Showing posts with label Our Family. Show all posts
Showing posts with label Our Family. Show all posts

Tuesday, October 11, 2016

Mak dan Abah Melawat Cucu

4 Oktober yang lepas parents aku datang ke rumah kami untuk ziarah cucu-cucu depa terutamanya cucu baru. Aku sebenarnya tak kisah pon kalau depa tak datang ziarah sebab aku tau depa berdua tak sesihat dulu-dulu. Abah aku dia ada penyakit lemah jantung dan sentiasa berjaga-jaga dari diserang batu karang. Mak aku pulak ada kencing manis sampai tahap perlu cucuk insulin sendiri dua kali sehari. Makan depa sangat berpantang. 

Malangnya perjalanan mak ngan abah nak datang rumah kami penuh berliku. Depa ingatkan boleh datang naik bas direct Kamunting-Kuantan tapi tiket bas Kamunting-Kuantan sold out jadinya depa naik bas Kamunting-Ipoh dengan harapan boleh dapat naik bas Ipoh-Kuantan. Sampai Ipoh tiket bas Ipoh-Kuantan pon takde jugak. Jadinya depa naik bas Ipoh-KL dulu. Sampai KL depa dah keletihan jadinya depa ambik keputusan untuk bermalam di rumah adik perempuan aku di KL. Esoknya baru depa bertolak ke Kuantan. Malang sekali lagi kat tengah jalan bas pulak rosak di plaza tol Gombak. Sejam lebih jugak depa tunggu bas dibaiki. Mujur bas rosak di plaza tol yang ada tandas dan gerai jual makanan. Kesian sangat kat depa sebab terpaksa naik bas turun bas. Dah la tu, siap bawak rambutan ngan cempedak lagi dari kampung. Rambutan ada le dalam setengah baldi n cempedak dalam 4 bijik. Apa pun syukur Alhamdulillah akhirnya depa selamat jugak sampai ke rumah kami.

Mak nampak letih masa sampai Terminal Bersepadu Selatan KL. Sayu sangat tengok gambar ni. 

Sepanjang 5 hari 4 malam depa berada di Kuantan aku tak ke universiti. Lunch aku sengaja tak masak sebab nak bawak abah ngan mak cuba tempat2 makan best di Kuantan. Lagi pon payah bebenor nak masak dengan baby Iedris yang tido sekejap2 masa siang hari. 

Aku bawak mak ngan abah cuba makan kat sini, di Tanjung Lumpur. Restoren Mabiq ni tersenarai dalam The Vocket antara 10 tempat makan paling best di Kuantan. 

Bawak mak n abah ke satu restoren yang famous jugak di area Permatang Badak. Aku anggarkan kat sini ada lebih 30 jenis lauk. Sedap sangat tapi harga pon sedap la. Huhuhu....Mak n abah pilih patin pais tempoyak (makanan tradisi orang Pahang) sebab sehari sebelumnya depa suka sangat masa cuba di Restoren Mabiq.

Ini masa bawak mak n abah gi makan di The Manhattan Fish Market

Aku perhatikan mak ngan abah agak banyak luangkan masa tido maybe sebab keadaan kesihatan depa. Abah aku kadang-kadang nampak terhenti jalan dia sambil pegang dada menahan sakit. Terharu dan sayu sangat tengok bila mengenangkan gigihnya depa datang nak tengok cucu. 

Hasben bawak abah gi UMP masa dia kena jaga exam waktu malam.

Abah melawat sekali pejabat aku. Abah buat gaya professor. Hehehe...

