Tuesday, March 27, 2012

Karnival Buku Pahang 2012

Sepanjang aku tinggal di Kuantan sejak 2005 rasanya inilah kali pertama kat Kuantan ni ada pesta buku. Pesta buku ni diadakan dari 9 hingga 18 Mac di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Zenith Hotel oleh MPH. Kami pegi pada hari kedua karnival, hari Sabtu, pagi-pagi lagi masa baru bukak. Aku mula-mula bayangkan suasananya biasa-biasa aje. Tapi bila masuk dewan, mak oii...ramainya. Happy to see ramai warga Kuantan yang menunjukkan minat kepada buku. Siap ada yang membeli berbakul-bakul buku untuk anak-anak dan diri sendiri. Sampaikan kami tak dapat bakul sebab bakul habis digunakan pengunjung.

Kami very excited sbb macam-macam buku ada. Of course bukunya tak le sebanyak di pesta buku antarabangsa. Tapi yang ni dah sangat cukup baik bagi kami yang jarang berkesempatan ke pesta buku antarabangsa di KL. Dalam keadaan tak sebesar pesta buku antarabangsa pun kami jadi rambang mata. Yang pasti, buku-buku yang jual kat sini jauh lebih banyak dari mana-mana kedai buku yang aku pernah pergi di KL.

Pelajar IPTA pon ramai datang sebab nak gunakan baucer buku RM200 yang kerajaan bagi. Sayangnya tak banyak buku akademik yang dijual. Jadi ramai student end up dengan beli buku bukan untuk kegunaan belajar.

Lots of books


Aku cbuk nak amik gambar ngan maskot pink bunny. Anak-anak plak nyenyak tido. Huhuhu...


Foto bersama satu lagi maskot. Tak tau le maskot tu binatang apa. Nampak gaya cam ketam. Aku malas nak berasak gi dekat ngan maskot tu sbb anak-anak tengah tido. Lagi pun cam beria sgt plak. Huhuhu.... Itu pon sblmnya dah beria pegi amik gambar ngan maskot pink bunny. Actually, just wanted to have additional memory photo about the event.


Books for Ismael


These are mine


Husband's choices


Door gifts: one for husband n one for me


Kewujudan Zenith Hotel in the heart of Kuantan city sedikit sebanyak membawa dimensi baru kepada aktiviti hujung minggu penduduk setempat. Takdelah asyik-asyik terjah shopping mall bila hujung minggu. Sebelum ni ada aktiviti lain dibuat kat situ juga macam Perfect Livin (it was a home deco exhibition) n Jom Masuk U. Coming soon, Perfect Livin '12 will be held again on 10-13 May. So, sesapa yang bercadang nak beli perabot baru eloklah datang berkunjung. Tak semestinya nak membeli je yang patut pegi. Mungkin boleh cari idea untuk hias rumah.

Wednesday, March 21, 2012

Petrosains Playsmart di Kuantan

Rupanya Petrosains Playsmart telah lama berada di Kuantan, specifically at Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Kami tau pasal Petrosains Playsmart ni pon sbb ada promotion banner sempena cuti sekolah baru-baru ni.

Petrosains Playsmart ni adalah playland yang menggunakan science concepts yang terdapat dalam silibus sekolah. Kalau kat skolah biasanya kita belajar those concepts berdasarkan teori sahaja tapi di sini they are applied n explained in more interesting n fun approach.

Ismael sibuk nak pegang bola pingpong yang terapung ditiup angin. Ielyas plak kusyuk tengok menda lain.


Kusyuk tengok bola terapung


Ismael muka seriau sebab dengar bunyi blok kayu jatuh bergolek-golek yang agak kuat. Tapi sayang terlupa masukkan mainan blok kayu dalam gambar. Jadi most probably korang tak boleh bayangkan apa yang Ismael seriaukan sebenarnya.


Ismael paling seronok dan lama stay at this section. Apa yang dia buat sebenarnya? Lihat gambar bawah.


Dia baling bola dan tengok bola tu jatuh melalui lubang kat hujung sangkar. Sepatutnya permainan ni bukan main macam tu. Tapi tak kesahlah...asalkan dia seronok. Budak lain pon ikut cara Ismael main.


Ismael dalam lautan bola


A plate of decapitated head


This one look no so real

So, bagi yang ada anak-anak dalam lingkungan 2 tahun - 17 tahun eloklah mengambil peluang berkunjung ke Petrosains Playsmart. Bagi yang ada baby plz note that tak boleh bawa stroller sbb playland tu tempatnya adalah barefoot zone. Masuk adalah percuma.

Wednesday, March 14, 2012

We Love Tutti Frutti

Aku jatuh cinta ngan yogurt icecream Tutti Frutti sejak kali pertama cuba lg. Topping dia ada macam-macam pilihan seperti potongan buah-buahan, candies, jelly, syrup n many more. Harganya berdasarkan saiz cup n berat kandungan yang kita ambil. Sedap....tapi serius mahal - bagi aku la...Mana taknya, setakat ni kalau kami amik 2 cups mesti almost RM40. So, takleh le nak gi slalu. Pergi skali-skala perhaps as reward to ourselves selepas achieve sesuatu perkara. Lagi pun kalau pergi selalu hilanglah nikmatnya :)

Tengok, menarik kan?


Ismael pon suka. Tapi dlm foto ni dia cbuk nak makan buah laici dulu yang kami ambik sebagai sebahagian dari topping. Pastu baru dia cbuk nak makan aiskrimnya.


Hei abang Ismael, tinggal skit untuk Ielyas!