Showing posts with label Nafri Nur Ismael. Show all posts
Showing posts with label Nafri Nur Ismael. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Ismael Masuk Darjah 1

Pejam celik pejam celik Ismael dah masuk darjah 1 dah pon. Kami pilih untuk masukkan dia di sekolah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Indera Sempurna (SRITIS), sekolah baru di perumahan kami duduk. Ismael dan 47 kawan dia yang lain adalah murid-murid batch pertama. Buat sementara waktu ni bangunan sekolah menyewa salah satu bangunan masjid. Jadinya sekolah terletak tak jauh dari rumah kami. Kalau naik motor tak sampai seminit dah sampai. Pihak sekolah sedang mencari tapak tetap dan dana untuk membina bangunan sekolah. 

Sukatan pelajaran tetap mengikut KSSR seperti mana sekolah kerajaan. Cumanya ada matapelajaran diniyyah (berdasarkan kurikulum KAFA) dan juga menghafaz al-Quran. So, anak-anak SRITIS nanti bukanlah semuanya nanti disasarkan jadi ustaz saja. Huhuhu....Sebab ada orang membayangkan kalau masuk sekolah agama boleh jadi ustaz je. Depa tetap boleh jadi doktor, saintis, ahli perniagaan dan macam-macam kerja lagi lah. 

Ismael bersedia untuk ke hari orientasi, 1/1/2017.

Acara pembahagian pelajar mengikut kelas. Ismael diletakkan dalam kelas 1 Syartibi. Yang pakai baju batik hitam tu mudir sekolah.

Ismael tengah beratur menunggu untuk masuk ke kelas bagi ujian pengesanan.

Berjalan masuk ke kelas. Ada budak dah pakai uniform hari orientasi. Masih ramai jugak blom beruniform sebab baju belum siap.

Ismael tekun menyiapkan tugasan.

Alhamdulillah, kelas ada aircond.

Buat masa ni memang aku tak nafikan kemudahan sekolah memang serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain terutamanya sekolah kerajaan. Tapi keperluan asas pembelajaran semuanya aku nampak dah cukup baik. Takkan ada yang lebih baik kalau takde permulaan kan? 

Minggu ni Ismael dah dapat pakai uniform sebab mama dengan gigih telah bersengkang mata jahit kaki seluar yang labuh. Seluar tu sengaja beli labuh supaya boleh pakai lama skit. Nanti bila tinggi sikit boleh buka satu lipatan. Tinggi tambah lagi, buka lagi satu lipatan. Tinggi tambah lagi, ok masa untuk seluar baru. 

Pemandangan sisi lain bangunan sementara SRITIS.

Ni gambar pagi tadi. Ismael masuk ke kelas.

Hari jumaat budak lelaki kena pakai jubah putih dan berserban. Tapi Ismael masa ni blom ada jubah lagi. Jadinya dia pakai jubah pasti. Ismael pakai jubah kaler hijau yang beratur kat bahagian depan tu. Mujur bukan dia sorang je tak pakai jubah putih masa ni. Kalau tak serius aku rasa bersalah kat dia sebab ganjil untuk kali kedua. Gambar ambik dari FB Sritis Indera Sempurna.

Alhamdulillah, Ismael takde masalah menyesuaikan diri dengan sekolah baru. In fact, dia nampak lebih happy. Hehehe....Bila tanya kenapa dia kata sebab tak kena tido kat skolah. Hahaha....Dulu masa kat PASTI dia kena tido kejap lepas solat Zohor dan dia tak suka tido. Kawasan sekolah plak kawasan yang dia dah biasa sebab hari-hari ikut papa dia gi masjid. Kawan baik dia masa di PASTI plak sekolah sama, siap sekelas lagi. Syukur sangat kami takde dengar dia merungut apa-apa yang tak best pasal sekolah tu. Kalau dulu berebut mintak hantar ke PASTI selepas hantar Ielyas, skarang dia mintak dihantarkan dia dulu. Dan aku perasan Ismael sangat suka boleh berdikari bila dia mintak diberi duit belanja dan boleh pilih apa saja yang dia nak beli di kantin sekolah. So, papa dia bagi sehari RM2 supaya dia boleh membeli masa rehat. Alhamdulillah, nampaknya dia sangat positif. Masa hari pertama ke sekolah secara rasmi (bukan hari orientasi), kami tak tunggu dia pon kat sekolah. Hantar dia kat muka pintu je. Dia ok je. Siap pakai baju lain dari yang lain lagi sebab aku tak sempat nak jahit seluar sekolah dia yang labuh. Aku cuak jugak bila tengok semua budak pakai uniform lengkap n dia sorang je pakai baju PASTI lain dari yang lain. Aku cuak dia mengamuk atau menangis sebab dia ganjil tapi syukur dia relax je. Hehehe.....

Besar dah anak mama. Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan dapat memberi sumbangan kepada agama dan negara, Amin. 

Friday, October 28, 2016

Mainan Dari Jepun

Monday last week Ismael n Ielyas dapat toy baru. Hasben kirim beli kat kawan dia yang duduk di Jepun. Mainan tu asal dari sana jadi murah le kat sana. Nak beli kat Malaysia mahal sangat. Cecah ratus-ratus kalau brand new. Kebetulan ada sorang kawan kami ada conference di Jepun. So, kirim melalui kawan tu bawa balik ke Malaysia.

Kawan tu tolong belikan kat kedai jual barang second hand. Yang kagumnya walaupon jual barang second hand siap ada beg plastik sendiri dengan proper packaging.

Ni lah mainan robot Gundam yang ditunggu-tunggu

Yang ni 950 Yen. Lebih kurang RM38

Yang ni plak 500 Yen. Dalam RM20.

Tuesday, October 4, 2016

Aktiviti Cuti 3 Hari

Cuti 3 hari baru-baru ni kami tak berjalan ke mana-mana memandangkan kami laki bini tak sedar sebelum tu akan ada cuti panjang. Kami hanya sedar beberapa hari sebelum. Kalau tak boleh merancang awal makan angin. Tapi tak sesuai jugak sebenarnya nak berjalan jauh memandangkan aku baru je lepas pantang. 

Jadi untuk menghiburkan Ismael dan Ielyas, kami buatlah aktiviti yang termampu, yang simple-simple aje. Oleh kerana depa tak sebut pon secara specific nak ke mana-mana jadi aku andaikan depa tak la rasa bosan selama cuti 3 hari tempoh hari.


SABTU

Pagi sampai petang - kami gi Window Shopping di SSF (ingat nak beli gubahan bunga siap tapi last2 tak beli sebab takde satu pon berkenan di hati), Megamall dan East Coast Mall. Di Megamall kami bagi peluang pada Ismael dan Ielyas pilih buku mewarna di kedai buku Popular. Balik dari window shopping trus depa sibuk mewarna buku masing-masing.

Malam - Kami tengok movie Harry Potter. Tapi sebab masing-masing penat window shopping di siang hari, last-last Harry Potter tengok kami. Huhuhu.....


AHAD

Pagi - Kami ke Pasar tani sebab ada kawan dari Melaka yang sama-sama belajar kat Sheffield dulu nak datang rumah. Jadi aku nak masak skit. First time Ismael n Ielyas ke pasar tani. 

Ismael n Ielyas nampak enjoy ke pasar tani

Ismael paling suka tengok ikan. Dia syok sangat dapat sentuh ikan patin yang tengah menggelepar tu.

Kalau boleh sume jenis ikan Ismael nak pegang

Abang Ismael tolong bagi adik Iedris minum susu

Ielyas tanya papa dengan nada tak bersalah, "Papa ada one hundred tak?" Dia nak suh beli arnab tu. Dia ingat seratus tu macam tak banyak macam beli choki choki kot. Huhuhu.....

Petang - Kami dan kawan yag datang ke rumah kami tu gi plak rumah kawan kami di Sungai Soi yang jugak dulu sama-sama belajar di Sheffield. Sambil jumpa kawan seperjuangan, kami tengok baby baru dia sekali. Kawan kami tu ada dua anak laki: Iman n Luqman. Ismael n Ielyas sronok sangat bermain dengan depa.

Tu dia aksi anak-anak menampakkan betapa sronoknya depa dapat main bersama


ISNIN

Petang - We baked a cake! Lepas baking si dua beradik main toys dia. Tapi yang paling aku terhibur tengok depa main dressing up. Pastu papa dia bawak depa sekali dengan baby Iedris ke playground tak jauh dari rumah kami.

Berebut nak kacau bancuhan kek

Tak sampai lima minit bancuhan kek masuk oven depa dah tanya kek dah masak ke blom. Huhuhu....Untuk pengetahuan aktiviti masak kek ni jugak bertujuan merasmikan my brand new built in oven.  

Vanilla cake dah siap masak

Main dressing up. Selalu jugak depa main dressing up. Depa ada beberapa helai baju untuk main dressing up dan semuanya kami beli di carboot sale masa di UK. 

Malam - Belajar membaca bahasa melayu. Kejap je...tak boleh lama-lama sebab takut depa jemu. Alhamdulillah nampak ada kemajuan. 


Menghiburkan anak-anak tak semestinya mesti pergi jauh dan perlukan kos yang banyak kan? Anak-anak masih boleh happy beraktiviti walau duduk di rumah. 

Monday, August 8, 2016

Main Play Doh

Dah lama dah si dua beradik request nak main Play Doh. Sejak depa nampak kami display Play Doh tu kat rak mainan depa, dah beberapa kali depa terutamanya Ismael merayu nak main. Tapi aku tak bagi sebab aku suruh dia tunggu sampai kami dapat clearkan ruang tamu rumah. Kejam nyer aku. Huhuhu.....Sebab kalau depa main Play Doh, aku tau akan bertambah serabut ruang tamu rumah yang dalam proses makeover dan jugak padat dengan kotak-kotak barang dari UK yang dalam proses unpack. 

Selepas lebih sebulan Play Doh tu hanya dapat depa pandang je di rak akhirnya Sabtu dua minggu lepas aku allow depa untuk main. Sudah tentunya selepas proses makeover dapur siap (95% siap) dan kotak-kotak dapat di clearkan dari ruang tamu. Berseri-seri muka si dua beradik. 



Sebelum depa mula main aku siap pesan jangan campurkan doh berlainan warna sebab kalau tak pesan sah depa akan buat macam tu. Bukan apa, kalau dah bercampur warna depa sendiri akan nampak tak seronok nak main dan benda tu bukannya murah nak beli kat Malaysia ni. Ielyas main kejap je. Ismael memang bersungguh dia main. Dari mula-mula diperkenalkan Play Doh di UK Ismael memang sangat suka. Sampai kadang-kadang tu habis ditempek serata tempat dan barang dalam rumah. Yang paling aku hangin bila dia tempek ke carpet rumah sebab nak menghilangkan kesannya tu memerlukan daya tenyehan yang kental. Huhuhu.....So, bila depa nak main setelah aku baru nak rasa lega tengok ruang utama rumah dalam keadaan sedap dipandang, depa hanya dibenarkan main di atas meja yang disediakan saja. Banyak betul peraturan aku. Huhuhu.....Tapi depa nampak ok je. Siap bergelak ketawa lagi sambil mengadun Play Doh tu.   

Tuesday, July 26, 2016

Sekolah Baru, Hidup Baru

Balik dari UK kami cepat-cepat cari sekolah untuk Ismael dan Ielyas. Merata sekolah tadika kami survey. Finally, kami daftarkan depa di PASTI Indera Sempurna, di kawasan perumahan kami duduk. Kalau ikutkan memang ramai staf universiti kami bekerja hantar anak sekolah di situ dan rata-ratanya bagi good comments. Tapi kami saja je tengok sekolah lain dulu. Sekolahnya dekat je dari rumah. Kalau naik kereta tak sampai dua minit dah boleh sampai.

Pemandangan dari tepi kelas Ismael

Hari pertama nak ke sekolah baru. Pakai baju biasa dulu sebab blom dapat uniform lagi

Kuning beg Ielyas, yang biru beg Ismael. Aku rasa macam sedih sikit sebab terpaksa beli beg murah sebab masa nak beli tu takde pilihan. Beg yang kualiti elok dengan karektor kartun favourite si dua beradik harganya lebih RM90 satu beg! Ada yang beratus harganya, Kalau tau beli kat UK siap-siap.

Ismael dengan uniform baru

Dua minggu pertama masalahnya hanya nak menyesuaikan dengan tempoh masa terutamanya Ielyas. Ielyas macam tak boleh terima sebab di UK dia hanya gi nursery 3 jam je. Tapi bila balik Malaysia dia kena berada di sekolah selama lebih kurang 10 jam (sekolah bersekali transit dan kelas kafa). Setiap kali hantar sekolah dalam dua minggu pertama tu muka dia selalu upset. Tapi mujur dia jarang buat hal untuk bangun pagi.

Ielyas bergambar dengan mualimah dan kawan-kawan sekelas

Ada masa depa ke sekolah naik moto, ada masa naik kereta

Kami daftarkan depa join taekwando. Gambar ni aku curi-curi ambik masa depa baru join. Uniform pon tak dapat lagi. Si dua beradik yang pakai baju merah. Masa ni Ielyas siap terlebih alim pakai kopiah. Huhuhu....

Selepas dua minggu Ielyas dah mula menyesuaikan diri. Mungkin sebab dia dah mula ada kawan. Tapi masalah lain plak datang. Masalahnya dengan Ismael plak kali ni. Tetiba je dia tak mau pergi sekolah. Part bangun pagi memang mencabar. Dia siap menangis mengamuk-ngamuk sakan tak mau gi sekolah. Kami laki bini jadi heran dengan perubahan dia. Masa tu aku syak sama ada dia kena buli dengan budak lain atau kena marah/tegur dengan cikgu yang dia tak dapat terima atau tetiba dia rasa sekolah kat Malaysia tak best compared to UK. Dalam lebih kurang dua minggu jugak kami bertarung dengan tantrum dia tak mau gi sekolah. Kadang-kadang hilang sabar jugak. Macam-macam alasan dia bagi bila ditanya kenapa dia tak mau gi sekolah. Pernah dua kali kami allow dia tak gi sekolah dan ikut kami gi office sebab percaya dengan alasan dia yang dia tak sihat. Tapi lepas tu kami dapat detect itu cuma alasan dia. Pada masa yang sama aku perasan Ismael yang aku kenal, bukan macam Ismael anak aku yang dulu. Most of the times dia dalam keadaan murung dan tak seceria selalu. Sampaikan aku jadi stress dan menangis mengenangkan perubahan tiba-tiba diri Ismael. Saban malam pulak kami terpaksa bangun malam beberapa kali sebab Ismael menangis bagitau dia takut sebab nampak sesuatu dalam bilik tido dia. Tapi kami rasa itu hanya perasaan dia. Aku syak dia jadi macam tu sebab terpengaruh dengan cerita upin-ipin yang ada cerita pasal toyol. Aku memang hangin betul masa tu dengan episod kartun upin ipin sentuh pasal toyol tu. Oleh sebab tu selalu jugaklah kami allow si dua beradik untuk tido berhimpit dalam bilik tido kami sebab bila dia tido dengan kami dia ok je. Sampailah satu malam aku tengok Ismael tengah tido dan nampak dia ketap gigi sampai kedengaran gigi dia berlaga. Aku pernah terbaca dan dengar ustaz cakap itu petanda ada jin mengganggu. Jadinya aku cadangkan suami cuba ikhtiar cara perubatan Islam, kot-kot Ismael selalu meragam kerana ada gangguan benda halus. Then datanglah seorang ustaz ke rumah. Masa ustaz tu datang dah nak dekat kol 11 malam kalau tak silap sebab ustaz tu bz skit hari tu. Aku yang tengah pregnant ni sokmo keletihan yang amat lepas kol 10 malam jadinya aku tido je kat dalam bilik tak keluar. Masa tu aku tak sangka plak something serious happened to Ismael. Lepas ustaz tu balik, suami aku pon bagitau ada "sesuatu" mengekori Ismael. Tidak dapat dipastikan dari mana benda tu datang. Tapi Ismael nampak benda tu siang dan malam. Ismael bagitau ustaz tu benda tu nak ambik beg sekolah dia. Patutlah tengah-tengah malam Ismael selalu saja bangun menangis sebab dia takut kat benda tu rupanya dan baru aku teringat bila aku hantar Ismael kat pagar sekolah Ismael akan menjeling pandang sesuatu dengan muka takut. Pernah juga ustazah dia bagitau kat aku ada masanya Ismael akan menangis tak semena-mena kat skolah. Pagi-pagi nak pergi sekolah benda tu lagi sakan mengganggu sampaikan Ismael tak nak pergi sekolah. Ustaz tu bagitau dia dah "pagarkan" rumah kami supaya benda tu tak boleh masuk ke rumah. Lepas kami tau tu, kami pon lebih bersabar dengan kerenah dia. Cuma masalahnya, kata ustaz tu benda tu maybe akan still berkeliaran di sekeliling rumah dan masih cuba menggangu. Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu selepas kami maklum dengan kewujudan benda halus tu Ismael masih lagi boleh nampak bendanya. Bila di tanya ada kat mana dia akan cakap ada kat belakang bilik tido dia, belakang dapur, tepi rumah, atas bumbung atau depan rumah. Kami ikhtiar baca surah al-fatihah dan ayat kursi berkali-kali untuk halau benda tu dan alhamdulillah berkesan. Selepas dua minggu boleh dikatakan benda tu dah jarang mengganggu. Tapi Ismael masih lagi fobia. Jadi bila nak bangun kencing tengah malam dia selalunya menangis panggil kami untuk temankan. Kalau kami laki bini tido mati, Ielyas lah adik yang baik hati tolong bangun dan pergi ke bilik kami tolong panggilkan untuk abang dia yang ketakutan. Kadang-kadang aku jadi cuak sebab tetiba je ada budak kecik duduk berdiri tepi katil sedang tengok aku tido. Ielyas le tu. Huhuhu.....Oh, ya. Aku sangkakan jin yang mengganggu Ismael tapi bulan Ramadhan lepas kami dah tahu bukan jin tapi iblis sebab sepanjang Ramadhan Ismael aman dari gangguan tapi elok saja habis Ramadhan ada le beberapa kali benda tu datang mengganggu.

Selain dari kes gangguan tu kalau Ismael atau Ielyas meragam pagi-pagi nak ke sekolah itu dikira biasa. Basically si dua beradik ok je dengan sekolah baru.  Bila dengar depa sibuk berzikir dan baca doa/surah yang diajar di sekolah masa tengah asyik dengan mainan atau dalam kereta sejuk rasa hati kami. Tapi ada la jugak kadang-kadang tu Ismael mintak kami ambik dia awal dari sekolah sebab dia nampak ada kawan-kawan dia yang balik tengah hari (kawan dia tu tak transit dan tak ambil kelas kafa). Memang aku sedih bila dia merayu nak balik awal. Bila dia merayu tu kami bagitau dia elok-elok yang kami kerja, tak boleh nak ambik awal. Tapi kami selalu cuba untuk pick up seawal yang mungkin. Hati aku ni rasa sayu sangat kalau masa ambik dia kat skolah tu tengok dia tengah duduk termenung menunggu, tambah-tambah kalau masa ambik tu sekolah dah hampir kosong. Apa boleh buat. Situasi bekerja dan masa belajar dulu dah tak sama. Aku harap satu hari nanti Ismael dan Ielyas boleh memahami.

Thursday, December 17, 2015

Persembahan Kedua Ismael Di Sekolah

Sempena nak Krismas tak lama lagi, pihak sekolah telah anjurkan satu persembahan semalam (15 Disember). Ismael dah ada pengalaman buat persembahan tahun lepas (tahun lepas punya cerita kat sini). So, tahun ni experience kedua untuk Ismael. Tahun ni pihak sekolah jual tiket untuk tengok persembahan £1 per tiket berbanding 50 pence for last year. Hanya boleh beli 2 tiket untuk setiap murid dan boleh pilih nak tengok persembahan waktu pagi atau tengah hari. Kiranya semalam depa kena buat persembahan dua kali. Kami pilih untuk tengok waktu pagi sebab lepas hantar dia gi school, boleh terus tengok persembahan dan lepas tu boleh terus ke universiti. 

Kalau tahun lepas Ismael jadi biri-biri dengan appearance pak pacak (huhuhu...) sekejap sangat macam tak sampai 15 saat (he made me proud though), tahun ni Ismael jadi Twinkle Little Star dan ada buat gaya bintang kelip-kelip pakai tangan. Cuma masa part dia tu patutnya dia kena menyanyi sekali lagu twinkle little star, dia jadi panik atau malu kot, dia hanya buat gaya saja. Masa dia berdiri sambil buat gaya dengan agak bersungguh tu aku rasa terharu sangat sampai bergenang air mata, tapi mujur tak meleleh. Kalau tak buat malu saja sebab terover. Huhuhu......Walaupon Ismael tak menyanyi masa part dia, dia join menyanyi memeriahkan nyanyian choir untuk persembahan part orang lain yang sebelum dan selepas part dia. 

