Monday, June 30, 2014

Kembang Selaman

Kami sungguh bertuah bila berpindah ke umah sewa baru sebab di laman belakang umah tak berhenti-henti macam-macam bunga berkembang sepanjang spring n summer. Itu blom masuk yang kami dapat nikmati dari umah jiran-jiran lagi. Jom tengok bunga apa yang kami dapat nikmati dari laman belakang umah untuk summer kali ni.

Ini salah satu spesis bunga ros. Warnanya sangat terang tapi tak wangi.

Inilah bunga camomile. Sbenarnya bunga ni banyak tumbuh meliar di UK

Bunga ni terdiri daripada dua warna utaman, merah dan ungu. Ini blom kembang sepenuhnya lagi.

Bunga putih ni pokoknya tinggi dan berbau harum. Yang aku dapat amik gambar ni sebab ada dahan dia yang berjuntai ke bawah. Oleh kerana pokoknya besar, bunganya ada beribu-ribu tak terkira. Bila kelopak bunganya jatuh bertaburan ke tanah dan kita berdiri kat situ rasa macam berada di fairytale garden.

Bunga ros ni baunya harum semerbak dan bila berkembang kebanyakan bunganya mencecah sebesar tapak tangan yang dibuka.

Yang pastinya kami takkan dapat nikmati lagi bunga-bunga kat atas di laman umah di Kuantan. Alhamdulillah di atas peluang yang diberikanNya.

Saturday, June 28, 2014

Sale Giler-Giler, Ter'shopping Giler-Giler @ Mothercare

Few days ago aku ternampak post sorang kawan di FB bagitau kata ada sale kat Mothercare. Yang buat aku teruja sangat tu dia kata ada sesetengah baju boleh dapat serendah 50p (kiranya macam 50 sen la). Kalau darab dengan current currency exchange dalam 5.5 x 0.50 = RM1.25. Giler murah! Brand Mothercare ok......Baju t-shirt budak kat pasar malam pon lagi mahal rasanya.


Tiga gambar kat atas ni aku amik dari FB kawan aku

Kalau kat Malaysia brand Mothercare aku tak beli le sebab mahal yang amat. Kalau korang tengok kat website, t-shirt budak pompuan umur 1-3 tahun paling murah pon lebih RM30! Kalau seluar jeans budak lelaki umur 1-3 tahun lagi jangan harap boleh dapat murah. Paling murah pon lebih RM70! Kalau Mothercare Malaysia ada sale pon kat selected outlets je. Itu pon rasanya tak smua betul-betul murah.

Bila aku masuk je dalam kedai, aku tengok almost serata pelusuk tertera diskaun 70% untuk baju dan kasut. Dekat bahagian baju untuk saiz anak-anak aku (2-3 tahun) takde tulis nombor peratus lain, hanya 70%. Rasa macam tak percaya dan aku tanya dua salesgirl berbeza betul ke sume baju dan kasut ada sale 70%. Dia kata betul. Hasben aku pon macam tak percaya dan dia pon gi tanya skali lagi untuk pastikan betul-betul. Hasben rasa musykil sebab list harga less yang ditunjukkan hanya untuk item with original price start from GBP3 dan ke atas. Yang rendah dari tu takde tulis harga diskaunnya (walaupun pastinya aku blh congak dlm kepala je). Yang jadi musykil lagi dia tulis "diskaun 70% untuk baju dan kasut" bukan "diskaun 70% untuk SEMUA baju dan kasut".  Tu yang tanya sampai 3 kali tu. Huhuhu....

Oleh kerana bukan mudah nak dapat sale giler-giler kat Mothercare aku pon borong sakan. Pakai amik je dah tak kira berapa helai. Tiga gambar kat bawah ni adalah hasil ter'shopping giler-giler.

Setiap satu seluar ni harga asal antara GBP9-GBP15. Tapi sebab sale paling mahal GBP4.5 satu (lebih kurang RM25).

