Masa umur Ielyas sebulan, kami balik kampung di utara untuk meraikan majlis kawin my sister in law di Sik. Jadi, kami bawa Ielyas untuk scheduled check up & imunisasi di Klinik Kesihatan Ibu & Anak di Kampung Pinang, Kamunting. Nothing happen there except waiting time yang sangat lama even ibu/anak tak ramai mana. Agak mendukacitakan pulak layanan di kaunter pendaftaran utk ambik nombor kurang mesra pelanggan. Nurse yang in charge kat situ aritu susah benor nak tunjuk muka manis. Mungkin juga dia ada masalah aritu, tu yang susah nak senyum kot. Arahan utk pelanggan pon kurang jelas. Kat kaunter tu ada boxes utk ibu/anak yang datang utk letak buku rekod pemeriksaan dan lepas tu baru blh dapat angka giliran. Tapi kat situ takde pon tulis "sila letak buku pemeriksaan di sini" ke atau apa-apa arahan yang sepatutnya. Jadi kalau siapa tak biasa mesti tertanya-tanya nak kena buat apa kalau nurse tu tak cakap apa-apa. Aku ni main agak je kena letak buku kat situ. Oklah agakan aku betul. Ada sorang kakak ni masuk klinik dan terpinga-pinga sbb tak tahu apa nak kena buat. Nurse tu pulak tengok saja kat dia. Pastu kakak tu pon duduk le menunggu. Pastu dia kena marah sebab tak letak buku. Sian akak tu. Pada aku bukan salah dia sebab takde arahan bertulis atau lisan diberikan utk dia. Dua orang nurse yang dok dlm bilik pemeriksaan tu ok layanannya. Can be considered as friendly tapi lama sangat amik masa nak menulis. Yang tak best pegi klinik kerajaan ni ialah kita slalunya diperiksa dengan ada ibu/anak lain di bilik pemeriksaan yang sama serentak. Jadi tak privicy. Sian ibu mengandung yang kena selak baju utk diperiksa. Bukan sume ibu rs selesa nak selak baju depan orang lain. Walaubagaimanapun, pemeriksaan dan nasihat adalah free. Itu yg bagusnya.
Masa Ielyas 2 bulan baru-baru ni, kami bawa gi Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kampung Kurnia, klinik utk kawasan tempat kami tinggal. Klinik ni baru, sesetengah kerusi menunggu masih blom pon dibuka plastiknya. Blh tahan lama jugak kami tunggu. Finally, sampai giliran Ielyas. Bilik-bilik pemeriksaan kat sini dibahagi ikut kawasan. Rumah kami dok dlm kawasan bilik nombor 5 yang mana penduduk kawasan nombor 5 ni sangatlah ramai. Bayangkan, taman perumahan tempat kami tinggal ni saja ada lebih 4000 rumah. Blom masuk beberapa taman/kampung lain. Mujur giliran aku kira antara yg terawal. Masa dok dalam bilik pemeriksaan tu Ielyas merengek-rengek. Aku ingatkan dia nak susu. Memang dia lapar susu sampaikan bunyi berdeguk-deguk dia minum dan pastu terus terlelap. Tapi aku tersilap bagi dia minum sampai over kenyang. Pastu tiba-tiba dia sembur balik semua susu yang dia minum. Waa....abis basah baju aku. Terpaksa le balik smula ke rumah. Cadangnya, kami hantar anak-anak ke rumah pengasuh ikut arah tempat kerja masing-masing: aku ke Gambang, hasben ke Pekan. Sepatutnya hasben akan hantar Ielyas terus ke umah pengasuh (dekat ngan umah kami) lepas gi klinik dan aku+Ismael ke rumah pengasuh Ismael di Felda Lepar (dekat ngan tempat kerja aku). Tapi aku kenalah patah balik tukar baju yang basah lencun. Jadi hari tu aku masuk kerja lewat, dekat pukul 11. Mujur kerja flexi hour. Ielyas pon agak basah sebab bermandi susu. Kesian jugak kat Ielyas. Mujur dia tido sepanjang perjalanan dari klinik ke rumah pengasuh.
Lesson learned:
Hati-hati bagi minum susu kat anak dan kena banyak bersabar dengan cabaran ada 2 anak. Sabar semua perkara. Sabar menunggu kat klinik, sabar anak menangis, merengek, meragam, bla...bla...bla.... :)
No comments:
Post a Comment