Ismael tunjuk macam mana gaya persembahan yang dia kena buat

Christmas performance kali ni nyanyiannya kurang mantap sebab persembahan hanya melibatkan murid Key Stage 1 (KS1) iaitu murid Foundation Stage 2 dan Year1-Year 2. Performance murid KS2 (Year 3-6) buat asing. Performance tahun lepas combine semua jadi nyanyian lebih bertenaga dan harmoni sebab budak besar lebih pandai nyanyi dan fokus. Apa pon kesungguhan dan cubaan budak-budak tu lebih bermakna dan kami tetap terhibur. Bagusnya tahun ni lebih banyak budak ditampilkan pakai costume baru pelbagai watak, maybe sebab tahun ni ada bajet n arahan head teacher kot. Tahun lepas sekolah Ismael takde head teacher. Dalam banyak-banyak costume, antara yang kelakar adalah reindeer costume yang mengepalai kereta santa clause sebab kat hidung costume tu ada lampu kaler merah berkelip-kelip. Masa budak tu kena bangun buat persembahan pak pacak tu ada sorang cikgu tolong picit button bagi hidungnya berkelip dan budak tu dengan tak sengaja terseronok tengok hidung tu sampai juling mata dia. Aku plak tengok sampai seronok terketawa macam like other parents yang jugak perasan benda yang sama. Tapi pastu aku cepat-cepat control sebab risau plak kang nanti reindeer tu nangis. Hahaha.....

Rupa dewan persembahan. Simple je. Takde keluar modal untuk props pon. In fact takde pentas pon macam typical school hall yang kita ada di Malaysia.

Budak-budak dah mula masuk bersedia nak buat persembahan.

Dewan dah mula penuh dengan budak-budak. Ismael tengah berjalan, yang pakai costume bintang, dua dari kiri.

Encik pemain piano yang dijemput khas oleh pihak sekolah untuk mengiringi nyanyian persembahan. Tak pasti sama ada berbayar atau volunteer. 

Macam biasa, kami tak dibenarkan ambik gambar masa performance. Cikgu-cikgi berdiri keliling dewan, so memang tak boleh curi-curi ambik gambar. Kami hanya boleh ambik gambar anak masing-masing je lepas selesai performance. Sebelum performance, hasben aku ada le jugak ambik gambar tapi lepas tu kena tegur ngan sorang cikgu. So, gambar-gambar kat atas yang nampak orang lain tu semuanya diambil sebelum kena tegur dengan cikgu. 

Bergambar kenangan ngan anak kawan yang jugak buat persembahan. Before kami nak ambik gambar tu head teacher siap intai kat kami sebab takut kami ambik gambar budak lain tanpa kebenaran. Kawan aku siap explain kat head teacher tu yang kami nak ambik gambar anak-anak kami je.

Wednesday, October 7, 2015

Ismael Romantik

Cuaca pagi 19 September lepas panas dan hari tu adalah hari Sabtu. So, aku ada kat rumah. Pagi tu aku duduk kat ruang tamu tengah buat apa ntah aku pon tak ingat. Tetiba Ismael datang kat aku dan suruh aku sua telapak tangan. Pastu dia letak red rose petals. Terkezut aku n rasa macam nak marah masa tu sbb aku membayangkan bunga-bunga ros yang sedang mekar kembang kat backyard telah digondolkan Ismael. Tapi mujur aku tak cepat melatah. Aku gi tengok kat tingkap kat dining hall nampak banyak lagi bunga ada elok kat pokoknya. Then aku tetiba rasa terharu sebab Ismael rupanya try to be romantic. Hehehe..... Terharu plak aku rasa. 


Tak lama pastu tetiba aku tengok dia kelam kabut ambik pasu bunga yang aku beli di carboot sale dari dalam almari. Rupanya dia pi petik bunga chamomile plak n pegi isi air dalam pasu bunga tu n pastu letak bunga kat pasu bunga berisi air tu. Lepas tu dia letak atas meja makan n panggil aku suruh tengok. Hehehe.....Dari mana dia dapat idea tu pon aku tak pasti. 


Tak lama pastu lagi sekali dia bukak almari n ambik lagi satu pasu. Kali ni dia isi bunga lain plak. Aku rasa Ismael sweet sangat :) Sayangnya aku terlupa nak snap foto pasu berisi bunga yang kedua tu. Dah besar dah Ismael....macam-macam idea dia skarang ni. 

