Sronoknya spring semestinya sebab boleh tengok macam-macam jenis dan warna bunga. Kadang-kadang tu bila kita lalu kat kawasan pokok bunga tu semerbak harumnya. Bunga-bunga ni pulak Allah takdirkan dia berbunga mengikut waktu tertentu. Ada yang berbunga di awal spring (macam daffodil) sepanjang spring, sekitar 2 minggu sahaja untuk dinikmati selepas mula berbunga. Cuma aku blom dapat tengok bunga popi saja lagi, bunga yang takkan kita jumpa di Malaysia sebab diharamkan untuk ditanam. Maybe summer nanti baru boleh tengok kot. Jom kita tengok antara bunga yang kami dapat tengok di sini.
Tak jauh dari tempat pink tulip ada plak red tulip. Again, angle tak brapa cantik. Kena berlatih lagi ni macam mana nak amik gambar orang dengan bunga |
Ini dekat padang tak jauh dari rumah kami. |
I really admire this: cherry blossom tree. Ini dekat Peace Garden, Sheffield City Centre. Lepas balik dari Children Hospital, cek benjolan kat telinga Ismael kami singgah jap kat sini. |
Sebelum ke Peace Garden kami singgah dulu kat Weston Park. Tapi takde bunga yang menarik. Bunga ni je yang nampak menyerlah. Bunga ni boleh hidup masa winter jugak. |
Ini tumbuh meliar kat laman depan umah kami. Yang kuning tu bunga dandelion. Sangat banyak tumbuh di merata tempat. Waktu kemuncak bunga ni nampak cantik berkembang masa tengah hari. |
Ini plak pemandangan tak jauh dari rumah kami. Skang ni dah takde bunga dah. Kejap je pokok-pokok ni berbunga lebat camni. |
Ini pon gambar bunga amik kat Nottingham. Tak tau plak apa namanya tapi cantik sangat. |
Ini rupa pokok bunganya. Yang daun lebat hijau tu bukan sebahagian dari pokoknya. Itu pokok rumput pagar. |
Lagi bunga jumpa di Nottingham |
No comments:
Post a Comment