Oleh kerana rumah yang kami sewa ni adalah rumah yg baru dibeli oleh landlord (Malaysian) kami, dia telah berhajat utk buat kenduri doa selamat dan bacaan yasin selepas hampir tiga minggu kami duduk. Kenduri tu diadakan dengan menu utama sponsored by them n kami just support dengan agar-agar laici (1st time buat n sedap. Hehehe....), buah strawberi + anggur dan popia goreng (resepi helper, juadah paling laris among kids n most adults x sempat merasa pon).
Yg baju maroon tu tuan rumah n dua orang budak baju merah tu anak dia |
Yang dukung baby tu isteri tuan rumah. Baby yg dia dukung tu anak bongsu depa yang kebetulan sama birthday dengan Ielyas |
Kenduri dibuat pada hari Sabtu, 13/10/2012. Tetamu mula sampai kol 2
petang dan berakhir lebih kurang kol 7.30 malam. Tetamu jemputan ialah
rakan-rakan yang dok sekitar Darnall dan beberapa keluarga yang bukan
dari qariah Darnall tetapi pada masa tu akan pulang ke tanah air
(jemputan khas oleh landlord).
Ini dia juadah utk tetamu. Banyak juga disokong dengan juadah rakan-rakan yang datang. Dua bekas casserole tu agar-agar laici aku. |
Smoga Allah takdirkan kami aman damai, sejahtera dan gembira dok rumah ni selama kami duduk belajar di sini. Amin.
No comments:
Post a Comment