Wednesday, May 16, 2012

Teacher Noriah

This post is a special dedication to my beloved teacher, Noriah Ismail yang telah banyak mengajar dan membuka peluang utk aku belajar tentang banyak perkara semasa aku bersekolah di SRK Bagan Serai. Murid-murid SRK Bagan Serai panggil dia “teacher” Noriah rather than “cikgu” Noriah sebab dia cikgu Bahasa Inggeris. Dia adalah antara guru yang aku takkan lupa kerana banyak sungguh jasanya terhadap aku. 

Di kala aku berada di kelas tercorot masa sekolah, dia adalah antara guru yang realize aku bukanlah budak lembam (bukanlah pandai sangat pun. Huhuhu….) Dia beri peluang pada aku untuk jadi pengawas pusat sumber bagi tiga tahun berturut-turut, dari darjah 4-6, sampaikan beratus buku kat pusat sumber skolah masa tu aku baca. Kemuncak kepercayaan dia terhadap aku bila dia lantik aku jadi ketua pengawas pusat sumber skolah masa darjah 6 dan sedikit sebanyak jawatan tu membina kemahiran kepimpinan aku. 

Malangnya masa dia mengajar BI aku selalu tak berminat. Bukan sebab dia ajar tak best. Tapi sebab masa tu aku rasa BI tu mcm complicated. Tapi itu tak bermakna takde langsung knowledge yang aku dapat dari pengajaran dia. Cuma aku tak dapat pencapaian optimum. 

Masa aku darjah enam, cikgu-cikgu lain sibuk memilih debaters utk wakil persatuan masing-masing, takde sorang pon yang nak bagi peluang pd aku. Masa tu aku rasa sedih la jugak tapi takdelah pulak aku cakap pada cikgu-cikgu atau kawan-kawan yang aku nak cuba debate competition tu. Ketika ramai kawan-kawan sekelas dah dipilih, teacher Noriah skali lagi bagi peluang pada aku as a debater utk mewakili  Persatuan Pusat Sumber. Aku tak sia-siakan peluang yang telah diberi dan bagi 2 pusingan pertandingan daripada 3 pusingan aku telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik termasuk di pusingan final, sampai ada cikgu yang nampak terkilan tak pilih aku awal-awal lagi. Hahaha…. Kumpulan aku jugak juara peringkat akhir pertandingan, antara kenangan terindah dalam hidup aku.


Inilah teacher Noriah

Teacher Noriah jugak banyak memberi galakan pada aku. Antaranya, dia suruh aku menyertai pertandingan bercerita bahasa Inggeris, pertandingan bersajak bahasa Inggeris, pertandingan ulasan buku terbanyak dan macam-macam lagi pertandingan. Dia bukan sekadar memberi galakan tetapi juga bimbingan dan segalanya tak sia-sia sebab most competitions aku berjaya dapat tempat pertama, kedua atau ketiga. 

Lepas aku tamat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti n few years telah bekerja aku sangka teacher Noriah telah lupa aku sebab dah 17 tahun kami tak jumpa. Rupanya dia masih ingat aku. Sungguh aku terharu sebab dia menyatakan keinginan dia utk berjumpa dengan aku semasa dia datang kenduri kawin sedara aku di Bagan Serai. Tertunai juga hajat aku untuk berjumpa dengan teacher Noriah setelah sekian lama tak jumpa. Indeed, jasa teacher Noriah hanya Allah yang dapat membalasnya.
 
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU 


P/S: Terima kasih jugak kepada Kak Yung (kakak aku), Norsina, yg telah membimbing dan bantu aku jadi a good debater, pilih n ajar aku baca poem bahasa Inggeris sampai boleh menang masa tu. Siap berlatih depan cermin tu….hahaha…Now she’s also a teacher.

No comments: