Sebenarnya, kedatangan kami ke KL pada 10 April lepas bukan semata-mata nak tengok bola saja. Kami nak cari baby items sebab nak dapatkan lebih pilihan dengan harga yang berpatutan, dah kebetulan turun ke KL. Sebelum menyaksikan perlawanan final Piala FA, kami sempat shopping baby items di Ampang Point. Kebetulan ada sale baby products oleh Mom's Care kat sini. Kami pon belilah beberapa barang yang perlu dan dalam listing barang baby yang blom beli.
Ini baju utk g jalan2. Most yg aku dah beli sblm ni sesuai utk kat umah je. So, tambah satu lagi koleksi baju jalan2
Toys n musical pull string for my baby. Bought at Mom's Care. Harga murah dr yg biasa aku tengok. Tu yg beli
Toys n musical pull string for my baby. Bought at Mom's Care. Harga murah dr yg biasa aku tengok. Tu yg beli
Kami juga beli baby cot. Sebelum datang KL, mula-mula ingat nak beli baby cot di IKEA tapi bila mengambil kira faktor keseluruhan kos dan praktikaliti, kami decide beli baby cot Anakku jugak di Ampang Point. Bagusnya salesgirl di Anakku ni, dia terangkan penuh terperinci tentang barang-barang yang kami berminat nak beli. Padahal sebelum ni kami dah tengok barang yang sama di tempat lain tapi tak diberi penerangan tentang kelebihan dan kelemahan baby product yang dijual. Dia siap tunjukkan kami cara assemble n dissambled baby cot tu dua tiga kali. Pastu dia suruh husband aku buat praktikal lagi supaya betul-betul faham caranya.
Selepas perlawanan final Piala FA kami menyambung lagi pencarian kami di Jaya Jusco One Utama. Kami dapat mencari baby stroller yang bersesuaian bagi tujuan penyimpanan dalam bonet kereta dengan ruang yang optimum dan keselesaan baby kami nanti - InsyaAllah.
Kami tak beli barang-barang over branded sebab ikut apa yang termampu dengan seboleh-bolehnya kualiti yang masih terjamin. Macam baby stroller tu kami beli brand Sweet Cherry. Kalu nak beli brand Combi, McLaren atau sewaktu dengannya sah2 takde saving dua bulan. Kalau kawan-kawan yang nak beli barang-barang baby secara online, bagus juga sbb kalau pandai mencari, boleh beli barang baby yang sama atau serupa lebih murah.