2 Ogos 2015 aritu kami laki bini telah mencipta sejarah pergi berniaga di carboot sale. Biasanya kami jadi pembeli je tapi aritu kami jadi seller. Hahaha....kami berniaga di carboot sale Thorpe Hesley, carboot yang tak berapa nak femes di kalangan orang melayu kat sheffield atau maybe org melayu tak berapa suka ke carboot sale kat situ sebab depa rasa carboot dia tak besar. Kalau ramai orang melayu segan pulak nak meniaga sebab terasa macam kami ni pulun sangat. Lagi pon itu le lokasi carboot sale antara yang terdekat dengan rumah kami. So, kalau tak balik modal pon tak le rasa ralat sangat sebab tak invest duit minyak kereta n masa banyak sangat. To be honest misi kami sebenarnya untuk mengosongkan ruang, menjual apa yang masih elok tapi kami dah tak perlukan supaya orang lain plak boleh manfaatkan. Nanti balik Malaysia takdelah aku rasa serabut simpan unused items. Takdelah fikir untung sangat sebab masa tu target kalau untung £20 pon dah kira ok sangat dah. Sapa nak bagi derma mudah-mudah kat bank akaun kami £20 kan? Huhuhu.....
Dua hari sebelum pergi berjualan tu kami dah kumpul barang-barang nak jual. Few weeks before nak meniaga kami dah start reserve duit kecik supaya senang nak pulangkan duit baki kat orang membeli. Macam-macamlah kami jual. Seawal jam 5.00 pagi kami dah bangun bersiap n mengankut barang ke kereta n 6.00 pagi kami dah keluar dari rumah ke tempat berniaga. Sampai kat tempat nak berniaga tu rupa-rupanya tak bukak lagi. Bukannya apa, orang yang in charge uruskan carboot tak mai lagi. So pagar berkunci. Yang nak meniaga dah beratur panjang dengan kereta masing-masing termasuk kami. Jem jugaklah jalan raya dari dua-dua arah sebab ada rasanya dekat seratus kereta peniaga dok beratur menunggu. Ada yang dah maki-maki kat organizer sebab lambat. Patutnya sampai dah boleh bukak carboot sedia untuk berniaga tapi terpaksa tunggu plak. Lama jugak kena tunggu. Sampaikan orang yang nak membeli pon ramai yang dah sampai. Ada jugak peniaga dah cabut, most probably decided berniaga kat tempat lain. Kami hampir nak cabut meniaga kat tempat lain jugak. Tapi sebab tengok orang lain masih ramai yang setia menunggu kami pon tunggulah jugak. Siap matikan enjin kereta sementara menungggu tu. Rasanya ada kot dalam 45 minit menunggu.
|
Kereta para peniaga berbaris menunggu nak masuk kawasan carboot sale |
|
Salah sorang peniaga tengah tensen menunggu. Huhuhu.... |
Elok dapat masuk je ke tempat meniaga kami laki bini kelam kabut le setup tempat sebab kalau boleh tak mau terlepas jualan untuk orang yang datang awal. Bukan kami je kalut, peniaga lain pon sama. Kami bernasib baik sebab caj masuk meniaga hanya £5. Kami ingatkan £10. Alhamdulillah, tak sampai setengah jam meniaga kami dah cover modal caj meniaga. Tengah-tengah meniaga hujan turun la plak. Kami dah rasa kecewa jugak. Mujur renyai-renyai je. Then cuaca kembali ok. So dapatlah terus berniaga.
Orang yang datang membeli taklah ramai sangat tapi boleh kata tak putus yang lalu dan datang menjenguk. Alhamdulillah, misi kami kira berjaya. Walaupon masih ada brang-barang yang nak kena bawak balik semula, dah tak banyak yang tinggal. Yang besar-besar semuanya berjaya let go. Percaya atau tak bila dah balik rumah dan aku kira-kira secara anggarannya kami untung lebih £60! Kami bukan jual sampah ok.....kami jual barang elok. Alhamdulillah, cover le duit beli barang dapur untuk lebih seminggu.