Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Monday, December 19, 2016

Mangkuk Tingkat

Aku boleh terpengaruh nak beli mangkuk tingkat asalnya dari satu foto yg dikongsi oleh seseorang di FB. Rupa mangkuk tingkat dia sweet sangat. Kebetulan weekend minggu aku nak beli tu hasben aku plan nak bawak anak-anak gi picnic jadinya berkobar la semangat aku nak beli mangkuk tingkat yang diidamkan. Actually orang yang share foto tu dia jual mangkuk tingkat tu disamping dia jual barang deko lain. Berdasarkan pengalaman aku, orang yang jadi orang tengah ni biasanya jual lebih mahal dari harga sepatutnya. Ye la, dia meniaga kan...So aku  try le cari di Lazada. Ada rupanya jual kat Lazada. Yet still expensive. Dari info kat Lazada aku try plak cari FB penjual mangkuk tingkat tu: The Mangkuk Tingkat. Murah skit harganya compared to yang jual di Lazada, Lepas bertanya-tanya dan tawar-menawar akhirnya aku pon beli dua set. Satu size kecik dan satu size besar. Yang kecik RM42, yang besar RM60. Sekali dengan kos pos RM115. 

I like pastel colour. Sweet kan?

Material mangkuk tingkatnya bukan dari plastik tau but steel with enamel coated. Penjualnya siap bagi free sepasang sudu garfu plastik comel untuk setiap set mangkuk tingkat yang aku beli. Unfortunately, mangkuk tingkatnya sampai ke tangan aku terlewat dari hari kami gi picnic. Jadinya blom le lagi dapat merasmikan mangkuk tingkat  tu. 

Thursday, October 27, 2016

Printer Baru

Baru-baru ni encik suami belikan printer baru untuk aku. Actually dia nak ada satu printer sendiri kat bilik opis dia sebab leceh dia nak gi mari gi mari ke bilik aku/printer kat ground floor bangunan kami duduk. So, he offered me one brand new printer n dia ambik printer yang sedia ada kat bilik aku. Dia kata takpelah aku ambik yang baru. Untuk menaikkan siapkan PhD kata dia.

Printer baru sampai.

Printer ni listed as one of the best of its kind yang boleh print double sided automatically. Harga dia pon murah, RM264 including postage. Beli kat Lazada.


Encik suami bukan sekadar beli. Dia tolong install sekali. Terima kasing abang. 

Tadaa.....Sedia untuk digunakan

Thursday, September 29, 2016

Hari-Hari Baru

Dalam post terdahulu aku kan ada citer aku buat wardrobe update. So, banyak le baju baru. Sempena untuk menaikkan semangat nak start enjin buat kerja PhD dalam/baru lepas pantang, hari-hari aku pergi universiti pakai baju/tudung baru. Lagi pon hasben aku kan bilik opis dia dok sebelah bilik aku. Kira melawa untuk suami sekali le. Hehehe.....Bukan le aku pakai semua serba baru atas bawah. Pakai yang baru n match kan dengan yang lama jugak. 

21/09/2016 - Rabu
Shawl: Escarves - baru
Top: Rayyan Haya @ Maleeqa


22/09/2016 - Khamis
Shawl: Avilia
Top: Scarffeya - baru

23/09/2016 - Jumaat
Shawl: Marshmallow Scarf
Jubah: Losravelda
Hari ni takde yang baru. Jubah n shawl tu dua-dua aku beli masa pregnant aritu @ Mood Republic di Kuantan.

26/09/2016 -  Isnin
Hijab: Neda - baru
Top: Norie Signature - baru

27/09/2016 - Selasa
Shawl: Unbranded 
Baju kurung: MuslimahClothing.Com - baru

28/09/2016 - Rabu
Shawl: Unbranded
Top: Primark
Skirt: Almari Cantek @ Modvier - baru

Amacam, cun tak awek kat atas tu? Kalau ada sesapa nak hire aku jadi model fesyen muslimah boleh le contact aku. Wakakaka.......

