Thursday, August 28, 2014

Ismael's 1st Dental Visit and....

Kelmarin kami ke sana ke mari supaya Ismael dapat jumpa dentist. Ismael sakit gigi sampai pipi belah kanan dia bengkak. Sian sangat kat Ismael. Hari tu dah pernah sekali dia sakit gigi sampai bengkak di pipi sampai ke mata. Alhmadulillah, Ismael tabah dan tak meragam pon. Dia siap boleh main lawan-lawan ngan adik dan papa. Siap bila aku panggil nama dia, dia kata nama dia bukan Ismael, dia kata panggil transformer la....huhuhu.....  

Kalau tengok betul-betul, mampak pipi kanan Ismael bengkak

Oleh kerana ni dah kali kedua dia sakit sampai bengkak nampak kat muka, aku insist untuk bawa Ismael jumpa dentist. First, kami ke klinik gigi di Darnall je. Tapi bila ditanya, kerani jaga kaunter tu kata kena register dulu n then buat appointment. Dan tarikh untuk jumpa lepas buat appointment paling awal dia boleh bagi adalah bulan September. September??? Ismael muka dah bengkak ok....Dia tak cakap plak exact date bila tapi aku agak September yang dia maksudkan adalah awal September. Tapi dia ada cakap kalau emergency boleh tepon dental emergency care line. Masalahnya aku rasa susah bebenor nak explain kat tepon dan aku pon tak pasti apakah tahap sakit yang dia kata 'emergency' tu. Kang tepon-tepon kena marah plak nanti buat aku bengang je. 
 
Aku ajak hasben try gi hospital. Tapi pastu kami try ke klinik dental practice kat city. Malangnya jawapan yang sama kami terima. Susahnya, nak kena register segala bagai then baru boleh jumpa dentist.
 
So, solution terakhir adalah try dental hospital. Masa gi tanya kat dua klinik sebelumnya aku tak bawa Ismael. Kali ni aku bawa Ismael skali mana la tau kot-kot dia kesian tengok bengkak kat muka Ismael tu. Aku pon gi tanya kat kaunter pertanyaan dan juga dapat respon yang mengecewakan. Person in charge kat kaunter tu kata depa tak terima patient yang takde appointment. Dia siap suruh gi jumpa local dentist dulu. Pergh.....giler rasa kecewa. Bila aku kata appointment paling awal yang Ismael boleh dapat adalah pada September dia kata that is pretty good. What? Kalau kat Malaysia mudahnya. Register hari tu, trus boleh jumpa hari tu. Kalau kat swasta lagi super cepat. Tapi aku tak putus asa. Aku bagitau kat dia muka Ismael dah bengkak dan dia mengadu sakit. Pastu dia suruh aku tunjuk. Aku apa lagi, cepat-cepat angkat Ismael yang terlindung di depan kaunter (kaunter pertanyaan tu tinggi) n tunjuk muka Ismael. Mujur Ismael pandai buat muka kesian sama. Pastu kerani tu suruh tunggu kejap dia gi tanya dentist dulu boleh jumpa hari tu jugak tak.
 
Alhamdulillah usaha aku berkesan. Dentist yang bertugas mau jumpa. Tapi kerani tu siap remind awal-awal yang kami maybe kena tunggu lama skit sebab ramai patients. Takpelah, aku sanggup sebab kalau nak datang lain kali bermakna kami akan hilang lebih banyak masa. Ini pon dah hilang satu hari untuk ke uni. Dan yang lebih penting kesian kat Ismael yang dok menahan sakit.
 



Lepas dentist check, dia kata kena cabut SEMUA gigi KECUALI empat batang yang depan. Ya Allah, siannya kat Ismael sebab hari tu baru je operation kat telinga, ni nak kena cabut banyak gigi pulak. Semua salah mama sebab tak firm n tak bersungguh untuk gosok gigi dia masa di Malaysia dulu. Pada masa yang sama aku biar je dia tido dengan botol susu di mulut sebab aku ingat everything will be fine.

Dentist tu jugak tunjuk kat aku kenapa pipi kanan Ismael bengkak. Rupanya sebab gusi di gigi geraham dia dah bernanah dan gigi tu perlu dicabut segera. Aku yang pada awalnya ingatkan masa dental visit tu doctor akan cabut gigi yang buat pipi Ismael bengkak dan visit akan berakhir di situ rupanya panjang lagi ceritanya.  Lepas dia explain apa yang perlu, Ismael dibawa p x-ray gigi dia. Pastu jumpa balik dentist untuk sign dokumen kebenaran. Seterusnya, aku kena gi Children Hospital, satu hospital lain plak tapi tak jauh sangat dari dental hospital tadi. Sampai children hospital aku ke bahagian farmasi dulu amik antibiotik untuk Ismael. Aku ngan Ismael je masuk dalam hospital. Hasben ngan Ielyas tunggu dalam kereta sebab susah nak cari parking. Lepas tunggu dalam 10 minit dan dah dapat ubat, aku ngan Ismael gi pulak ke bahagian blood test. Masa tunggu tu ada plak datang satu budak pompuan ngan mak dia, jugak datang nak buat blood test. Budak tu nampak macam kena demam campak. Aku ternampak Ismael macam bersentuh ngan budak tu masa tengah main satu mainan kat dalam bilik menunggu tu. Aku apa lagi, psiko le nak pi basuh tangan Ismael. Kalau Ismael kena demam campak haru-biru nanti. Malangnya masa gi toilet nak basuh tangan Ismael giliran Ismael terlepas la plak. Mujur tak perlu amik nombor baru. Kalau tak lagi lama le kena tunggu.
 
Pagi semalam nurse dari dental hospital tepon bagitau prosedur dental clearance Ismael boleh dibuat Jumaat ni. Maksudnya ada patient cancel appointment le kalau boleh buat Jumaat ni sebab kalau ikut appointment 10 September nanti. Dan sekali lagi Ismael akan ke Children Hospital untuk bius dan nampaknya kami dua beranak akan berada seharian sekali lagi di hospital.  
 
Doakan semuanya selamat untuk Ismael naa....
 
 
Nota kaki:
 
  1. Dentist yang rawat Ismael cakap budak-budak yang tinggal di UK perlu diberus gigi depa dengan ubat gigi berflorida secukupnya. Ubat gigi yang dijual di pasaran di sini kandungan floridanya tak cukup. Biasanya kandungan florida untuk ubat gigi bagi umur Ielyas (2-3) adalah dalam lingkungan 1000-1100 ppm (parts per million). Jadi kena pakai ubat gigi dengan fluoride content lebih lagi supaya gigi tak mudah reput. Aku diberitahu untuk gosok gigi Ielyas (3 tahun) dengan ubat gigi untuk umur 4 atau 5 tahun ke atas. Dulu ada sorang kawan dentist yang blajar kat sini dia suggest budak-budak kat sini supaya digosok dengan ubat gigi orang dewasa dan dia juga mention pasal lack of fluoride content dalam ubat gigi budak-budak kat sini. Bila guna ubat gigi orang dewasa tak perlu le bubuh banyak ubat giginya sebab pedas kan. Dia kata kata calit sikit pon dah cukup.
  2. Kalau korang duduk UK dan ada appointment nak jumpa dokor/GP, bila tak boleh datang appointment silalah maklumkan awal kepada pihak klinik/hospital. Dengan itu slot kita tu dapat diberikan kepada orang yang memerlukan macam kes Ismael. Kalau dibiar slot kosong memang membazir masa doctor, nurse n kerani yang bekerja. Kat sini nak jumpa doctor tak boleh main walk in je. Smua kena buat appointment. Even nak gi sesetangah hair salon pon nak kena buat appointment ok....

3 comments:

Me, Myself and I said...

kesiannya ismael.. oo. kena guna ubat gigi utk dewasa lah ek.. maybe blh campur yg dewasa punya n kanak2 punya kan.. Alma pun skrg gosok gigi waktu mandi pagi je..
tp yg tak bestnya uk ni sbb appointment lah kan..
Alma kena sekali waktu dia kena chickenpox.. kitaorg terjag je takde appointment.. nasib baik ada nurse yg nk entertain jgk.. huhuhuh..
time2 camni rindu malaysia.. byk je klinik swasta yg bkk 24 jam.. cuma kena ada duit je..

Nora Jamil said...

ciannye ismael.. semoga cpt sembuh ye.. kt US pun sama kak lyn, g dentist kena buat appointment dulu.

Naflyna said...

Ainor > tu la...byk menda nak appointment. Klinik gigi kat sini dah swasta tp nak appoinment jugak....adoi....

Nora > sini bukan setakat 'orang rosak' nak jumpa dr kena wat appoinment, kreta rosak pon kena wat appointment. Ms mula2 giler terkejut mcm x blh trima hakikat. Huhuhu.....