Sunday, October 21, 2012

Rumah Kami Di Sheffield

Kami dok umah kami ni secara rasminya 26/9/2012, Rabu, 11 hari selepas kami sampai ke sini. Selama 11 hari sebelum tu kami menumpang duduk umah host kami dan kebetulan host (si isteri) kami tu juga kawan kami seuniversiti. Sepatutnya kami boleh masuk umah sendiri lebih awal lagi tapi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, kami kena menunggu lebih lama.

Landlord kami orang Malaysia yg dah menetap di sini. Umah landlord pon tak jauh dari umah kami duduk, selorong. Kami bertuah sebab kami 1st tenant. Landlord baru saja beli umah ni. Landlord plak sangat memahami sebab sediakan segala macam perabot utk keperluan kami. Malah disediakan jugak peti sejuk dan mesin basuh baru, tv dan langsir rumah. Landlord jugak siap bagitau kat kami kalau nanti nak beli apa-apa perabot sendiri just bagitau kat depa supaya nanti depa boleh jualkan balik perabot yang nak digantikan tempatnya. Tapi setakat ni aku tak plak terfikir nak beli apa-apa perabot. Priority utk this 1st few months adalah untuk perkara-perkara penting dulu.

Pandangan depan rumah

Lagi pandangan depan rumah

Halaman depan rumah

Ruang tepi rumah. Yang nampak 2 peti putih kat dinding tu meter gas n letrik. Kedua-duanya pakai prepaid. Style main top up macam kita pakai prepaid handphone tu. Rumah macam handphone. Hahaha....aku rasa kelakar jugak masa mula-mula

Rumah-rumah jiran depan rumah kami

Rumah jiran depan sebelah kiri
 
Rumah jiran depan sebelah kanan

Umah ni ada 2 bilik tidur yang boleh tahan besarnya, 1 bilik study, 1 toilet dan 1 conservatory, terletak di kawasan Darnall. Sewanya 490 pound (sila jangan convert kpd RM, kalau tak korang akan rasa giler magal, hehehe...). Rumah semi D. 

Ruang tamu
 
Ruang tamu. Pintu kecik kaler putih tu stor bawah tangga

Lagi gambar ruang tamu

Laluan penghubung antara ruang tamu, pintu masuk dan tangga menuju ke atas

Tangga dari pandangan bawah
 
Tangga dari pandangan atas

Pintu yang nampak jelas sebelah kiri tu pintu tandas. Pintu kecik kaler gelap belah kiri tu pintu bilik kecik menempatkan boiler. Dalam bilik boiler tu ada beberapa para yang boleh buat tempat simpan barang. Bilik sebelah toilet tu bilik helper kami.

Bilik tidur kami.

Lagi pemandangan bilik tidur kami. Smua perabot disediakan oleh landlord. Siap dihias oleh landlord dengan frame hiasan bunga. Bagus betul landlord kami :)

Perabot lain dalam bilik tidur

Bilik study

Lagi pandangan bilik study

Tandas. Oh, tandas kat sini style tak boleh basah lantai macam kat Malaysia. So, kalau agak-agak nak basuh berak lebih-lebih sila masuk dalam tempat shower tu. Hahaha....
 
Rumah kami ada tempat shower special. Kebanyakan rumah kat sini shower depa dekat bath tub. Yang kami special skit.

Rumah kami takde cellar. Untuk pengetahuan, cellar ni bolehlah dikatakan sebagai bilik stor bawah tanah yang biasanya akan menyebabkan suhu rumah lebih sejuk berbanding rumah takde cellar. Rumah kami ni juga kategori rumah yang baru saja dibina. Maksud baru di sini adalah rumah yang telah dibina zaman 1960an dulu. Kebanyakan rumah yang disewa orang Malaysia kat tempat kami tinggal ni (Darnall) adalah rumah yang merupakan bangunan lama yang telah pon berusia lebih 100 tahun dulu, termasuklah rumah host kami. Memang kita dapat buat perbandingan rasa sejuk umah bangunan lama ngan rumah bangunan baru tatkala heater tak dipasang. Ramai kawan-kawan yang datang umah kami kata rumah kami lebih panas daripada rumah depa n kata kami sangat bertuah. Alhamdulillah, tak sia-sia kami menunggu lama :)

Dapur yang dilengkapi dengan built in cabinet

Lagi pandangan dapur

Sudut meja makan
Sudut meja makan yang dihubungkan dengan conservatory

Conservatory. Dikatakan boleh jadi tempat lepak paling best masa summer. Skang autumn jadi tak sanggup jugak duduk lama-lama kat sini sebab sangat sejuk. Cuba tengok wap kat cermin tu yang menunjukkan betapa sejuknya musim autumn kat sini sbenarnya.

Kalau nak gi universiti kami naik kereta lebih kurang 5 minit jaraknya dari rumah dan lepas tu kami parking di Staniforth Road, laluan bas ke universiti. Then, kami naik bas dalam 30 minit, tambang 60p (harga dengan student pass) untuk satu arah. Ada kawan-kawan bukan Malaysian bila tahu rumah kami setengah jam perjalanan depa kata jauh tapi kami ok je sbb dok kat Malaysia gi kerja pon lebih kurang tu jugak, dah biasa.

Lebih ramai malaysian posgrad student yang duduk di city, lebih dekat dengan universiti. Tapi kami lebih selesa duduk area bukan city sebab kalau di city rumah depa sangat kecik dan mahal pulak. Kami pon ada constraint lain yang menghalang kami duduk di city area.

Kat sini adalah perkara biasa bagi student postgrad berkeluarga berpindah rumah setiap tahun sebab nak cari rumah yang lebih baik. Harap-harap kami tak perlu berpindah dari rumah ni sampai kami habis belajar.

Saturday, October 20, 2012

Raya 2012

Lagi post tertunggak. Dah tulis lama dah cuma x berkesempatan nak upload gambar.

Raya pertama tahun ni giliran kampung hasben di Sik. Tahun ni raya di Sik tak semeriah tahun-tahun lepas sebab kakak ipar aku buat julung kalinya raya pertama di kampung hasben dia. Adik ipar aku plak kena kerja. Jadi hanya ada kami saja. Slalunya kakak ipar aku yang jadi master mind buat macam-macam. Aku ngan adik ipar akan membantu. Mujur ada anak-anak buah hasben yang dok dekat ngan mertua. Depa la yang membuatkan suasana 1 Syawal kami di Sik tetap terasa seronoknya.

 Raya pertama di Sik

Raya kedua, on the way nak balik ke Taiping kami berjalan raya dulu ke rumah tok aku di Sungai Bakau (Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang). Sampai di rumah tok dah petang. Di rumah tok kami jumpa ngan semua adik-beradik aku n lepas tu kami (parents, smua adik-beradik n ipar-duai) buat plan on the spot nak gi jalan beraya ke rumah mak sedara aku di Kebun Sireh (juga di Pulau Pinang). Kami berkonvoi 5 bijik kereta dan sampai tatkala dah malam.

Tu dia....ramainyer kami di rumah mak sedara

Bersama mak sedara dan keluarganya. Dua anak dia takde dalam gambar sebab sorang malu nak bergambar n sorang lagi memang dah berkeluarga n takde di situ. Mak sedara aku n suaminya ni orang istimewa, depa bisu. Tapi Allah maha besar, semua anak dia boleh bercakap

Sambutan raya di Taiping pulak kali ni sungguh meriah. Mak ngan abah aku buat open house masa raya ke-3. Adik aku Imah telah bermurah hati menaja sate 1ooo cucuk + aiskrim belanja kami n tetamu. Mak buat laksa n soto. Kuih raya tahun ni giler banyak jenis. Rasanya ada lebih 20 jenis sampai tak cukup bekas. Macam mana tak banyak. Mak beli, kakak aku beli, adik aku beli, aku beli, menantu mak beli n kawan adik (bakal menantu :) ) pon tolong beli juga. Kami beramai-ramai gotong-royong pagi-pagi lagi. Open house mula kol 10 pagi. Tetamu rancak datang waktu petang. 

Abah berbual dengan kawan-kawan adik Safuan. Safuan yang pakai baju kaler hitam, dok dekat ngan meja

Ielyas pon nak enter frame! Gambar Ismael n Ielyas bersama-sama semua cousin (kecuali Ayla, anak Imah) dan juga bersama anak mak sedara (dua beradik, the brown theme)

Dari kiri: Syafirah (ini anak mak sedara aku yg 2nd yg kami gi rumahnya sehari sebelum open house), Dayah (adik ipar), aku, Imah (adik, anak yang ke-4)

Di samping open house hari raya tu ada sambutan hari jadi anak-anak kakak aku n anak adik aku, Imah. Acara potong kek buat dua fasa. Mula-mula potong kek hari jadi anak-anak kakak aku. Pastu dah lewat petang skit baru potong kek hari jadi anak adik aku (Imah) yang juga dijadikan sambutan birthday semua cucu bersama-sama.

Acara potong kek yang pertama. Ismael sibuk main iPad. Kek Secret Recipe tu.....


Ismael dok betul-betul depan kek yang kedua lepas kek dikeluarkan dari kotak. Aritu masa mama buat birthday celebration untuk dia, dia tak heran pon keknya. Lesson learned untuk aku: beli kek yang menarik

Ok, ready untuk tiup lilin...

Lepas lagu happy birthday dinyanyikan dan lilin ditiup, kek pon dipotong dengan dibantu oleh Imah

Uiks....Ismael tak puas hati sebab abang Irham buat cubaan merasa kek dulu. Hahaha....

Pastu kami buat acara rebut gula-gula. Memang yang pandai merebut dapat banyak giler! Ismael rebut-rebut n then semua yang dia berjaya kutip dia bagi orang. Oh, anak mama sungguh baik hati tolong orang. Huhuhu....

Ready untuk merebut. Tak aci Ismael dah dok bersila!

Masa untuk merebut

Wow...banyaknya Aireen dapat

Eh, Ismael dapat satu je?

Sungguh seronok raya tahun ni. Lepas ni InsyaAllah kami akan beraya di rantau orang. Mesti sedih sebab most probably tak dapat nak makan lemang ngan ketupat palas macam tiap-tiap tahun.

Sunday, October 14, 2012

DIY Birthday Celebration Ideas

Sempena nak birthday Ismael yang ke-2 aritu saje je la aku try nak buat special birthday party atmosphere, untuk kami sekeluarga je. Aku pun search la birthday party ideas dan aku pun terjumpa idea2 kat bawah ni yang aku rasa sangat sweet. Saje je nak simpan pasal ni di blog as my future reference n also sharing the brilliant ideas. Perhaps korang pon baoleh cuba sebab mostly nampak tak susah sangat nak buat n tak melibatkan banyak cost except few of the ideas.


USING THE BALLOONS


No helium necessary - Up-side down balloons - Wow, so smart!

Party entrance idea- use golf tees to keep in ground

8 balloons across the doorway to celebrate her/his 8th birthday.
What makes these balloons special, is that inside each one is a One Dollar bill!

Balloon backdrop

Waking up to balloons on your birthday... I must remember this!

_____________________________________________________

IDEA TAK MENGGUNAKAN BALLOONS


A pot of lollipops

Big number pinata

Alternative to pinatas. A punch box for party favors - its like the price is right game

30 gifts for 30 years