Tuesday, December 31, 2013

Ismael Menjalani Pembedahan

Masa tengah menaip post ni (24 Disember 2013) aku sedang berada di Sheffield Children Hospital. Petang semalam Ismael baru saja menjalani satu pembedahan dekat telinga sebelah kiri sebab ada satu macam ketumbuhan kat situ.

Sebenarnya kami realize ketumbuhan tu masa kami mula-mula sampai ke Sheffield, masa tu kami tengah menumpang di rumah kawan sementara nak tunggu dapat masuk ke rumah sewa kami. Waktu tu ketumbuhan tu besarnya macam sebutir pasir je. At first kami bawa Ismael jumpa GP (doktor kat klinik kesihatan awam kat sini panggil GP). GP kata most probably takde apa sebab Ismael tak menunjukkan simptom lain macam demam kerana ketumbuhan tu. Dia kata ketumbuhan tu mungkin akan hilang by time. Tapi dia tetap bagi kami appointment untuk further check up kat Children Hospital. First time gi buat check up kat hospital, doktor tengok macam tu je. He said nothing to worry. Pastu dia bagi appointment hari lain plak untuk scan. Stress jugak aku sebab nak tunggu giliran tu lama dan setiap kali kena ke hospital bermakna aku hilang hari kerja untuk PhD. So, appointment kedua di hospital untuk pergi scan je. Mula-mula macam nurse je yang scan. Tapi pastu dia panggil doktor untuk tengok scan sebab aku agak dia tak pasti kot apa benda. Yang tengok scan tu doktor lain plak dari doktor masa 1st appointment sebelumnya. Bila aku tanya dia, dia kata yang sama, nothing to worry. Oleh kerana semua appointment doktor kata "nothing to worry" kami pon buat tak tau la bila ada appointment seterusnya (appointment yang ketiga) dibuat oleh pihak hospital. Lagi pon masa appointment hospital yang kedua aku ada tanya ngan doktor, ada appointment ke lagi lepas tu. Doktor kata takde dah.  Tiba-tiba, tak lama lepas kami tak gi appointment yang ketiga sampai satu surat dari hospital, specifically dari doktor masa 2nd appointment yang memberitahu Ismael disyaki mempunyai skin cyst setelah dia rujuk dengan rakan doktor dia yang aku kira sorang doktor pakar. Dalam surat tu jugak ada sebut yang Ismael perlu menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tu. Apa lagi, serabut le kami suami isteri. Appointment yang dibuat semula seterusnya kami tak boleh nak pi pulak, sebab apa aku pon dah tak ingat. So, sebulan lepas tarikh yang diberi tu, dalam hujung bulan november kalau tak silap baru dapat appointment ngan doktor pakar. Doktor tu pakar ENT. Sebenarnya few months lepas 2nd appointment tu aku prasan ketumbuhan tu makin besar sikit demi sikit. Masa appointment ketiga tu kami diberi penerangan oleh doktor mat salleh tu tentang operation tu dan kami boleh tanya apa-apa yang kami nak tau. Doktor yang merawat Ismael kali ni lebih friendly berbanding doktor-doktor yang sebelumnya dan English dia jelas. English local people adakalanya aku rasa susah nak faham sebab loghat Yorkshire dia membuatkan sebutan perkataan dia banyak yang pelik. Kalau bukan doktor tempatan, UK ni ramai jugak doktor import jadi lain pulaklah loghatnya. Doktor tu bagitau dia sendiri tak pasti apa sbenarnya punca ketumbuhan tu tapi dia cuba meyakinkan kami untuk tak risau pasal pembedahan tu sebab dia pernah buat pembedahan yang serupa banyak kali dan risikonya kecik. Oleh kerana makin besar, doktor suggest untuk buang sebab dikhuatiri kalau dibiar makin complicated untuk dibedah. Sebelum dibuang besarnya dah mencecah lebih kurang 2.5cm x 4cm.

Ismael memang nampak ok walaupon ada ketumbuhan antara pipi n telinga kiri dia. Orang tak perasan sebab benjolan ketumbuhan tu tak nampak dengan mata kasar kalau pandang sekali imbas.

Masa hari untuk pembedahan, aku, hasben n Ismael bertolak ke hospital dalam pukul 10 pagi naik tram, 23hb Disember (Isnin). Kami tak naik kereta sebab parking hospital very limited. Appointment untuk Ismael kol 11 pagi. Beberapa minit lepas daftar sorang nurse datang bubuh sejenis krim yang dia panggil 'magic cream' nak bagi kebas kat kedua-dua belah belakang tapak tangan. Pastu atas krim tu dia bubuh macam crytal clear plastic sticker untuk lindung cream tu. Pastu tunggu lama sangat sebelum boleh oparation. Mula-mula nurse tu estimate boleh operate dalam pukul 1.30 tengah hari. Tapi bila jam dah tunjuk kol 1.30 kami masih lagi menunggu. Ismael dah beberapa kali ajak balik sebab dia dah bosan n aku rasa dia lapar jugak. Ismael hanya makan sekeping apam balik masa sarapan kol 7 pagi. After 7.30 dia dah tak dibenarkan makan tapi hanya boleh minum air kosong. Itu pon sampai jam 11.30 pagi. Masa kol 11.25 aku suruh dia minum air skit takut nanti dahaga n alhamdulillah dia tak mintak nak minum lepas tu sebab kalau tidak jenuh la kami nak kena pujuk dia mengamuk. 



Mujur kat tempat menunggu ada banyak mainan untuk Ismael main, jadi taklah dia bosan untuk beberapa jam. Ismael kena pakai baju untuk operation dan dalam gambar boleh nampak ada tanda anak panah dekat leher dia menunjukkan kawasan yang dibedah. Salah sorang doktor datang buat tanda anak panah tu masa Ismael sibuk main.

Sementara menunggu, soalan dah berkoyan dah kena jawab. Nurse tanya, setiap doktor yang terlibat untuk operation Ismael pon datang tanya silih berganti. Semua sekali ada 4 doktor yang terlibat. Setiap doktor datang personally perkenal diri, bagi info, tanya soalan n allow kami tanya apa-apa soalan. Semua doktor very friendly terutamanya doktor pakar bius. Kami diberi penerangan detail terutamanya pasal bius dan risikonya. I guess because after operation kesan bius lah yang paling ketara.

Lebih kurang 2.45 petang barulah nama Ismael dipanggil untuk mula operation. Untuk bius hanya aku dengan ismael je yang boleh masuk ke bilik bius. Aku volunteer instead of papa dia sebab hasben tak berani tengok orang kena cucuk, boleh pengsan dia, serius ok. Aku tau dia boleh pengsan sebab dulu masa aku admit ward dia nampak macam dah nak terkulai bila aku kena injection kat tangan.  Di bilik bius aku diminta untuk dudukkan ismael di riba aku dan pastu dokor n sorang nurse laki n sorang nurse pompuan try cari urat darah kat tempat yang dibubuh magic cream tadi tapi depa kata tak nampak urat darah. Jd kena guna cara kedua untuk bius iaitu pakai gas, macam sedut gas untuk orang asma tu. Bila doktor suruh suruh ismael tiup dia ikut cakap doktor n of course lah lepas dia tiup dia akan tarik nafas kan. So, lepas 4, 5 kali tiup dia dah mula terkulai, tapi pastu dia sedar kejap n meggelupur skit. Masa dia tengah dok meggelupur tu doktor suruh aku angkat dia ke atas katil n lepas dia sedut lagi 3, 4 kali, dia terus tak sedar, kepala dia dan dan tu jugak terlentok macam orang berlakon mati kat dalam tv. Pastu doktor cepat2 susruh aku kiss ismael n beredar dari situ. Sedih jugak tengok Ismael tak sedar diri but I was ok, didn't cry.

Oleh kerana dah lapar sangat jd kami gi makan dulu. Bagusnya, pihak hospital ada sediakan alat macam pager. Alat tu akan vibrate n blinking bila operation dah selesai n untuk allow parents/carer bersama dengan budak yang telah selamat menjalani operation. Alat tu jugak akan berbunyi kalau kami berada di luar kawasan. Lepas makan kami ingat nak tunggu dekat ngan ruang menunggu operation theatre tp penuh pulak. Jd kami pon pi lah menunggu kat ruang menunggu Accident and Emergency. Rasa mengantuk tapi tak boleh nak tido sbb risau kot dengan keadaan Ismael.

Sebelum pembedahan doktor cakap operation akan mengambil masa 2-3 jam. Lepas 2 setengah jam aku dah mula menggelisah. Ismael mula operation kol 2.45 petang. 6.30 petang alat pager tu vibrate n blinking. Kami cepat-cepat gi ke ruang menunggu dekat dengan bilik operation. On the way nak ke sana kami terserempak dengan salah sorang doktor yang operate Ismael, doktor pakar bius. Kami tengok dia macam kalut nak balik umah. Maklumlah, ramai orang dah nak cuti nak sambut krismas. Tapi dia sempat bagitau Ismael did good and ketumbuhan tu dah dibuang sepenuhnya. Masa aku nak masuk tengok Ismael tu aku tengok dia tengah menangis. Dia kata sakit. Hasben tak berani masuk sebab dia seriau tengok darah. Memang banyak darah nampak kat telinga Ismael. Dekat tempat dibedah tu ada satu tiub kecik yang disambungkat ke satu botol yang fungsinya untuk menakung darah daripada meleleh macam tu saja. Masa aku cium Ismael masa tu memang bau hanyir darah lah kat dia. Sian sangat tengok dia masa tu. Rasa nak menangis pon ada tapi aku gagahkan jugak diri sebab kalau aku menangis takut Ismael lagi emosi. Oleh kerana aku jangka Ismael mesti lapar dan dahaga, aku offer dia air. Ismael minum satu cawan habis n pastu dia nak lagi. Tapi nurse cakap jangan bagi banyak dulu. Aku pon tak pasti kenapa. Pastu Ismael dibawa masuk ke ward. Di ward Ismael menangis-nangis nak minum air. Nurse kat ward ok je aku bagi Ismael minum lagi. Ismael minum bercawan-cawan menunjukkan dia sangat dahaga. Tapi tak lama pastu dia muntah, kesan dari ubat bius aku rasa. Mujur muntah air kosong, taklah kelam kabut aku membersih. Hasben memang tengok je sebab dia tak berani tengok keadaan Ismael. Elok dia tak tengok sebab kalau tengok takut pengsan dan kecoh pulak satu ward. Huhuhu.....

Di ward, selepas operation

Panjang keratan untuk pembedahan tu sbenarnya panjang dan berlekuk tapi kat gambar ni tak nampak la sebab berbalut. Dalam gambar nampak salur tiub kecil yang mengalirkan darah dari tempat bekas operate dan darah masih mengalir keluar sebab baru lepas operate.

Dalam gambar ni nampak jelas sikit salur tiub dan botol penakung darah. Masa ni pagi keesokan hari lepas operation dan botol tu baru dikosongkan oleh nurse. Darah yang mengalir dah mula menunjukkan tanda nak berhenti

Lebih kurang sejam lepas masuk ward, lepas Ismael merengek nak itu dan ini akhirnya Ismael senyap tengok kartun Peppa Pig. Kat setiap katil pesakit ada personal tv. Macam-macam pre recorded vidoes ada untuk budak-budak. Memang terbaik lah. Setiap tv dibekalkan dengan headphone supaya tak kacau pesakit lain. Headphone tu tak perlu letak atas kepala. Aku just letak sebelah telinga, Ismael dah boleh dengar Peppa membebel. Tak sampai sejam lepas tengok kartun Peppa Ismael tido. Malam tu bermalamlah kami dua beranak di ward. Hasben boleh je nak bermalam sekali tapi sebab risau plak keselamatan kereta kami yang di parking kat tram stop jadi dia balik umah. Alhamdulillah Ismael tido nyenyak malam tu. Nurse datang amik blood pressure n temperature berkali-kali pon dia tido je. Cuma ada dua kali aku terpaksa kejutkan dia tengah-tengah malam sebab nak bagi makan ubat dan lepas tu dia tido balik dengan mudah. Alhamdulillah juga untuk setiap katil pesakit disediakan satu katil extra, bantal dan selimut. Jadi aku boleh berbaring dengan selesa sambil tengok-tengok Ismael. So, taklah lenguh badan dan tak letih sangat meneman Ismael bermalam di hospital. Mujur jugak di hospital ni ada kemudahan surau siap dengan tempat wuduk yang sangat proper, sangat selesa. Jadi, takde masalah nak solat.

Ada surau kat hospital

Pagi esoknya kol 6.30 pagi aku bangun gi smayang subuh dengan harapan Ismael tak jaga selama aku tinggal dia untuk solat. Syukur Allah kabulkan permintaan aku. Masa balik dari solat aku tengok Ismael masih nyeyak tido. Tak lama pastu nurse tanya sama ada Ismael nak breakfast sebab dia tau Ismael masih belom makan lepas operate. Jadi aku request cornflakes+milk. Nurse bagi semangkuk besar (I guess standard orang dewasa makan) dan Ismael makan licin. Dia lapar sangat la sebab kali terakhir dia makan adalah pada hari sebelumnya jam 7 pagi. Kira dah 24 jam tak makan, just minum air kosong je. Pastu bila hasben datang dia bawa roti canai yang Aisyah buat dan Ismael makan sekeping habis.

Kami diberitahu kami boleh balik hari tu jugak memandangkan keadaan Ismael baik sahaja, darah kat telinga tak meleleh lagi. Before balik nurse nak cuci darah kering di tempat operate dan bukak salur tiub kecik di telinga dia. Masa nurse cuci telinga dan cabut wayar tu Ismael meraung-raung la sebab sakit. Baru aku tau rupanya salur tiub tu dimasukkan ke bawah kulit dekat ngan telinga dia tu lebih 1/2 jengkal. Patut la botol yang menakung darah dia tu boleh tergantung dan tak jatuh bila tak dipegang. 

Kami balik dengan kereta kami dan sepanjang perjalanan dari ward nak ke pintu keluar hospital tu aku dukung dia sebab kesian kat dia yang dok menahan sakit tapi dia senyap je masa tu. Lepas keluar pintu hospital aku suruh dia jalan sikit dan dia ok je dalam keadaan sejuk-sejuk dengan angin bertiup kuat jugak. Kami tunggu papa dia datang dengan kereta kat bus stop depan hospital, tak lama, tak sampai 2 minit. Ismael memang kuat semangat pada aku sebab dalam keadaan dia macam tu dia masih boleh cakap dengan aksi comel: "mama, angin kuat, angin kuat".

Inilah antara dugaan PhD kami suami isteri. Tapi dugaan ni lebih berat bagi Ismael yang menanggung. Semoga Allah beri kesihataan yang baik untuk anak-anak kami dan mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Sunday, December 8, 2013

Orang Gaji Baru

Masa autumn n winter ni aku ada satu rutin yang kena nak buat iaitu turun naik umah menyidai baju untuk dikeringkan di heater dan heater plak ada 4 tempat berbeza, satu kat ruang tamu, satu kat tangga, satu dalam bilik tido dan satu kat bilik study. Lepas dah kering kena turun naik lagi untuk kutip baju dan sidai plak baju yang masih berbaki. Oleh kerana baju tak kering serentak jadi kerja melipat kain berterusan dan aku stress!

Oleh kerana dah penat turun naik sepanjang autumn n winter tahun lepas, tahun ni aku nekad untuk menggunakan khidmat orang gaji baru.

Tadaa....Ini dia orang gaji baru aku. Ooopss, bukan yang angkat tangan tanda bagus tu. Itu model comel aku tu. Mesin tumble dryer tu la orang gaji baru aku. Hehehe......

Before this aku bertahan tak pakai tumble dryer sebab orang Malaysia kat sini rata-rata bila ditanya pasal kos letrik pakai tumble dryer depa kata mahal. Tapi bila dah letih dan stress aku pon survey la kat internet n aku dapati taklah mahal sangat kalau setakat pakai 3-4 kali seminggu. Aku rasa yang depa dok kata mahal tu sebab mesin tu energy rating nyer C atau D dan pakai hari-hari. Dan aku pon decide untuk beli mesin ni yang energy ratingnya A+ dari Appliance Online. Oh ye, dekat UK ni bila kita nak beli barang letrik yang besar macam peti ais, mesin basuh dan sebagainya kita boleh dapat info energy rating barang tu. So, kita boleh anggarkan sejauh mana electric consumption untuk barang tu. Skang ni dah lebih sebulan kami pakai mesin ni, alhamdulillah, kos letriknya kami mampu nak tanggung dan taklah semahal yang digembar-gemburkan oleh ramai orang.

Dengan mesin ni aku hanya perlu tunggu 2-3 jam n lepas tu dah boleh trus lipat baju, masuk dalam almari. Masa kat Malaysia lagi sbenarnya aku berangan nak beli tumble dryer sebab kat Kuantan kalau masa musim hujan dan jerebu (sampai hutan terbakar dan tak boleh nak sidai baju kat luar rumah) aku rasa tumble dryer sangat diperlukan. So, orang gaji aku ni akan aku bawa balik nanti dan harapnya boleh bertahan lama, inshaa Alllah. Kata engineer mesin basuh ni yang datang ke rumah kami untuk buat sedikit maintanance, dia pakai brand yang sama dan mesin dia dah pon 12 tahun. Mesin ini juga pelaburan untuk PhD. Mengurangkan keletihan dan keserabutan kepala :)

Wednesday, December 4, 2013

Oh Rumah Kami

Unfortunately hari ni masa dah sampai kat Attercliffe Tram Stop nak gi universiti aku baru perasan aku tertinggal tram pass. So, terpaksa la balik umah, naik kreta plak dari situ. Hari-hari kami parking kat area Attercliffe n naik tram kat situ. Jarak dr tram stop tu ke umah kami dlm 1.5 km, takkan nak jalan plak kan. Aku suh hasben gi universiti dulu sbb dia ada meeting ngan supervisor arini. 

Elok aku sampai kat universiti, bertembung ngan hasben yang baru balik dari meeting. And then dia kata kawasan taman perumahan kami di Kuantan dah mula dinaiki air. Ya Allah, berdebar-debar aku. Mana taknya, kami di UK, barang-barang kami tinggalkan penuh satu bilik. Takdelah barang berharga sangat pon. Tapi tetap berharga di hati kami. Tp yang pentingnya rumah tu perlu sentiasa berkeadaan baik sebab itulah salah satu daripada dua harta kami yang paling berharga kami tinggalkan sebelum fly ke UK.

Kawasan umah kami kabarnya telah terputus hubungan sebab jalan yang menghubungkannya banjir dari kedua-dua arah. Sahabat aku yg menyewa umah kami bagitau dia takde kat umah (gi conference) n tak dapat nak balik. Bukan kawasan perumahan kami saja, merata-rata kawasan Kuantan dah terputus hubungan. Ini mungkin banjir terburuk di Kuantan dalam masa 10 tahun. Bukan Kuantan je yang banjir sbenarnya, satu Pahang Banjir. Innalillahiwainnailaihirojiun.
 
Gambar ni diupload di FB oleh seorang sahabat kira-kira 10 jam yg lepas. Rumah kami dekat tiang elektrik nombor dua dari kiri. Pernah beberapa kali dah air naik macam ni tapi Alhamdulillah air tak masuk umah. Smoga kali ni dan bila-bila pon macam sebelum ni jugak.

Gambar ni pon dr FB sahabat yang sama. Yg nampak macam kawasan luas tu tasik sebenarnya. Yang nampak bumbung rumah kat sebalik pokok-pokok tu adalah bumbung rumah kami dan jiran kami. Rumah kami mengadap tasik yang dah tak rupa tasik ni.

Gambar ni aku ambil dari FB Kuantan. Ini jalan nak menghala ke Pekan dan juga ke kawasan perumahan kami, berhampiran dengan KIPSAS. Gambar ni di ambil dari atas fly over. Kelihatan kenderaan stranded.

Alhamdulillah sekejap td jiran kami melegakan kerisauan aku dengan komen dia di FB kira-kira sejam yang lalu.

Ini lorong umah jiran belakang umah kami. Komen dia yang terakhir tu agak melegakan kami.

Tp aku masih tetap risau sebab cuaca di Kuantan masih diramalkan hujan untuk seminggu lagi. 


Ya Allah, kami hanya mampu berdoa dari jauh. 

Monday, December 2, 2013

Ismael Dah Ke Nursery

 

Dah hampir 3 bulan Ismael ke nursery. Nursery yang aku maksudkan kat sini adalah nursery yang konsepnya macam tadika untuk budak 5-6 tahun kat Malaysia. Tapi nursery yang Ismael gi ni pembelajarannya taklah formal sangat. Lebih kepada main sambil belajar, develop psikomotor skill, dan belajar bersosial. Untuk anak aku yang bahasa Inggeris bukan bahasa komunikasi utama di rumah bila pergi nursery dapatlah develop english vocabulary. Walau pon aku prasan vocab yang dia dapat dari nursery hanya beberapa patah setelah hampir 3 bulan gi nursery, aku rasa oklah tu. Lama-lama nanti banyaklah kot....

Lepas few weeks dia gi nursery aku tanya dia kawan dia nama apa. Dia kata dia tak tau. Skang ni kalau aku tanya kawan dia nama apa, dia dah jawab "Tetepa" (sbenarnya Mustafa, dia sebut pelat dia le). Mustafa tu budak Sudan. So far depa communicate melalui aksi dan mimik muka aku rasa. Oh, lupa nak mention, dalam nursery Ismael budak-budaknya ada pelbagai bangsa. Ada omputih British, Cina, Pakistan, Sudan, Somalia. Nursery di Phillimore Scholl ada dua sesi, pagi dan tengah hari. Kami pilih sesi pagi (8.30 pg - 11.30 pagi) supaya aku berpeluang untuk hantar Ismael ke nursery. Setiap sesi hanya 3 jam saja n it is totally free dan dibuka untuk budak-budak yang telah berumur 3 tahun. Kalau nursery nak buat party (makan-makan) untuk depa, pihak nursery akan request donation. Tu pon dia mintak tak banyak, cuma 50 pence. 

Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar masa settling down week, first week Ismael di nursery. Malangnya kami tak dibenarkan amik gambar yang melibatkan budak-budak lain for safety n privacy reasons. Jadi janganlah pelik gmabar-gambar kat bawah ni seolah-olah macam depa je ada kat nursery. Ielyas pon dapat join skali masa settling down week aritu. Ielyas pon suka gi nursery tapi Ielyas tak layak sebab tak cukup umur. So, tinggallah Ielyas kat umah main sorang-sorang bila abang Ismael gi nursery.










Alhamdulillah, Ismael so far suka gi nursery sampaikan kalau ada apa-apa yang tak elok dia buat kat umah, kami ugut dia nanti takleh gi school n dia akan cepat-cepat say sorry atau tak buat benda yang kami tak bagi dia buat. Tak pasti plak aku kenapa sbenarnya dia suka gi school. Kami sebut nursery tu school kat dia. Oh, ada banyak nak citer pasal aktiviti Ismael n his nursery. Tapi keadaan tak mengizinkan. Ielyas demam, baju nak kena lipat, nak main ngan Ismael, nak bagi Ismael makan, nak jahit baju terperetas, dan banyak lagi sebab yang memerlukan aku berhenti menaip untuk post kali ni. Ok, sambung lain kali plak.

Sunday, November 3, 2013

Pear n Apple Picking

Dah agak lama aku tak berblog. Tak sempat sbb lately sibuk ngan PhD (hari lain pon sibuk jugak dengan PhD cuma kali ni super sibuk) dan jugak dengan Ismael yang dah mula ke nursery. Last two weeks kami ke Goechers Farm, petik pear n apple. Dulu kami dah pi dah ke Goechers Farm tapi dulu kami datang petik strawberry tapi kali ni petik pear n apple plak. Sbenarnya tak plan pon nak ke sana sbb dah asyik balik lewat dr universiti during weekdays jd ingat nak rehat je kat umah masa weekend. Pastu ada kawan ajak kat FB gi petik apple. Hasben bersungguh mengajak n aku pon terasa macam nak tengok dunia luar plak, instead mengadap laptop. Lagi pon sian kat anak-anak terutamanya Ielyas yang dah beberapa minggu tak ke mana-mana. Ok, aku stuju kami gi skali. Dua famili je pi. Tapi kami ok je.

Sampai sana baru aku tau rupanya bukan setakat boleh petik apple tapi jugak pear. Wah....bagus sebab aku lebih suka pear dari apple. Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat enjoy sampaikan aku terlupa skejap masalah PhD aku. Bila dah balik terasa menyesal tak petik buah pear banyak-banyak sebab dua hari lepas picking tinggal beberapa bijik je lagi. Rsnya aku dengan Ismael lah yang makan pear paling banyak :)

Ini buah epal hijau baka baik tapi tak berapa sesuai nak makan macam tu saja sebab agak masam. Kat sini mat salleh guna epal ni utk buat apple tart or apple strudle. 

Tauke ladang bagi plastik untuk petik. Petik lah sebarapa banyak yang kita nak. Lepas tu gi timbang, sekilo 99 pence (kiranya macam 99 sen la). 

Sayangkan apple jatuh macam tu saja sebab terlalu ranum dan tak dipetik

Dah dapat petik apple yang paling besar!

Sambil petik sambil boleh makan. Tuan ladang kata takpe sebab dia memang expect orang akan buat macam tu. Kiranya halallah yang kita makan kat situ. Cuma dia kata janganlah makan sampai berbakul-bakul. 

Kenangan di pokok apple yang tak boleh dilupakan. Cuma sayangnya apple merah kat sini saiz dan warnanya tidak membuatkan kita teruja nak makan. Maybe jugak kami tak explore ke dalam sikit untuk jumpa apple merah yang gred elok.

Kami bersama famili Maniha. Maniha bersungguh nak mai sebab entertain parents dia yang datang dari Malaysia.

Di kiri apple, di kanan pear.

Ismael sangat suka pear sampai kiri kanan pegang pear. Tengok pear bergayut-gayut. Memang tak boleh tahan nak makan kat situ jugak.


Ielyas pon nak petik sendiri jugak





Plum pon ada jugak kat Goechers Farm. Tapi masa kami pi tu musimnya dah di penghujung. So, tak sronoklah untuk memetik.

 Apple trees opposite customer car park. Masa sampai memang kami terujalah tengok macam memanggil-manggil suruh datang apple picking kat sini.

Bye Bye Goechers Farm

Tuesday, September 3, 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri Warga Darnall

Cerita ni dah agak lama berlalu. Baru ni berkesempatan nak update. 17 Ogos lepas, 9 keluarga Melayu (jumlah baki kelaurga Melayu terkini) qariah Darnall telah mengadakan open house Aidilfitri untuk semua warga PMPMS. Setiap keluarga kena masak sekurang-kurangnya satu menu dan keluarga kami sediakan roti jala n murtabak. 

Aku n Aisyah mengerah tenaga buat murtabak ayam penuh dua bekas ni. Start buat malam sebelum open house, lepas maghrib n selesai kol 2.30 pagi. Huhuhu....

Esoknya kol 8 pagi aku start plak buat roti jala. Aisyah start awal lagi, kol 7.30 pagi. Kol 1.30 petang baru selesai kami menjala. Pastu kelam kabut bersiap sebab kol 2 petang mula open house.

Ini kari roti jala. Yg jugak boleh dimakan bersama murtabak

Majlis rumah terbuka dibuat di satu dewan komuniti yang disewa dengan harga £80. Kos sewa £60 ditaja oleh tok penghulu PMPMS (yg jugak warga Darnall) sebab open house ni diwar-warkan sebagai open house penghulu dengan warga Darnall dan baki £20 disponsor oleh Nawwal & Hafizul suami isteri. Ada 10 jenis hidangan semuanya, tak termasuk kuih raya dan buah tembikai. Keluarga kami buat 2 jenis dan famili lain buat satu jenis, jadi ada 9 jenis. Ada nasi ayam penyet, nasi ayam, mee kari, bihun sup, laksa johor, nasi dagang, lab stew with buns, laksa penang dan tak lupa jugak dari kami: roti jala pelangi dan murtabak ayam mini. 

Tetamu rambang mata nak makan mana satu

Antara tetamu yang datang ke open house kami

Antara chef yang telah bertungkus-lumus

Lagi gambar chef-chef yang terlibat. Yang pakai tudung biru sbelah kiri tu, Zaahirah, salah sorang tetamu kami. This lovely photo is one of her FB photo album collections.

Tengok tu bapa mithali tengah jaga anak, kasi chance kat isteri menjamu selera. Kelihatan Ielyas tengah sibuk tengok menu kedai fast food. Papa dia tinggal dia sat kat situ sebab nak p amik air kot....

Ahli tuan rumah sambil layan tetamu sambil makan

Budak-budak sibuk main tolak-tolak kerusi sementara tunggu parents masing-masing berkemas lepas selesai open house

Warga Darnall bergambar kenangan lepas selesai semuanya. Syukur Alhamdulillah sebab open house Aidilfitri kami berjalan lancar dan meriah. Kalau ada rezki kami buat lagi tahun depan.