Saturday, December 13, 2014

Fresh Flowers

Di UK fresh flowers sangat murah jika dinisbahkan dengan pendapatan orang kat sini. Fresh flowers sebagai hiasan rumah menjadi sesuatu yang biasa di rumah orang di sini terutamanya rumah mat salleh. Kat Malaysia aku tak pernah beli fresh flowers semata-mata nak hias rumah sebab harga fresh flowers sangat mahal.

Sejambak fresh flowers yang dijual kat supermarket biasanya dalam lingkungan £1.50 - £15, bergantung kepada jenis bunga dan besar jambangan. Harga biasa orang beli maximum £5. So, kalau beli lebih £5 tu aku andaikan sama ada beli untuk something really special atau sebab orang yang beli tu memang kaya.

Masa 1st year dulu ada la dalam lima kali kami beli fresh flowers. Kira banyak kali jugak la beli berbanding tak pernah beli dalam setahun kat Malaysia. Huhuhu.....Di samping tu kami jugak dapat beberapa kali fresh flowers percuma dari tempat kerja hasben masa tu. Percuma tu bukan apa. Bunga tu dah expire due date dia. Tapi rupa dia masih elok. Jadi hasben pon amik bawa balik dan kami pilih-pilih yang mana elok letak dalam pasu. Tahan le tiga empat hari menikmati fresh flowers percuma. Kadang-kadang tahan jugak sampai seminggu. Tak malu pon nak bagitau kami ambik bunga buangan. Masih elok. lagi pon bukannya mencuri.

Tahun kedua jarang dah beli fresh flowers. Ke tak pernah beli pon. Ntah, tak ingat. Maybe sebab sibuk jadi tak sempat nak fikir pasal bunga. Tahun ketiga ni lagi sibuk tapi tetiba sentimental bila mengenangkan kami mungkin balik tahun depan dan tak dapat dah nak nikmati macam-macam perkara best kat sini. So, sebab angin syahdu dah mula terasa jadi hari ni beli sejambak fresh flowers kat Asda masa beli groceries pagi semalam. Oh, aku beli yang reduced price bouquet. 

First fresh flower bouquet yang kami beli untuk tahun 2014

Kami beli yang reduced price untuk jimat

Pembungkus bukan main cantik. Rasa macam sayang nak buang

Dapat skali dengan penyegar bunganya

Balik umah hati berbunga-bunga macam jambangan bunga baru beli :)

No comments: