama. Yang budak kecik dua orang baju coklat dan tengah garu kaki tu bukan AJK atau bekas AJK ye. Itu sibuk nak enter frame je. Oh, yang tauke kek kat belakang sebelah kiri tu pon bukan. Accidentally terselit plak.

Terima kasih tak terhingga kepada para AJK yang telah bertungkus-lumus menganjurkan family day aritu. Ada di kalangan AJK ni sibuk ngan PhD tapi telah berkorban masa untuk merancang dan menganjurkan acara untuk mengukuhkan ukhwah warga Melayu di Sheffield. Really appreciate it.

Monday, May 27, 2013

1st Photobook

Idea untuk buat photobook tercetus bila kami dapat voucher 50% discount dari Truprint untuk photobook sebab beli susu Cow&Gate untuk Ismael dan jugak didorong daripada cerita photobook Ana di blognya (klik sini). Dah lama dah teringin tapi dalam 2 bulan yang lepas baru berkesempatan menyiapkan photobooknya. Oleh kerana discount voucher dapat sebab beli susu Ismael, aku pon buat le projek photobook yang pertama dalam hidup aku yang didedikasikan special untuk Ismael, mengabadikan sebahagian memori tentang Ismael sepanjang beberapa bulan yang pertama berada di UK. Walaupon ada diskaun 50%, masih mahal lagi bagi aku sebab lepas diskaun + kos pos + glossy pages harganya lebih 20 pound untuk saiz 28 x 21 cm, 20 pages, custom and hard cover. Jeles plak bila baca dari blog Ana dia pernah buat satu photobook n just bayar kos pos je masa dia di UK dulu :) Tapi mujur kertas n printing kualiti photobook aku yang pertama ni tak mengecewakan. Gambar kat bawah ni adalah rupa photobook yang dihasilkan. Gambar pertama di bawah adalah front cover photobook. The next following photos are among 20 pages of the photobook n the last photo adalah cover belakangnya.




 



Sunday, May 26, 2013

Buku Cerita Ladybird

Kira-kira 4 bulan yang lepas kami kumpul kupon dari suratkabar Daily Mirror untuk dapatkan sebahagian daripada koleksi buku cerita Ladybird. Kumpul-kumpul kupon sambil baca suratkabar n then dapat buku cerita free! Best kan? Kat Malaysia tak pernah aku jumpa ada company nak bagi buku free macam kat sini. Kami boleh pilih plak buku cerita mana yang kita nak daripada bermacam-macam buku cerita. Bilangan buku yang kita dapat bergantung kepada jumlah kupon yang dapat dikumpul. Kami hanya perlu bayar kos pos penghantaran 4.25 pound untuk 17 buku. Dan tengah hari tadi buku yang dijanjikan sampai n aku super sronok. Hehehe....Buku ni of course le untuk anak-anak aku.

Baris kedua koleksi buku cerita based on rancangan In the Night Garden kegemaran Ismael dan Ielyas

Buku cerita based on cerita dongeng popular untuk budak-budak

Other books

Dikatakan ini tahun ke-3 Ladybird Books bagi buku percuma. Harap-harap tahun depan ada lagi. Boleh le menambah koleksi untuk Ismael ngan Ielyas :)

Saturday, May 25, 2013

More Colours of Spring

Sronoknya spring semestinya sebab boleh tengok macam-macam jenis dan warna bunga. Kadang-kadang tu bila kita lalu kat kawasan pokok bunga tu semerbak harumnya. Bunga-bunga ni pulak Allah takdirkan dia berbunga mengikut waktu tertentu. Ada yang berbunga di awal spring (macam daffodil) sepanjang spring, sekitar 2 minggu sahaja untuk dinikmati selepas mula berbunga. Cuma aku blom dapat tengok bunga popi saja lagi, bunga yang takkan kita jumpa di Malaysia sebab diharamkan untuk ditanam. Maybe summer nanti baru boleh tengok kot. Jom kita tengok antara bunga yang kami dapat tengok di sini.