Depa cadang nak balik Kamunting naik bas jugak. Tapi bila memikirkan keadaan kesihatan depa terutamanya abah yang x boleh tahan buang air kecil (kalau dia tahan akan jadi penyakit batu karang), kami decide untuk hantar depa ke KL dan dari KL depa boleh naik keretapi ETS. Kalau naik ETS tak risau sangat sebab kalau nak ke tandas boleh gi anytime n kalau depa lenguh2 boleh jalan2 dalam keretapi. Kebetulan hari depa nak balik tu Sabtu jadinya encik suami tak payah la apply cuti. Kami hantar depa ke rumah adik aku di KL dan esok paginya baru depa balik ke Kamunting. Alhamdulillah depa selamat sampai rumah hari Ahad petang.

Semoga Allah ampunkan segala dosa mak n abah, panjangkan umur depa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. 

Tuesday, August 9, 2016

Berlima

Dalam tempoh dua minggu atau kurang bilangan ahli keluarga kami akan bertambah seorang menjadi lima. InsyaAllah. Serius berdebar-debar sebab gap antara Ielyas dengan baby kali ni hampir lima tahun. To be honest, aku pon dah hampir lupa macam mana nak pegang baby, bagi mandi baby dan macam-macam lagilah. 

Gambar ambik pagi tadi sebelum pergi kerja

Berdebar jugak sebab cabaran berjaga malam macam dulu-dulu akan dilalui sekali lagi. Cabaran kali ni sememangnya akan berbeza sebab aku akan pegang tiga tanggungjawab besar serentak: a mum n wife with 3 little kids, a PhD student and a lecturer.  Cabaran yang akan aku tempuhi nampaknya akan bertambah dari yang sedia ada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti. Doakan yang terbaik untuk aku ye.... 

Sunday, December 7, 2014

Kenduri Idan dan Anis


Pagi semalam aku ternanti-nanti koleksi gambar masa kenduri mak dan abah sambut menantu. Tapi oleh sebab masa aku tengok ipad tu baru dalam kol 2 petang kat Malaysia aku rasa adik-beradik aku semua mesti tengah sibuk dengan majlis. Tak lama lepas tu berdesup-desap foto masuk ke FB messenger aku. Adik Safuan, abah, mak n Alang hantar untuk tatapan kami yang jauh di negeri orang. Alhamdulillah, kata mak semua berjalan lancar dan cuaca elok sepanjang hari majlis berlangsung. Mak kata dia risau jugak takut hujan sebab beberapa hari sebelumnya hujan memanjang. Maklumlah, Taiping (dekat ngan Bukit Larut) kan bandar yang paling banyak menerima hujan di Malaysia. Mak kata 2 hari berturut-turut sebelum majlis mak buat solat hajat supaya Allah kurniakan cuaca yang baik untuk majlis. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa mak.

Gambar-gambar kat bawah adalah antara yang dihantar kat aku.

Ini first time mak ngan abah buat kenduri kawin kat dewan. Sebelum ni semua buat kat umah. 
Mak sibuk sambut tetamu. Abah tengah lega jap jadi posing dulu.

Pengantin laki sponsor jamu tetamu kambing golek tiga ekor dan jugak ayam golek madu. Semua yang digolek habis clear.

Tetamu sabar menanti giliran nak merasa kambing golek 

Ketibaan raja sehari dengan kereta pandu sendiri rasanya. 

Lima orang budak kat depan pengantin tu smuanya anak sedara aku yang telah ditugaskan mengringi pengantin ke meja makan pengantin 



Guest book and photo corner

Ini maksu aku, adik bongsu abah yang muda setahun dari aku. Dialah mastermind yang sediakan guest book and photo corner ni. Ini baru hasil persiapan last minute je sebab kedai yang sepatutnya bertanggungjawab buat corner ni tak buat seperti yang telah dijanjikan. Kalau cakap awal-awal mesti maksu aku boleh buat yang lagi tip top. 

Apa lah yang disembangkan. Dari kiri: Safuan (adik bongsu aku), Sham (adik ipar aku) dan Abang Long (abang ipar aku). 

Sedara-mara sebelah abah

Abah dan adik aku (Imah) bersama sedara sebelah mak

Inilah part yang kami biasanya miss masa hari kenduri kawin, bergambar beramai-ramai dengan pengantin. But this time they made it! 