Nota kaki:
Aku start gi universiti 21/09 lepas sebab risau supervisor aku lupa yang aku ni blom grad. Masa tu aku masih dalam pantang, hari ke-35. Nak habis pantang dah... Tak payah le heran. Ada orang lain minggu ke-2 pon dah panjat tangga universiti demi PhD. 

Wednesday, September 28, 2016

New iPhone Cases

Aku ni biasanya tak ambik kisah sangat bab-bab phone or tab case. Kalau aku beli tujuan utama biasanya for protection. Aku akan pastikan harga dia murah n therefore kalau lunyai pon aku tak ralat. Appearance dia perkara nombor dua.

But recently aku tertengok la plak (tengah dalam pantang punya citer) ada iklan jual iPhone cases kat FB by S Studio. Tertambat la plak hati ni. So, appearance dah jadi perkara nombor satu. Masa tu tak tengok harga dia lagi. Encik suami balik dari kerja n dia dah rehat-rehat kat sofa aku pon tunjuk la kat dia iklan tu. Dia kata lawa n encourage aku beli. Kebetulan ada offer masa tu buy 2 free 1 Aku pon pilih le 3 design. Harga satu RM29. So, harga total RM58 + RM6 kos pos. Masa tu takde ready stock. Lebih kurang lepas 2 minggu phone cases nya sampai di tangan. 

Masa dalam packaging nampak cantik biasa-biasa je. Bila bukak packaging nampak cantik sangat sebab nampak warna dari pattern nya menyerlah. Pastu bila pasang kat phone plak, wow! Super duper cantik luar biasa sebab ada kesan 3D plak. Semua lubang-lubang cucuk iPhone pada cases tu terletak elok je n cases dia pon tak tak tebal macam aku punya previous case.  

Cantik kan?

Aku pakai yang ni dulu sebab seriuosly sweet sangat

So, aku highly recommend bagi sesapa yang nak beli iPhone case dari S Studio. But so far hanya ada design untuk ladies je ye... 

Nota kaki:
Aku tak pernah tengok iPhone cases lain yang ada jual dalam pasaran. Entah-entah ada yang lagi cun-cun n murah-murah, 

Tuesday, September 27, 2016

Wardrobe Update

Masa baru-baru balik dari UK aku sibuk cari dan beli baju/jubah mengandung untuk pakai gi kerja dan jalan-jalan. Takde le beli banyak pon sebab takde banyak masa nak cari dan belek. Aku ulang-ulang baju/jubah yang sama untuk every 2 weeks. Ada yang aku beli kat kedai dan ada jugak yang aku beli online dan aku make sure lepas beranak pon masih boleh pakai baju/jubah tu.

Masa dalam pantang ni aku telah mejalankan operasi update koleksi baju nak gi kerja dan jalan-jalan memandangkan aku telah discard kebanyakan baju kurung, blaus dan tudung aku masa makeover rumah hari tu. Ye la, teingin jugak nak pakai yang fesyen dan design baru. Percaya atau tak ada baju kurung yang aku discard tu koleksi masa zaman sekolah menengah dan universiti dulu. Dahsyat kan. Ni kes sentimental value le ni tu yang berzaman masih pakai. Huhuhu.....Tapi sebab lepas balik dari UK rasa macam nak overhaul koleksi baju dan tudung  yang ada, aku pon gigih la cari yang baru.

Ini antara yang aku beli kat kedai. Dah terlanjur beli baju, beli sekali telekung baru sebab kali terakhir aku beli telekung before Ismael ada. Giler lama. Huhuhu...

Baju kurung kedua paling mahal pernah aku beli dalam hidup aku. Aci la this time nak beli mahal skit sebab selama dok UK aku takde beli selai pon baju kurung baru. 

Tudung brand Neda. Aku ada beli selai masa mengandung aritu. Jadinya aku beli lagi dua helai ni sebab tudungnya best: cantik, mudah pakai n just need minimal iron.

Mostly yang beli kat kedai aku beli di Gio Mall di bandar Kuantan. Gio Mall ni wujud masa kami berada di UK. Dalam Gio Mall tu ada butik-butik terkenal yang kebanyakan koleksinya memang mengancam kakak-kakak dan makcik-makcik. Mengancam duit habaq mai! Masa aku gi shopping aritu adalah first time aku pi sana, Punya la seronok tengok banyak jubah, baju kurung, skirt, pants, shawl yang cantik-cantik dan meletups. Jenuh la jugak hasben aku dan anak-anak tunggu aku memilih sampai Iedris siap berak lagi. Huhuhu,,,,,Aku gi masa blom habis pantang tapi masa tu dah rasa sihat skit dah. Bosan dah dok terkurung kat umah lama sangat jadi ajak hasben gi shopping. Pastu bagi upah beg skolah n selipar baru untuk Ismael n Ielyas sebab sabar menunggu mama shopping. Hehehe,,,,,

Ada banyak jugak yang aku beli online. Antaranya aku beli dari Norie Signature, Radiusite, Mootiara Dot Com, MuslimahClothing.Com, Hermosa Wear dan NFH Boutique Gallery. Butik online ni kebanyakannya aku jumpa kat FB. Beli yang murah-murah n ada sale je. Yang mahal-mahal tu telan air liur je la. Mudahnya beli online tak payah penat berjalan n pilihan pon ada banyak. Cuma yang tak best tak boleh nak try, susah nak tau jenis material fabrik yang sebenar dan biasanya kena tambah kos pos. Lagi pulak leceh nak kena belek size dan description baju betul-betul. Alhamdulillah mostly yang aku beli dari online aku puas hati.  

Thursday, August 11, 2016

Shopping @ Ikea

Semenjak pulang ke Malaysia dan MPV kami sampai ke tangan dari UK, Ikea telah menjadi destinasi persinggahan kami setiap kali pulang dari kampung. Mana taknya, kami perlukan perabot serta kelengkapan rumah yang functional untuk storage dan pada masa yang sama sedap mata memandang. 

Oleh kerana kami target sebelum aku bersalin kami dah siap unpack dan kemas semua barang yang dibawa balik dari UK, kami memang bekerja keras untuk itu terutamanya waktu hujung minggu. Selama kami berumahtangga kami tak pernah beria renovate atau makeover rumah walaupon ada le jugak rasa teringin bila tengok rumah kawan-kawan dan jiran-jiran nampak selesa, luas dan dihias cantik. Dengan kekangan bajet yang ada tak seberapa dan tak suka berhutang dan jugak kami lebih kisah dengan perancangan nak pergi sambung belajar, kami pendamkan saja rasa teringin tu sebelum ni. Menghias la jugak tapi hias seadanya je lah dengan konsep hiasan caca marba.

Bila dah balik dari sambung belajar, semangat nak renovate rumah tu dah ada. Tapi aku pulak malas nak menambah serabut di kepala aku sebab PhD aku blom settle lagi. So, sebagai alternatif kami ambik pendekatan menggunakan ruang yang ada dan makeover rumah je supaya nampak selesa dan sejahtera. 

Khamis minggu lepas kami laki bini purposely ambik cuti ke Ikea Damansara buat kali terkahir sebelum aku bersalin. Kalau gi lepas bersalin rasa tak kuasa plak nak heret baby ke Ikea untuk shopping barang besar-besar dan banyak. Sape nak tolong tolak troli? Sebenarnya cuak jugak nak ke sana tatkala aku tengah mengandung nak masuk 38 minggu. Huhuhu.....Memang gigih. Tapi demi tak mau rasa rimas dengan keadaan rumah masa dalam pantang nanti (kang takut meroyan plak tengok rumah semak. Hahaha...), aku redah je lah. Aku bawak siap-siap beg persediaan ke hospital in case terberanak dalam perjalanan. Huhuhu.... 

Barang-barang yang telah dibeli

Tiga troli kami bawak turun. Huhuhu....

Pembelian kami di Ikea kali ni agak besar. Tapi bajet kami telah dibantu dengan Ikea gift cards bernilai RM400 yang ditebus melalui Maybank Reward points dan jugak Ikea Family Voucher bernilai RM70 hasil point terkumpul shopping di Ikea sebelum-sebelum ni. Kira banyak jugaklah penjimatan yang kami dapat. 

Arah tujuan utama kami memang Ikea dan kebetulan dah janji nak beli birthday present special untuk Ismael kami gi sekali ToysRUs dalam Ikano Power Centre (IPC), sebelah je dangan Ikea. Lepas selesai membeli dan makan di satu restoren mamak kat dalam IPC tu kami terus balik ke rumah. Alhamdulillah misi tercapai. 

Sebelum balik pekena lunch kat gerai mamak dalam IPC. Kalau ikut standard harga kedai mamak, hidangan macam ni plus air teh o ais limau dengan harga RM10.50 aku kira not bad. Sedap pon sedap. 

Nota kaki:
Boleh je beli melalui personal shopper. Tapi bila dicongak-congak jauh lebih untung dan puas hati pergi beli sendiri bila kita nak beli barang dengan total harga yang besar. Aku pernah try tanya dari satu personal shopper kalau nak beli satu almari ni harga kos upah yang dia kenakan RM230! Itu belum masuk barang lain lagi. Maybe kami pon boleh jadi personal shopper next time kalau untung banyak itu macam. Huhuhu.....

Wednesday, May 4, 2016

Butik Muslimah Online Pilihan 2016

Skang ni aku suka jugak beli baju secara online sebab:

  • tak perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat. 
  • biasanya bila kita beli online ada lebih banyak pilihan. 
  • ada sesetengah design, warna dan jenis kain yang kita nak belum tentu ada kalau cari di kedai. 

So, untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan  dan juga sebagai perkongsian untuk sesapa yang suka atau nak cuba beli baju muslimah secara online bolehlah ke website yang disenaraikan di bawah.


PELBAGAI:

Anggun Zara - aku pernah beli banyak kali shawl dari sini. Servis dan barang tip top.

Radiusite - Aku pernah beli 2 shawl dari sini. Material n kualiti kain puas hati but a bit pricey.

Marshmallow Scarf - aku pernah beli shawl dia di festival Mood Republic Tour Pahang. Puas Hati

Zawara - Aku pernah beli dua pasang dress dia. Cantik dan harga reasonable compared to kebanyakan butik online yang lain.

Poplook - Semua baju yang aku beli dari sini adalah dari kain chiffon. Harga reasonable dan kualiti jahitan kemas

Love to Dress - Apparels dia banyak yang simple, polos dan gojes. Tapi harga tidak mampu milik (untuk aku la....). Ramai bloggers terkenal beli dari jenama ni.

Jannah Noe 

Bella Ammara

Shawl for you

Sugarscarf

Imaan Boutique

Minimalace

Fana Couture

Losravelda

Rayyan Haya'

Jelita Sara

Sincerely by Us

Jubah Souq - ada apparels untuk lelaki

Rina Salleh Clothing

Qaira Hijab

Cattleya Couture

Button My Buttons

Carya Zara

Al-humaira Contemporary



SHAWL/TUDUNG /SCARF:

Naelofar Hijab - cantik dan simple tapi mahal maybe sebab jenama milik artis popular

Monday, August 10, 2015

Berangan Nak....

Takde satu pon dari koleksi Cath Kidston from last season yang aku rasa nak sangat. Tapi koleksi musim baru Cath Kidston yang baru saja launch telah membuatkan hati aku meronta-ronta nak lebih daripada tiga handbag yang ada. Hahaha....Masa nak pergi beli hadiah untuk somebody di Cath Kidston aku pon seronok menjamu mata. Akibatnya bukan setakat handbag yang aku berangan nak beli tetapi jugak  beberapa aksesori lain sekali. Adus...parah! Ok....sabar sehingga ada sale dulu. Tak boleh beli semua yang aku berangan. 



