Monday, October 31, 2011

Preparation for 2nd Baby

Tak pernah aku ada post specifically about 2nd pregnancy. Mungkin sebab tak banyak preparation yang aku kena buat for this time. Most of the things dah ada dari preparation menyambut kelahiran Ismael last year. Aku jugak sibuk dengan macam-macam kerja. This month baru aku concentrate buat preparation yang perlu such as survey hospital/birth center nak bersalin nanti, sediakan tempat tido baby, beli makan-makan utk guest yang akan datang visit nanti, beli stok barang dapur/umah, dan kemas bag going to hospital. Ada jugak preparation lain yang aku dah buat lebih awal: beli few pairs of new cloth for our new baby, diapers, herba mandian lepas bersalin utk aku n other related items.

Alhamdulillah, kali ni tak perlu keluarkan banyak belanja. The biggest thing to do was preparing tempat tido baby. Kebetulan last week aku n husband gi KL. Jadi kami amik kesempatan ke IKEA utk beli baby cot (Sniglar - RM165), mattres for cot (Vyssa Slappna - RM25), n bumper pad (Torva - RM49). Fitted sheet for cot (Len - RM39/2 pieces) dah beli awal lagi during visit to IKEA last september. Hehehe...aku memang peminat barangan IKEA. Jangan le korang heran. Pillow, bolster n blanket aku tak beli yang baru. Guna semula yang Ismael punya.

Baby cot utk adik Ismael

Selain tu husband pon ada buat persiapan. Dia praktis memasak. Nak tolong masak utk aku nanti katanya. Huhuhu....

Husband tengah siang sotong. Tapi jgn lupa ye Abang...ibu berpantang takleh makan sotong.


Ismael pon tolong jugak. Tolong tengok papa ke dapur. Hehehe....


Persiapan yang cuma tinggal adalah:
  • cari resepi-resepi ibu berpantang sbb aku akan berpantang sendiri kali ni.
  • keluarkan duit utk belanja keperluan lain.
  • beli Gamogen/pati ikan haruan (supaya luka cepat sembuh)

About 11 days to go. Please pray for me that everything will be fine. Sbenarnya rs lebih berdebar nak go through sakit bersalin utk kali kedua :)

Friday, October 28, 2011

Checklist for the Newborn and Mummy

Bersempena nak menyambut our 2nd baby, terlintas plak di fikiran nak share persediaan keperluan untuk menyambut baby baru. List yang aku share kat sini adalah berdasarkan pengalaman kelahiran Ismael dan juga berdasarkan situasi aku sebagai seorang ibu bekerjaya.

CLOTHING
5 pasang mittens & booties
2 packs disposable diapers (newborn size)
4 pasang baju kain kapas (lengan pendek)
4 pasang baju kain kapas (lengan panjang)
4 pasang seluar pendek
4 pasang seluar panjang
6 barut baby
2 pasang rompers lengan pendek
2 pasang rompers lengan panjang
2 pasang topi
2 pasang stokin
1 paket kain lampin getah (saiz besar - utk bedung)

Note: Jangan beli baju/seluar/romper/topi banyak sangat sebab biasanya nanti akan dapat hadiah dari kengkawan n sedara-mara. Seeloknya beli baju untuk 0-6 bulan atau saiz S terutamanya jika doktor telah anggarkan berat baby akan lebih 3 kg. Tapi kalau baby less than 2.7 kg elok beli saiz newborn sbb boleh pakai agak lama dan nampak baby lebih kemas.

BATHING
3 helai towel
1 Baby shampoo
1 baby shower gel
1 bath tub
1 pengalas mandian (utk elak licin)
1 bekas/bakul utk brg mandi baby

Note:
  • Kalau beli IKEA baby bath tub tak perlu lagi beli pengalas mandian sbb it is completed with anti slippery element - good bargain since it just cost RM19.
  • Towel beli lebih takpe sbb jarang orang bagi hadiah towel utk newborn. Tambahan pulak nanti nak kena bagi pada pengasuh sekurang-kurangya 2 helai.

BABY CARE
2 bekas besar wet tissue
2 helai receiving blanket (bertopi) - untuk bedung dan juga boleh sbg selimut
1 helai receiving blanket (tak bertopi) - untuk selimut
1 bekas cotton buds (utk cuci pusat) - saiz besar
1 bekas cotton buds (utk telinga) - saiz kecil
1 cotton wool balls (utk cuci pusat)
1 baby comb
1 baby nail clipper
1 minyak telon
1 diaper anti rash cream
1 baby lotion
1 baby powder
1 bekas bedak baby (sekali ngan span)

Note: Aku tak pakaikan bedak/lotion/baby oil pada Ismael for the first two weeks based on suggestion info internet, majalah dan buku yang aku baca tentang newborn.


OTHERS
1 cloth hanger (helicopter design)
1 merry-go-round hanger (easy to hang mittens/booties/socks)
1 baby car seat
1 baby stroller
1 bouncer (utk mudah bagi baby tido)
1 baby cot / playpen
1 bumper pad
1 set of pillow and bolsters
2 pillow cases
1 kelambu payung
1 beg kelengkapan bayi
2 changing mats

Note:
  • Kalau berkemampuan, elok benar beli almari khas utk simpan baby cloths/items yang complete dengan changing table (tempat tukar lampin). Nampak kemas dan mudah nak capai semua benda untuk baby pada satu tempat khas,. Bagi aku, memang sangat convenient tukar lampin di changing table especially masa dalam pantang - tak perlu nak bersimpuh dan menunduk. Eventhough aku takde changing table, bagi aku ianya sangat convenient berdasarkan pengalaman menggunakan changing table yang selalu terdapat kat pasaraya atau highway R&R.
  • Aku tak beli changing table sbb playpen Ismael dilengkapi dengan tempat utk diaper changing. Playpen Ismael jugak boleh rocking untuk dodoikan dia kalau mahu. Aku beli playpen tu di Anakku.
  • Aku jugak ada beli nursing pillow (bantal menyusu). Very convenient terutamanya bagi ibu-ibu yang bayinya menyusu dalam jangkamasa yang lama.

FOR MAMA
3 packets of maternity pad/pad biasa (xtra long)
6 nursing bras
4 pairs washable nursing pad
1 box disposable nursing pad
1 helai bengkung
2 warm socks
1 Vicks/minyak Cap Kapak (utk sakit kepala)
4 kotak tisu muka
1 set bersalin
1 breast pump (suggested: Medela or Avent)
Pek herba mandian utk ibu lepas bersalin

Note:
  • Aku tak beli maternity pad. Instead, aku beli pad biasa (xtra long) sbb aku rasa kurang selesa pakai maternity pad kerana dia ada benang/tali nak kena ikat pada pinggang.
  • Breast pump perlu walaupun mungkin korang tak bercadang nak menyusukan anak secara eksklusif sbb berkemungkinan nak guna utk pam susu bagi mengelak pembengkakan breast akibat daripada susu susah nak keluar.
  • Pek herba mandian perlu utk menyegarkan badan dan sesuai utk ibu-ibu yang tak suka mandian herba yang remeh. Pek herba mandian ni lagi senang nak guna kalau bilik mandi rumah dilengkapi dengan water heater.


GOING TO HOSPITAL FOR MAMA

Clothing:
2 helai jubah / baju pregnant
2 helai tudung
1 pasang baju utk balik semula ke rumah
2 helai kain batik
2 warm socks
2 nursing bras
2 pairs of breast pad
5 panties
1 sweater
1 packet of maternity pad/pad biasa (xtra long)

Bathing:
1 pair of slippers
1 Towel
1 shampoo
1 shower gel
1 toothbrush
1 toothpaste

Others:
Telekung dan sejadah
Camera (utk amik gambar kenang-kenangan)
Handphone & charger
1 comb
1 set of cosmetics / make-up
1 botol air berisi minuman
Biskut / roti
Air Zam-zam
Air selusuh
Plastic bag/laundry bag
Kad Klinik & GL Letter
Vicks/minyak Cap Kapak (utk sakit kepala)


