Oleh kerana kami maybe sambut aidilfitri di UK hanya 3 kali (harapnya lah dengan izin Allah) jadi aku kena la buat satu post kenangan bagi setiap sambutan aidilfitri kami kat sini. Pengalaman dan perasaan kali ke-2 sambut aidilfitri di perantauan aku kira banyak berbeza bila dibandingkan dengan pengalaman pertama dulu.
Alhamdulillah, sambutan aidilfiri kali ni lebih meriah berbanding tahun lepas. Hari raya tahun tahun ni aku dan anak-anak dapat melaram baju baru. Aku buat persiapan awal lagi beli baju raya sebab rasa macam segan dah 3 kali raya (1 kali raya puasa dan 2 kali raya haji) kami pakai baju yang sama. Itu blom masuk 1 kali raya puasa di Malaysia. Huhuhu.....Cuma hasben je tak sempat beli. Dia tak bersungguh sebenarnya. Lelaki.....biasalah, tak kisah sangat.
|
Inilah baju raya kami tahun ni. Dress aku pakai tu beli online dari Malaysia dengan kos pos melebihi harga dress. Huhuhu.....Baju melayu lengkap dengan sampin untuk anak-anak telah di sponsor oleh adik aku, Imah. Trima kasih Imah! Hasben pakai baju terbaik yg dia ada dan dipilih paling boleh matching dengan warna tema biru muda. |
Bersedia nak ke solat Aidilfitri dan jamuan raya PMPMS
Solat Aidilfitri dan Jamuan Raya PMPMS
Kalau tahun lepas kami suami isteri sibuk menguruskan sambutan dan jamuan raya untuk Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) kerana kami laki bini AJK persatuan, tahun ni kami lebih concentrate dengan urusan raya keluarga kami sahaja. Macam tahun lepas, solat aidilfitri dan jamuan aidilfitri PMPMS dibuat di Pakistan Muslim Centre (PMC), tak jauh dari rumah kami. Tahun ni sambutan aidilfitri PMPMS di dewan PMC penuh sesak sebab bilangan pelajar master dan PhD tajaan Mara untuk sesi 2013/2014 sangatlah ramai.
Solat Aidilfitri kali ni lebih tersusun sebab imam mulakan solat setelah dipastikan semua makmum bersedia untuk solat. Kutbah raya pulak disampaikan setelah imam memberi peringatan kepada semua hadirin supaya agar pahala mendengar kutbah tidak berkurangan. Memang terbaiklah peringatan imam. Kalau tidak, muslimat terutamanya ramai yang sibuk bersembang sampai menggangu orang lain nak dengar kutbah.
|
Kutbah raya sedang disampaikan |
Juadah jamuan raya PMPMS kali aku kira lebih variety than last year, disediakan secara gotong-royong, bahagi tugas antara kampung. Semuanya sedap. Cuma.....lodeh yang dijamu dikatakan basi. Yang makan lodeh pakat tak perasan basi maybe sebab rasanya macam ok bila dicampur dengan kuah kacang dan sambal. Akibatnya ramai yang balik cirit-birit, kaluar masuk tandas tak henti-henti dan aku adalah antara yang menjamahnya. Huhuhu....
Tahun ni kami tak join sesi fotografi PMPMS sebab terlalu ramai orang nak berasak. Tapi raya kali ni semua warga Darnall sempat mengadakan sesi fotografi selepas selesai majlis sambutan aidilfitri PMPMS. Dan foto-foto kat bawah ni adalah gambar kenangannya.
|
Masa jamuan raya PMPMS tu jumpa dengan..... |
Beraya ke Rumah Yan
Oleh kerana style beraya kat sini atas jemputan bukan main terjah je macam beraya kat Malaysia, aku tanya kawan aku Yan sama ada boleh tak nak datang beraya rumah pada petang raya pertama. Aku berani tanya Yan sebab aku nampak Yan lebih rajin buat kuih raya dari orang lain. Hehehe.....Aku ingat nak pi beraya rumah Yan untuk rasa kuih raya dia je sambil borak-borak. Rupanya Yan buat macam-macam: nasi hujan panas, laksa, lodeh, rending. Yan bukan setakat jemput kami bahkan kawan-kawan rapat lain n jiran Melayu terdekat. Salute sangat kat Yan sebab dengan anak kecik 3 orang dia boleh masak macam-macam + sedap n jemput ramai orang datang beraya.
|
Aku dah tukar baju raya lain plak. Hehehe.... |
So, terasalah macam hari raya skit bila dapat beraya satu rumah. Kira ok lah tu daripada takde langsung kan. Oleh kerana kereta kami rosak, gigih kami berjalan jauh menolak double stroller dari Basford Street ke Logan Road yang mana jauhnya 1 batu demi merasai kemeriahan aidilfitri. Huhuhu....
Open House Kami Di Raya Ke-2
Kalau tahun lepas kami buat open house tak dirancang, tahun ni kami buat open house pada raya ke-2 yang memang dah dirancang properly. Semua ahli keluarga Darnall yang terdiri daripada lebih 20 buah keluarga dan jugak beberapa teman rapat dari kampung lain telah kami jemput. Kami jamu dua menu utama: nasi kerabu dan mee rebus. Dan menu sampingan ada kek batik, cocktail pudding, nasi impit + rendang + kuah kacang n instant cakes.
Sesungguhnya hari raya kami kali ni terasa lebih terasa macam hari raya dengan open house. Walau pon agak letih tapi kami rasa sronok dapat buat open house jamu kawan-kawan makan, sambil berkenalan dengan orang baru lebih rapat dan bertanya kabar kawan-kawan yang biasanya susah nak dapat borak-borak walaupon slalu jumpa kat opis.
Selesai open house kami, hasben kasi chance anak-anak main bunga api. Bunga api tu ada kawan bagi masa hantar kuih ke rumah dia bulan puasa aritu. Ismael n Ielyas memang excited abis!
Open House Kawan-Kawan
Raya tahun ni jadi lebih meriah dari raya tahun pertama kami di Sheffield sebab tahun ni ada banyak ahli qariah Darnall buat open house. Orang-orang baru (spouse pelajar master terutamanya) rajin buat open house. Memang syoklah!
|
Raya ke-3 - Open house Rozian+Zahir, join venture with Suraya+Azraff |
|
Santapan di open house Rozian |
|
Raya ke-5 - Hidangan di open house Raihan dan Arif Anwar. Open house depa dibuat bersekali dengan majlis ulang tahun pertama anak depa, Aqil Hafiz. Kami ke open house depa dah lewat sbb settle kan kerja kat universiti dulu. |
|
Raya ke-6 - Open house Munirah dengan tiga keluarga penganjur: Family Munirah (tudung purple pakai spec), Fatehah (takde dalam gambar sbb bw anak dia ke hospital yang terkepit pintu) dan Musliana (t-shirt coklat+peach). |
|
Antara suasana di open house Munirah |
Sayangnya depa dah nak balik dah sebab buat master by course kat sini setahun je. So, tahun depan tak tau lagi sama ada kami boleh dapat banyak open house lagi. Mara, JPA dan KPT dikabarkan tak taja banyak student master n PhD ke UK untuk sesi akan datang. Memang betul rasanya sebab PMPMS pon tak sibuk-sibuk cari rumah untuk orang baru tahun ni.
Tapi takpe. Insha Allah adalah rezki lain yang Allah tentukan untuk raya tahun depan. Alhamdulillah, syukur atas kemeriahan aidilfitri tahun ni.