Siap dapat free hanger

Ini untuk souvenir, beli siap-siap

Masa nak bayar kami laki bini estimate total harga nak kena bayar dalam around GBP100++. Masa cashier dok scan tu giler rasa syok sebab tengok harga murah-murah dari biasa serendah 69p dan GBP1. Huhuhu.....boleh syok plak padahal nak kena kluar duit.  Lepas dah habis scan jumlah harga yang kami perlu bayar untuk smua baju dan seluar tu ialah GBP45.72. Best....best.....Jangan tak tau, kalau beli sume tu kat Malaysia dengan harga asal mau dekat RM1000 ooo.....

Monday, June 23, 2014

Apam Beras


Lama giler dah aku teringin nak makan apam beras, dah dekat 2 tahun tak makan. Dah lama nak cuba buat tapi masa awal-awal dok UK dulu takde kelengkapan. Bila dah ada kelengkapan tak berkesempatan plak nak buat (alasan....huhuhu....) Malam kelmarin bila rasa nak buat aku pon mula cari resepi kat internet. Bila baca cara buat rupanya kena perap bancuhan selama 3 jam. Aku mula rasa macam terbantut plak nak try sebab kalau nak makan masa breakfast aku kena bangun seawal kol 5 pagi supaya lebih kurang sebelum kol 8.30 pagi dah ready untuk dimakan. Ismael memang akan request nak breakfast setiap hari sebab dia dah biasa macam tu. Tapi mengenangkan betapa teringinnya nak makan apam beras aku pon kuatkan semangat cuba buat jugak.

Kengkonon nak bangun kol 5 pagi tapi hampeh....Hari Sabtu kan. Ooopss...jangan kata aku tak smayang. Skang ni summer jadi subuh masuk awal. Kol 3.30 pagi aku dah solat subuh. Pastu tido balik. Akhirnya aku jejak dapur kol 6.30 pagi. Dalam resepi kata perap 3 jam, aku just perap tak sampai 2 jam setengah sebab nak cepat siap. Bila Ismael turun nak breakfast aku bagi dia makan cereal dulu. Akhirnya dalam kol 9.30 pagi macam tu projek apam beras aku pon selesai. Alhamdulillah menjadi dan hasilnya adalah dalam gambar kat atas tu. 

Mujur Aisyah ada beli acuan silicon ni. Aku pakai acuan ni. Mudah nak basuh sebab finishing acuan dia kemas dan takde tajam-tajam macam acuan plastik.

Ini rupa before dikukus

Resepinya aku rujuk dari sini. Link lain pon aku tengok pakai resepi yang sama je. Sukatan yang diberi kira boleh dapat banyak bijik jugak. Kira cukuplah nak makan pagi petang. Cuma aku pernah dengar ada orang kata kalau nak buat apam beras elok bubuh skit Eno yang kaler biru tu tapi tak pasti apa tujuan sbenarnya. Walaupun yang aku buat ni takde bubuh Eno, aku rasa dah ok dah.

Friday, June 20, 2014

Jelajah Spain - Part 3 - Cordoba

Cordoba antara destinasi yang dinanti masa jelajah kami di bumi Spain sebab di Cordoba terdapat dua tempat tarikan pelancong yang merupakan antara yang tersohor di dunia. Alhamdulillah, kami berpeluang melawat kedua-duanya: Madinat al-Zahra dan Cordoba Mosque.
 

MADINAT AL-ZAHRA

Madinat al-Zahra merupakan sebuah kota yang terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar Cordoba yang telah dibina pada zaman kegemilangan Islam di Spain. Di bina antara 936-940 Masihi, Madinat al-Zahra telah dijadikan pusat pemerintahan pada masa tu dan dianggap bandar yang maju serta canggih. Namun selepas kejatuhan Islam di Spain dan berlaku peperangan, banyak binaannya telah musnah. Tinggalan bangunan yang dapat dilihat hari ni dipercayai hanya 10% saja dari keseluruhan keluasan asal kota.

Nak masuk melawat kena bayar. Tapi kami tak perlu bayar sebab dah include dalam pakej melancong yang kami ambik. Masa sampai ke sana kami terlebih dulu masuk tengok tayangan video penerangan ringkas mengenai sejarah Medinat al-Zahra.

Ini bilik tayangan videonya. Aku sempat snap satu foto ni je kat sini sebab lepas tu ada orang tegur bagitau kata tak boleh ambik gambar kat sini.

