Few days ago aku ternampak post sorang kawan di FB bagitau kata ada sale kat Mothercare. Yang buat aku teruja sangat tu dia kata ada sesetengah baju boleh dapat serendah 50p (kiranya macam 50 sen la). Kalau darab dengan current currency exchange dalam 5.5 x 0.50 = RM1.25. Giler murah! Brand Mothercare ok......Baju t-shirt budak kat pasar malam pon lagi mahal rasanya.
Tiga gambar kat atas ni aku amik dari FB kawan aku
Kalau kat Malaysia brand Mothercare aku tak beli le sebab mahal yang amat. Kalau korang tengok kat website, t-shirt budak pompuan umur 1-3 tahun paling murah pon lebih RM30! Kalau seluar jeans budak lelaki umur 1-3 tahun lagi jangan harap boleh dapat murah. Paling murah pon lebih RM70! Kalau Mothercare Malaysia ada sale pon kat selected outlets je. Itu pon rasanya tak smua betul-betul murah.
Bila aku masuk je dalam kedai, aku tengok almost serata pelusuk tertera diskaun 70% untuk baju dan kasut. Dekat bahagian baju untuk saiz anak-anak aku (2-3 tahun) takde tulis nombor peratus lain, hanya 70%. Rasa macam tak percaya dan aku tanya dua salesgirl berbeza betul ke sume baju dan kasut ada sale 70%. Dia kata betul. Hasben aku pon macam tak percaya dan dia pon gi tanya skali lagi untuk pastikan betul-betul. Hasben rasa musykil sebab list harga less yang ditunjukkan hanya untuk item with original price start from GBP3 dan ke atas. Yang rendah dari tu takde tulis harga diskaunnya (walaupun pastinya aku blh congak dlm kepala je). Yang jadi musykil lagi dia tulis "diskaun 70% untuk baju dan kasut" bukan "diskaun 70% untuk SEMUA baju dan kasut". Tu yang tanya sampai 3 kali tu. Huhuhu....
Oleh kerana bukan mudah nak dapat sale giler-giler kat Mothercare aku pon borong sakan. Pakai amik je dah tak kira berapa helai. Tiga gambar kat bawah ni adalah hasil ter'shopping giler-giler.
Setiap satu seluar ni harga asal antara GBP9-GBP15. Tapi sebab sale paling mahal GBP4.5 satu (lebih kurang RM25). |
Siap dapat free hanger |
Ini untuk souvenir, beli siap-siap |
Masa nak bayar kami laki bini estimate total harga nak kena bayar dalam around GBP100++. Masa cashier dok scan tu giler rasa syok sebab tengok harga murah-murah dari biasa serendah 69p dan GBP1. Huhuhu.....boleh syok plak padahal nak kena kluar duit. Lepas dah habis scan jumlah harga yang kami perlu bayar untuk smua baju dan seluar tu ialah GBP45.72. Best....best.....Jangan tak tau, kalau beli sume tu kat Malaysia dengan harga asal mau dekat RM1000 ooo.....
6 comments:
Salam,
Lyn, ni sale kat Sheffield ker? bestnyer..banyak option...
Mmg best. Kat Rotherham sbenarnya Yanti tapi dekat je dgn Sheffield. Yg I gi tu mmg harga dia x sama dengan yg high street punya.
Skang ni ada sale kat Mothercare. You blh tgk online.
Haah lyn, I dapat newsletter dia..btw thanks....
I dtg Sheffield 1-4 Sept ni sorg..leh lah u jadi tourist guide I...heheheh
Eh, ye ke? InshaAllah, kalau takde aral blh ....u ada conference ke?
Haah, InsyaAllah, ada conference RSS 2014.. Thanks Lyn, hope to see you....
kak lyn, lepas tgok post akk ni shira terus tgok mothercare online. terus shopping baju newborn utk preparation ;)
Post a Comment