GOING TO HOSPITAL FOR BABY

Clothing:
3 pasang baju & seluar
3 pasang mittens & booties
3 barut
2 napkin
2 receiving blankets
10 diapers
1 topi
1 stokin


Others:
1 towel

1 baby wipes
1 minyak telon
Toiletries
1 breast pump
Kurma/madu (untuk tahnik)
2 cups for breast milk
2 handkerchiefs

Thursday, October 27, 2011

Kasih Papa


This photo was snapped on September 28, before aku n husband check in kerja. Bersungguh papa pergi pamkan 2 biji bola di sports complex tempat kami bekerja untuk Ismael main. Papa Ismael kata dia kesian tengok Ismael main bola yang dah kurang anginnya.

Unfortunately, masa balik dari kerja aku nampak bola yang kaler hijau putih dah pecah. May be bola tu pecah sebab terlampau kencang dipam dan ditambahkan pulak dengan bahang matahari yang terperangkap dalam kereta dek cuaca panas terik. Rasa sedih plak tengok bola tu dah pecah selepas bersusah payah papa Ismael pergi pamkan angin dan jugak kerana Ismael lebih suka main bola tu. Takde rezki.

Tuesday, October 25, 2011

Slide for Ismael

Kami dapat idea nak beli slide masa berkunjung ke rumah kawan yang buat open house hari raya Syawal yang lepas. Kawan kami ni ada slide for toddler di rumahnya. Ismael pandai lah pulak main slide tu dan dia nampak seronok sangat. At first, papa Ismael survey kat internet kot-kot ada yang murah. Tapi smuanya mahal-mahal belaka. Papa Ismael ada jugak mintak tolong kawan yg sedang blajar di UK dan dah nak balik M'sia. Kawan tu dah bersedia utk tolong dan dia mintak papa Ismael bagi spec dan gambar utk rujukan supaya mudah nak belikan. Tapi sbb bz dengan macam-macam perkara, papa Ismael tak sempat dan terlupa nak emailkan detail yang diperlukan oleh kawan di UK tu. Then, satu hari papa Ismael kena gi KL utk satu meeting atas urusan kerja. Lepas habis meeting, dia gi jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya while waiting for flight scheduled in late evening. Dia pun singgah di TOYS"R"US dan terjumpa dengan slide yang sesuai sangat utk Ismael. Papa Ismael call aku tanya pendapat before beli. Aku mulanya tak setuju sebab tak boleh collect point from that purchase. Kebetulan kami dapat free TOYS"R"US membership masa purchase satu mainan di TOYS"R"US section at Parkson Kuantan sblm ni. Tapi membership card tu ada pada aku. Syarat utk collect point mesti ada kad. Aku cakap pada husband, kalau nak beli jugak nanti beli di Parkson Kuantan jelah sbb rugi la kalau tak collect point. Kebetulan pulak ada Parkson di Alamanda Putrajaya tu. Husband pun pegi le tengok TOYS"R"US section di Parkson tu ada tak jual slide cam yang di tengok tadi: takde jual. So, husband call aku balik n cakap dia rasa nak beli jugak takut Parkson Kuantan pon tak jual slide yang sama. Finally, I let him to decide n papa Ismael balik dengan satu hadiah besar untuk Ismael.

Hadiah untuk Ismael. Saiz hadiah lebih besar daripada Ismael. Tapi masa ni Ismael nampak confuse kenapa mama beria sangat nak amik gambar Ismael ngan kotak besar ni.


Bila pembalut hadiah dibuka, Ismael macam tahu-tahu je apa isi dalam kotak. Muka dia nampak ceria.


Bila papa siap assemble the toy, Ismael pon testing. Tengok tu, Ismael senyum control hensem dapat main slide sendiri puas-puas :)


Keseronokan jelas terpancar


Skang ni balik je dari rumah pengasuh, slide ni adalah perkara pertama yang Ismael akan terpa. Tak sia-sia papa Ismael berulang-alik dari TOYS"R"US ke Parkson Alamanda Putrajaya dan bersusah payah usung kotak besar ke KLIA semata-mata kerana slide nan satu coz Ismael enjoys it so much.