Wednesday, June 19, 2013

Barangan Patut Bawa Dari Malaysia

Post ni sesuai untuk mereka yang nak datang belajar ke UK dan juga sesuai untuk menjadi rujukan kepada mereka yang nak bagi cenderahati "paling best" bila melawat kawan/sedara di UK. Dulu before aku mai UK aku tercari-cari info ni di internet kot-kot ada orang share. Ada, tapi tak cukup informative. Di sini aku nak share apa yang patut dibawa ke sini. Walaubagaimanapun, korang perlu tau bahawasanya banyak benda boleh didapatkan kat sini cuma senang atau susah nak dapat, mahal atau murah, dan jugak citarasa. So, apa "barang berharga" patut disumbat dalam luggage korang selain dari kain baju?


Barang makanan:
  • Cili kering (Sini ada tapi sangat pedas. Tak pernah lagi aku jumpa yang tak pedas)
  • Ikan masin (Yang jenis kering ada banyak tp bukan jenis ikan yang biasa kita jumpa/nak macam kat Malaysia + aku rasa halalnya diragui. So, aku tak pernah beli. Yang jenis basah aku baru terjumpa (tp ni untuk skop bagi mereka yang tinggal dekat Sheffield) di Thaisun Doncaster n siap ada halal approval).
  • Ikan bilis (Ada tapi sangat mahal dan tak berapa sedap. Aku pernah beli beberapa kali (ada logo halal) tapi keras dan kena siang sendiri. Takde yang dah siap siang. Kalau bawa dari Malaysia bawaklah gred yang elok. InshaaAllah, korang takkan menyesal)
  • Udang kering (tak pasti plak ada jual ke tak. Tapi macam takde je sebab kawan-kawan aku pon import dari Malaysia atau kalau ada pon sama kes macam ikan bilis, mahal dan tak best)
  • Belacan (Takkan jumpa. Smua orang Malaysia yang aku pernah tanya kata belacan mesti bawa/pos dari Malaysia)
  • Pokok daun kesum (Haa...yang ni jangan terkejut. Aku tak pernah jumpa ada jual. Tak tau le kalau kat kawasan lain ada plak. Bawa pokok yang boleh ditanam ok. Sampai je UK terus tanam n letak dalam umah n kalau autumn/winter letak dekat dengan heater. Jangan letak luar rumah sebab pokok akan mati. Aku punya pokok kesum masa summer pon masih letak dalam umah. Kalau kawan-kawan ada tanam kat sini aku rasa sangat segan dan bersalah nak mintak sebab selalunya yang depa punya pon ciput je, sekali petik kena tunggu berbulan-bulan baru boleh petik plak. Hahaha...)
  • Rempah sup bunjut (Ada tapi mahal. Kalau kat tempat kami harga seketul cap Adabi 69 pence, lebih kurang RM3.50 seketul ye...)
  • Asam gelugor/keping (Takkan jumpa ada jual kat sini)
  • Keropok ikan/sayur (Takkan jumpa ada jual kat sini)
  • Rempah kari ikan/daging (Kalau kat Sheffield boleh dapat cap Adabi agak mudah. So, kalau mai Sheffield takyah bawa banyak. Just bawa untuk cukup untuk stok 2 atau 3 minggu pertama dah cukup sementara nak settle down macam-macam perkara)
  • Milo (Sini ada jual tp mahal dan kata orang kat sini tak sesedap yang made in Malaysia punya. Kalau yang Malaysia punya dikatakan rasanya lebih creamy. Milo kat umah kami setakat ni pakai bekalan dari Malaysia jadi aku pon tak sure apa yang depa kata tu betul ke tak)
  • Susu tepung (Sementara anak nak sesuaikan diri dengan susu tepung/susu segar kat sini)
  • Nestum (Kat sini ada jual tp kena bawa sebagai bekalan sementara nak jumpa kan...)
  • Bread improver (Bagi yang rasa nak pakai le. Aku tak jumpa cari walaupon roti adalah makanan ruji mat salleh. Pelik jugak. Kata kawan aku, omputih tak berapa suka menda-menda preservative letak dalam makanan depa. Maybe sebab tu bread improver tak ada jual/susah nak jumpa)

Barang bukan makanan:
  • Surah yasin (elok le bawa yang ada sekali dengan Al-Mathurat)
  • Al-Quran (elok bawa yang ada tafsir, lebih significant aku rasa. Aku dulu install aps al-quran kat iPad. So, tak bawa yang hard copy. But then aku rasa tak berapa syok plak baca dari iPad. Aku prefer jenis hard copy)
  • Laptop dan gajet (sini mesti la ada jual jugak tapi sini biasanya lebih mahal)
  • Garmin/TomTom atau seangkatan dengannya (Ada jugak jual kat sini tapi lebih mahal. Untuk mudah nak memandu arah. Bukan tu saja, kat sini ada banyak speed camera. Jadi kita boleh lebih berhati-hati sebab nanti pakcik Garmin/TomTom boleh bagitau ada speed camera kat depan. Jangan lupa masa beli tu install map UK. Untuk makluman, orang Malaysia kat Sheffield lebih ramai pakai Garmin. Maybe lebih convenient kot)
  • Kamera (kat sini ada jual tapi mahal. Kesimpulannya menda-menda eletronik patut beli kat Malaysia sebab lebih murah. Kami dulu beli jugak kamera tapi beli yang jenis biasa je. Pastu rasa menyesal sebab rasa rugi plak saat-saat indah di UK tak diabadikan dengan kualiti terbaik. So, at last beli yang lain plak n mahal jugak le)
  • Periuk nasi (Ada tapi kalau korang tersalah beli korang akan dapati nasi yang dimasak akan mudah hangit. Lagi pon bila sampai sini nak terus masak nasi kan....Jadi elok ada terus periuknya)
  • Periuk kukus (Memang menda yang dahsyat saiznya untuk dibawa. Tapi percayalah periuk kukus kat sini mostly yang harganya kita rasa sanggup nak beli jenisnya adalah bujur dan kecil. Kalau korang rasa ok, tak perlulah. Yang jenis bekas bulat macam typical Malaysian steamer style/size tu ada jual - tak pakai letrik - tapi harganya giler mahal, dalam 40 pound! Tapi itu yang berjaya aku jumpa la. Puas dah aku survey. Itu je yang paling murah untuk jenis yang macam kat Malaysia tu. Tapi kalau aku jadi korang aku pos je before mai sini sebab saiznya besar dan banyak plak bahagiannya. Hehehe.....)
  • Sabun Taharah (Boleh digunakan untuk proses menyamak, menggantikan tanah yang sepatutnya perlu dikorek bagi basuhan ke-7. Kat sini korang maybe nak kena samak dapur rumah yang nak disewa atau samak sebab terkena anjing atau najisnya. Sini sangat banyak anjing as pets dan korang akan surprise tengok macam-macam jenis anjing ada kat sini. Sabun ni biasanya jual dekat kedai-kedai yang jual barangan/ubatan tradisional)
  • Minyak gamat/minyak angin (Jangan cari minyak gamat kat kedai ubat kat sini. Konpem takde)
  • Berus sabut (Kalau korang suka guna le sebab kat sini aku tak jumpa pon yang macam kat Malaysia tu).
  • Acuan kuih kecara/karipap/roti jala/semprit (hahaha....takde wei kat sini. Kalau lagi beria bawa acuan buat mee/kueytiaw. Pastu boleh le bisnes kat sini)
So, itu jelah yang aku teringat. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Ini sebagai panduan secara kasar je. Tak semestinya nak kena bawak semua. Pertimbangkanlah yang mana rasa nak bawak. Tapi harus diingat: cover-cover line le kalau bawak barang makanan. Kalau luggage kena bukak untuk diperiksa  masa sampai sini, habis "selamat" - sila bayar denda dan barang makanan smua kena buang. Tapi biasanya tak kena cek lebih-lebih lagi bila korang sampai di lapangan terbang tatkala orang sangat ramai nak check out (contohnya masa sesi kuliah dah nak mula, ramai pelajar foreigners akan kelihatan. UK kan banyak universiti terkenal). Setakat ni orang-orang baru yang datang Sheffield (turun di Manchaster airport) tak kena cek luggage pon. Ok je.

Smoga bermanfaat.

Sunday, June 16, 2013

Ismael Tolong Lipat Baju

Di suatu malam Ismael dengan muka penuh ikhlas telah tolong mama lipat baju. So, sweet....Walaupun tidak menepati standard cara melipat baju yang aku tetapkan, aku biar je dia tolong aku dan aku tak kacau lipatan dia. Dia siap tolong angkat baju yang dah lipat tu naik ke atas umah. Bagus la Ismael....rajin tolong mama. Mama sangat hargai usaha dan pertolongan anak mama. Pastu bila dia dah ralit tengok iPad baru aku lipat semula baju-baju yang dia lipat tu. Aku tak lipat semula depan-depan dia sebab tak mau dia rasa kecik hati atau rasa sia-sia pertolongan dia :)

Yang belah kanan gulung-gulung tu Ismael punya lipatan. Comel.....

Friday, June 7, 2013

Syoknyer Summer!

Bermulanya summer di bulan Jun ni, lengkap sudah kami merasai kesemua 4 musim di UK. Dalam semua 4 musim tu I think I love summer the most. Kenapa? Sebab masa summer.....
  • pada kebanyakan hari bila keluar rumah/ke universiti tak perlu pakai baju berlapis-lapis macam musim yang lain. Masa spring aritu aku masih pakai long john sebab sejuk.....Tapi...Walaupon summer itu on average suhunya lebih panas dari musim yg lain, tetap banyak jugak hari yang mendung. Bila mendung, kenalah pakai baju berlapis lagi (aku le.....). Mat salleh mostly rilek je. 
  • boleh sidai baju kat luar rumah sampai kering dan trus boleh lipat. Kalau musim yang lain aku kena guna heater untuk keringkan bagi rasa best nak lipat. Walaubagaimanapon, untuk pengetahuan, tak payahlah mimpi nak dapat baju kering panas macam kat Malaysia. Tetap rasa sejuk sebab cuaca paling panas setakat ni kalau tak silap 22 degree je.
  • Ismael ngan Ielyas boleh main kat luar rumah lebih mudah sebab kalau musim lain nak kena pakaikan baju sejuk, stokin dan kasut, baru boleh lepas main. Skang ni most of the time depa boleh keluar trus, tinggal saruk selipar je. So, takle compicated.
  • masa siang panjang. Kol 5 pagi (buat masa ni) dah cerah macam kol 8 pagi di Malaysia dan kol 9.30 malam macam suasana maghrib di Malaysia. Jadi kalau pergi jalan-jalan taklah perlu tergesa-gesa kerana hari dah nak gelap. Cuma perlu bersabar menanti waktu Isyak yang masuk waktu lepas kol 11 malam (buat masa ni). Dikatakan, waktu kemuncak summer ni, dlm bulan Jun ni kami akan dapat tengok waktu kol 11 malam hari masih cerah.
  • bunga-bunga lebih banyak berkembang berbanding masa spring. Serius cantik sangat.....Remember, aku pernah cakap yang aku teringin nak tengok bunga popi? Bunga popi rupanya berkembang masa summer. Aku dah dapat tengok bunga popi kaler merah (hidup liar kat tepi jalan) dan bunga popi kaler peach (kat umah jiran sebelah yang rajin giler berkebun bunga n kami tumpang cuci mata). Kat depan pagar umah kami pon ada tapi blom kembang lagi. Malangnya blom sempat nak tengok dia kembang, landlord kami rajin pulak pi cabut. Oh, hancur luluh harapan aku nak tengok popi berkembang di teratak kami. Huhuhu....Tumpang tengok yang rumah orang sebelah jelah nampaknya.
  • banyak aktiviti outdoor boleh di buat. Kat sini masa summer omputih suka barbeque. Yang orang Malaysia pon tumpang suka jugak. Selain tu masa summer ni boleh bercamping, fruit picking, picnic n cycling. Tak tau le sempat ke tak nak gi fruit picking sebab dah sibuk nak bersedia untuk hantar progress report after one year of PhD journey.
Meraikan permulaan summer dengan cuaca panas yang best, kami sekeluarga gi barbeque di tepi tasik Rother Valley yang terletak kira-kira 12 km dari rumah kami.

Sementara tunggu bara api menjadi untuk barbeque, kami layan anak-anak main bubles.

Sape yang tiup bubles ni? Mama ke Ielyas?

Ismael bagi swan makan keledek goreng. Mesti tu kali pertama dalam hidup swan tu depa makan keledek goreng. Hahaha

Kami naik mini train lalu tepi tasik Rother Valley. Tukang bawak train kata kami patut bukak baju sejuk Ielyas tu. Tapi Ielyas tak mau baju tu dibuka sebab dia mendefinasikan jalan-jalan kat luar rumah mesti pakai baju sejuk tu sebab dah terbiasa macam tu selama 3 musim sebelum ni. Tapi Ielyas rilek je. Kalau kita bukak dia akan suruh pakaikan balik.

Water skiing at Rother Valley. Sukan yang menarik. Bukan bot tarik orang tu tapi mesin tau.

Bunga ni tumbuh meliar je kat Rother Valley

Lepas beraktiviti di Rother Valley hasben buat sudden plan nak bergambar kat ladang rapeseed which flooded with its bright yellow flowers. Dalam dah mula rasa nak demam aku tetap excited sebab dah lama teringin nak p sebab few weeks before nampak dari jauh je. Orang kata bunga ni just betahan few weeks je. Tak tau le betul ke tak. Oleh kerana takut kata orang tu betul, hasben gigih mencari jalan nak ke ladang rapeseed tu sebab takut tak sempat plak kalau gi lain kali.

Gambar "kuch kuch hota hei" ini didedakasikan khas untuk Zana n Fizah yang tak jadi mai Sheffield. Hehehe.....Inilah ladang rapeseed, tak jauh dari umah kami. Tak pasti pulak bahagian mana yang dibuat minyaknya. Bunganya harum n kat UK ni ada banyak sangat ladang bunga macam ni. Hasben telah menggigihkan diri masuk kampung omputih cari jalan nak ke ladang ni dan akhirnya sampai jugaklah hasrat kami nak berangan macam citer hindustan.

The bright yellow rapeseed field. Saujana mata memandang.
I love summer!

Nota kaki: 
Syoknyer summer tapi kepala aku berserabut dengan pelbagai persoalan on my research problems. My efforts so far blom membuahkan hasil yang sepatutnya :( Please doakan kejayaan aku naa....