Monday, July 9, 2012

Ke Kota Bharu

Malam 28/6 kami sekeluarga ke Kota Bharu atas beberapa tujuan. Yang pertama sebab nak dapatkan tanda tangan kakak aku sebagai penjamin kami yang nak further study. Yang kedua sebab nak menziarahi kakak aku dan keluarganya yang dah lama tak jumpa, lebih setahun lamanya. Yang ketiga sebab nak shopping apa-apa yang patut utk dibawa fly (ini kira pakej sampingan). Oleh kerana aku maklumkan pada parents aku yang kami nak ke rumah kakak aku few weeks earlier dan depa pon ada rancangan nak ke sana jugak jd kami berpakat utk pergi pada waktu yang sama. So, dapatlah aku jumpa parents aku sekali yang dah few months tak jumpa. Depa pon dapatlah jumpa cucu-cucu sekali. Dan lebih exciting lagi bila kebetulan kakak aku baru je berpindah ke rumah barunya. Dapatlah jugak kami ziarah rumah barunya sebelum jadi "rumah lama". Hehehe.....

Ini rumah baru kakak aku


Ini di ruang tamu rumah kakak. Dua orang budak perempuan comel tu anak kakak

Alhamdulillah, kakak aku sekarang duduk rumah baru yang tak kurang besar, cantik, terletak di lokasi yang very peaceful. Aku tumpang gembira dan aku dapat rasakan parents aku lebih gembira tengok anak sulungnya hidup senang dan dah dekat dengan tempat kerja suami. Sebelum ni kakak aku dok di Tanah Merah. Jenuh jugaklah abang ipar aku berulang-alik Kota Bharu-Tanah Merah.

Oleh kerana kami bertolak dah lewat petang dr Kuantan, lewat malam lebih kurang pukul 11 baru kami sampai Kota Bharu. Oleh kerana kami tak tau di mana letaknya rumah kakak aku tu, kami jadikan Wakaf Che Yeh sebagai landmark tempat menunggu. Bagi yg tak tau, Wakaf Che Yeh ni merupakan salah satu destinasi popular di Kota Bharu yang suasananya macam bazar larut malam kat KL nun. Ala...macam uptown Danau Kota dan seangkatan dengannya tu. Di situ kita boleh beli macam-macam menda. Mostly apa yang dijual di situ dalam kategori pakaian (tudung, jeans, caftan, blous, t-shirt, batik, kain ela dan macam-macam lg) dan makanan. Sementara menunggu tu dah terasa kemeriahan Wakaf Che Yeh. Nampak le berderet kereta beratur menunggu parking. Kalau ikut hati mau aje aku terjah situ dulu. Tp sebab kami semua keletihan dek long distance travel dan excited nak jumpa family tu lebih lagi, simpan dulu utk hari seterusnya.

Pada hari pertama lepas family chit chat n lunch sama-sama kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Mak aku ikut sekali sebab dia pon nak cari tudung matching ngan baju raya. Pasar ni ada beberapa tingkat. Kami aim tingkat yang ada jual kain baju je. Bagi orang pompuan, ini tempat yang mesti pegi di KB terutamanya peminat tudung bawal. Kat sini korang boleh jumpa macam-macam jenis tudung bawal. Kalau yang suka tudung ala-ala Ariani tu this is not the place sebab tak banyak pilihan. Aku ni bukan jenis yang suka tudung ada awning tu sebab tak rajin nak membasuh guna tangan. So, aku still prefer tudung bawal. Aku borong 6 pasang gitu.....Kalau korang shopping tudung kat sini jangan decide terus nak beli dari kedai-kedai yang korang boleh nampak dari tangga naik kat situ. Kalau korang rasa yang korang nampak kat kedai-kedai first tu lawa-lawa, cuba masuk dalam lagi sebab ada lagi banyak yang lebih lawa-lawa. Kakak aku yang pesan macam tu dan memang aku rasa pesanan dia betul.

Malamnya kami sambung shopping di Wakaf Che Yeh. Kali ni kakak aku & anak sulungnya n parents aku ikut skali. Teringat masa aku first time gi Wakaf Che Yeh, masa tu aku blom kawin lagi. Mana ada rumah-rumah kedai di sekeliling gerai-gerai peniaga yang ada skarang ni. Dulu-dulu peniaga buka khemah atas tanah aje. Skarang dah ada kemajuan. Khemah peniaga smuanya atas jalan tar. Kalau korang ada anak kecik n guna stroller seeloknya bawa sekali kipas yang boleh kepit kat stroller tu sebab panas sebab khemah peniaga rapat-rapat dan orang sangat ramai terutamanya hujung minggu (peak days adalah Khamis, Jumaat, Sabtu. Cuti skolah lagi ramai amat). Kalau tak, berpeluhlah anak korang yang mungkin boleh menyebabkan dia menangis kerimasan dan seterusnya merencatkan keseronokan bershopping. Mujur masa kami gi tu Ielyas nyenyak tido sepanjang kami bershopping dan Ismael tak banyak kerenah. Kalau korang peminat tudung yang the latest design bolehlah borong kat sini sbb memang lawa-lawa dan sangat banyak pilihan. Bagi yang mencari tudung ala-ala Ariani tu yang saiznya menutupi dada memang ada banyak sangat. Tak macam kat Kuantan, biasanya ada yang saiz singkat-singkat je.

