Friday, July 30, 2010

Menunggu Masa

4 days to go before expected due date. Aku masih datang kerja sebab ada banyak kerja yang nak kena buat sebagai persediaan nak mengajar smula after confinement. Sbenarnya sejak masuk minggu ke-38 aku berdebar-debar nak menghadapi sakit nak bersalin. Konpem2 sakit tapi sakit yang macam mana? Mendengar citer kawan-kawan gambaran sakit deliver baby, aku sendiri tak boleh bayangkan camne sakitnya. Hm...kena rasa sendiri baru tahu.

Mama to be nampak berisi sangat. Masa ni dah pregnant 37 minggu 3 hari. Rumput kat laman rumah dah jadi hidup segan mati x mahu sbb aku x sempat nak jaga. Pokok bunga pun ada yang dah tinggal batang aje. Cendawan je yang nampak lawa sbb cendawan batu :)- Nantilah lepas pantang nak makeover.

Ini tempat simpan barang-barang baby.

Akhirnya aku buat keputusan untuk bersalin kat Kuantan sebab di Taiping sukar benar memenuhi requirements yang aku tetapkan. Mak n abah aku dah volunteer nak datang Kuantan tolong kami suami isteri menguruskan apa-apa yang patut terutamanya di awal-awal kelahiran baby kami. Thanx a lot mak n abah. Love both of u so much...Maklumlah, ini anak sulong kami. Banyak perkara yang kami tak tahu dan tak pasti nak buat macam mana. Jadi, perlu tunjuk ajar. Sebolehnya aku tak mau menyusahkan mak n abah. Apa yang kami mampu buat kami akan cuba buat sendiri suami isteri nanti. Items going to hospital aku belum ready sepenuhnya lagi sbb ada yang masih sedang digunakan. Lagi pun melalui bacaan yang aku buat, masih sempat nak prepare barang-barang nak gi hospital.

Kawan-kawan, doakan aku selamat dan mudah melahirkan anak sulong kami. Mintak ampun kalau ada salah dan silap.

Wednesday, July 14, 2010

Family Dinner

Jumaat lepas fakulti aku buat family dinner di Hyatt Regency Resort, Kuantan. Asalnya patut buat family day tapi oleh kerana aral tertentu, pihak jawatankuasa terlibat decide buat family dinner. Warna tema majlis: hitam & merah. Aku nyaris-nyaris menyesatkan diri dengan bukan warna tema sebab susah bebenor nak cari baju yang sesuai dengan citarasa dan kesesuaian keadaan aku yang tengah pregnant 9 bulan. Last minute baru terjumpa cardigan merah yang aku match kan dengan slack dan inner hitam yang aku telah sedia ada. Akhirnya, dapat le jugak aku mengikut tema majlis.

Masa aku masuk Meranti Hall di mana majlis berlangsung, aku tengok upacara perasmian tengah berjalan. Kalut aku dan husband cari tempat kosong. Nasib baik ada kerusi kosong dekat ngan Kak Ct Fatimah n family. So, takle terasa janggal sebab memang kenal.

Ada cabutan bertuah. Nak dijadikan citer malam tu aku bertuah sebab dapat hadiah yang kira grand le bagi aku. Selalunya, kalau cabutan bertuah, aku tak bertuah mana pun. Mungkin rezki bakal baby kami. Aku dapat toaster oven brand Philips. Tak sia-sia aku bayar yuran tertunggak yang bukan main banyak jumlahnya. He...he...he...

Pasangan bahagia bersama hadiah cabutan bertuah. Senyum lebar lagi...


Inilah hadiah di sebalik pembalut biru kat gambar sebelumnya


Doorgift


Makanan sedap je aku rasa. Mungkin aku aku tak cerewet makan masa pregnant dan memang lapar tahap cipan. Sume aku rasa sedap. Terima kasih AJK yang terlibat sebab kerana penat lelah diaorang berjaya juga akhirnya buat dinner tu dan yang paling penting sebab aku dapat hadiah cabutan bertuah yang best yang aku telah ambil auranya beberapa kali dari bilik salah sorang AJK. Lekat juga aura bertuah. Kui...kui...kui...