Thursday, November 1, 2012

How to Optimize Luggage Space

Masa aku sibuk mengemas beg baju yang nak dibawa sambung belajar, tetiba aku terfikir why not aku share this knowledge yang aku belajar dari makcik aku masa aku sekolah rendah. Tapi baru skang berkesempatan nak lengkapkan post ni yang sepatutnya dah lama publish.

Typical way of doing it kita akan lipat baju-baju kita macam yang kita biasa buat untuk disusun dalam almari tu kan. Then kita akan letak macam tu jugak dalam beg yang kita nak bawa.

Kat sini aku nak share satu cara yang telah lama aku praktikkan espcially bila nak balik kampung dan aku perlu bawa banyak baju. Korang mungkin dapat jimatkan luggage space hingga separuh ruang berbanding menggunakan cara biasa.

Ok...ini kain yang kita dah lipat macam biasa tu

Pastu gulung baju tu macam ni. Lebih kejap gulungan tu lebih baik sebab ia akan lebih menjimatkan ruang.


Pastu susun macam ni rapat-rapat. Kalau kena caranya baju-baju tu dimampatkan akan lebih banyak baju dapat diisi.

Lagi satu cara, korang boleh le gunakan beg plastik pemampat. Boleh beli kat supermarket/kedai tertentu. Beg plastik pemampat ni biasanya digunakan oleh orang Jepun utk simpan baju yang jarang nak dipakai dengan minimum storage space.

 Ini rupa packaging plastik pemampat baju yang aku beli dari Universal Traveller. Harga dia kalu tak silap RM9.90. Salesgirl kat kedai tu kata benda ni cepat sold out terutamanya musim student undergrad baru nak fly. Aku pernah jugak tengok menda ni jual kat Daiso (kedai yg jual mostly setiap barang RM5).


 Ini rupa sebenar plastik pemampat tu. Yg ni ukuran dia 60 X 60 cm


 Lepas dah isi baju ke dalam plastik tu, mampatkan plastik tu guna vacum cleaner. Boleh juga pakai tangan tapi kurang berkesan.
 
Bolehlah korang cuba untuk balik kampng atau travel nanti. Selamat mencuba!

Cerita sampingan:
Dulu sblm fly ke UK, kami dah start packing baju since July eventhough kami fly pertengahan September. Korang janganlah pelik awalnya kami start packing sebab kami sedar kami tak banyak masa free waktu tu. Ada macam2 nak kena kemas. Aku kena kemas 2 ofis aku lagi, satu di Gambang dan satu di Pekan. Nak kemas rumah lagi utk penyewa masuk bulan september. Tu yang dah start menyumbat apa yang patut ke dalam luggage awal-awal lagi. Buat sikit-sikit taklah letih sangat. Lagi pon kalau sepenuh tenaga nak dikerah yg masa tu juga bulan puasa mana larat dik ooi... Tambahan pulak masa di rumah pon perlu diluangkan untuk entertain anak-anak. Eh, panjang lebar le pulak cerita sampingan. Apa daa....

1 comment:

Nina Farhana SuperStar Shaklee said...

Kalau nk travel memang masalah betul nk packing brg.. hehe. Tu belum time nak balik,lg haruuu ���� tq sudi share tips��