Friday, June 29, 2012

Ielyas 7 bulan



Dah lama tak update pasal Ielyas specifically. Ielyas skarang dah pandai meniarap sambil mengesotkan badan dia ke depan dengan laju macam askar tu. Mula-mula dia pandai mengesot mengundur. Lepas tu dia mengesot macam pusingan jam. Tak lama lepas tu tau-tau dah boleh mengesot ke depan, takde undur-undur lagi dah.


Demam pun masih sronok nak main


Ielyas dah boleh angkat bontot. Tak lama lagi boleh merangkak dah ni rasanya.


Masa bagi duduk dalam walker mula-mula dia cepat boring sbb dia tak tau nak gerakkan sendiri walker tu. Tapi lepas dua tiga minggu mcm tu dia dah pandai gerak ke sana ke mari, laju je...
Skarang ni jugak kalau kami makan kat luar kena request 2 baby high chairs. Satu untuk Ismael dan satu untuk Ielyas. Kalau kami bernasib baik, dua-dua akan behave very well sampai kami boleh enjoy our lunch/dinner sampai ke suapan terakhir dengan dua-dua beradik duduk di baby high chair masing-masing.


Thursday, June 28, 2012

Mainan Ciptaan Ismael

Walaupun baru berumur 1 tahun 10 bulan Ismael dah pandai merekacipta. Mari kita tengok apa yang dia cipta.

Dia cucuk straw solivite ke kabel HDMI, jadi pistol mainan dia. Aku tahu ini pistol sebab dia buat aksi menembak dengan benda ni. Kata pengasuh dia, Ismael belajar main tembak-tembak dari anak jiran pengasuh yang kadang-kadang datang main ngan Ismael.


Ini pulak telefon dia. Aku tahu ini telefon bila dia buat aksi-aksi menelefon macam aku dok menelefon orang guna benda alah ni. Gambar seterusnya lagi best.


Ismael gabungkan telefon dengan pistol tu pada satu wayar kabel yang sama. Huhuhu....


Pastu gantung bahagian yang pistol pada leher baju supaya tak payah pegang (sorok pistol dalam baju utk keselamatan kot). Kelakar la...

Wednesday, June 27, 2012

Trifle

Post kali ni buat julung-julung kalinya aku nak share satu resepi. Nama masakannya adalah seperti tajuk post ni, trifle. Resepinya aku tiru dari satu blog yang aku follow. Aku sbenarnya nak mengisi dan memulangkan tupperware pengasuh anak yang telah bermurah hati berkongsi juadah lontong dia last few weeks. Di samping tu as a part of cooking traning masa merantau ke negara orang nanti. Aku ni tak pandai memasak sangat. Tu yang nak kena berlatih tu. Hehehe....

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:


BAHAN-BAHAN:


1st layer:
Kek (aku guna Apollo layer cake perasa strawberry)

2nd layer:
3 sudu besar tepung custard
2 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau rasa tak nak manis sebab layer kek tu dah manis)
500 ml susu segar

3rd layer:
1 tin fruit cocktail
1 kotak/paket serbuk jelly (aku guna brand nona, strawberry flavor sbb nak match ngan kek)
Air mengikut sukatan yang dicadangkan pada kotak/paket serbuk jelly


CARA MEMBUATNYA:


1st step:
Susun kek sebagai base dalam bekas yang sesuai

2nd step:
Campurkan tepung custard dengan air biasa. Panaskan susu segar dengan gula hingga sebati. Lepas tu campurkan campuran tepung kastard dengan air tadi ke dalam campuran susu segar degan gula perlahan-lahan. Kacau lagi hingga sebati.

3rd step:
Tuangkan campuran 2nd step ke atas cake base (1st base) dan biarkan sejuk.

4th step:
Susun fruit cocktail tanpa sirapnya di atas campuran 2nd layer.

5th step:
Masak jelly mengikut arahan pada kotak/paket. Tuang atas 2nd layer. Lepas tu biarkan sejuk sekejap sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Ini hasil akhirnya (pandangan atas). Nampak menarik kan?

Kalau korang nak serve utk tetamu sebaiknya buat dalam bekas-bekas kecil sebab susah sikit nak potong dan kekalkan potongan setiap slice - nampak comot - serius... Ada blog-blog lain yang aku baca, masa nak serve tu boleh letak topping yogurt. Bolehlah korang cuba. Hasben n anak aku Ismael like this :)

Tuesday, June 26, 2012

Ismael n Ielyas Main Sama-Sama

Ismael n Ielyas skarang dah mula pandai main sama-sama. Walaupun kadang-kadang ismael ketuk kepala Ielyas dengan tapak tangan dia atau naik blakang Ielyas masa dia tengah syok meniarap, buat macam naik kuda kat supermarket bila papa n mama tak nampak, Ielyas tetap nak kawan ngan Abang. Biasanya Ielyas bangun tido lebih awal dari Ismael. Bila bangun tido selalunya Ismael akan cari Ielyas dan agah-agah Ielyas. Ielyas akan senyum/ketawa seronok. Dalam seminggu dua ni Ismael dah mula pandai cari adik dia bila dia tak nampak kelibat Ielyas.

