Sunday, October 17, 2010

Tabiat Baru

Lately Ismael ada tabiat baru. Ini dia....
Photobucket

Friday, October 8, 2010

Berat & Panjang Ismael

Ismael termasuk dalam kategori baby yang kecik saiznya masa dilahirkan tetapi syukur sihat dan sempurna sifatnya. Nasib baik kecik. Kalu besar tak tahulah camne nak keluarkan dia sbb dengan saiz kecik ni pon guntingan episiotomy besar! Perencanaan Allah maha sempurna.

Ni perkembangan berat dan panjang (bukan tinggi ye sbb baby blom boleh berdiri) Ismael:
  • 1 hari - 2.79 kg - 45.5 cm
  • 1 minggu - 2.8 kg
  • 2 minggu - 3.1 kg
  • 1 bulan - 3.5 kg - 51 cm
  • 2 bulan - 5.2 kg - 56 cm
Walau pun Ismael kecik, badan dia berisi. Orang tua2 kata bertubuh. Pipi dia chubby sgt...Sayang anak mama. Mmmuahss...

Ismael kurus vs Ismael chubby

Monday, October 4, 2010

Perkembangan Ismael Pada Usia 2 Bulan

Skang Ismael dah berusia 2 bulan. Tp blom p klinik utk cucuk lagi. Appointment day yg patut kena g cucuk hari ni, kami terpaksa postpone ke hari Jumaat sbb this day adalah hari pertama aku mula kerja balik after maternity leave n aku ada class 4 jam pertemuan. Maleh nak cancel class sbb aku percaya susah nak cari masa yg sesuai nanti.

Ismael skang dah blh nampak sepenuhnya. I guess...Bila kami acan2, dia dah pandai senyum. Sementara tunggu nak masuk kerja, aku jaga Ismael sepenuhnya di siang hari sorang2 di umah. Malam2 papa Ismael helped me a lot. Tq Abang...Luv u so much. So, byk perkembangan, gelagat, n kerenah dia yg dpt aku observe. For information, hari ke-44 dlm pantang, aku dah balik ke Kuantan.

Ismael ketika beberapa hari lg 2 bulan

Satu hari ms g open house umah kawan, kami letak dlm baby cot yg dipinjamkan tuan umah. Dia letak baby cot tu depan tv. Aku perasan Ismael sibuk menoleh ke tv yg tgh ada nyanyi2 Barney & Friends. Anak aku suka nengok kartun rupanya. Esok tu hasben aku tepon Astro dan dia tambah pakej kartun, demi anak kesayangan Ismael. Huhuhu...

Ms bg susu (anak kami bottle feeding sbb breastfeeding yg aku harapkan sgt x berjaya) biasanya kami akan letak satu bantal kecik kat atas dada dia supaya botol tu blh stay satu tempat. Hehehe...Jgn buat sbb kalu x kena gaya baby blh lemas. Kami sentiasa tengok dia masa menyusu tu k...Isi bantal tu bukan kekabu atau ntah apa fiber yg biasa kita tengok tu. Bantal tu berisi kekacang. Aku x pasti plak kacang apa. So, kami panggil bantal kacang. Bantal kacang ni sbenarnya function dia diletakkan kat atas badan baby n baby dipercayai akan tido nyenyak terutamanya bg baby yg slalu terkejut ms tido. Aku dah test kat anak aku tp cam x berkesan je...So, kami tlh membuat invention guna utk letak botol susu :)- Bila letak bantal kacang ni kat atas dada Ismael, Ismael dah tahu yang susu dia telah ready utk diminum dan dia akan menganga-nganga minta susu. Comel sgt...Jgn x percaya, tgh pejam mata pon dia dah tahu susu akan diberi. Well, menda yg slalu dibuat pada baby, dia akan ingat.

Bersama bantal kacangnya

Ismael jugak dah mula pandai main sorang2. Ms dia main sorang2 tu blh le aku kemas2 umah apa yg patut. Syarat nak bg dia main sorang2 lama skit kena jangan bagi dia ternampak kita. Kalu tak dia akan mula nak nangis. Sambil dia main sorang2 tu aku perasan dia berkenan sgt dgn aircond yg ada kat ruang tamu rumah. So, aircond tu aku anggap sbg benda pertama dlm hidup dia yg dia sgt tertarik.

Ismael suka mandi. Nasib baik. Kalau kena bg mandi sambil dia menangis, susah. Sejak lahir lg dia suka mandi. Bila time mandi dah sampai, dia akan merengek-rengek. Bila dah dibuka baju, dia akan senyap. Mcm tau2 je nak mandi.

Nampak cool slps mandi

Mmg sronok ada anak. Sronok mcm2 perkara tentang dia. Syukur sgt sbb Allah anugerahkan Ismael pd kami. Alhamdulillah...

Friday, October 1, 2010

Belian Terhebat

Huhuhu...tajuk post cam gempak. Saje je kasi gempak walau pon x gempak. Baru-baru ni aku cbuk mencari bottle sterilizer utk Ismael. Maklumlah, aku ni punyalah maleh nak sterilize guna kaedah konvensional yg rebus2 dlm periuk tu. Aku dah cuba dan aku rs remeh le plak. Aku n hasben g le survey kat market. Oleh krn Kuantan ni x byk kedai yg specialize jual brg baby, aku x byk pilihan. Mahal-mahal plak tu. Sume harga more than RM200. Kalu brand Avent harganya dekat2 RM300 satu set. Ntah camne aku terpikir nak survey kat internet. Wah, rupanya kat internet jauh lebih murah dr beli kat kedai. Setelah di survey2, akhirnya aku beli Little Bean bottle sterilizer + food warmer.


Food warmer tu x bleh nak elak beli sbb itu memang pakejnya. Harganya cuma RM159.90. Bila campur kos pos jadi RM169.90, guna KTM. Kira ok sangat harga tu sbb aku pernah tengok brand yg sama jual kat satu kedai ni harga dia lebih 200. Kalu korang tengok kat website lain, brand yg same mayb mahal sikit kot. Kebetulan kat website yg aku beli tu dia buat offer. Aku beli kat LittleWhiz.com. Website2 lain kebanyakannya jual RM199.90. Itu blom masuk kos pos lagi. Aku beli online tu siap dapat free satu botol susu brand Little Bean. Kebetulan, warna dia pun suit ngan warna tema dapur aku :) So, aku telah berjaya membuat satu belian terhebat dengan penjimatan wang dan tenaga. Yg membuatkan belian tu lebih hebat, ini adalah 1st time aku berjaya buat belian online tanpa bantuan hasben tercinta. Buta IT skit aku ni. Huhuhu....