Saturday, October 6, 2012

Dari Alor Star ke Sheffield

Sik - Alor Star - KL (14 September 2012)

Perjalanan kami bermula dari Kg Charuk Sejuk, Sik, Kedah dari rumah mentua. Parents aku, adik-adik aku (alang n wife dan idan) bermalam di Sik pada mlm sebelum kami berangkat. Sebelum jamuan makan tengah hari, bapa mentua aku sendiri membacakan doa selamat.

Juadah tengah hari terakhir kami di Malaysia sebelum berangkat

Jamuan makan tengah hari untuk rombongan menghantar kami

Tu dia beg kami. Menggunakan hampir sepenuhnya total luggage limit yang kami dapat, almost 140 kg




Dalam kol 12 tengah hari rombongan menghantar kami ke airport Alor Star memulakan perjalanan. Semuanya ada 9 bijik kereta, sungguh aku dan hasben sangat terharu.

Sebahagian daripada ahli rombongan

Nak dijadikan cerita, flight kami ditangguhkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Patutnya flight berlepas kol 2.50 petang, tangguh ke 3.40 petang. Masa nak masuk ke balai berlepas, kami suami isteri tak dapat menahan sebak sebab nak meninggalkan keluarga yang tak mungkin mudah untuk berjumpa lagi dalam tempoh 3 tahun akan datang. Masih teringat lagi aku lambai pada mak n abah aku dan juga ibu mertua aku hingga hilang dari pandangan mata. Sedih giler....

Semasa penerbangan Alor Star-KLIA

Sampai di KLIA kami terpaksa beratur panjang sebelum dapat boarding pass. Oleh kerana dah tersalah masuk barisan, turn kami adalah yang terakhir untuk dapat boarding pass. Sementara menunggu tu aku gi salin pampers Ielyas n suruh Aisyah (helper kami) refill flusk air untuk buat susu anak- anak. 

Kat KLIA Kak Yung sekeluarga menghantar kami ke balai berlepas. Terima kasih sangat kat Kak Yung sebab sanggup datang dari Kota Bharu semata-mata untuk berjumpa ngan kami sebelum kami fly. 

Bersama Kak Yung, Aireen n Amalia

Masa menunggu train untuk ke terminal penerbangan antarabangsa aku dah berdebar-debar sebab terasa macam kami dah lewat. Turun je dari train, aku remind hasben yang kami mungkin sangat terlewat sebab aku dah perasan takde orang lain di belakang kami yang menuju arah terminal yang sama. Kami berlari-lari mengejar flight. Nak dekat sampai terminal tu, tetiba aku dengar dari jauh ada orang tanya kami naik flight ke Dubai ke. Apa lagi, lagi laju le kami berlari. Aku pulak masa tu tengah dukung Ielyas, giler lenguh....few meters sebelum sampai untuk cek boarding pass sekali lagi, aku terdengar nama kami di announce di siar raya KLIA. Hahaha....terglamer jap kami. Tak pernah seumur hidup aku membayangkan nama aku akan diannounce kat KLIA.


Flight KL-Dubai

Naik kapal terbang kami keletihan giler sbb penat berlari dan mendukung beg n anak. Malangnya lambat pulak la pramugari nak jamu air. Pramugari flight emirates yg kami naik tu giler lawa-lawa. Tp garang skit. Huhuhu....kalau request apa-apa x blh nak expect dia datang segera sbb dlm flight tu kalu tak silap ada dlm 32 steward/stewardess utk entertain 500 passengers. Kapal terbang yg kami naik tu mmg besar gedabak, airbus, 2 tingkat. 

Kami request bassinet tapi hanya boleh dipasang bassinet tu after flight take off. Malangnya, bila seat belt sign light on baby yg tgh syok tido dalam bassinet tu kena diangkat dan slalu plak light on sepanjang perjalanan sbb kapal terbang gegar-gegar sokmo. Most pramugari/pramugara buat derk je bila kami x angkat, tapi ada sorang pramugari jepun ni asyik dok suruh kami angkat. Tapi tu la...dah tugas dia. Tak boleh nak marah dia kan...

Inilah rupa bassinet mounted kat dinding depan kami

Makan time. Ooopss yang ni memang hasben punya meal ok

Lebih malang lagi, tempat kami duduk tu dekat ngan toilet. Jadi ramai le jugak orang nak lalu-lalang depan kami yang laluannya hanyalah sekangkang kera. Sbenarnya tak sampai sekangkang kera pon. Dua puntung rokok tak menyala lebarnya ada kot. So, kerap jugaklah kami kena tarik kaki rapat ke seat. Sian jugak kat Ielyas dalam bassinet yang adakalanya dilanggar dek kerana nak jugak orang lalu kat situ. Alhamdulillah, mujur pula Ismael lebih banyak tido masa penerbangan ni. Jadi taklah kami letih sangat nak tengok dua budak kecik. Oleh kerana Ismael tido masa makanan dihidangkan, hasben telah membelasah kids meal Ismael dengan jayanya. Huhuhu..... 


Flight Dubai-Manchaster (15 September 2012)

Lama jugak kami transit di Dubai. Kalau transit di Dubai airport tak perlu risau pasal stroller untuk anak-anak. Ada banyak disediakan di airport dan boleh guna, free





Berehat sebelum flight seterusnya ke Manchaster

Flight di Dubai airport sangat banyak sehinggakan banyak jugak flight yang tak ambik penumpang direct dari bangunan. Macam flight kami, sebelum dapat naik flight kena naik bas dulu untuk ke kapal terbangnya. Dah le naik bas sambil kena berdiri. Aku pulak sambil dukung Ielyas. Lama jugak baru nak sampai, giler lenguh tangan!

Dalam flight pulak dua-dua anak aku mostly tak tido. Ismael macam-macam akal. Ielyas plak berak dua kali! Huhuhuhu....Dah la perjalanan lagi lama dari second flight. Giler kami laki bini letih. Tv jangan cerita la nak tengok. Flight KL-Dubai tadi pon kami tak berpeluang nak tengok. Aku asyik dok tengok skrin kat depan tempat duduk, berapa jauh/lama lagi nak mendarat. Mujur kedudukan tempat duduk flight kami kali ni better than before. Bukan lagi laluan orang nak ke tandas tapi betul-betul belakang business class.

Oleh kerana Ismael tak tido kali ni, dapatlah makan kids meal

Tengok tu...happy bebenor dengan meal dia

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di bumi UK jam 7.35 pagi waktu UK, lebih awal dari waktu jangkaan sepatutnya. Pilot hebat, bawa lebih laju dr flight KL-Dubai tadi. Aku dah rasa macam nak pengsan sebab tak cukup tido + keletihan. Mujur kami ada helper yang boleh nak tolong angkat sebahagian hand luggage. Sampai di Manchaster airport kena beratur panjang pulak sbb nak cek passport/visa/offer letter universiti. Giler panjang dan aku rasa turn kami adalah yang ke 50 ke atas aku rasa. Sepatutnya kawan aku cakap dia patut utamakan orang yang ada anak kecik. Ini anak aku siap bising-bising depan UKBA officers pon depa buat tak tau je. 

UKBA officer yang cek kami tu nak tengok CAS statement selain passport/visa n offer letter univeristi. Mana la aku tau nak kena bawa sbb takde sesapa bagitau kami. Lagi pon aku rs sepatutnya dia x request nak tengok CAS statement tu sebab untuk dapat visa kena ada CAS statement. So, aku bagi alasan tu kat officer yang nak cek tu. Mujur dia ok je bagi kami lepas. Dalam dok sibuk bersoal-jawab tu Ismael sibuk plak main boat dia yang best je diluncurkan kat kepala aku sampai officer tu senyum sampai telinga. Huhuhu....Bagus juga sebab Ismael sedikit sebanyak telah mengurangkan kegabraan aku masa tu.

Lepas settle cek dengan UKBA officer tu kami gi amik luggage plak. Kat Manchaster airport nak pakai troli untuk angkat luggage kena bayar 1 pound utk setiap troli. Tak sangka la plak nak kena bayar. Ramai student (mostly undergrad) yang baru sampai macam kami pakat dok nak ambik troli, ingatkan boleh guna free macam kat airport di Malaysia. Rupanya kena masuk duit kat mesin yang disediakan dan pastu barulah troli boleh dikeluarkan dari tempat simpanannya. Dalam dok sibuk menyusun luggage ke troli Ismael kencing sampai bocor, pampers dia terlajak tebal. Mujur takde orang perasan. Huhuhu....Kami kelam kabut plak tukarkan pampers n seluar dia. Walaupun kapal terbang mendarat kol 7.35 pagi, kami hanya dapat keluar dari Manchaster airport hampir jam 10 pagi.


Perjalanan Manchaster ke Sheffield

Di Manchaster airport dah ada orang Malaysia sedia untuk menjemput kami. Terlupa plak nak snap gambar semasa di Manchaster airport. So, takdelah gambar kenangan saat-saat awal kami jejak kaki di bumi UK.

Perjalanan ke Sheffield memakan masa lebih kurang 45 minit, lalu kawasan bukit-bukau, padang rumput hijau dengan ladang ternakan biri-biri. Subhanallah, cantik....Siap lalu kawasan kincir angin moden. Malangnya oleh kerana aku pening dek tak cukup tido + keletihan n juga lalu jalan bengkang-bengkok, aku rasa loya yang amat. Dah siap beg plastik kat tangan takut termuntah. Mujur selamat sampai tanpa termuntah.

Kami dihantar ke rumah host yang juga merupakan rakan sekerja kami sebelum kami boleh masuk ke umah sendiri. Next post aku akan citer plak pasal umah kami, InsyaAllah.

Antara hari terawal kami menjejakkan kaki di Sheffield

Pst: Aku sudah sangat rindu banyak perkara di Malaysia.

No comments: