Thursday, January 7, 2010

Selamat Tinggal 2009

Dah sangat lama aku x menulis di blog aku ni. Hujung tahun 2009 penuh macam-macam perkara yang telah aku buat dan lalui. Berikut adalah antara perkara yang aku masih ingat:

Berpindah rumah baru
Aku dan husband dah berpindah ke rumah baru kami di Taman Indera Sempurna. Rumah kami sendiri - semi D. Rumah kami ni terletak di Jalan Kuantan-Pekan. Yang bestnya, rumah kami berhadapan ngan tasik buatan. Nak kata pemandangan tasik ni cantik, takde le cantik sangat setakat
ni. Tapi yang penting rumah kami tak betul-betul mengadap rumah orang lain. Jadi privacy tu satu perkara yang amat bermakna bagi kami. Secara rasminya kami mula duduk rumah tu bermula 1/8/2009. Tiga hingga empat bulan pertama duduk di situ kami suami isteri bersungguh bercucuk tanam untuk dapat landskap yang kami idamkan. Tapi takde le sehebat landskap dlm magazine tu. Biasa-biasa je. Buat sekadar termampu dan mengikut kerajinan. Kebetulan kami gi KL, ada le dua kali kami singgah di Sungai Buloh beli rumput+pokok bunga. Kat cni ada banyak deretan nursery dan item-item landskap dijual. Ada yang boleh dapat dengan harga jauh lebih murah berbanding beli di Kuantan. Contohnya, pearl grass kat Kuantan RM5 bagi setiap dua kaki persegi. Tapi di Sungai Buloh cuma RM1.80. Berbalik kepada citer umah baru kami, kami tak buat apa-apa renovation. Mana nak korek duit beb....Masuk umah baru dengan perkara-perkara basic je dah cecah 10K. Lagi pon setakat ni aku ngan husband je yang nak duduk. Sedara mara pon jarang datang sebab kami merantau ke tempat orang. Apa pun syukur kepada Allah kerana kami diberikan rezeki memiliki rumah sendiri.

Suami Ku Bertukar Status
Wo....jangan salah faham. Bukan tukar status satu kepada dua tetapi tukar status dari tutor kepada pensyarah. Jadi dia telah selamat mengkonvokan diri tangggal 3 Oktober 2009 iaitu pada Majlis Konvokesyen Ke-4 U--.


Jambangan bunga dr isteri tercinta :)


Ada 3 perkara penting yang mebuatkan , konvo husband aku begitu significant. Yang pertama: Konvo Ke-4 universiti ni first time buat kat dewan U-- sendiri. Sebelum-sebelum ni buat di Dewan Jubli Perak yang terletak di jalan menghala ke Teluk Cempedak. Yang kedua: Suami aku adalah pelajar pertama menaiki pentas konvo baru U--. Yang ketiga: Supervisor husband aku turut menyaksikan detik-detik masa dia amik scroll. Supervisor dia adalah ahli senat universiti, so gambar konvo masa amik scroll tu termasuk skali gambar supervisor dia.



Dari kiri: Abang Suami, suamiku, aku, bapa mertuaku, dan supervisor suami

Rakan-rakan seperjuangan yg turut menjadi saksi suamiku konvo :)-

Aku juga turut hadir sebagai pensyarah yang merangkap isteri. So, aku pun pakai sama-sama berjubah konvo sebab terlibat dengan perarakan akademik.

Akhirnya...
Akhirnya aku disahkan mengandung setelah kami suami isteri dah lama menanti. Kami anggap pemberian Allah ini sebagai hadiah 3rd anniversary perkahwinan kami yang paling bermakna.

Mama to be melaram baju pregnant pertama pemberian suami

Aku tidak sebertuah orang lain yg easy to conceive. Setelah check up doktor beberapa bulan, mengambil clomid (ubat kesuburan) beberapa kali, dan akhirnya menjalani prosedur IUI (12/11/2009), barulah aku disahkan mengandung. Sakit ke menjalani IUI? Sakit....tapi bagi aku sakit yang masih boleh ditahan. Kos rawatan yang kami spend takle semahal yang aku sangka pada mulanya. Dr awal rawatan sampai berjaya rawatan, dalam 1000+ kalau aku tak silap. Tapi kos tu cover untuk sampai sekali prosedur IUI. Syukur aku tak perlu jalani prosedur tu berkali-kali. Sekali sahaja, Alhamdulillah dah berjaya. Kos prosedur IUI tu depend on jenis tiub yang digunakan untuk memasukkan sperm ke rahim. Macam kes aku, kena guna tiub yang mahal (kata doktor yg boleh lentur), jadi kos sekali prosedur RM500 termasuk ubat. Prosedur IUI tu aku jalani kat klinik UIA. Doktor yang rawat aku tu profesor UIA. Jadi buat kat situ le. Aku pon tak pasti sama ada hospital kerajaan di Kuantan ni ada facility for IUI procedure. Tapi aku rasa kalau ada pon mesti kena queue.

Patutnya ada banyak citer tapi sebab dah lama sangat tahun 2009 dah berlalu, aku pon tak ingat apa yang dah berlaku.