Esoknya, kami gi Rantau Panjang plak. Parents aku dan anak sulung kakak je yang ikut. Kami gi satu kereta. Rantau Panjang ni bersempadan dengan Thailand, dipisahkan oleh Sungai Golok. Boleh je kalau korang nak menyeberang ke sana jejak kaki di negara Thailand kalau berani tanpa pasport sebab takde orang check sangat pon aku tengok. Tu yang ramai dengan mudah boleh kawin lari di Thailand. Seberang ke sana naik bot. Apa yang aku rasa pelik dekat dengan jeti nak menyeberang ke Thailand tu, ada beberapa kedai yang terang tang-tang dok jual minyak masak n gula. Nampak sangat untuk dibeli orang Thailand utk bawa balik ke negara dia. Patutnya kena ada undang-undang/peraturan tak boleh jual barang-barang terkawal macam tu dekat sangat dengan kawasan jeti. Boleh kelihatan jugak ada orang-orang yang dok mengangkut beg plastik besar kiri kanan tangan dan nampak gaya macam dok berwaspada takut kena rampas. Sah le tu tengah cuba seludup masuk gula atau minyak.

Belakang kami tu Sungai Golok


Salah satu tempat turun dan ambik penumpang di Sungai Golok

Nasihat aku, kalau korang tengok menda yang korang nampak ada banyak kedai kat Wakaf Che Yeh jual benda yang exactly sama yang korang berkenan DAN korang ada plan nak gi Rantau Panjang, takyah beli di Wakaf Che Yeh sebab korang boleh dapat barang tu lebih murah di Rantau Panjang. Tapi kalau blaus atau tudung yang nampak dah berkenan kat Wakaf Che Yeh tu elok terus beli sebab belom tentu boleh dapat kat Rantau Panjang. Kalau korang bawak anak kecik, pegilah pagi sikit sebab kalau cahaya matahari dan menyimbah bumi, serius panas. Silap-silap haribulan keriau sakan anak korang sebab kepanasan. Gerai-gerai dia berbumbung tapi bumbung atap zink yang rendah. Tu yang panas sangat tu. Bagi yang biasa bawa anak guna stroller takyah mimpi nak tolak anak kat sini sbb laluannya sempit dan tak rata. Kenalah dukung anak kalau anak masih baby atau tak mau jalan. Kalau anak boleh dok dalam poket kangaru gantung kat depan badan tu pon tidak digalakkan sebab dia akan kepanasan terkepung dalam poket tu.

Ielyas dan Ismael bermandi peluh. Inilah akibat berjalan dalam kepanasan matahari tengah hari. So, kalau bw anak kecik datanglah awal skit.

Kalau dah ke Rantau Panjang jangan lupa cuba aiskrim spesel di situ. Masa aku gi tu aku nampak ada dua peniaga jual aiskrim yang serupa. Aku pon tak pasti aiskrim tu apa namanya. Sedap....Yang pasti harganya amat berpatutan, RM2, dengan segala macam bahan yang ada dalam satu cawan plastik. Kata parents aku, kalau di Pengkalan Kubor lagi banyak isinya dengan harga yang sama, sampaikan depa rasa macam orang yang meniaga tu untung tak banyak mana.


Inilah rupa aiskrim tu

Malam terakhir kami di rumah kakak, anak lelaki dia admit ward sebab kena asma. Kesian anak sedara aku Irham. Esoknya sebelum kami balik ke Kuantan kami ke hospital besar Kota Bharu dulu untuk melawat Irham. Parents aku pon sepatutnya balik pada hari yang sama tapi depa postpone dulu sebab tak sampai hati nak tinggal cucu yang dok di hospital dan 2 lagi cucu yang di rumah juga.

Kebetulan masa kami melawat Irham tu adik ipar kakak aku datang melawat jugak. Husband aku sempat lagi bertanya kat mana tempat makan tengah hari yang menarik di KB. Dia cadangkan kami ke Restoren Nasi Ulam Cikgu Hamid. Terletak di Istana Balai Besar, dalam Kampung Kraftangan. Menurut satu laman web yang aku baca, restoren ni sangat famous di KB dan sentiasa penuh. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini. Parents aku, 2 anak kakak dan maid kakak pon ikut skali gi. Masa kami gi tu dah kol 2.30 petang tapi orang masih lagi ramai yang amat dan lauk-pauk masih lagi di top up. So, korang boleh bayangkan la betapa famousnya restoren tu sampaikan pukul 3 petang pon ada lagi lauk-pauk utk makan tengah hari. Cuma aku suggest kalau korang gi situ jangan makan dalam bilik bertutup yang ada kat situ sebab tak berapa nak best. Dok kat luar lebih cosy. Dan aku rasa elok pergi awal dalam kol 11 pagi camtu sebab aku agak mesti lebih banyak pilihan. Masa kami gi tu lauk pauk dan ulamnya tak le sebanyak yang ada dalam gambar seperti di link yang aku bagi di atas. Tu yang aku cadangkan korang gi awal tu.

Restoren Nasi Ulam Cikgu Hamid adalah destinasi terkahir kami di KB. Pastu kami terus balik ke Kuantan. Kol 10.45 malam kami selamat sampai di rumah di Kuantan. Mission accpmplished cuma tak berkesempatan juga nak jumpa abang ipar aku. Takpelah, panjang umur jumpa raya puasa nanti.

P/S: Sebut pasal raya, hasben n anak-anak blom ada baju raya lagi. Ntah bila nak gi beli.

No comments: