Tuesday, July 26, 2016

Sekolah Baru, Hidup Baru

Balik dari UK kami cepat-cepat cari sekolah untuk Ismael dan Ielyas. Merata sekolah tadika kami survey. Finally, kami daftarkan depa di PASTI Indera Sempurna, di kawasan perumahan kami duduk. Kalau ikutkan memang ramai staf universiti kami bekerja hantar anak sekolah di situ dan rata-ratanya bagi good comments. Tapi kami saja je tengok sekolah lain dulu. Sekolahnya dekat je dari rumah. Kalau naik kereta tak sampai dua minit dah boleh sampai.

Pemandangan dari tepi kelas Ismael

Hari pertama nak ke sekolah baru. Pakai baju biasa dulu sebab blom dapat uniform lagi

Kuning beg Ielyas, yang biru beg Ismael. Aku rasa macam sedih sikit sebab terpaksa beli beg murah sebab masa nak beli tu takde pilihan. Beg yang kualiti elok dengan karektor kartun favourite si dua beradik harganya lebih RM90 satu beg! Ada yang beratus harganya, Kalau tau beli kat UK siap-siap.

Ismael dengan uniform baru

Dua minggu pertama masalahnya hanya nak menyesuaikan dengan tempoh masa terutamanya Ielyas. Ielyas macam tak boleh terima sebab di UK dia hanya gi nursery 3 jam je. Tapi bila balik Malaysia dia kena berada di sekolah selama lebih kurang 10 jam (sekolah bersekali transit dan kelas kafa). Setiap kali hantar sekolah dalam dua minggu pertama tu muka dia selalu upset. Tapi mujur dia jarang buat hal untuk bangun pagi.

Ielyas bergambar dengan mualimah dan kawan-kawan sekelas

Ada masa depa ke sekolah naik moto, ada masa naik kereta

Kami daftarkan depa join taekwando. Gambar ni aku curi-curi ambik masa depa baru join. Uniform pon tak dapat lagi. Si dua beradik yang pakai baju merah. Masa ni Ielyas siap terlebih alim pakai kopiah. Huhuhu....

Selepas dua minggu Ielyas dah mula menyesuaikan diri. Mungkin sebab dia dah mula ada kawan. Tapi masalah lain plak datang. Masalahnya dengan Ismael plak kali ni. Tetiba je dia tak mau pergi sekolah. Part bangun pagi memang mencabar. Dia siap menangis mengamuk-ngamuk sakan tak mau gi sekolah. Kami laki bini jadi heran dengan perubahan dia. Masa tu aku syak sama ada dia kena buli dengan budak lain atau kena marah/tegur dengan cikgu yang dia tak dapat terima atau tetiba dia rasa sekolah kat Malaysia tak best compared to UK. Dalam lebih kurang dua minggu jugak kami bertarung dengan tantrum dia tak mau gi sekolah. Kadang-kadang hilang sabar jugak. Macam-macam alasan dia bagi bila ditanya kenapa dia tak mau gi sekolah. Pernah dua kali kami allow dia tak gi sekolah dan ikut kami gi office sebab percaya dengan alasan dia yang dia tak sihat. Tapi lepas tu kami dapat detect itu cuma alasan dia. Pada masa yang sama aku perasan Ismael yang aku kenal, bukan macam Ismael anak aku yang dulu. Most of the times dia dalam keadaan murung dan tak seceria selalu. Sampaikan aku jadi stress dan menangis mengenangkan perubahan tiba-tiba diri Ismael. Saban malam pulak kami terpaksa bangun malam beberapa kali sebab Ismael menangis bagitau dia takut sebab nampak sesuatu dalam bilik tido dia. Tapi kami rasa itu hanya perasaan dia. Aku syak dia jadi macam tu sebab terpengaruh dengan cerita upin-ipin yang ada cerita pasal toyol. Aku memang hangin betul masa tu dengan episod kartun upin ipin sentuh pasal toyol tu. Oleh sebab tu selalu jugaklah kami allow si dua beradik untuk tido berhimpit dalam bilik tido kami sebab bila dia tido dengan kami dia ok je. Sampailah satu malam aku tengok Ismael tengah tido dan nampak dia ketap gigi sampai kedengaran gigi dia berlaga. Aku pernah terbaca dan dengar ustaz cakap itu petanda ada jin mengganggu. Jadinya aku cadangkan suami cuba ikhtiar cara perubatan Islam, kot-kot Ismael selalu meragam kerana ada gangguan benda halus. Then datanglah seorang ustaz ke rumah. Masa ustaz tu datang dah nak dekat kol 11 malam kalau tak silap sebab ustaz tu bz skit hari tu. Aku yang tengah pregnant ni sokmo keletihan yang amat lepas kol 10 malam jadinya aku tido je kat dalam bilik tak keluar. Masa tu aku tak sangka plak something serious happened to Ismael. Lepas ustaz tu balik, suami aku pon bagitau ada "sesuatu" mengekori Ismael. Tidak dapat dipastikan dari mana benda tu datang. Tapi Ismael nampak benda tu siang dan malam. Ismael bagitau ustaz tu benda tu nak ambik beg sekolah dia. Patutlah tengah-tengah malam Ismael selalu saja bangun menangis sebab dia takut kat benda tu rupanya dan baru aku teringat bila aku hantar Ismael kat pagar sekolah Ismael akan menjeling pandang sesuatu dengan muka takut. Pernah juga ustazah dia bagitau kat aku ada masanya Ismael akan menangis tak semena-mena kat skolah. Pagi-pagi nak pergi sekolah benda tu lagi sakan mengganggu sampaikan Ismael tak nak pergi sekolah. Ustaz tu bagitau dia dah "pagarkan" rumah kami supaya benda tu tak boleh masuk ke rumah. Lepas kami tau tu, kami pon lebih bersabar dengan kerenah dia. Cuma masalahnya, kata ustaz tu benda tu maybe akan still berkeliaran di sekeliling rumah dan masih cuba menggangu. Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu selepas kami maklum dengan kewujudan benda halus tu Ismael masih lagi boleh nampak bendanya. Bila di tanya ada kat mana dia akan cakap ada kat belakang bilik tido dia, belakang dapur, tepi rumah, atas bumbung atau depan rumah. Kami ikhtiar baca surah al-fatihah dan ayat kursi berkali-kali untuk halau benda tu dan alhamdulillah berkesan. Selepas dua minggu boleh dikatakan benda tu dah jarang mengganggu. Tapi Ismael masih lagi fobia. Jadi bila nak bangun kencing tengah malam dia selalunya menangis panggil kami untuk temankan. Kalau kami laki bini tido mati, Ielyas lah adik yang baik hati tolong bangun dan pergi ke bilik kami tolong panggilkan untuk abang dia yang ketakutan. Kadang-kadang aku jadi cuak sebab tetiba je ada budak kecik duduk berdiri tepi katil sedang tengok aku tido. Ielyas le tu. Huhuhu.....Oh, ya. Aku sangkakan jin yang mengganggu Ismael tapi bulan Ramadhan lepas kami dah tahu bukan jin tapi iblis sebab sepanjang Ramadhan Ismael aman dari gangguan tapi elok saja habis Ramadhan ada le beberapa kali benda tu datang mengganggu.

Selain dari kes gangguan tu kalau Ismael atau Ielyas meragam pagi-pagi nak ke sekolah itu dikira biasa. Basically si dua beradik ok je dengan sekolah baru.  Bila dengar depa sibuk berzikir dan baca doa/surah yang diajar di sekolah masa tengah asyik dengan mainan atau dalam kereta sejuk rasa hati kami. Tapi ada la jugak kadang-kadang tu Ismael mintak kami ambik dia awal dari sekolah sebab dia nampak ada kawan-kawan dia yang balik tengah hari (kawan dia tu tak transit dan tak ambil kelas kafa). Memang aku sedih bila dia merayu nak balik awal. Bila dia merayu tu kami bagitau dia elok-elok yang kami kerja, tak boleh nak ambik awal. Tapi kami selalu cuba untuk pick up seawal yang mungkin. Hati aku ni rasa sayu sangat kalau masa ambik dia kat skolah tu tengok dia tengah duduk termenung menunggu, tambah-tambah kalau masa ambik tu sekolah dah hampir kosong. Apa boleh buat. Situasi bekerja dan masa belajar dulu dah tak sama. Aku harap satu hari nanti Ismael dan Ielyas boleh memahami.

No comments: