Dalam post terdahulu aku kan ada citer aku buat wardrobe update. So, banyak le baju baru. Sempena untuk menaikkan semangat nak start enjin buat kerja PhD dalam/baru lepas pantang, hari-hari aku pergi universiti pakai baju/tudung baru. Lagi pon hasben aku kan bilik opis dia dok sebelah bilik aku. Kira melawa untuk suami sekali le. Hehehe.....Bukan le aku pakai semua serba baru atas bawah. Pakai yang baru n match kan dengan yang lama jugak.
21/09/2016 - Rabu Shawl: Escarves - baru Top: Rayyan Haya @ Maleeqa |
22/09/2016 - Khamis Shawl: Avilia Top: Scarffeya - baru |
23/09/2016 - Jumaat Shawl: Marshmallow Scarf Jubah: Losravelda Hari ni takde yang baru. Jubah n shawl tu dua-dua aku beli masa pregnant aritu @ Mood Republic di Kuantan. |
26/09/2016 - Isnin Hijab: Neda - baru Top: Norie Signature - baru |
27/09/2016 - Selasa Shawl: Unbranded Baju kurung: MuslimahClothing.Com - baru |
28/09/2016 - Rabu Shawl: Unbranded Top: Primark Skirt: Almari Cantek @ Modvier - baru |
Amacam, cun tak awek kat atas tu? Kalau ada sesapa nak hire aku jadi model fesyen muslimah boleh le contact aku. Wakakaka.......
Nota kaki:
Aku start gi universiti 21/09 lepas sebab risau supervisor aku lupa yang aku ni blom grad. Masa tu aku masih dalam pantang, hari ke-35. Nak habis pantang dah... Tak payah le heran. Ada orang lain minggu ke-2 pon dah panjat tangga universiti demi PhD.
2 comments:
Kak lyn awat cantiknya semua baju tu..lama tak jenguk blog..sedar sedar dah ada baby baru.. Tahniah Kak Lyn!!
Nanti awak balik msia pon mesti nak update baju nak p kerja. Blh le melaram baju baru jugak :)
Post a Comment