Sehari menjelang Aidilfitri kami berkumpul di rumah kawan aku untuk gotong-royong masak rendang kambing n daging. Kami masak rendang kambing untuk jamuan raya Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) n rendang daging plak untuk habuan setiap keluarga Darnall saja. Sambil rewang, dengar lagu raya. Aku suka sesi rewang tu sebab terasa mood raya. Masing-masing tak ke universiti sebab masing-masing dah sedia maklum awal-awal lagi pasal aktiviti rewang tu n aku memang takde mood dah nak ke universiti. Mood nak raya kan.... Tgk status kat FB ramai orang dah balik kampung lagi awal tatkala aku sibuk siapkan transfer report n buat programming. So, sehari menjelang aidilfitri memang takde hati dah nak dok kat meja ofis lagi. Stress!!!! Huhuhu..... lepas selesai rewang masing-masing balik ke rumah. Di rumah kawan yang sama kami berkumpul semula untuk iftar terakhir dan takbir raya. Plan asal nak takbir di 3 buah rumah yang lain plak. Tapi sebab masing-masing dah letih, just takbir di rumah di mana kami buka puasa bersama.
 |
Satu periuk masak rendang daging n satu periuk lagi masak rendang kambing |
 |
Kaum ibu buat kerja potong-memotong n mesin bahan-bahan memasak |
 |
Sementara menunggu waktu berbuka lepas selesai rewang |
 |
Tuan rumah bertudung biru tengah sibuk menghidang sebelum masuk waktu berbuka puasa |
 |
Pembahagian rendang daging lepas selesai iftar sebelum masing-masing nak balik rumah |
Pagi-pagi raya kami bersiap-sedia ke
Pakistan Muslim Centre (PMC) sebab dewan di situ telah disewa oleh
komuniti Melayu di sini untuk solat aidilfitri dan jamuan raya. Aku n
hasben kena gi awal ke sana sebab kami AJK persatuan jadi nak kena sedia
apa yang patut sebelum tetamu lain datang. So, dengan baju terbaik yang
paling cun aku ada (takde baju raya baru untuk tahun ni) aku ngan
hasben dan dibantu aisyah sibuk susun kerusi meja untuk tetamu. Sambutan Aidilfitri takde
apa yang menarik sangat n taklah meriah mana pada aku. Sronok lagi sambutan Aidiladha tahun
lepas sebab dewan PMC turut dipenuhi dengan student undergrad n lebih
banyak juadah sampingan. Sambutan Aidilfitri plak tak ramai student
undergrad sebab ramai yang balik ke Malaysia, cuti semester panjang.
Namun syukur sebab dengan anak kecik dua orang, Allah izinkan kami suami
isteri n even Aisyah dapat solat sunat Aidilfitri dengan aman.
 |
Bergambar di pagi raya sebelum ke PMC |
 |
Budak-budak Sokolah Malaysia Sheffield tengah buat persembahan masa majlis sambutan aidilfitri PMPMS, lepas solat sunat aidilfitri. Ada sesetengah budak-budak ni tak tau apa pon maksud lagu raya yang depa nyanyi sebab tak pandai bahasa Melayu |
 |
Tengah menonton persembahan |
 |
Barisan kabinet PMPMS bergambar bersama selepas majlis sambutan aidilfitri selesai |
Sebab letih ke sana ke mari masa sehari
sebelum raya aku sbenarnya telah terlupa nak buat nasi impit. Menu
penting untuk hari raya! Mujur banyak nasi impit untuk jamuan raya di
PMC banyak lebih. Jadi aku bawa balik dan rupanya ada hikmah aku terlupa
sbb Allah nak takdirkan tak berlaku pembaziran :)
Aidilfitri
pertama kami di UK pada hari raya pertama tidaklah semeriah yang aku
jangkakan. Aku ingat semua orang sedia juadah hari raya untuk tetamu
macam kami. Walaupon kami tidak officially plan nak buat open house pada
hari raya pertama, rumah kami tetap buat persediaan untuk menerima
mana-mana tetamu yang nak datang beraya, macam persediaan biasa yang aku
rasa mostly setiap rumah di Malaysia buat untuk hari raya pertama. Kami
sedia laksam untuk orang datang beraya. Rupa-rupanya, sini kalau kita
tak jemput bersungguh (mungkin blh diandaikan kita announce buat open
house), orang tak datang pon beraya ke rumah kita. Oleh kerana risau
takut takde sapa nak makan laksam yang banyak jugak dah buat, aku pon
suruh le hasben jemput melalui FB orang Darnall n beberapa kawan dia
datang ke rumah. Malangnya laksam tak cukuplah plak sebab masing-masing
suka laksam sampaikan aku sendiri tak sempat jamah langsung. So, yang
lain makan kuih raya je la. Mujur banyak jenis jugak kuih raya untuk
tetamu. Ada 8 jenis smuanya, hebat tak? Hehehe....
 |
Antara tetamu yang datang ke rumah kami |
Before kami bukak rumah kami untuk tetamu, kami gi beraya dulu ke rumah landlord kami yang jauhnya hanya beberapa depa dari rumah kami. Lepas selesai open house kat rumah kami, kami ke rumah kawan di city. So, itu jelah rumah yang kami dapat beraya. Kalau ada lagi yang menjemput, konpem 100% kami gi. Rasa sedih sangat sebab kalau di Malaysia, baik beraya di Taiping mahupon di Sik memang sronok jalan beraya sana-sini ke rumah sedara-mara. Mujur juga ada dua rumah untuk dikunjung. Kalau takde langsung mesti super sedih. Huhuhu.....
 |
Open house rumah landlord kami |
Tapi ada jugak aku dengar ada famili yang dapat banyak jemputan open house sana-sini masa raya pertama sampai beraya hingga ke tengah malam. Rezeki depa. Kalau situasi macam tu mesti tak terasa sangat raya di perantauan.
Raya kedua, hari Jumaat, lebih sedih. Takde jemputan langsung! Rasa cam nak menangis pon ada. Nak gi universiti memang takde mood sebab dalam hati ada hari raya. So, apa lagi. Makan ketupat rendang n kuih raya yang ada kat rumah je la.
Untuk mengubat duka lara hari raya pertama dan kedua, kami gi ke rumah kawan hasben di Southampton pada hari raya ke-3, about 4 hours journey from Sheffield. Dia dah nak balik for good ke Malaysi. Tu yang kami datang berziarah tu. Walaupun tuan rumah sangat keletihan lepas angkut barang rumah depa ke kontena, depa tetap beri layanan terbaik. Terharu sangat.
 |
Bergambar kenangan dengan Intan, Shahrul dan anak-anak di rumahnya di Southampton |
Oleh kerana dah jauh jalan sampai 4 jam ke arah selatan UK, kami amik kesempatan gi
melawat Stonehenge sebelum ke Southampton. Tapi sebelum boleh sampai ke
Stonehenge tu mencabar jugak le sebab kena redah jem lebih 2 jam! Tapi
memandangkan tak senang nak sampai ke salah satu tempat pelancongan
terkemuka dunia tu, kami bersabar jelah untuk sampai ke sana.
 |
Hari raya kami p tengok batu |
Lepas ziarah kawan hasben kami terus balik Sheffield. Sampai Sheffield dah tengah malam. So, itulah citer raya pertama, kedua dan ketiga kami. Dan pada raya ke-5 kami dah ke universiti smula menjalankan rutin sebagai phd student.