Pastu kawan aku ada le bercerita betapa cantiknya Le Creuset kaler hijau digandingkan dengan Portmeirion. Aku pon gatal le plak pi tengok website Le Creuset. Alamak.....serius cantik cast iron casserole dia! Aku paling berkenan koleksi Palm green macam dalam gambar kat bawah ni. Masalahnya harga seketul mahal sangat dan so far takde jual kat high street apatah lagi factory outtet sebab koleksi terbaru. Hanya ada jual kat online saja. So, lagi jangan mimpi la mudah nak dapat beli dengan harga mampu milik. Oleh kerana harga dia kalau lepas diskaun pon bapak mahal, nampaknya aku hanya mampu berangan saja la. Ada tak sesapa nak bagi hadiah kat aku? Hahaha.....Actually palm green combine ngan cassis purple macam gambar kat bawah ni gojes sangat. Oh...sudah-sudah le berangan. Kang ada yang kena makan cast iron plak sebab tak boleh nak beli beras. 

Thursday, March 26, 2015

Sleeping Bag

Baru-baru ni Next ada buat sale. Aku takde le sibuk sangat pasal sale dia sebab masa hari pertama dia sale aku tengok kat online takde apa yang menarik pon. Tapi sebab ada barang yang aku beli dari Next dua bulan lepas kena pi collect from its store, aku pon tersinggah tengok barang-barang sale yang ada kat rak. Then ternampak sleeping bed untuk budak lelaki yang sangat comel. Memang sebelum ni aku teringin sangat nak beli untuk Ismael n Ielyas. Oleh kerana sleeping bed yang sale tu kiut sangat dan jauh lebih murah dari harga asalnya aku pon beli untuk Ismael n Ielyas sorang satu.  

Masa ni Ismael testing sleeping beg dia for the first time. Ielyas tengah tido jadi Ismael testing sorang-sorang. Kat sleeping bed tu ada kartun fireman. Kebetulan Ismael suka dengan watak Fireman Sam jadi dia excited sangat bila tengok sleeping bed tu. 

Close up skit. Harga asalnya £38. Harga sale £13. InsyaAllah boleh guna sampai umur Ismael 7 tahun. Sebab boleh pakai lama lagi tu yang aku excited beli. Ooopss...dahi Ismael berbelang sebab dia buat face painting sendiri, kengkonon muka harimau. Huhuhu....

Saturday, March 14, 2015

Mookau and Design Studio

Sabtu minggu lepas Ismael ngan Ielyas ada sesi belajar main tenis kat Rustlings Lawn Tennis Club. Tak jauh dari club tu ada deretan macam-macam jenis kedai. Deretan kedai tu secara spesifiknya terletak di Ecclesall Road. Kiri kanan Ecclesall Road tu kira penuh la dengan kedai. Ada kedai kopi, kedai makan, kedai charity, kedai bunga dan pelbagai butik. Nampak meriah! Dah banyak kali kami lalu situ tapi tak pernah pon berhenti singgah jalan tu sebelum ni.

Sementara tunggu Ismael n Ielyas belajar main tenis hari tu aku ngan hasben gi la merayau-rayau kat situ. Kebetulan cuaca hari tu sunny, memang nampak lagi meriah sebab orang ramai keluar. Kami sempat singgah masuk beberapa kedai dengan masa yang terhad sebab latihan tenis anak-anak tinggal tak sampai sejam. Antara kedai yang kami sempat masuk tu ada dua kedai yang aku suka: Mookau dan Design Studio.


Mookau tu butik ala-ala butik Lovely Lace di Malaysia. Kat sini ada jual macam-macam barang yang biasanya orang pompuan suka. Antara yang aku suka: handbag, blouse and dress dia. Sweet sangat tapi bila tengok harganya aku tak rasa nak beli lagi setakat ni. Huhuhu.....Keluar dari Mookau hari tu aku beli benda kat bawah ni. Kengkonon nak buat hiasan untuk gantung photos or notes.

