Tahun ni negeri Pahang telah diberi penghormatan untuk menjadi penganjur SUKMA 2012. Oleh kerana bukan senang untuk mendapat peluang menyaksikan perasmian SUKMA (Sukan Malaysia), kami tak lepaskan peluang pergi majlis perasmiannya oleh Sultan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Masuk adalah percuma.
Parking memang lah agak jauh sbb orang ramai aku rasa dah sampai awal lagi. Kami sampai sana dalam kol 8.30 malam. So, jalan jauh sikit dari stadium. Mujur Ismael mau berjalan sendiri. Alhamdulillah, timing kami sampai sedang-sedang elok. Tak perlu menunggu lama untuk acara bermula. Ini kira pengalaman kami first time tengok sendiri majlis perasmian sukan besar.
Mula-mula kami masuk dalam stadium memang ramai giler orang. Sampaikan terjengket-jengket nak tengok acara kat tengah padang. Masa tu aku ingatkan kami dah nak kena balik gitu aje. Tapi bila hasben tinjau-tinjau rupanya ada je tempat kosong kat certain-certain tempat. Kami pun dengan gigihnya menyelit masuk di celah-celah orang ramai yang sbenarnya malas nak cari tempat sebab nak kena lalu laluan sempit depan ramai orang. Akhirnya berjaya juga kami dapat tempat duduk. Mula-mula kami dok kat tangga je. Tapi lepas tu bila orang dah bangun-bangun, kami pon dapatlah tempat yang selesa sikit.
Sronok sangat dapat tengok persembahan human formation walaupun tak lah sehebat sukan-sukan besar antarabangsa. Siap ada persembahan Siti Nur Haliza menyanyi sambil duduk atas fake giant elephant lagi....Tapi that fake giant elephant just ulang-alik kat grand stand. Kami dapat tengok dari jauh je. Serius gegak gempita orang dalam stadium masa Siti muncul. Satu gimik yang aku kira menjadi. However, she just sang a song special utk SUKMA 2012. Yang kelakarnya, aku terperasan dia menyelak kertas selepas habis menyanyi. Masa tu camera close up pada dia dan tayang kat skrin besar stadium. Aku agak dia tak hafal lirik lagu :)
Sronok sangat dapat tengok persembahan human formation walaupun tak lah sehebat sukan-sukan besar antarabangsa. Siap ada persembahan Siti Nur Haliza menyanyi sambil duduk atas fake giant elephant lagi....Tapi that fake giant elephant just ulang-alik kat grand stand. Kami dapat tengok dari jauh je. Serius gegak gempita orang dalam stadium masa Siti muncul. Satu gimik yang aku kira menjadi. However, she just sang a song special utk SUKMA 2012. Yang kelakarnya, aku terperasan dia menyelak kertas selepas habis menyanyi. Masa tu camera close up pada dia dan tayang kat skrin besar stadium. Aku agak dia tak hafal lirik lagu :)
Seronok tengok sampai lupa nak snap gambar. Cuma ada satu ni je yg sempat amik masa persembahan human formation.
Selesai persembahan human formation, seterusnya Sultan Ahmad Shah, sultan Pahang merasmikan SUKMA 2012, SUKMA XV (baca ke-15). Pastu acara perarakan kontinjen-kontinjen dari setiap negeri termasuk dr negara Brunei plak. Setiap kontinjen negeri diiringi maskot negeri masing-masing kecuali Perlis dan Brunei. Perlis ngan Brunei tertinggal kepala maskot kot. Hehehe....
Tengok ha...penuh stadium tambah plak masuk free. Hehehe... Masa ni tengah perarakan kontinjen-kontinjen negeri.
Lagi suasana sesak stadium
Lagi suasana sesak stadium
Maskot SUKMA 2012, Tok Gajah mengelilingi stadium
Kontinjen dari negeri Terengganu. Antara yang mendapat sorakan gemuruh sebab orang Terengganu ramai yang dok Pahang ni
Kontinjen dari negeri Perak, negeriku
Kontinjen dari negeri Terengganu. Antara yang mendapat sorakan gemuruh sebab orang Terengganu ramai yang dok Pahang ni
Kontinjen dari negeri Perak, negeriku
Lepas tu Menteri Belia dan Sukan beri ucapan. Tapi ucapan dia agak lama sampai ramai parents yg bawa anak kecik dah mula bosan dan berangkat balik. Then, ada larian baton sebagai simbolik bermulanya SUKMA 2012. Pastu kami pon ikut serta parents lain berangkat balik sebab Ismael n Ielyas dah mula bosan dan Ismael jugak menangis sebab takut dengar bunyi vuvuzela yang amat kuat. Mula-mula dia ok je dengar bunyi vuvuzela tu sebab tak le dekat sangat orang-orang yang meniup. Tapi bila ada sorang budak pompuan ni dok depan barisan kami dan sronok sangat meniup, terpaksa la kami pon balik. Walhal aku ada cakap secara elok kat budak pompuan tu jangan tiup tapi dia buat tak tau je. Geram jugak aku. Ada lagi yang aku geram, orang-orang dok merokok. Dah sah-sah punya ramai budak-budak kat keliling dia. Mangkuk ayun sangat nak jugak merokok. Takde kesedaran sivik langsung! So, tak dapatlah kami menunggu acara kemuncak.
Ismael dah mula bosan dan berdiri sebab ucapan agak lama. Dia mengantuk sama.
Tengah kami berjalan ke kereta untuk balik tetiba dengar bunyi meletup. Rupanya acara kemuncak pertunjukan bunga api tengah berlangsung betul-betul atas kepala kami. Memang rezeki kami nak dapat tengok pertunjukan bunga api tu. Malangnya Ismael takut la pulak. Tapi kami buat do no je...Tapi bila tiba-tiba ntah macam mana percikan bunga api tu ada yang bertubi-tubi jatuh ke tanah macam hujan, tak habis terbakar kat udara, kami pon kelam kabut lari. Mujur tak kena kami. So, berakhir di situlah perasmian SUKMA 2012 yang sempat kami tengok. Ntah bila plak baru boleh dapat tengok perasmian SUKMA.
No comments:
Post a Comment