Jom layan gambar Ielyas n Ismael main sama-sama.


Ini masa mula-mula belajar riding on Lion sama-sama


Ismael: Mari kita naik Lion sama-sama!
Ielyas: Biar Ielyas tekan hidung Lion utk muzik k....


Ismael: Ini Angry Bird Ielyas. Meh Abang tolong tepuk Angry Bird ni supaya gegar-gegar. Syok ooo....


Ismael: Mari main askar-askar. Kita nyorok kat sini!
Ielyas: Eh, ada orang tengok kita la...Oh, mama...


Ismael: La...apsal mama amik gambar curi-curi? Ambik la gambar kami posing baik punyer...


Ielyas: Ok mama...Kami ready dengan aksi paling comel ni....


Ielyas: Letih dah la Abang...Jom kita minum dulu!

Friday, June 22, 2012

PhD Preparation

Lepas dapat black n white tawaran biasiswa KPT on 1st June through an email link barulah segala preparation yang melibatkan pembelian perkakasan utk fly boleh dibuat dengan confident. Lama jugak kami tertunggu-tunggu jawapan offer tu.

1st June dapat surat, 2nd June beli beg. Hehehe....

Sejak tarikh tu jugak kami sibuk dengan segala macam preparation such as visa application (banyak giler step), pasport anak-anak, contact Malaysian student union kat Sheffield utk urusan jemputan di airport dan rumah sewa, melengkapkan segala macam borang, turun naik HR department utk pelbagai urusan dan banyak lagilah. Rasanya start this week our weekend will be fulled of activities for PhD preparation.

Thanx a lot to my besfren Fizah for reminding me before supaya buat preparation setahun lebih awal. Dalam kesibukan kami yang few months lagi dah nak fly sekarang ni, kami masih mampu buat preparation dalam keadaan selesa sebab perkara-perkara yang major almost sume dah settle. Actually kami buat preparation since 2010 lagi.


The followings are what we have done:

Disember 2010 - Attend Kursus Kaedah Penyelidikan. Kalau attend dan dengar je kira ok la kan. Tapi syarat lulus kursus ni kena present proposal penyelidikan. Masa tu aku belasah je amik tajuk ntah apa-apa. Memang kena komen "baik punya" ngan panel penilai. Mujur lulus.

Mac 2011 - Ambil IELTS. Sehari before nak amik test, Ismael demam kuat. Mujur kami study bukan last minute. Kami study few weeks before test sama-sama kat uni library, kat umah n even kat opis. Alhamdulillah kami berjaya lepas syarat KPT yang perlukan minimum overall score at least 6.5. Unfortunately, hasben aku kena amik skali lagi baru-baru ni sebab requirement university n UK Border Agency yang perlukan minimum 5.5 for all subscores. Alhamdulillah, second time amik dah lepas syarat tu. Tapi kiranya tak sia-sia jugak result 1st test tu sbb boleh guna utk apply peringkat universiti dan KPT yang mana proses apply di kedua-dua peringkat ni makan masa jugak.

Jun 2011 - Kursus Kenegaraan. Masa kami gi aku mengandungkan Ielyas. Ismael kena hantar balik kampung dulu kat parents aku di Taiping. Lepas habis kursus, masa tu buat kat Ulu Sepri, Negeri Sembilan, kami terus drive ke kampung ambik Ismael. Esoknya, terus balik Kuantan sebab kena kerja balik. Memang letih giler, tambahan aku masa tu aku tgh pregnen, lagi lar...

Ogos - Disember 2011 - Searching potential university/supervisor. Sbenarnya kami dah start cari since early 2011. Cuma masa mula-mula tu tak boleh nak concentrate sangat sbb masing-masing bz ngan hal kerja lain. Proses searching secara komprehensif mula dibuat pd ogos 2011. Ini bukan task yang mudah bagi kami sebab kami perlu pastikan university yang kami nak gi tu suits dengan kedua-dua bidang yang kami nak n kami juga fulfill the university requirements (such as minimum IELTS overall score/subscore n CPA). Masa proses searching kerapkali kami jumpa dah suit utk aku tp tak suit utk hasben atau sebaliknya. So, proses searching makan masa yang agak lama.

Oktober 2011 - Kami amik GRE (Graduate Record Examination). Exam ni adalah requirement most universities in US. At first, kami plan kengkonon nak gi US. Tapi lepas amik exam ni yang resultnya tak memberangsangkan + beberapa pertimbangan lain, kami tukar negara. So, pertukaran mind setting bila tukar negara yang mempunyai sistem graduate student application yang berbeza sedikit sebanyak melambatkan proses searching university/supervisor dan penyediaan reseach proposal.

Oktober 2011 - Februari 2012 - Aku berhempas pulas menyiapkan research proposal. Yang suffernya, aku kena buat reseach proposal yang sebenarnya satu bidang baru bagi aku utk tally ngan niche research area fakulti/universiti. Ini antara stage yang paling pressure utk aku. Lebih pressure bila ada orang kata kat aku yang aku kena rebut kuota ngan sorang lagi staf. Tapi rupanya dia saja je nak pressure aku. Geram giler!!! Teruk betul orang tu. Kesian anak-anak n hasben aku kat rumah terpaksa berhadapan ngan muka tensen aku beberapa hari. Tambah pressure lagi bila masa presentation peringkat fakulti, aku kena hentam hebat sampai aku menangis. Hehehe....ujian PhD nampaknya dah bermula. Dan kerana sesi presentation yang tak best tu membuatkan aku sangat tawar hati utk gi kerja ke kampus di mana stesen kerja utama aku yang sepatutnya especially for the first few weeks after the presentation, serious demotivated. Tapi sekarang dah ok dah.

Right now, I'm trying to follow Zana's advice, another besfren of mine, to prepare literature materials early for PhD research yang aku betul-betul nak buat. She even suggest to come out with a research outline utk memudahkan future work. Thanx Zana for your sharing.

Indeed, pengalaman kawan-kawan yang buat PhD banyak membantu our preparation. Semoga Allah terus mempermudahkan segala urusan kami selepas ni. Amin.

Thursday, June 21, 2012

Yang Terakhir

Teaching for Semester II Sesi 2011/2012 baru saja berakhir dan sejak sebulan lepas aku sibuk menyiapkan marking assessment (quiz, assigment, test n final exam paper) utk student aku yang berjumlah 131 orang. Kerja aku kerap tertangguh sebab aku, Ismael dan Ielyas silih berganti tak sihat di samping kerja/urusan lain yang perlu dibuat. Selesai saja proses key-in markah dan buat report, terasa lega yang amat sangat sebab satu tanggungjawab PnP besar telah selesai.

Ini adalah batch exam papers yang terakhir telah aku marking sebelum....


Bekalan sandwich for breakfast while marking, hasben tolong buatkan

Dalam kesibukan struggling marking exam papers, aku masih sempat join netball tournament inter-department on last Saturday. Our team target 3rd place. Sungguh aku tak sangka kami boleh capai target tu. Good credit for our SKT. Before this aku took place in volleyball tournament inter-departmen, last year. Tapi serius kena sayur. Hahaha....Tu yang rasa surprise bila utk netball kali ni tak kena sayur. So, tercatat satu kenangan indah dengan kawan-kawan sejabatan (sefakulti lebih tepat lagi) walaupun terpahat parut kat lutut sbelah kiri aku n lebam yang masih terasa sakitnya hingga ke saat aku menulis post ni. And another good thing, aku berpeluang kenal lebih dekat lagi ngan staf sefakulti bukan pensyarah yang jarang-jarang dapat bersua. Thanx a lot to our team manager, Yanti, yang bersusah-payah manage friendly match cum training with pasukan bola jaring Taman Tunas Mahkota. An appreciation also to our assisstant manager, Cik Nab, yang sentiasa sedia merebut bib (betul ke aku eja ni?) bola jaring kaler hijau masa perlawanan. Hahaha....Bib yang lagi satu kaler kuning tak best sebab menggelebeh.

Ini adalah penyertaan terakhir aku mewakili fakulti sebelum.....

........sebelum aku bercuti panjang selama 3 tahun mulai this coming September.

Friday, June 1, 2012

Ielyas 6 Bulan

Masa 4 bulan Ielyas dah boleh meniarap. Skang Ielyas dah 6 bulan n dah nak masuk 7 bulan dengan berat 7.3 kg.  Ielyas dah mula makan bubur nasi n stakat ni dia nampaknya suka sangat makan. So, tambah debab la anak mama. Ielyas skang dah boleh mengesotkan badan ke depan sambil meniarap, macam nak boleh merangkak tak lama lagi. Dia jugak pandai minum susu pegang botol sendiri n dah pandai main sorang-sorang. 

Ielyas main sorang-sorang dengan bolster

cu......

Cak!!!

Walaupun currently Ielyas tak berapa sihat, Alhamdulillah, Ielyas masih mahu minum susu dan makan. So, berat dia tak susut. Ielyas dah mula pandai senyum/ketawa bila abang Ismael agah-agah dia. Ielyas pon nampaknya macam Abang Ismael suka tengok rancangan Indahnya Iman kat Astro Oasis. Smoga anak-anak mama jadi anak-anak yang soleh. Amin.