Saturday, May 18, 2013

Jalan-Jalan Di Nottingham

Cerita ni dah agak basi sbb dah lama dah kami gi Nottingham sbenarnya, tiga minggu lepas. Tapi sebab nak ada catatan kenangan so rasanya elok buat satu post kat sini.  Destinasi pertama kami adalah Museum of Nottingham Life. Baru sempat snap gambar kat patung Robin Hood beberapa shot, kami terpaksa melupakan hajat nak pusing-pusing kat situ selanjutnya sebab hujan turun, hujan batu tau. Batu dia macam butir-butir manik saiz sederhana tu. Itu sbenarnya bukan pengalaman pertama kami merasa hujan batu kat UK ni. Dah beberapa kali dah. Besar lagi dari butir manik saiz besar pon pernah kami rasa. Tak hairanlah kan sebab negara ni sejuk. Eh, terkeluar tajuk citer pasal hujan batu plak. Hahaha....


Bagi yang tak tahu, bandar Nottingham ni sinonim dengan lagenda Robin Hood yang ceritanya kita selalu dapat tengok di tv dalam pelbagai versi. So, sebagai bukti utama kami dah sampai ke sini, bergambarlah dengan patung Robin Hood tu.

Inilah patung Robin Hood. Hujan dah mula turun dah. Tu yang nampak lantai basah tu.

Alhamdulillah, tak lama lepas kami beredar dari museum tu hujan dah berhenti. Our next destination was Green's Windmill & Science Centre. Rekabentuk windmill yang kami tengok tu serupa macam windmill yang ada kat Belanda. Tapi ada satu tu je la. Windmill ni digunakan untuk generate mesin memproses gandum menjadi tepung gandum. Bersebelahan windmill tu ada mini science centre. Oleh kerana saiznya yang mini, tak banyaklah menda-menda sains yang kita boleh tengok dan eksperimen macam Petrosains Playsmart di Kuantan. Tapi oklah, masuk free je. Tapi kalau pengunjung nak menderma duit untuk science centre tu amatlah dialu-alukan. Kami biar anak-anak enjoy skejap kat situ then kami masuk dan naik windmill tu. So, dapatlah tengok macam mana tepung diproses dari gandum cara orang dulu-dulu. Windmill tu bertingkat-tingkat dalamnya. Dan bila masuk dalam tu dengar bunyi gedegung-gedegang kuat jugak le sebab bunyi mesin proses gandum beroperasi dan juga bunyi blades windmill berputar. Lagi kuat angin di luar, lagi laju mesin berjalan dan lagi kuat lah bunyi bising di dalamnya.






Seterusnya kami ke Wollaton Hall yang pada asalnya adalah rumah kepada Sir Francis Willoughby. Skarang ni rumah tu telah dijadikan Nottingham Natural History Museum. Masuk adalah percuma. Besar bangunannya tapi bukan semua bahagian bangunan kita boleh masuk. Kalau nak masuk bahagian yang lain kalau tak silap kena bayar. Depan Wollaton Hall ni ada taman (bukan taman bunga tapi taman yang ada pokok-pokok dan padang rumput) yang sangatlah luas. Memang kayalah aku rasa Sir Francis Willoughby sebab rumahnya dah le dok kat atas bukit sikit, pemandangan kat depan rumah pulak perghh....sejuk dan saujana mata memandang. 

Inilah rupa depan Wollaton Hall

Ini salah satu pemandangan dalam Wollaton Hall

Oh, jangan tak tau, Wollaton Hall ni pernah digunakan sebagai key location untuk filem Batman: The Dark Knight Rises. 

Antara barang pameran dalam museum. Ielyas nak cek sape ada hutang ngan Ielyas ni. Hahaha.....

 Dalam museum ada jugak pameran mengenai serangga. Sambil papa n mama sibuk tengok-tengok, Ielyas sibuk main toys. 

Bagusnya museum kat sini dia ada sediakan sudut mainan untuk budak-budak. Jadi taklah depa bosan sementara parents boleh tengok-tengok dengan aman. Muzium kat Malaysia pon aku rs patut child friendly skit macam kat sini. Cuma masalahnya takut kat Malaysia pihak museum asyik nak kena beli toys baru sebab ramai sangat parents yang tak kisah anak bawak balik toys yang disediakan. Huhuhu....

Ini pulak antara pemandangan di sudut binatang dalam museum.


Gambar kiri: Papa Ismael cuba baju yang diinspirasikan daripada alam semulajadi.
Gambar kanan: Be careful!

Wollaton Hall adalah destinasi terakhir jalan-jalan Nottingham kami. Bandar Nottingham pada aku looks nicer than Sheffield. Nottingham secara keseluruhannya lebih bersih. Kawasan penempatan Pakistan pon nampak lebih bersih dari di Sheffield, Manchaster dan Birmingham. Kebetulan masa kami gi sana suasana spring agak ketara berbanding di Sheffield membuatkan aku rasa bandarnya sangat nice. Bunga magnolia (one of my favorite flowers here) ada banyak di tanam di rumah kediaman di sini tak macam di Sheffield. Apa pon aku tetap bersyukur tinggal di Sheffield dan berpeluang tengok bumi orang. Dan sebelum mengakhiri post ni aku nak dedikasikan gambar di bawah ni untuk seorang sahabat (wink! wink!).

3 comments:

Nihlah Insyirah said...

thanks so much :) kaler pintu sudah bertukar, dari merah ke hitam. it's not red house anymore, huhuhu (nuha keep saying nak balik to her red house)

p/s: bagus betul lah korang ni...terharu sangat

Rozita Ceritaita said...

tumpang baca sini.. salam kenal..

Naflyna said...

Ana > kami tumpang gembira. Nanti wan send pd ana lain-lain gambar :)

Rozita > silakan. Takde masalah :)