Thursday, January 19, 2012

Kisah di Klinik

Masa umur Ielyas sebulan, kami balik kampung di utara untuk meraikan majlis kawin my sister in law di Sik. Jadi, kami bawa Ielyas untuk scheduled check up & imunisasi di Klinik Kesihatan Ibu & Anak di Kampung Pinang, Kamunting. Nothing happen there except waiting time yang sangat lama even ibu/anak tak ramai mana. Agak mendukacitakan pulak layanan di kaunter pendaftaran utk ambik nombor kurang mesra pelanggan. Nurse yang in charge kat situ aritu susah benor nak tunjuk muka manis. Mungkin juga dia ada masalah aritu, tu yang susah nak senyum kot. Arahan utk pelanggan pon kurang jelas. Kat kaunter tu ada boxes utk ibu/anak yang datang utk letak buku rekod pemeriksaan dan lepas tu baru blh dapat angka giliran. Tapi kat situ takde pon tulis "sila letak buku pemeriksaan di sini" ke atau apa-apa arahan yang sepatutnya. Jadi kalau siapa tak biasa mesti tertanya-tanya nak kena buat apa kalau nurse tu tak cakap apa-apa. Aku ni main agak je kena letak buku kat situ. Oklah agakan aku betul. Ada sorang kakak ni masuk klinik dan terpinga-pinga sbb tak tahu apa nak kena buat. Nurse tu pulak tengok saja kat dia. Pastu kakak tu pon duduk le menunggu. Pastu dia kena marah sebab tak letak buku. Sian akak tu. Pada aku bukan salah dia sebab takde arahan bertulis atau lisan diberikan utk dia. Dua orang nurse yang dok dlm bilik pemeriksaan tu ok layanannya. Can be considered as friendly tapi lama sangat amik masa nak menulis. Yang tak best pegi klinik kerajaan ni ialah kita slalunya diperiksa dengan ada ibu/anak lain di bilik pemeriksaan yang sama serentak. Jadi tak privicy. Sian ibu mengandung yang kena selak baju utk diperiksa. Bukan sume ibu rs selesa nak selak baju depan orang lain. Walaubagaimanapun, pemeriksaan dan nasihat adalah free. Itu yg bagusnya.


Waiting utk pemeriksaan umur 1 bulan

Masa Ielyas 2 bulan baru-baru ni, kami bawa gi Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kampung Kurnia, klinik utk kawasan tempat kami tinggal. Klinik ni baru, sesetengah kerusi menunggu masih blom pon dibuka plastiknya. Blh tahan lama jugak kami tunggu. Finally, sampai giliran Ielyas. Bilik-bilik pemeriksaan kat sini dibahagi ikut kawasan. Rumah kami dok dlm kawasan bilik nombor 5 yang mana penduduk kawasan nombor 5 ni sangatlah ramai. Bayangkan, taman perumahan tempat kami tinggal ni saja ada lebih 4000 rumah. Blom masuk beberapa taman/kampung lain. Mujur giliran aku kira antara yg terawal. Masa dok dalam bilik pemeriksaan tu Ielyas merengek-rengek. Aku ingatkan dia nak susu. Memang dia lapar susu sampaikan bunyi berdeguk-deguk dia minum dan pastu terus terlelap. Tapi aku tersilap bagi dia minum sampai over kenyang. Pastu tiba-tiba dia sembur balik semua susu yang dia minum. Waa....abis basah baju aku. Terpaksa le balik smula ke rumah. Cadangnya, kami hantar anak-anak ke rumah pengasuh ikut arah tempat kerja masing-masing: aku ke Gambang, hasben ke Pekan. Sepatutnya hasben akan hantar Ielyas terus ke umah pengasuh (dekat ngan umah kami) lepas gi klinik dan aku+Ismael ke rumah pengasuh Ismael di Felda Lepar (dekat ngan tempat kerja aku). Tapi aku kenalah patah balik tukar baju yang basah lencun. Jadi hari tu aku masuk kerja lewat, dekat pukul 11. Mujur kerja flexi hour. Ielyas pon agak basah sebab bermandi susu. Kesian jugak kat Ielyas. Mujur dia tido sepanjang perjalanan dari klinik ke rumah pengasuh.

Lesson learned:
Hati-hati bagi minum susu kat anak dan kena banyak bersabar dengan cabaran ada 2 anak. Sabar semua perkara. Sabar menunggu kat klinik, sabar anak menangis, merengek, meragam, bla...bla...bla.... :)

Wednesday, January 18, 2012

Rombongan Melawat & Gifts Untuk Ielyas – Terima Kasih

Sepanjang aku berpantang ni ramai kawan-kawan datang melawat Ielyas. Tapi biasanya aku terlupa nak snap photo sebagai kenangan. Terima kasih semua yang sudi melawat tengok Ielyas n bagi ang pow + hadiah. Mujur Ielyas tak meragam masa mama sibuk berborak ngan tetamu seolah-olah dia pun berbesar hati dapat kunjungan kawan-kawan papa n mama.

Rombongan kawan-kawan mama Ielyas

Antara hadiah yang Ielyas dapat

This gift from my faculty

This one from our friend Aqida

Gambar-gambar hadiah kat atas adalah sebahagian saja. Yang lain-lain dah pakai. Tak sempat nak snap awal-awal. Again, thanx a lot to those yang sudi melawat Ielyas n bagi ang pow + hadiah. Ielyas mesti terharu baca post ni bila dah besar nanti - kalau blog ni masih wujud masa tu :)

Wednesday, January 4, 2012

Reaksi Ismael Dapat Adik

Sejak Ielyas dilahirkan Ismael dah pandai menunjukkan rasa jealous pada adik. Kalau aku susukan Ielyas guna bantal Ismael, dia akan tarik bantal tu dari kepala Ielyas. Kalau papa dia sibuk melayan Ielyas, Ismael akan menangis sambil memanggil-manggil papa dia mahukan perhatian. Nampaknya Ismael pandai jealous ngan Ielyas.

Ismael nampaknya dah sedar ada orang baru dalam rumah. Sampai saja rumah dari rumah pengasuh kalau dia tak nampak aku pegang Ielyas dia akan cari adiknya di baby cot Ielyas. Ismael perlu diperhatikan selalu takut-takut dia buat sesuatu kat Ielyas. Ada sekali aku bz kat dapur, Ismael amik bolster dan letak atas badan adik. Mujur dia tak letak di muka adik. Ielyas tak boleh diletak di tempat yang boleh Ismael capai. Dia akan ada tendency untuk terkam Ielyas! Pernah dia dapat terkam Ielyas.
Merah kepala Ielyas kena kesan tekanan jari Ismael. Kesian Ielyas…Tapi Ismael tak salah. Dia kecik lagi. Dia tak tahu apa yang dia buat tu tak boleh buat. Biasanya Ismael akan ketawa seronok bila dapat kacau adik dia. Mungkin dia ingat dia boleh main macam tu.

Tengok tu tangan dia nak usik adik. Ielyas plak muka risau. Huhuhu...

Kalau Ismael tengah main papa n mama kena bagi perhatian. Kena respon sama ada senyum, ketawa, tepuk tangan atau kata sesuatu pada dia. Kalau tak, biasanya dia akan akan tunjuk ragam terutamanya kalau kami sibuk layan Ielyas.


Lately Ismael selalu kena marah sebab dia suka meragam dan kacau Ielyas. Most probably dia cuba nak perhatian kami. Bila aku tengok Ismael masa dia tengah tido aku rasa sayu mengenangkan Ismael selalu kena marah ngan kami. Aku tak berniat nak marah dia. Aku cuma nak ajar dia supaya lama-lama dia faham apa yang dia buat tu tak boleh dibuat.


Walaubagaimanapun skarang ni aku sedaya upaya ambik pendekatan cakap elok-elok dengan dia kalau dia meragam atau kacau Ielyas. Setiap kali Ismael balik dari rumah pengasuh aku akan sedaya upaya pay attention untuk dia at least for the first few minutes. Aku akan cakap-cakap dengan dia, cium dia, atau peluk dia.


We really hope he will be fine with Ielyas after few months. InsyaAllah.