Gambar ni buat hati aku cukup sayu

Ini yang semangat nak siap PhD cepat-cepat sebab kami ada satu je lagi peluang kenduri kawin, untuk adik bongsu aku. Chaiyok!!!

Monday, December 1, 2014

Telan Air Liur

Hari ni mak dan abah hantar gambar persiapan untuk kenduri sambut menantu this coming 6 December. Actually kenduri kawin adik aku, Idan. Idan dan Anis telah selamat diijab kabul 30 Julai lepas tapi kenduri sebelah kami buat lambat skit. Jauh di sudut hati rasa sedih sebab tak dapat berada di Malaysia meraikan hari bahgia adik aku dan tolong mak dan abah masa kenduri. Kami kat sini hanya mampu berdoa semuanya berjalan lancar dan meriah tanpa sebarang masalah.

Gotong-royong packing goody bags untuk tetamu kenduri nanti. Alhamdulillah ramai sedara yang datang tolong mak ngan abah siang tadi. Yang pakai baju t-shirt kuning tu adik bongsu aku, Safuan.

Warna emas jadi warna tema kenduri pilihan Idan

Ini adalah kenduri kawin kali ke-2 mak dan abah buat selama kami berada di UK. Kiranya aku tak pernah jumpa lagi dua adik ipar baru: isteri Alang dan isteri Idan. Telan air liur je la aku bila abah bagitau lauk-pauk untuk kenduri. Kabarnya adik aku yang bongsu pon dah ada calon menanti. Harap-harap dapatlah kami merasa nasi minyak kenduri kawin terakhir untuk adik aku yang bongsu nanti. 

Sunday, August 3, 2014

Selamat Pengantin Baru Idan dan Anis


Hari raya ketiga bangun je dari tido kerja aku dok tengok FB adik-beradik aku. Tunggu ada tak sesapa terutamanya daripada adik-bradik aku yang nak upload foto majlis akad nikah dan kenduri kawin adik aku (sebelah perempuan), Idan. Malangnya takde sape pon upload gambar, not even gambar sambutan raya. Stress menunggu n akhirnya ada la beberapa keping gambar maksu (adik abah) tolong upload. Itu pon setelah aku request through FB message.

 

Till now I'm still waiting for more photos especially during wedding reception sebelah pompuan di Besut. Sian kat aku yang menanti ni woi.....dah la tak boleh balik. Waaa......Cepat la upload.

Apa pon tahniah serta SELAMAT PENGANTIN BARU buat Idan dan isterinya Anis Syafira. Panjang umur nanti kita jumpa k.....

Saturday, June 14, 2014

Mak dan Abah Melawat Kami di UK

Lepas setahun kami sekeluarga dok UK aku mula teringin sangat jumpa mak ngan abah tersayang. Tapi aku taklah meletakkan harapan yang tinggi yang depa akan bersetuju nak datang UK sebab maklumlah jauh, lebih jauh daripada perjalanan untuk pergi haji. Dan depa jugak tak pulak terasa mampu nak datang UK bila depa pikir harga tiket kapal terbang + kos belanja. Tapi lepas aku bagitau harga tiket kapal terbang untuk selected date taklah mahal sangat, mak dan abah mula seronok dan setuju (terutamanya mak) untuk mai sini. Mak cepat2 suruh aku tengok tarikh yang sesuai dan beli flight ticket. Mak kata lepas beli tiket nanti dia akan masukkan duit tiket ke akaun aku. Tapi sebab aku fikir aku nak seronokkan depa aku sponsor sume harga tiket. Actually lepas tu kakak aku pon tolong sponsor sebahagian dan sorang adik aku pon tolong sponsor jugak dengan bagi aku sekeping duit dinar emas :). Adik pompuan aku dan hasben dia plak tolong sponsor kelengkapan macam baju sejuk, beg tangan baru untuk mak ngan abah nak mai sini. Pastu adik-beradik aku smua kecuali sorang tolong hantar depa ke KLIA. Abang ipar aku yg sibuk kerja pon bersusah payah datang dengan kakak aku (kakak aku fly dr Kelantan ke KLIA) semata-mata nak ucapkan selamat jalan pada mak dan abah. Lebih mengharukan abang ipar aku bagi duit belanja yang aku kira cukup utk untuk mak ngan abah beli macam2 selama berada di UK. Adik bongsu aku, Safuan, tolong print segala e-tiket dan macam-macam lagi, siap dia tolong buat panduan elok-elok dan print apa nak kena buat lepas turun dari flight untuk masuk ke UK untuk memudahkan abah ngan mak.

Seminggu sebelum mak ngan abah bertolak, hari-hari aku tepon mak ngan abah. Betapa seronoknya aku rasa sebab rindu yang amat sangat dekat mak ngan abah. Aku n hasben sibuk tengok FlightRadar24.com (live flight tracker) selepas kapal terbang yang depa naik dari KLIA ke Doha berlepas pukul 8.50 malam pada 6 Mei 2014 waktu Malaysia. Bila tahu depa dah transit di Doha aku cuba tepon depa tapi tak dapat. Aku mula gabra. Lebih kurang sejam lepas tu baru dapat call dan lega sangat bila abah bagitau semuanya selamat.  Lepas solat subuh pagi 7 Mei 2014 waktu UK aku ngan hasben cepat-cepat ke Manchester Airport untuk sambut depa. Masa tunggu di airport perasaan aku bercampur-baur, happy, debar dan risau. Happy sebab akan dapat jumpa mak ngan abah, debar bila abah ngan mak masih tak kelihatan keluar dari balai ketibaan dan risau takut jadi apa-apa atau takut depa jadi tak sihat lepas perjalanan jauh atau sebab tak tahan dengan cuaca sejuk di UK.

Mak dan abah selamat sampai di Manchester Airport

Detik-detik masa abah dan mak baru keluar dari balai ketibaan. Masa ni aku sronok sangat sebab dapat jumpa depa selepas lebih setahun setengah tak jumpa. Tapi aku jugak rasa sebak bila aku tengok mak keletihan yang amat sangat sampai macam nak pengsan. Aku tengah pegang mak takut dia tetiba pengsan.

Inilah mak aku yang sangat aku sayang. Jelas muka mak nampak sangat letihnya tapi mak masih mampu tersenyum.

Alhamdulillah, mak ngan abah akhirnya selamat menjejakkan kaki di UK selepas hampir 24 jam perjalanan termasuk bertolak dr rumah adik ke KLIA, transit di Doha dan perjalanan naik kereta dr Manchester ke Sheffield. Masa depa sampai, mak nampak keletihan yang amat sangat, nampak macam nak pengsan. Abah kata mungkin sebab mak nampak macam nak pengsan, pegawai imigresen tak banyak soal dah dan cop passport depa cepat2.

Ya Allah, syukur sangat di atas nikmat Mu menemukan aku dengan kedua orang tua ku. Terlerai sekejap rindu setelah lebih setahun setengah tak jumpa mak ngan abah.

Terima kasih kepada semua adik-beradik aku atas sokongan untuk merealisasikan impian mak ngan abah datang UK dan jugak iringan doa semua untuk keselamatan dan kesihatan mak ngan abah. Luv u all.


Nota kaki: Rabu minggu lepas  mak ngan abah dah balik ke Malaysia. Khamis aku dah mula balik rutin harian n kerja di universiti macam biasa tapi sampai hari Jumaat aku masih x boleh concentrate study sbb sedih depa dah balik. Hari isnin berikutnya aku dah semangat balik. Semangat nak habiskan PhD cepat2 n nak balik cepat2.  

Thursday, March 6, 2014

Perginya Tok Wan Ismael

Petang semalam masa turun tangga bangunan opis aku dengar tepon berbunyi. Masa tu aku dah nak balik ke rumah, jam 5.36 petang waktu UK. Aku balik awal dari biasa sebab hasben takde. Tak berani nak balik kalau hari dah gelap takut jadi masalah apa-apa susah pulak. Kalut-kalut aku jawab tepon, rupanya hasben call. Dan aku terberhenti kat anak tangga bila hasben bagitau abah (pak mentua) telah pergi buat selama-lamanya. Mengalir air mata aku kat situ jugak. Rasa sedih sangat sebab tak sempat aku dan anak-anak nak jumpa arwah lagi.

Hasben balik ke Malaysia 22 Februari aritu lepas kami terima kabar berita dari kampung yang pak mentua aku sakit. Mula-mula hasben berbelah bagi sama ada nak balik atau tak sebab mak mentua aku tak bagi hint suruh balik atau cakap keadaan abah teruk. Adik ipar aku plak bila ditanya dalam FB message tak pulak mengkabarkan berita tak sedap. Tapi jauh di sudut hati aku ada rasa tak sedap hati sebab dah lama pak mentua tak tepon nak sembang-sembang dengan Ismael. Bila Ismael dah mula pandai nak cakap-cakap di telefon, pak mentua aku selalu jugak tepon untuk cakap dengan Ismael. Dan beberapa bulan sebelum dia sakit aku perasan agak kerap dia menelefon. Kali terakhir dia tepon kalau tak silap bulan Disember tahun lepas. Tapi ni tak bermakna hasben jarang telefon kampung. Kerap dia tepon, biasanya seminggu at least sekali. 

Masa aku n hasben tengah sibuk buat preparation untuk PhD confirmation review ada jugak aku terfikir pasal pak mentua aku yang dah lama tak menelefon. Tapi memikirkan aku tak mau serabutkan fikiran hasben jadi aku diamkan aje dulu. Malang pulak confirmation review aku (confirmation review meeting aku dibuat pada 27 Januari) bermasalah. Masalah tu telah buat aku sibuk dan serabut siang malam untuk tempoh sebulan lepas tu dan aku rasa sebab tu aku jadi terlupa nak sebut pasal dah lama pak mentua tak telefon. Lepas masalah study aku sedikit reda, kami terbaca status FB adik ipar aku. Baru aku teringat balik pasal tu. Adik ipar tak cakap perkara sebenar because I guess dia pegang pesan  mak mentua aku supaya tak bagitau kami, maybe sebab tak mau ganggu kami yang tengah study. Bila dikorek-korek dari kakak ipar aku barulah kami tau pak mentua aku dah uzur sangat. Kami cancel kan plan kami nak Bath (plan nak ke Bath sebab Ismael cuti skolah dan dah lama tak bawa anak-anak dan pengasuh jalan-jalan + kami pon dah berbulan struggle untuk confirmation review) dan hasben cepat-cepat beli tiket balik ke Malaysia. Aku dan anak-anak je yang tak balik atas sebab yang tak boleh untuk aku explain kat sini. Alhamdulillah hasben sempat jumpa dan berkesempatan berbakti menjaga ayah dia di wad semasa hujung hayatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abah dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kenangan Aidilfitri terakhir bersama tok wan Ismael sebelum kami berangkat ke UK.

Pst: Terima kasih di atas ucapan takziah dan doa semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan di FB.

Sunday, April 24, 2011

Abang Ismael

Sungguh tak aku sangka yang Ismael akan jadi abang dalam masa terdekat. Aku memang tak merancang sbb dulu masa nak dapatkan Ismael pun agak susah dan lama. Hakikatnya itulah anugerah Allah utk aku n hasben. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni aku dah masuk week 11 of pregnancy. Kalau ikutkan, expected due date 12/11/11. Kalau aku bersalin awal sehari, tarikh lahir adik Ismael akan sgt2 cantik sgt; 11/11/11. Kalau dapat le... Tak kisah pun. Nak baby boy or baby girl? Kami tak kisah. Mana-mana pun tak apa. Yang penting, adik Ismael sihat dan akan jadi anak yang taat perintah Allah. Amin.

Gaya seorang abang. Macho tak?

Saturday, November 13, 2010

Konvo Cik Su

Congrats Cik Su sbb berjaya menamatkan diploma in nursing di bawah tajaan IJN. Cik Su adalah adik hasben aku. Aku n hasben berkesempatan g konvo Cik Su last Sunday di Crown Plaza Hotel, KL. Mula2 macam x jadi g sbb 2 hari b4 konvo Cik Su, aku tetiba demam. Syukur Alhamdulillah tak jangkit kat Ismael. Unfortunately, foto-foto dlm kamera aku takde gambar aku. So, aku takde bukti yg aku g konvo Cik Su. Apa-apa pon, congrats again to Cik Su.

Aku jd photographer, tu yg x wujud kat dlm gambar

Friday, September 24, 2010

Hari Raya Yang Penuh Makna

Dulu masa zaman raya berdua aje, bila amik gambar rs biasa-biasa aje. Tapi raya tahun ni kami rs syok sgt sbb akhirnya kami mampu tersenyum gembira sbb dah boleh nampak sorang lagi dalam foto raya keluarga kami. Sape lagi, our lil prince Nafri Nur Ismael. Even aku masih dalam pantang raya kali ni n x blh nak jamah ketupat n juadah lain yg enak sakan tp aku tetap hepi sbb ada Ismael. Papa Ismael lg berseri-seri tambahan plak raya kali ni giliran beraya di Sik ngan keluarga dia. Ismael beruntung sbb tokwan dia sayang abis sampai bagi angpow sampai 4 kali! Huhuhu...Pertama kali dia bg ms aku baru lahirkan Ismael. Masa tu kami di Kuantan. Kali kedua tokwan kasik Ismael angpow masa dia dtg visit waktu aku berpantang di umah mak aku di Taiping. Pastu, tokwan bg ms hari raya. Kali ke-4 tokwan bg masa Ismael nak balik beraya kat Taiping smula. So, banyaklah Ismael dpt duit raya dr tokwan. Tima kasih tokwan...

Aidilfitri 2007, raya pertama kali bersama

Aidilfitri 2009. Berdua lagi...

Aidilfitri 2010 dengan orang baru

Rasanya masih blom terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya pd smua. Maaf Zahir Batin. Smoga aidilfitri anda tahun ni pon penuh bermakna. Amin.

Thursday, January 7, 2010

Selamat Tinggal 2009

Dah sangat lama aku x menulis di blog aku ni. Hujung tahun 2009 penuh macam-macam perkara yang telah aku buat dan lalui. Berikut adalah antara perkara yang aku masih ingat:

Berpindah rumah baru
Aku dan husband dah berpindah ke rumah baru kami di Taman Indera Sempurna. Rumah kami sendiri - semi D. Rumah kami ni terletak di Jalan Kuantan-Pekan. Yang bestnya, rumah kami berhadapan ngan tasik buatan. Nak kata pemandangan tasik ni cantik, takde le cantik sangat setakat
ni. Tapi yang penting rumah kami tak betul-betul mengadap rumah orang lain. Jadi privacy tu satu perkara yang amat bermakna bagi kami. Secara rasminya kami mula duduk rumah tu bermula 1/8/2009. Tiga hingga empat bulan pertama duduk di situ kami suami isteri bersungguh bercucuk tanam untuk dapat landskap yang kami idamkan. Tapi takde le sehebat landskap dlm magazine tu. Biasa-biasa je. Buat sekadar termampu dan mengikut kerajinan. Kebetulan kami gi KL, ada le dua kali kami singgah di Sungai Buloh beli rumput+pokok bunga. Kat cni ada banyak deretan nursery dan item-item landskap dijual. Ada yang boleh dapat dengan harga jauh lebih murah berbanding beli di Kuantan. Contohnya, pearl grass kat Kuantan RM5 bagi setiap dua kaki persegi. Tapi di Sungai Buloh cuma RM1.80. Berbalik kepada citer umah baru kami, kami tak buat apa-apa renovation. Mana nak korek duit beb....Masuk umah baru dengan perkara-perkara basic je dah cecah 10K. Lagi pon setakat ni aku ngan husband je yang nak duduk. Sedara mara pon jarang datang sebab kami merantau ke tempat orang. Apa pun syukur kepada Allah kerana kami diberikan rezeki memiliki rumah sendiri.

Suami Ku Bertukar Status
Wo....jangan salah faham. Bukan tukar status satu kepada dua tetapi tukar status dari tutor kepada pensyarah. Jadi dia telah selamat mengkonvokan diri tangggal 3 Oktober 2009 iaitu pada Majlis Konvokesyen Ke-4 U--.


Jambangan bunga dr isteri tercinta :)


Ada 3 perkara penting yang mebuatkan , konvo husband aku begitu significant. Yang pertama: Konvo Ke-4 universiti ni first time buat kat dewan U-- sendiri. Sebelum-sebelum ni buat di Dewan Jubli Perak yang terletak di jalan menghala ke Teluk Cempedak. Yang kedua: Suami aku adalah pelajar pertama menaiki pentas konvo baru U--. Yang ketiga: Supervisor husband aku turut menyaksikan detik-detik masa dia amik scroll. Supervisor dia adalah ahli senat universiti, so gambar konvo masa amik scroll tu termasuk skali gambar supervisor dia.



Dari kiri: Abang Suami, suamiku, aku, bapa mertuaku, dan supervisor suami

Rakan-rakan seperjuangan yg turut menjadi saksi suamiku konvo :)-

Aku juga turut hadir sebagai pensyarah yang merangkap isteri. So, aku pun pakai sama-sama berjubah konvo sebab terlibat dengan perarakan akademik.

Akhirnya...
Akhirnya aku disahkan mengandung setelah kami suami isteri dah lama menanti. Kami anggap pemberian Allah ini sebagai hadiah 3rd anniversary perkahwinan kami yang paling bermakna.

Mama to be melaram baju pregnant pertama pemberian suami

Aku tidak sebertuah orang lain yg easy to conceive. Setelah check up doktor beberapa bulan, mengambil clomid (ubat kesuburan) beberapa kali, dan akhirnya menjalani prosedur IUI (12/11/2009), barulah aku disahkan mengandung. Sakit ke menjalani IUI? Sakit....tapi bagi aku sakit yang masih boleh ditahan. Kos rawatan yang kami spend takle semahal yang aku sangka pada mulanya. Dr awal rawatan sampai berjaya rawatan, dalam 1000+ kalau aku tak silap. Tapi kos tu cover untuk sampai sekali prosedur IUI. Syukur aku tak perlu jalani prosedur tu berkali-kali. Sekali sahaja, Alhamdulillah dah berjaya. Kos prosedur IUI tu depend on jenis tiub yang digunakan untuk memasukkan sperm ke rahim. Macam kes aku, kena guna tiub yang mahal (kata doktor yg boleh lentur), jadi kos sekali prosedur RM500 termasuk ubat. Prosedur IUI tu aku jalani kat klinik UIA. Doktor yang rawat aku tu profesor UIA. Jadi buat kat situ le. Aku pon tak pasti sama ada hospital kerajaan di Kuantan ni ada facility for IUI procedure. Tapi aku rasa kalau ada pon mesti kena queue.

Patutnya ada banyak citer tapi sebab dah lama sangat tahun 2009 dah berlalu, aku pon tak ingat apa yang dah berlaku.