£1 untuk 8 penyepit. Comel-comel je saiznya. Panjang setiap satu lebih kurang panjang dua ruas jari kelingking aku.


Design Studio plak kedai jual gifts and cards. Apa yang menarik kad yang dijual kat situ banyak yang pelik-pelik dan unik yang aku rasa susah nak dapat kat tempat lain. Tapi kami tak beli apa-apa kat situ. Cuma tengok-tengok je. Sesapa yang dok Sheffield kalau nak cari special wishing card for somebody special boleh le try cari kat sini. 

Thursday, March 5, 2015

Beli Portmeirion Lagi

Aku dah gila Portmeirion skang ni. Huhuhu.... Malangnya online marquee sale di Portmeirion official website jual pinggan n mangkuk dalam bentuk bundle dengan bilangan 6 pieces for every bundle. So, aku tak boleh le nak beli sale items tu dengan bilangan ikut suka aku. Itu takpe lagi. Yang membuatkan aku konpem tak beli dari sale tu ialah sebab dari 6 pieces tu plak kita tak boleh pilih corak dan kita tak tahu corak mana kita akan dapat. Selain tu kena bayar kos pos lagi sebab belian aku konpem takkan cecah jumlah belian minimun (at least £100) untuk dapat free shipping. 

Skang ni dah takde dah in store marquee sale yang jual giler murah macam masa aku fisrt year kat sini dulu. Masa tu aku masih ada penyakit darab duit pound kepada RM jadi aku rasa semua macam mahal padahal harga masa tu jauh lebih murah daripada harga sale paling murah aku boleh beli skang. So masa tu aku beli sikit je. Pastu yang lagi best aku tak tau harga Portmeirion kat Malaysia. Bila dah tau......aku pon mula le belek semua range yang ada. Yang aku paling minat Botanic Roses dan Pomona. Botanic roses aku suka semua jenis pattern tapi untuk Pomona aku hanya kumpul design buah kiwi, peach n blackberries je.  Selain tu aku minat jugak kumpul certain design dari Botanic Garden dan jugak Dawn Chorus. 

Since aku tak interested with offer for current marquee sale maka bersabarlah aku menunggu offer lain yang aku rasa sanggup nak beli untuk mencukupkan koleksi Portmeirion aku. Pastu.... jeng... jeng...jeng.... Baru-baru ni dapat 10 Pomona dessert bowls (design buah kiwi, peach n blackberries) n 6 Botanic Garden soup bowls (design bunga tiga bulan kaler biru). Aku beli dari Tk Maxx dengan design dan bilangan yang aku nak. Actually aku ambik semua design yang aku aim yang ada di rak. Tak banyak pon. 10 + 6 = 16 bekas je. Huhuhu.... 

Dessert bowl, £3.99 setiap satu. Kalau dengan harga ni kira macam beli Corelle le. 

Soup bowl, £4.99 setiap satu.

Semua mangkuk kat atas made in England. Ada original Portmeirion yang bukan made in England. Orang Malaysia selalunya nak yang made in England je. Aku tak kisah tapi of course le lebih suka yang made in England supaya bawa balik kenangan England sebenar. 

Nota kaki:
Kakak aku kata dia perasan dalam satu rancangan Rozita Che Wan pon pakai Portmeirion kat umah dia. Hehehe.....

Sunday, March 1, 2015

Gift Cards

Kat sini most retailers yang ada banyak rangkaian serata uk macam H&M, Next, Mothercare dan Argos, depa ada jual gift card. Gift card ni sebenarnya kita beli card untuk satu nilai duit tertentu dan kita bagi hadiah pada orang. Jadi orang yang dapat gift card boleh decide nak beli apa saja yang dia nak menggunakan nilai duit yang ada pada gift card tu di retailer berkenaan. Kiranya kalau rasa susah sangat nak decide atau malas nak fikir nak beli hadiah apa untuk somebody secara specific, gift card mungkin pilihan yang baik. 

Kat Malaysia kita pon ada konsep gift card ni cuma bukan dalam bentuk gift card tapi voucher. Ke skang dah ada pon jual gift card kat Malaysia secara meluas? Voucher rupanya tak cantik, printed atas kertas. Gift card yang jual kat sini cantik-cantik. Ada sesetengah tu siap tulis 'happy birthday', 'congratulations' dan macam-macam lagi. Bila kita dapat gift card tu kita bukan setakat boleh shopping in store but also shopping secara online. 

At the moment aku ada dua gift card yang blom guna. Sapa lagi nak bagi kalau bukan hasben yang bagi. Satu hadiah anniversarry tahun lepas n satu lagi hadiah birthday baru-baru ni. 

Dah tau dah nak beli apa dengan duit pada gift card ni cuma tengah tunggu item yang aku nak tu sale baru rasa sanggup nak beli. 

Gift card Boots ni hadiah sampingan hari jadi aku hari tu. Yang ni tak tau lagi nak beli apa sebab blom sempat nak belek apa nak beli. Oh ya, Boots ni untuk pengetahuan adalah retailer ala-ala Guardian atau Watson di Malaysia.  

Saturday, February 21, 2015

Silver Plated Tableware @ Queen Anne

Dah lama dah aku teringin nak ke Queen Anne factory shop di Birmingham. Tapi tu la....nak pergi tu kedainya hanya bukak masa weekdays je. Oleh kerana tengah cuti skolah, Khamis baru ni kami ambik kesempatan ke sana. Sampai sana memang betullah seperti yang aku pernah tengok dalam gambar kawan aku ke sana beberapa tahun dulu. Kedainya tu memang nampak biasa je. Macam kedai kat kampung-kampung. Masa kami gi tu siap berselerak kotak sana-sini. Maybe sebab ada yang memunggah nak tengok barang dalam kotak. 




Kalau ikutkan apa yang dijual di kilang tu katanya yang 2nd quality, ada defect sikit. Biasalah... barang nak export mesti nak hantar yang nampak perfect. Bahagian yang defect tu sikit sangat, biasanya tak nampak pon kalau tak belek. 

Dah sampai sana biasalah mak-mak kan..... rambang mata tak tau nak pilih yang mana sebab rasa itu ini nak beli. Oleh kerana dah terasa memang takkan datang lagi ke situ sebab jaraknya yang aku kira jauh dari Sheffield (140 km) dan belum tentu ada masa lagi nak ke sana jadi aku belilah yang mana rasa nak pakai. Aku belikan sekali untuk kakak aku. Dah beli-beli tu orang kedai tu bagi aku pilih dua dulang medium or small size for free! Yang bahagian kakak aku dia bagi dua bekas tisu free. Best....best....


Antara tableware yang aku beli untuk aku n kakak aku






Kalau sesapa nak ke sana jika pakai Garmin dengan poskod WS107PD yang diberi dalam official website Queen Anne akan bawa kita ke satu jalan tak jauh dari kilang tu. Tanya je sesapa kat situ kat mana kilang Queen Anne tu. Kalau orang yang ditanya tak tau kilang tu cer try sebut nama jalan, Holyhead Road. Orang yang kami tanya tu empat-empat orang tak tau kat mana Queen Anne tapi bila sebut nama jalannya tahu pulak depa siap boleh describe arahnya precisely. 

Actually kalau kita beli betul-betul banyak boleh dapat harga special. Contohnya kalau nak beli casserole 10 bekas yang harga setiap satu £11, dia boleh bagi satu dengan harga £10. Pastu dah beli total tu banyak cuba la tanya free gift plak. So, jangan lupa request harga special kalau beli banyak ye. Aku beli tak banyak jadi takde le harga special. Jangan tak tau, tuan kedai tu kata ada orang Malaysia datang situ beli sampai ribu pound! Meniaga kot....Oh, ye jangan lupa jugak bawak duit cash kalau ke sana sebab cash transaction saja diterima.


Yang bawah ni aku tak beli tapi saja je nak tunjuk bagi terliur. Hahaha.....







Beli jangan tak beli. Made in England dan harga kat Malaysia sangatlah mahal okey.....Rata-rata yang aku tengok jual di Malaysia jual harga sekali ganda atau lebih dari harga yang boleh dibeli kat factory shop di sini.  

Kami ke Birmingham hari tu hanya semata-mata ke Queen Anne, gi lunch dan pastu solat di satu masjid besar di sana. Pastu trus balik Sheffield. Walau pergi satu tempat je aritu, rasa best tu tak terungkap. Hehehe.... 

Thursday, February 12, 2015

Obsesi Alium

Aku suka dengan barang-barang yang ada motif bunga alium dan jugak motif yang menyerupainya terutamanya untuk barang-barang hiasan rumah. Dah lama dah aku berkenan dengan motif bunga alium, sebelum aku kawin lagi walaupun masa tu aku tak pernah pon tau rupa real bunganya. Tapi masa tu aku cuma mampu suka dalam hati, tak mampu nak beli dan takde keperluan sama. Bila datang UK aku perasan boleh jumpa banyak benda kat sini dengan motif bunga favourite aku ni. Ingat lagi, masa mula-mula nak mulakan kehidupan kami kat sini empat biji mug pertama yang aku beli ada motif bunga alium. Walaupon mahal sikit aku pilih yang itu jugak selain nak matching kan dengan warna set pinggan mangkuk pertama kami kat sini.

  
Dan bila dapat tengok dengan mata kepala sendiri dari dekat bunga alium tu rasa suka aku pada motif bunga alium bertambah-tambah. Tanpa aku sedari aku jadi obses dengan motif bunga alium. Hampir setiap barang perhiasan rumah n perkakas rumah yang ada motif bunga alium nampak gojes di mata aku. Haa....mai tengok apa yang aku beli ada motif bunga ni selain dari mug kat atas tu. 

Shower curtain ni aku beli di B&M menggantikan shower curtain sebelumnya yang dah uzur. Hasben insist untuk beli jadi aku pilih yang ni. Selain cantik antara yang termurah ada dalam pasaran. 

Ini pasu hiasan yang aku ada tunjuk dalam post terdahulu. Beli di Next. 

Langsir beli dari Next jugak

Aku beli langsir tu baru-baru ni. Dah lama sangat aku berkenan. Tapi masa first time tengok dulu tak boleh nak beli sebab tak sure nak beli saiz apa. Tapi aku tau kalau aku sure saiznya pun mesti rasa tak sanggup nak beli sebab giler mahal. Then Januari lepas ada sale 50% off. Malangnya aku tak sempat nak beli sebab dah sold out. Pastu baru-baru ni aku terperasan ada stok balik. Cepat-cepat aku beli (beli online sebab ada jual  online je) sampai terlambat buat sarapan untuk anak-anak nak gi skolah. Tup...tup...aku terperasan aku terlupa beli untuk satu tingkap. Bila tengok website balik saiz yang aku nak dah sold out. Stress plak jadinya. Tetiba terfikir nak tengok berkali-kali kot-kot ada orang yang dah klik masuk shopping cart tapi lepas tu tak jadi beli. So, maybe akan ada balik saiz yang aku nak. Alhamdulillah, Allah meleraikan keserabutan aku. Lepas beberapa jam saiz yang aku nak tu ada balik dalam clearance items. So, settle masalah. Aku pon happy sebab hasrat nak beli langsir dengan motif bunga alium yang jugak menepati theme colour yang aku nak tercapai. Haa....tu dia kisah nak beli curtain motif bunga alium punya pasal. Punya obses tak obses. Huhuhu....

Inilah bunga alium. Ini salah satu jenis baru. Gambar ni aku ambik masa spring tahun lepas di Sheffield Peace Garden. Masa tu kami bawa mak n abah aku pusing-pusing tengok bandar Sheffield. Cantik kan? Kalau cantik jangan korang obses macam aku sudah. Hehehe....