Pink tulips at Sheffield City Centre. Balik dari universiti brenti kejap kat city centre semata-mata nak amik gambar kat sini. Kat tempat lain di Sheffield ni tak ada yang sebanyak kat sini. Malangya hasben aku amik gambar angle tak brapa cantik. So, tak dapatlah nak tunjuk banyakknya macam mana.

Tak jauh dari tempat pink tulip ada plak red tulip. Again, angle tak brapa cantik. Kena berlatih lagi ni macam mana nak amik gambar orang dengan bunga

Ini dekat padang tak jauh dari rumah kami.
 
I really admire this: cherry blossom tree. Ini dekat Peace Garden, Sheffield City Centre. Lepas balik dari Children Hospital, cek benjolan kat telinga Ismael kami singgah jap kat sini.

Sebelum ke Peace Garden kami singgah dulu kat Weston Park. Tapi takde bunga yang menarik. Bunga ni je yang nampak menyerlah. Bunga ni boleh hidup masa winter jugak.

Ini tumbuh meliar kat laman depan umah kami. Yang kuning tu bunga dandelion. Sangat banyak tumbuh di merata tempat. Waktu kemuncak bunga ni nampak cantik berkembang masa tengah hari.

Haa...tengok. Dandelion tumbuh melata bersama bunga-bunga kecik warna putih. Cantikkan? Malangnya bila dandelion tumbuh terlalu banyak, bila dah sampai masa dia nak nampak macam dandelion yang slalu digambarkan dalam citer komik jepun atau corak langsir tu (bulat dan berbulu gebu), nampak hodoh jugak pemandangan. Jadi mat salleh biasa nak buang bunga dandelion ni dari laman umah depa (for those who really concern about their lawn n also those yang berkebun bunga). Siap masa awal spring dulu ada beberapa iklan kat tv jual alat untuk cabut dandelion dan racun matikan dandelion.

Ini plak pemandangan tak jauh dari rumah kami. Skang ni dah takde bunga dah. Kejap je pokok-pokok ni berbunga lebat camni.

Gambar bunga ni plak aku snap masa dekat Nottingham yang kami gi dalam sebulan yang lepas. Kat malaysia aku hanya ada bunga plastik je yang macam bunga kaler merah tu tapi bunga plastik aku kaler peach.

Ini pon gambar bunga amik kat Nottingham. Tak tau plak apa namanya tapi cantik sangat.

Ini rupa pokok bunganya. Yang daun lebat hijau tu bukan sebahagian dari pokoknya. Itu pokok rumput pagar.

Lagi bunga jumpa di Nottingham

Spring dah nak berakhir dah. Harap-harap boleh tengok bunga lain plak.

Saturday, May 18, 2013

Jalan-Jalan Di Nottingham

Cerita ni dah agak basi sbb dah lama dah kami gi Nottingham sbenarnya, tiga minggu lepas. Tapi sebab nak ada catatan kenangan so rasanya elok buat satu post kat sini.  Destinasi pertama kami adalah Museum of Nottingham Life. Baru sempat snap gambar kat patung Robin Hood beberapa shot, kami terpaksa melupakan hajat nak pusing-pusing kat situ selanjutnya sebab hujan turun, hujan batu tau. Batu dia macam butir-butir manik saiz sederhana tu. Itu sbenarnya bukan pengalaman pertama kami merasa hujan batu kat UK ni. Dah beberapa kali dah. Besar lagi dari butir manik saiz besar pon pernah kami rasa. Tak hairanlah kan sebab negara ni sejuk. Eh, terkeluar tajuk citer pasal hujan batu plak. Hahaha....


Bagi yang tak tahu, bandar Nottingham ni sinonim dengan lagenda Robin Hood yang ceritanya kita selalu dapat tengok di tv dalam pelbagai versi. So, sebagai bukti utama kami dah sampai ke sini, bergambarlah dengan patung Robin Hood tu.

Inilah patung Robin Hood. Hujan dah mula turun dah. Tu yang nampak lantai basah tu.

Alhamdulillah, tak lama lepas kami beredar dari museum tu hujan dah berhenti. Our next destination was Green's Windmill & Science Centre. Rekabentuk windmill yang kami tengok tu serupa macam windmill yang ada kat Belanda. Tapi ada satu tu je la. Windmill ni digunakan untuk generate mesin memproses gandum menjadi tepung gandum. Bersebelahan windmill tu ada mini science centre. Oleh kerana saiznya yang mini, tak banyaklah menda-menda sains yang kita boleh tengok dan eksperimen macam Petrosains Playsmart di Kuantan. Tapi oklah, masuk free je. Tapi kalau pengunjung nak menderma duit untuk science centre tu amatlah dialu-alukan. Kami biar anak-anak enjoy skejap kat situ then kami masuk dan naik windmill tu. So, dapatlah tengok macam mana tepung diproses dari gandum cara orang dulu-dulu. Windmill tu bertingkat-tingkat dalamnya. Dan bila masuk dalam tu dengar bunyi gedegung-gedegang kuat jugak le sebab bunyi mesin proses gandum beroperasi dan juga bunyi blades windmill berputar. Lagi kuat angin di luar, lagi laju mesin berjalan dan lagi kuat lah bunyi bising di dalamnya.






Seterusnya kami ke Wollaton Hall yang pada asalnya adalah rumah kepada Sir Francis Willoughby. Skarang ni rumah tu telah dijadikan Nottingham Natural History Museum. Masuk adalah percuma. Besar bangunannya tapi bukan semua bahagian bangunan kita boleh masuk. Kalau nak masuk bahagian yang lain kalau tak silap kena bayar. Depan Wollaton Hall ni ada taman (bukan taman bunga tapi taman yang ada pokok-pokok dan padang rumput) yang sangatlah luas. Memang kayalah aku rasa Sir Francis Willoughby sebab rumahnya dah le dok kat atas bukit sikit, pemandangan kat depan rumah pulak perghh....sejuk dan saujana mata memandang. 

Inilah rupa depan Wollaton Hall

Ini salah satu pemandangan dalam Wollaton Hall

Oh, jangan tak tau, Wollaton Hall ni pernah digunakan sebagai key location untuk filem Batman: The Dark Knight Rises. 

Antara barang pameran dalam museum. Ielyas nak cek sape ada hutang ngan Ielyas ni. Hahaha.....

 Dalam museum ada jugak pameran mengenai serangga. Sambil papa n mama sibuk tengok-tengok, Ielyas sibuk main toys. 

Bagusnya museum kat sini dia ada sediakan sudut mainan untuk budak-budak. Jadi taklah depa bosan sementara parents boleh tengok-tengok dengan aman. Muzium kat Malaysia pon aku rs patut child friendly skit macam kat sini. Cuma masalahnya takut kat Malaysia pihak museum asyik nak kena beli toys baru sebab ramai sangat parents yang tak kisah anak bawak balik toys yang disediakan. Huhuhu....

Ini pulak antara pemandangan di sudut binatang dalam museum.


Gambar kiri: Papa Ismael cuba baju yang diinspirasikan daripada alam semulajadi.
Gambar kanan: Be careful!

Wollaton Hall adalah destinasi terakhir jalan-jalan Nottingham kami. Bandar Nottingham pada aku looks nicer than Sheffield. Nottingham secara keseluruhannya lebih bersih. Kawasan penempatan Pakistan pon nampak lebih bersih dari di Sheffield, Manchaster dan Birmingham. Kebetulan masa kami gi sana suasana spring agak ketara berbanding di Sheffield membuatkan aku rasa bandarnya sangat nice. Bunga magnolia (one of my favorite flowers here) ada banyak di tanam di rumah kediaman di sini tak macam di Sheffield. Apa pon aku tetap bersyukur tinggal di Sheffield dan berpeluang tengok bumi orang. Dan sebelum mengakhiri post ni aku nak dedikasikan gambar di bawah ni untuk seorang sahabat (wink! wink!).