Pastu kami melawat muzium yang menempatkan artifak yang dijumpai dari tapak tinggalan kotanya. Kat muzium tu tak dibenarkan ambik gambar dan kalau gi muzium ni jangan terkejut dengan pengawal-pengawal yang memerhati gerak-geri kita dalam muzium dengan riak muka yang sangatlah tidak friendly. Sangat susah nak senyum dan kalau sesapa yang ambik gambar akan ditegur dengan nada yang aku anggap sebagai kasar dengan muka garang. Aku agak depa sangat prejudis dengan orang Islam kerana sejarah. Masa di muzium tu anak kami pi pegang cermin dekat tangga. Dia marah dengan muka cengil. Budak....manalah dia tahu tak boleh pegang. Lagi pon kalau tak mau orang pegang cermin sebab akan nampak comot, jangan lah bubuh cermin kat situ. Pakai le material lain yang orang sentuh tak jadi apa. Bengong!

Lepas melawat muzium kami kena naik bas yang disediakan oleh pihak muzium untuk ke tapak tinggalan kota Medinat al-Zahra, tak boleh naik kenderaan sendiri. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 minit dan kalau ada anak kecik tak payahlah rajin sangat nak bawa pushchair sebab tempat yang nak dilawat memang tak sesuai langsung nak bawa pushchair sebab bertingkat-tingkat. Jom tengok apa tinggalan sejarah Medinat al-Zahra.






Bergambar dengan sebahagian daripada ahli rombongan kami


CORDOBA MOSQUE

Selesai lawatan kami di Madinat al-Zahra, bas rombongan kami menuju plak ke pusat bandar Cordoba. Seperti yang aku sebut dalam entri Jelajah Spain - Part 2 sebelum ni, setiap bandar utama di Spain ada dua pusat bandar, lama dan baru. Dan sudah tentunya tempat sejarah terletak kat pusat bandar lama.  Oleh kerana bas secara umumnya tak boleh akses ke pusat bandar lama kerana jalan yang sempit jadi bas kami perlu drop kami jauh skit dari destinasi yang nak dituju. 

Masa bas kami berhenti untuk drop kami, hujan turun agak lebat. Masjid Cordoba yang kami nak gi tengok tu jauh jugaklah kalau jalan kaki. Kebetulan ada orang jual payung dekat tempat bas kami berhenti. Malangnya harga payung mahal giler. Lima euro untuk satu payung! Kalau kat Sheffield baru 99 pence je untuk payung dengan kualiti yang sama (1 pound tak jauh beza dengan satu euro). Kalau kami laki bini je yang nak redah hujan, kira biarlah basah pon tapi mengenangkan anak-anak, takut kalau demam payah plak jadi kami terpaksalah beli jugak. Beli dua payung ok....Itu pon depa tetap basah jugak sebab payung tak dapat diposisikan dalam keadaan betul. Mana taknya, kami laki bini masing-masing tolak sorang satu pushchair dan pada masa yg sama kena pegang payung.

Yang hasben aku berdiri amik gambat ni area kat mana bas kami berhenti. Dari sini kami kena jalan melalui Roman Bridge kat belakang tu untuk gi ke Cordoba Mosque (yang nampak ada 3 menara). Jauh jugak kan kami nak kena jalan? Elok-elok nak mula lalu bridge tu hujan turun boleh tahan lebat.

Oleh kerana hari dah melewati tengah hari kami ditunjukkan oleh tour guide kami kat mana nak cari makanan halal. Ada dua kedai halal je yang kami boleh pilih, terletak tak jauh dari Cordoba Mosque yang nak dilawati. Kami pilih restoren yang dikatakan harganya murah skit berbanding restoren yang satu lagi. Tapi serius, aku rasa masih mahal sebab kami masih perlu spend lebih 20 euro untuk 3 hidangan. Sekali lagi rasa ralat harga makan mahal tu di cover oleh budi baik tuan restoren yang telah membenarkan kami untuk tumpang solat di situ. 

Sebelum kami masuk Cordoba Mosque, kami dimaklumkan oleh tour guide kami yang kami akan sentiasa diperhatikan masa berada di dalamnya. Oh, lupa nak bagitau. Fungsi Cordoba Mosque sebagai sebuah masjid hanya tinggal sejarah je. Sekarang ni fungsinya ialah sebagai sebuah gereja Kristian Roman Katolik (untuk kawasan tertentu) selain sebagai tempat tumpuan pelancong. Jadi di kalangan penduduk tempatan Cordoba Mosque jugak dikenali sebagai Mosque-Cathedral of Cordoba. Memang sadis lah. Kami juga diingatkan oleh tour guide kami yang kami tak boleh duduk-duduk di dalam tu atau tunduk-tunduk sebab pengawal kat situ akan dekati kami dan kalau silap haribulan boleh dihalau keluar. Serius betul sebab masa kami kat dalam tu ada sekali anak kami meragam dan aku pon bertinggung nak pujuk. Pengawal dia datang dekat perhatikan aku dan suruh aku bangun. Kenapa? Sebab depa tak mau orang Islam cuba nak tunaikan solat dalam tu. Giler psiko!

Senibina bangunannya memang jelas sangat tinggalan sejarah Islam. Kalimah Alllah, nama nabi Muhammad dan ayat al-Quran terpahat di merata-rata dinding dan siling. Memang sedih lah sebab kat dalam tu jugak penuh dengan patung-patung.

Dalam Cordoba Mosque. Besar sangat sebenarnya masjid ni menggambarkan betapa ramainya orang Islam di Spain pada satu ketika dulu. Skarang memang sangat susah nak jumpa orang Islam di Spain.

Terdapat lebih 850 tiang yang menyokong struktur binaan masjid. Kalau dapat tengok dengan mata kepala sendiri memang pemandangan dalam masjid sangat mengagumkan bila memikirkan betapa hebatnya tamadun Islam pada zaman tu dari pelbagai segi. Yang korang tengok dalam gambar aku ni maybe korang rasa nampak macam biasa je sebab kamera aku tak cukup canggih selain teknik ambik gambar yang tak pro. Oooppss...bukan aku kutuk jurugambar bidan terjun kami tapi aku kutuk diri aku sendiri sebenarnya.

Gambar kiri: Struktur gerbang berbentuk ladam kuda yang memenuhi masjid dipercayai mampu memantulkan bunyi laungan azan dan bacaan imam tanpa teknologi microphone.  
Gambar kanan: Pemandangan di mimbar utama yang nyata terserlah ciri seni bina Islam. 







Dari dua gambar kat atas ni kita boleh nampak seni bina Kristian telah ditambah kepada seni bina Islam yang asal


Courtyard area of Cordoba Mosque which preserves its orange trees

Antara pemandangan struktur luar Cordoba Mosque

Lawatan kami ke Cordoba pada hari ketiga selesai selepas tengok Cordoba Mosque. Nantikan bahagian terakhir catatan siri Jelajah Spain kami. InshaaAllah aku akan cerita plak pasal lawatan kami ke Granada.

Thursday, June 19, 2014

Fresh Wild Flowers In the House!


I luv summer as more wild flowers bloom during this season. Bunga liar seperti poppy, camomile, roses dan macam2 lagi yg aku x tahu namanya banyak kelihatan di tepi-tepi jalan. Macam-macam warna, macam-macam rupa. Apa lagi, petik-petik, bubuh dalam pasu untuk hias umah. Lepas layu, kutip yg lain plak n hias lagi. Bukan saja cantik lagi menyerikan umah, yang paling best free :)

Saturday, June 14, 2014

Mak dan Abah Melawat Kami di UK

Lepas setahun kami sekeluarga dok UK aku mula teringin sangat jumpa mak ngan abah tersayang. Tapi aku taklah meletakkan harapan yang tinggi yang depa akan bersetuju nak datang UK sebab maklumlah jauh, lebih jauh daripada perjalanan untuk pergi haji. Dan depa jugak tak pulak terasa mampu nak datang UK bila depa pikir harga tiket kapal terbang + kos belanja. Tapi lepas aku bagitau harga tiket kapal terbang untuk selected date taklah mahal sangat, mak dan abah mula seronok dan setuju (terutamanya mak) untuk mai sini. Mak cepat2 suruh aku tengok tarikh yang sesuai dan beli flight ticket. Mak kata lepas beli tiket nanti dia akan masukkan duit tiket ke akaun aku. Tapi sebab aku fikir aku nak seronokkan depa aku sponsor sume harga tiket. Actually lepas tu kakak aku pon tolong sponsor sebahagian dan sorang adik aku pon tolong sponsor jugak dengan bagi aku sekeping duit dinar emas :). Adik pompuan aku dan hasben dia plak tolong sponsor kelengkapan macam baju sejuk, beg tangan baru untuk mak ngan abah nak mai sini. Pastu adik-beradik aku smua kecuali sorang tolong hantar depa ke KLIA. Abang ipar aku yg sibuk kerja pon bersusah payah datang dengan kakak aku (kakak aku fly dr Kelantan ke KLIA) semata-mata nak ucapkan selamat jalan pada mak dan abah. Lebih mengharukan abang ipar aku bagi duit belanja yang aku kira cukup utk untuk mak ngan abah beli macam2 selama berada di UK. Adik bongsu aku, Safuan, tolong print segala e-tiket dan macam-macam lagi, siap dia tolong buat panduan elok-elok dan print apa nak kena buat lepas turun dari flight untuk masuk ke UK untuk memudahkan abah ngan mak.

Seminggu sebelum mak ngan abah bertolak, hari-hari aku tepon mak ngan abah. Betapa seronoknya aku rasa sebab rindu yang amat sangat dekat mak ngan abah. Aku n hasben sibuk tengok FlightRadar24.com (live flight tracker) selepas kapal terbang yang depa naik dari KLIA ke Doha berlepas pukul 8.50 malam pada 6 Mei 2014 waktu Malaysia. Bila tahu depa dah transit di Doha aku cuba tepon depa tapi tak dapat. Aku mula gabra. Lebih kurang sejam lepas tu baru dapat call dan lega sangat bila abah bagitau semuanya selamat.  Lepas solat subuh pagi 7 Mei 2014 waktu UK aku ngan hasben cepat-cepat ke Manchester Airport untuk sambut depa. Masa tunggu di airport perasaan aku bercampur-baur, happy, debar dan risau. Happy sebab akan dapat jumpa mak ngan abah, debar bila abah ngan mak masih tak kelihatan keluar dari balai ketibaan dan risau takut jadi apa-apa atau takut depa jadi tak sihat lepas perjalanan jauh atau sebab tak tahan dengan cuaca sejuk di UK.

Mak dan abah selamat sampai di Manchester Airport

Detik-detik masa abah dan mak baru keluar dari balai ketibaan. Masa ni aku sronok sangat sebab dapat jumpa depa selepas lebih setahun setengah tak jumpa. Tapi aku jugak rasa sebak bila aku tengok mak keletihan yang amat sangat sampai macam nak pengsan. Aku tengah pegang mak takut dia tetiba pengsan.

Inilah mak aku yang sangat aku sayang. Jelas muka mak nampak sangat letihnya tapi mak masih mampu tersenyum.

Alhamdulillah, mak ngan abah akhirnya selamat menjejakkan kaki di UK selepas hampir 24 jam perjalanan termasuk bertolak dr rumah adik ke KLIA, transit di Doha dan perjalanan naik kereta dr Manchester ke Sheffield. Masa depa sampai, mak nampak keletihan yang amat sangat, nampak macam nak pengsan. Abah kata mungkin sebab mak nampak macam nak pengsan, pegawai imigresen tak banyak soal dah dan cop passport depa cepat2.

Ya Allah, syukur sangat di atas nikmat Mu menemukan aku dengan kedua orang tua ku. Terlerai sekejap rindu setelah lebih setahun setengah tak jumpa mak ngan abah.

Terima kasih kepada semua adik-beradik aku atas sokongan untuk merealisasikan impian mak ngan abah datang UK dan jugak iringan doa semua untuk keselamatan dan kesihatan mak ngan abah. Luv u all.


Nota kaki: Rabu minggu lepas  mak ngan abah dah balik ke Malaysia. Khamis aku dah mula balik rutin harian n kerja di universiti macam biasa tapi sampai hari Jumaat aku masih x boleh concentrate study sbb sedih depa dah balik. Hari isnin berikutnya aku dah semangat balik. Semangat nak habiskan PhD cepat2 n nak balik cepat2.