Tuesday, October 6, 2015

Ismael dan Lukisannya

Masa gi carboot sale tiga minggu lepas (carboot sale Thorpe Hesley yang terakhir untuk tahun ni) kami ada beli satu easel. Condition easel tu taklah elok sangat tapi bila consider function dia tidak tergugat dan rupanya boleh diperbaiki dengan wall paper kami beli la jugak. Lepas tawar dapat le beli dengan harga £1.50 daripada harga asal yang diletak £2.50. Kalau beli baru dengan 50% off harganya £15 ok.... Tak sangka plak Ismael n Ielyas masing-masing sangat enjoy melukis di easel tu. Sejak beli, setiap hari depa akan ambik kesempatan melukis apa yang depa suka.

Semenjak dah naik Year 1, Ismael dah semakin pandai melukis. Maybe sebab selalu tengok kawan-kawan dia melukis kat skolah kot. Dan setiap kali kami tengok lukisan dia kami rasa terhibur. Ala....lukisan budak 5 tahun. Tak sempurna tapi ketaksempurnaan tu yang membuatkan ia istimewa. Kadang-kadang macam tak sangka dia boleh lukis apa yang dia lukis tu. Jom tengok antara hasil lukisan Ismael.

Ini gambar budak pompuan tengah pegang flowers.

Aku ingatkan Ismael lukis gambar kapal. Rupanya gambar castle. 

Ini plak gambar budak pompuan dengan alien

Ismael kata ini gambar orang dancing

Petang Ahad tadi kami makan sate. Ini Ismael kata gambar papa dia makan sate. Ooopss...Ismael lukis gambar papa dia saja. Sate tu Ielyas yang tambah. Part rambut tu aku rasa memang sama. Hahaha....

Monday, October 5, 2015

Baju Tido Spiderman

Hari Khamis baru-baru ni aku ngan hasben singgah jap ke Matalan lepas balik dari universiti. Takde sale pon tapi saja je singgah sebab dah lama sangat kami tak ke sana. Rindu plak. Bagi yang tak tahu, Matalan ni satu retail outlet yang concentrate jual pakaian and barang perhiasan rumah. Walaupon brand dia taklah se'famous' atau segah Marks & Spencer, H&M, Debenhams, atau Topshop, kami laki bini suka jugak membeli kat Matalan sebab baju baju-baju dia banyak jugak yang cantik-cantik, berkualiti n murah lagi.  

Bila pusing-pusing tu aku terjumpa baju tido Spiderman sesuai untuk Ismael n Ielyas. Kebetulan ada dua design berbeza jadi elok sangat, senang aku nak bezakan yang mana satu Ismael punya dan yang mana satu Ielyas punya. Baju tak sama takpa tapi yang penting tema kena sama sebab depa tak kisah kalau tak exactly sama. Harga sepasang baju tido tu mahal lah jugak, £10, tapi sebab bajunya sangat elok dan aku tau Ismael n Ielyas suka sangat dengan karakter Spiderman (walaupon pada saat aku beli tu depa x pernah pon tengok citer Spiderman baik movie atau kartun bersiri. Ismael kenal Spiderman dari sesi bercerita cikgu dia di sekolah pakai komik dan Ielyas kenal Spiderman sebab abang dia selalu dok sebut-sebut)  jadi aku rasa berbaloilah. Lagi pon duit elaun terkini yang kami dapat baru-baru ni hak si dua beradik tu jugak sebab itu elaun untuk anak-anak jadi aku rasa tak salah sekali-sekala beli yang mahal sikit. Malah, sebagai tanda penghargaan pada depa kerana memahami kesibukan kami yang selalu balik lewat ke rumah lately. 
 
Tapi aku tak terus tunjuk kat depa lepas beli. Aku simpan dulu. Kalau tak mesti depa sibuk nak pakai terus. Aku nak nikmati tengok depa seronok dapat baju tidur tu. Petang tadi (Ahad), lepas mandikan depa baru aku keluarkan baju tidurnya dan tunjuk kat depa. Bukan main seronok lagi si dua beradik. Senyum sampai ke telinga. Senyuman gembira depa tu buat aku lupa kejap segala kekusutan kat kepala. Syukur di atas segala nikmatNya. 

Cantik tak baju kami?

Punya suka Spiderman sampaikan tag baju pon depa nak simpan. Hehehe....