Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

Butik Muslimah Online Pilihan 2016

Skang ni aku suka jugak beli baju secara online sebab:

  • tak perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat. 
  • biasanya bila kita beli online ada lebih banyak pilihan. 
  • ada sesetengah design, warna dan jenis kain yang kita nak belum tentu ada kalau cari di kedai. 

So, untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan  dan juga sebagai perkongsian untuk sesapa yang suka atau nak cuba beli baju muslimah secara online bolehlah ke website yang disenaraikan di bawah.


PELBAGAI:

Anggun Zara - aku pernah beli banyak kali shawl dari sini. Servis dan barang tip top.

Radiusite - Aku pernah beli 2 shawl dari sini. Material n kualiti kain puas hati but a bit pricey.

Marshmallow Scarf - aku pernah beli shawl dia di festival Mood Republic Tour Pahang. Puas Hati

Zawara - Aku pernah beli dua pasang dress dia. Cantik dan harga reasonable compared to kebanyakan butik online yang lain.

Poplook - Semua baju yang aku beli dari sini adalah dari kain chiffon. Harga reasonable dan kualiti jahitan kemas

Love to Dress - Apparels dia banyak yang simple, polos dan gojes. Tapi harga tidak mampu milik (untuk aku la....). Ramai bloggers terkenal beli dari jenama ni.

Jannah Noe 

Bella Ammara

Shawl for you

Sugarscarf

Imaan Boutique

Minimalace

Fana Couture

Losravelda

Rayyan Haya'

Jelita Sara

Sincerely by Us

Jubah Souq - ada apparels untuk lelaki

Rina Salleh Clothing

Qaira Hijab

Cattleya Couture

Button My Buttons

Carya Zara

Al-humaira Contemporary



SHAWL/TUDUNG /SCARF:

Naelofar Hijab - cantik dan simple tapi mahal maybe sebab jenama milik artis popular

Saturday, March 8, 2014

Butik Muslimah Meletup!

Ooopss.....bukan butik meletup kena bom ke apa....tapi meletup dengan koleksi pakaian muslimah yang buat hati aku tergedik-gedik nak beli.

Sebab Aidilfitri tahun lepas kami sekeluarga pakai baju raya tahun sebelumnya dan lepas tu raya haji kami pakai lagi baju yang sama, tahun ni aku teringin la plak nak kami pakai baju baru plak. Alamak! Bulan puasa pon lambat lagi dah cerita pasal raya? Yer la....kena la buat preparation awal takut nanti sibuk dan sebab kalau pakai pos biasa untuk ke hantar ke UK makan masa 2-3 bulan baru sampai. Lagi pon aku hanya ada selai je baju kurung kat sini. Bila ada majlis sesama kengkawan Malaysia kat sini aku terpaksa belasah pakai jeans ngan t-shirt atau paling sesuai dengan majlis yang aku boleh pakai hanya blouse + seluar slack tatkala majoriti yang hadir pakai baju kurung atau jubah. Naik segan jugak rasanya. Nak pakai baju kurung nan satu tu rasa segan jugak sebab setiap kali gathering sebelumnya aku dah pakai baju yang sama je. Di samping tu bolehlah jugak aku menambah semula koleksi baju untuk gi kerja lepas habis belajar nanti. Atau korang jugak boleh anggap itu semua hanyalah alasan untuk aku nak memperabiskan duit. Hahaha.....

Kat bawah ni aku nak share SENARAI BUTIK MUSLIMAH ONLINE yang aku suka kebanyakan koleksi depa. Tapi bukan semua yang dijual patuh syariah. Korang pandai-pandailah beza sendiri yang mana boleh dan tak boleh pakai. Tapi kalau nak beli yang seksi-seksi pon apa salahnya kalau just pakai kat umah untuk suami. Atau bagi yang bujang kalau nak pakai yang seksi-seksi untuk rasa confident kat umah boleh jugak tapi macam buang tabiat je. Huhuhu....

Senarai kat sini tak bermakna aku dah pernah beli dari setiap butik yang disebut. Ada la dari beberapa butik yang aku dah try beli. Tapi itu pon baru beli skali. Okey, ni senarainya:



Ini pilihan butik muslimah bagi korang yang sanggup untuk berbelanja lebih sebab harga dia boleh tahan mahal, untuk level aku la. Aku suka tengok koleksi jubah warna polos dia yang simple but elegant. Baju kurung pahang dia pon lawa-lawa.

http://www.hijrahcouture.com/


NAJJAH

Butik ni milik pengacara terkenal tv al-Hijrah, Farrah Adeeba, yang dikongsi bersama kawan dia Nurul Azwin. Koleksi dia banyak yang super lawa dari jubah hinggalah ke tudung dan harganya pon super jugak. Huhuhu....Aku hanya sanggup jamu mata je setakat ni, tak sanggup nak beli lagi tapi serius ada cita-cita nak beli. Cita-cita je la dulu.

http://najjah.com/


ARLENE

Yang ni aku suka sangat jubah dan shawl dia. Harganya berpatutan dan aku dah cuba beli satu jubah dari sini. Yang problemnya bila aku beli dari UK, caj penghantarannya sangat mahal, lebih mahal dari harga jubah. Aku beli jubah RM79 tapi kos pos RM100. Tapi servis puas hati.

http://arlene.my/


AISY

Ni satu lagi favourite aku. Aku admire banyak koleksi dia. Serius....tudung, jubah n blouse dia cantik-cantik. Butik ni menjadi sebutan dan favourite ramai bloggers. 

https://www.facebook.com/izzddina.nur


RADIUSITE

Setakat ni aku tengok butik ni hanya concentrate jual tudung je. Dah lama dah aku dengar nama butik ni. Memang hot sangat butik ni sebab kalau dia keluar design tudung baru memang super duper cepat sold out especially for popular colours like white, black, pink, blue, brown n grey.

http://radiusite.com.my/


RAUDHAH SHAWL STORE

Yang ni satu lagi butik yang concentrate jual tudung. Korang boleh beli tudung yang ready made or custom made. Selain tu butik ni juga sedia menerima tempahan custom made veil untuk pengantin. So sesape yang blom kawin boleh le simpan link ni untuk kegunaan masa hadapan, Inshaa Allah.

http://www.raudhahonline.com/


ELMIRA

Lagi butik tudung online. Tudung yang dijual mostly design dia simple n nice n material kainnya nampak mudah nak maintain. Harganya pon aku rasa berpatutan. 

http://www.elmiradesign.com/



Dan lagi butik jual tudung. Yang ni memang sangatlah banyak rekaan dia yang aku admire. Aku dah tangkap satu. Seller response pon sangat cepat. Kira servis tip top lah. Dan kalau tudung yang korang tengok kat sini dah berkenan kenalah order cepat-cepat sebab butik ni hot sangat. Tudung yang dijual cepat sold out.

http://www.anggunzara.com/


Nota kaki:
  • Selepas dah cuba beli satu jubah aku perasan kebanyakan saiz jubah yang dijual oleh kebanyakan butik, measurement yang lain-lain dah perfect (tak ketat dan tak gelebeh untuk saiz aku - saiz M) but panjang jubah je yang terlebih bila pakai flat shoes. 
  • Kalau korang beli-beli dari butik yang disenaraikan kat atas n pastu tak puas hati aku tak bertanggungjawab aaaa. Yer la....senarai tu ikut citarasa aku dan beli baju online ni ada masa tak seperti yang kita harapkan atau bayangkan.

Tuesday, July 24, 2012

Baju Raya by Famous Malaysian Designers

Few weeks back n this week, many fashion lovers talked about baju raya collection by Famous Malaysian Designer. Kalau dah namanya dari famous designer, we might think baju yang dijual ribu riban harganya. Tapi koleksi yang dok hangat diperkatakan oleh ramai bloggers ni lebih murah daripada yang biasa depa reka. Harganya bolehlah dikatakan mampu milik (bagi yang betul-betul mampu ok...). Harganya dapat dijadikan lebih murah sebab adanya collabration with giant retailers.

Antaranya Rizalman's collection, launched last Sunday, 7 July 2012 at selected Tesco. Dari beberapa blog yg aku baca, dikatakan koleksi Rizalman tersebut laku macam goreng pisang panas! Aku boleh bayangkan budak-budak pompuan terutamanya anak-anak dara berebut-rebut memilih baju. Tapi konpemlah yang dok kat Kuantan ni takde chance sbb kat sini mana ada Tesco. Kalau pi skang pon maybe dah abis dijual atau takde saiz yang dicari. Agaknye la...

Rizalman's

Pastu keluar pulak koleksi Jovian Mandagie, just launched 15 July lepas. Jovian's collection only available on zalora.com.my and selected First Lady boutiques. The price ranging from RM280 to RM320 (Boleh ke aku beli ni....?). Tak tau le kat First Lady di Kuantan ni ada ke tak. Tak pulak aku pi cek :)


Dan yang terkini, bakal keluar kol 11am arini (ulang lagi...hari ini...sejam lagi dari masa aku menaip pos ni), Radzuan Radziwill's collection plak akan launch. Yang ni hanya boleh dapat dari ThePoplook website saja. Saja je la jap tadi aku gi klik ke link yang berkenaan (go to Shop by brand list di sebelah kiri website main page) tapi memang tak kluar apa-apa. So, mesti jap lagi many fashion crazies will try to surf the web. Dikatakan Radzuan's collection ni yang termurah compared to other designers so far. Price range would be from RM119 - RM179.

Among Radzuan's collection

Berani cuba? Aku? Macam tak berani je...Hehehe....


Pst:
Rasanya masih blom terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT BERPUASA.