Friday, August 16, 2013

Office Sementara

10 Jun yang lepas all postgrad students di bilik aku kena move ke satu bangunan baru sebab our department wanted to do some refurbishment. First, we were told that we have to stay at the temporary office around 4-6 months. But then we were informed later that we have to stay about 4 to 6 more weeks. Actually, I was really happy for the delay.

When we were first told that we have to move to a temporary office aku seriously worried dengan condition tempat baru yang mungkin rasa tak selesa. Tapi aku sangat bertuah sebab bilik yang aku pilih hanya 2 orang je yang pilih nak dok situ, aku dan sorang lg Chinese British student, namanya Carmen. Dia pulak kadang-kadang je datang office, maybe sekali atau paling banyak dua kali dalam seminggu. Jadi memang privacy giler aku dok kat office sementara ni. Siap boleh makan minum masa bulan puasa hari tu. Hehehe....Yang paling penting, tak kisahlah bagaimana buruknya rupa aku berkerut dahi n cakap sorang-sorang mengomel masa buat programming, takde sapa pon akan kisah. Memang syok to the maximumlah privacynya. 

Inilah rupa bangunannya di mana office sementara kami untuk lebih 2 bulan, di Victoria Street. Sebelah bangunan ada gereja lama yang digunakan oleh universiti untuk menyimpan inventori berupa perabot. Bilik aku tingkap yang bawah sbelah kiri.

Bangunan ni asalnya bukan department kami punya.

Inilah workspace sementara aku. Luas n sangat privacy


Letih-letih tengok pemandangan kat luar jap. Meja sebelah tu meja Carmen.

Aku jugak rasa bersyukur dapat ofis sebilik dengan Carmen sebab dia rajin jugak nak sembang2 n secara automatiknya dalam masa lebih 2 bulan dok di ofis sementara ni ada banyak vocabulary aku bertambah. Bukan tu saja, walaupun dia datang ke ofis bukan selalu ada beberapa menda yang berkaitan dengan kerja-kerja Phd aku telah dia share contohnya pasal Matlab. Dulu kami dok sebilik jugak tapi sebab meja dia jauh dari meja aku, kami jarang dapat jumpa. Tak pernah sembang2 pon macam kami sembang di bilik ofis sementara kami. Ada la aku dengar suara dia kat opis tapi tak nampak selalu sebab terlindung dengan partition yang agak tinggi. Tapi kalau berkesempatan nak sembang pon macam tak berani je nak buat dengan santai sebab bilik kami tu bilik postgrad yang super senyap, tak boleh bising-bising. Nanti ada yang tak senang hati. Bila dapat sembang kejap2 ngan dia di office sementara rasa release jugak tension dengan kerja-kerja research.

Kalau mengantuk boleh tido kat kerusi 3 sebaris tu tapi tak plak aku pernah buat walau sekali

Kebetulan after few weeks kami dok di ofis sementara tu bunga lavender tengah lebat berbunga. So, every morning datang kerja we were welcomed by the lavender fragrance for few weeks.

Tapi Selasa baru ni kami dah dapat email nak kena return to our original office next week n we have to pack everything this Friday. Giler rasa sayu. Office sementara dah le privacy, tandas pon dekat, ada fridge n instant boiler. Memang syok lah.
Kotak untuk letak barang kami dah diberi. Orang mover akan angkut this weekend rasanya. So, Isnin depan kami akan dok balik at our original office yang telah refurbish. Kotak biru kosong tu aku punya. Carmen dah siap kemas barang dia. Aku blom kemas lagi sbb boleh kemas last minute je sbb tak banyak barang

Masa kerja-kerja pemasangan perabot baru aku p tengok jap. Saja p naik atas office ni lepas lunch ngan hasben kat bawah.

Harap-harap workspace baru nanti aku akan rasa a lot better than what we have before. Masa gi tengok office tu pagi tadi, smua kerusi meja dah siap di pasang. Nampak macam ok lagi sbb aku bakal dapat meja baru yg lebih besar, kerusi baru, carpet baru n susunan meja yang lebih teratur. Kalau sebelum ni setiap postgrad student di bilik aku dapat perabot berbeza-beza (senior workspace lebih besar dan selesa), lepas ni semua dapat sama. So bilik nampak lebih kemas sebab perabot seragam. Harap-harap jugak aku dapat kedudukan meja yang aku pilih. Jadi kalau tetiba kekeringan idea bolehleh buat jap menda lain tanpa rasa bersalah. Huhuhu.....

2 comments:

Nora Jamil said...

cantiklah bagpack akak. suker.. brand ape ek? hoho

Naflyna said...

Oh, itu brand Golla. Tp yang kak lyn punya tu dia buat utk HP. Ramai juga yang suka masa kak lyn pakai kat Msia.

Bila pakai kat Sheffield ada 2 orang lg student Malaysia pompuan pon pakai design n kaler yang sama. Maksudnya memang comei la. Huhuhu.....


Ini rupa begnya from different views:

http://www.sulit.com.ph/index.php/view+classifieds/id/18466162/Updated+HP+Golla+Laptop+Bags+Backpacks+Cheap+Low+Price+Promo+Sale?referralKeywords=Golla+Bags&event=Search+Ranking,Position,1-4,4#advertisementDetails


Ini harga kat UK:

http://www.amazon.co.uk/Golla-Laptop-Backpack-Flora-red/dp/B001AUP1QM/ref=pd_sim_sbs_computers_2


Kak lyn beli kat M'si dalam RM80 kalau x silap.