Suatu masa dulu kalau aku tengok dalam magazine, suratkabar atau citer tv di mana kumpulan-kumpulan mat salleh berjemur atas padang rumput hijau tengah-tengah panas tu aku bayangkan macam satu lakonan untuk gambar hiasan atau untuk menggambarkan suasana best. Bukan aku tak percaya, cuma rasa macam tak munasabah nak dok lama-lama tengah-tengah matahari terik. Bila dah dok kat negara omputih ni akhirnya terbuktilah dengan mata kepala aku sendiri yang aktiviti berjemur ni bukan satu lakonan untuk gambar hiasan. Ia adalah benar. Depa bukan duduk sekejap-sekejap je. Lama depa berjemur. Kenapa depa suka betul berjemur. Jawapannya, pada pendapat aku:
- Bukan selalu dapat menikmati cuaca betul-betul panas di UK. Hanya pada musim bunga dan musim panas je. Itu pun bukan sepanjang musim. Ada hari selalu/sentiasa mendung/hujan.
- Ramai jugak omputih suka tan (become brown or browner) skin after exposure to the sun. Jadi bila ada matahari tak perlu susah-susah dan buang duit ke saloon untuk tanning. Kalau dia tak berniat pon untuk dapat tan skin aku rasa warna kulit depa tak mudah pon nak jadi tan. So, takpelah nak berjemur suka-suka.
Hari ni masa lunch kami pon sajalah nak merasa apa rasanya berjemur macam depa. Kebetulan hari ni suhu mencecah 21 darjah celcius. Best juga tapi tak berapa nak sesuai untuk aku yang sangat menjaga kecerahan kulit (hahaha....fakta tidak benar) sebab kulit melayu aku ni senang sangat nak jadi gelap. Tak best tengok ada belak di pipi kesan cahaya matahari separa sebab pakai tudung. Kalau dok bawah pokok baru ok. Rasa panas bau-bau bacang baru sedap. Macam ada aircond suhu tak berapa nak sejuk :)
Nak bayangkan lamanya omputih berjemur tu, kami blom duduk, kebanyakan depa dah duduk dulu dan bila kami bangun depa tak bangun lagi. Lama kami duduk tu korang bayangkan lamanya seorang wanita yang ayu makan burger sambil menikmati kelopak-kelopak kecil bunga putih berguguran. Hehehe....
Nak bayangkan lamanya omputih berjemur tu, kami blom duduk, kebanyakan depa dah duduk dulu dan bila kami bangun depa tak bangun lagi. Lama kami duduk tu korang bayangkan lamanya seorang wanita yang ayu makan burger sambil menikmati kelopak-kelopak kecil bunga putih berguguran. Hehehe....
Nota kaki: Hari ni dalam sejarah buat pertama kalinya aku rasa panas dok dalam bilik postgrad sampai rasa macam nak ada kipas duduk sbelah.
2 comments:
Masa saya ke sana february lepas... depan bulding fakulti kejuruteraan ni tak cantik.. togel... sebab winter.
Masa awal spring n bersalji je lawa kat sini. Masa lain nampak biasa je :)
Post a Comment