Cerita ni dah agak lama berlalu. Baru ni berkesempatan nak update. 17 Ogos lepas, 9 keluarga Melayu (jumlah baki kelaurga Melayu terkini) qariah Darnall telah mengadakan open house Aidilfitri untuk semua warga PMPMS. Setiap keluarga kena masak sekurang-kurangnya satu menu dan keluarga kami sediakan roti jala n murtabak.
|
Aku n Aisyah mengerah tenaga buat murtabak ayam penuh dua bekas ni. Start buat malam sebelum open house, lepas maghrib n selesai kol 2.30 pagi. Huhuhu.... |
|
Esoknya kol 8 pagi aku start plak buat roti jala. Aisyah start awal lagi, kol 7.30 pagi. Kol 1.30 petang baru selesai kami menjala. Pastu kelam kabut bersiap sebab kol 2 petang mula open house. |
|
Ini kari roti jala. Yg jugak boleh dimakan bersama murtabak |
Majlis rumah terbuka dibuat di satu dewan komuniti yang disewa dengan harga £80. Kos sewa £60 ditaja oleh tok penghulu PMPMS (yg jugak warga Darnall) sebab open house ni diwar-warkan sebagai open house penghulu dengan warga Darnall dan baki £20 disponsor oleh Nawwal & Hafizul suami isteri. Ada 10 jenis hidangan semuanya, tak termasuk kuih raya dan buah tembikai. Keluarga kami buat 2 jenis dan famili lain buat satu jenis, jadi ada 9 jenis. Ada nasi ayam penyet, nasi ayam, mee kari, bihun sup, laksa johor, nasi dagang, lab stew with buns, laksa penang dan tak lupa jugak dari kami: roti jala pelangi dan murtabak ayam mini.
|
Tetamu rambang mata nak makan mana satu |
|
Antara tetamu yang datang ke open house kami |
|
Antara chef yang telah bertungkus-lumus |
|
Lagi gambar chef-chef yang terlibat. Yang pakai tudung biru sbelah kiri tu, Zaahirah, salah sorang tetamu kami. This lovely photo is one of her FB photo album collections. |
|
Tengok tu bapa mithali tengah jaga anak, kasi chance kat isteri menjamu selera. Kelihatan Ielyas tengah sibuk tengok menu kedai fast food. Papa dia tinggal dia sat kat situ sebab nak p amik air kot.... |
|
Ahli tuan rumah sambil layan tetamu sambil makan |
|
Budak-budak sibuk main tolak-tolak kerusi sementara tunggu parents masing-masing berkemas lepas selesai open house |
|
Warga Darnall bergambar kenangan lepas selesai semuanya. Syukur Alhamdulillah sebab open house Aidilfitri kami berjalan lancar dan meriah. Kalau ada rezki kami buat lagi tahun depan. |
2 comments:
hi akak.... ni ilarazali. wahhh meriahnya. jika ada jodoh, next year kami join. hihi.... verangan :) pray for me and sheriff ya. baru nak submit reference jek ni .....
InshaaAllah. Nanti bila dah almost sure nak mai cni boleh lah contact wakil pmpms kat website persatuan few months advance? Nanti wakil persatuan akan tlg carikan umah n arrange transport utk menjemput dr manchaster airport, kalau korang perlukan
Post a Comment